Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Bogota – Sekumpulan wanita di pekan kecil Barbacaos, barat daya Colombia dilaporkan melancarkan mogok seks kedua dalam tempoh dua tahun, menuntut agar jalan raya ke daerah terpencil mereka diturap semula.
Digelar sebagai “pergerakan silang kaki”, kumpulan wanita terbabit enggan berasmara dengan pasangan mereka hingga jalan raya yang menghubungkan pekan kecil itu ke seluruh negara diperbaiki, menurut seorang wartawan berpangkalan di Colombia, John Otis.
Dan tindakan mereka mungkin membuahkan hasil. Akhbar tempatan melaporkan yang kerja pembinaan mula dilakukan di jalan sehala yang dalam keadaan sangat uzur itu hinggakan perjalanan ke hospital berdekatan mengambil masa 14 jam dan ramai penduduk yang sakit mati sebelum sempat tiba ke hospital.
“Jika anda mahu menghantar satu kontena barangan Colombia ke China, kos untuk membawanya ke pelabuhan Colombia lebih mahal berbanding kos menghantar barangan itu dari pelabuhan Colombia ke China,” kata Otis.
Wanita di pekan itu pertama kali melancarkan mogok enggan berasmara dengan pasangan mereka pada 2011 sebagai membantah keadaan jalan raya yang uzur, dengan hakim Marybell Silva turut menyertai mogok itu selepas menyaksikan seorang wanita muda mati bersama anak dalam kandungannya kerana ambulans terkandas di jalan raya dan gagal tiba tepat pada waktunya di hospital. – Agensi
Global
PETALING JAYA – Penyanyi Ezad Lazim cemas apabila isterinya Nor Azeana Ramli mengalami kebocoran air ketuban selain disahkan terdapat perbezaan jenis darah antara ibu dan bayi dalam kandungan yang baharu sahaja mencecah tujuh bulan.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 34, berkata, pada mulanya dia bingung apabila dijelaskan doktor mengenai keadaan isterinya kerana ia merupakan kali pertama bakal menimang cahaya mata.
“Saya dan isteri tiada pengalaman dalam hal sebegini kerana belum pernah menyambut ahli baharu dalam keluarga dan ingatkan keadaannya tidak serius tetapi apabila dijelaskan oleh doktor barulah saya menyedari ia serius.
“Nasib baik kami cepat merujuk masalah tersebut ke hospital dan isteri saya masih ditahan di Hospital Ampang untuk pemerhatian lanjut. Anak dalam kandungan pun selamat,” katanya kepada mStar Online.
Faktor jenis darah (Rh) yang berbeza antara ibu dan anak dalam kandungan kebiasaannya tidak terjadi untuk kehamilan yang pertama namun apabila keadaan itu berlaku, ia boleh mendatangkan komplikasi kepada bayi seperti masalah kekurangan darah (anemia) yang teruk.
Hampir 90 peratus perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif.
Dalam perkembangan sama, Ezad berkata, isterinya menyedari air ketubannya pecah pada Selasa lalu dan telah pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.
Jelas Ezad, doktor di klinik berkenaan telah merujuk kes ke Hospital Ampang kerana bimbang kandungan isterinya mengalami masalah walaupun belum masa untuk bersalin.
“Pada mulanya saya dan isteri tidak terlalu bimbang kerana ingatkan ia perkara biasa bagi wanita mengandung namun apabila dirujuk ke hospital barulah kami mengetahui keadaan itu boleh membahayakan,” katanya.
Sementara itu, Ezad berkata, isterinya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor telah memberi suntikan untuk mengelakkan kelahiran pra-matang memandangkan usia kandungan wanita berkenaan baharu sahaja mencecah tujuh bulan.
Nor Azeana dijangka bersalin anak pertama mereka pada Disember depan.
Ezad dan Nor Azeana iaitu wanita yang dipilih oleh ibunya telah bernikah pada 30 Mac lalu. - mStar Online
[Wow] - Kisah Artis
PUTRAJAYA – Pelakon Diana Amir sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat.
Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin.
Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.
Pada majlis itu Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin.
Kedua-dua belah pihak tidak menyediakan sebarang hantaran pada majlis tersebut.
Pasangan tersebut sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon berkenaan.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.
Turut kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo dan beberapa rakan artis seperti Irma Hasmie, Heliza, Adam Corrie, Anita Baharom dan Yatt Hamzah.
Satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai telah berlangsung secara tertutup di Wisma Metrowealth pada Khamis lalu yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan sahabat andai.
Dalam pada itu, Diana yang anggun dengan busana rekaan pereka fesyen Ezuwan Ismail berkata, dia bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar seperti dirancang.
“Alhamdulillah majlis berlangsung seperti dirancang dalam suasana cukup sederhana dan seperti pasangan lain kami berharap perkahwinan ini akan dilimpahi berkat dan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Diana dan suaminya belum menetapkan lokasi bulan madu mereka ekoran kesibukan jadual kerja masing-masing. – mStar Online
[Wow] - Kisah Artis
BUKIT MERTAJAM – Tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas pertuduhan membuli seorang rakan mereka pada awal bulan Mac lepas.
Kesemua pelajar berusia 15 tahun dan baru selesai menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Norzafirah Mohamed Ali.
Nurzafirah membenarkan setiap pelajar diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 November depan untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah pada 2.25 petang 4 Mac lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain manakala kesemua pelajar tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video berdurasi seminit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube, memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di sebuah bilik. -BERNAMA
[Wow] - Jenayah
Bogota – Seorang wanita Colombia ditahan kerana menjual dara 12 anak perempuannya, masing-masing dengan harga £125 (RM632).
Margarita de Jesus Zapata Moreno, 45, ditahan di Bogota awal minggu ini selepas seorang daripada anak perempuanya itu yang kini berusia 16 tahun hamil, kata polis.
Remaja itu berang selepas ibunya mengarahkan dia menggugurkan kandungannya.
Seorang lelaki dikenali sebagai Tito Cornelio Daza, 51, yang dilaporkan bapa kepada bayi dalam kandungan remaja terbabit turut ditahan.
Rangkaian televisyen Univision melaporkan Margarita yang mempunyai 14 anak semuanya akan menjual dara mereka sebaik masing-masing mencecah usia 12 tahun.
Dia kemudian memaksa anak-anaknya melacur diri bagi membayar bil kemudahan awam di kediamana mereka.
“Ia sungguh menyedihkan apabila seorang ibu sanggup melakukan demikian,” kata ketua polis Carlos Melendez yang menyiasat kejadian itu kepada wartawan.
“Si ibu mempunyai hubungan dengan pegawai tinggi, tetapi dia memperdaya lelaki lain agar berasmara dengan anaknya apabila mereka berusia 12 tahun,” katanya.
Margarita yang menafikan dakwaan terhadapnya berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan bersalah.
Dia kini ditahan di penjara El Buen Pastro, manakala Daza ditahan di penjara Modelo.
Kedua-duanya dituduh mendera kanak-kanak bawah 14 tahun, selain turut memaksa mereka melacur.
Dua lagi anaknya iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan budak perempuan berusia sembilan tahun, bagaimanapun tidak menjadi pekerja seks dan kini di bawah jagaan petugas khidmat sosial.
Anak perempuannya yang membuat laporan terhadap ibunya kini menerima bantuan psikologi dari Institut Kebajikan Keluarga Colombia. – Agensi
Global
PETALING JAYA – Livescape Sdn Bhd iaitu penganjur konsert artis rap Amerika Syarikat, Kesha (Ke$ha) mendakwa kerugian lebih RM1 juta apabila Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) tidak meluluskan permit konsert berkenaan kurang 36 jam sebelum acara berlangsung.
Konsert yang diberi nama Kesha Warrior Tour itu sepatutnya diadakan di Stadium Negara dekat sini pada Sabtu pukul 8.30 malam.
Livescape dalam satu kenyataannya kepada media pada Jumaat malam berkata, pihaknya amat kesal kerana permohonan permit yang dikemukakan pada 10 September lalu ditolak pada saat-saat akhir.
“Kami kesal kerana surat permohonan menolak permohonan kosnert berkenaan hanya diterima pada pukul 11.24 pagi ini (Jumaat) bersama dua lagi surat yang sama bertarikh 1 Oktober dan 18 Oktober lalu.
“Pada masa kenyataan ini ditulis, kami masih belum menerima penjelasan rasmi kenapa konsert berkenaan tidak dibenarkan,” kata kenyataan itu kepada mStar Online.
Sebagai penganjur yang berpengalaman mengendalikan lebih 100 konsert antarabangsa, Livescape Sdn Bhd berkata pihaknya sudah mengemukakan pelbagai dokumen dan bersedia mematuhi segala garis panduan pertunjukan artis luar yang disyaratkan oleh Puspal.
Malah katanya pihak Kesha juga telah bersetuju untuk mengadakan persembahan bersesuaian dengan budaya negara ini selain menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.
“Ia termasuklah kesanggupan Kesha membuat perubahan kepada lirik lagunya, pertukaran kepada almari pakaian serta mengubah beberapa peraturan tertentu sebagai menghormati garis panduan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.
Ujar kenyataan itu lagi, pembatalan konsert pada saat-saat akhir mendedahkan promoter pertunjukan kepada kerugian yang tinggi walaupun pihaknya berhasrat untuk membantu negara dalam mempromosikan negara sebagai destinasi muzik ‘live’ berdaya maju selain kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.
Berikutan itu katanya, pihak penganjur akan membayar balik harga tiket yang dibeli penonton termasuklah menawarkan bayaran balik perjalanan kepada mereka dengan syarat-syarat tertentu akibat pembatalan konsert berkenaan.
Orang ramai boleh melayari www.facebook.com/livescapeasia untuk maklumat lanjut.
Kesha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, 26, terkenal dengan imej seksinya ketika membuat persembahan. – mStar Online
[Wow] - Hiburan
NEW DELHI – Pelajar perubatan tahun pertama dari Sabah, Arnaz V Malitam, 20, meninggal dunia akibat masalah pernafasan atau “cardio respiratory arrest” di Mangalore, Karnataka.
Arnaz, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di KMC Medical College di Mangalore, tidak sihat sejak sekian lama dan dimasukkan ke sebuah hospital setempat.
Beliau meninggal dunia pada petang semalam.
Beliau meninggal dunia pada petang semalam.
Ibu bapa pelajar itu sudah berada di Mangalore.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsul Jeneral di Chennai membantu mereka dalam urusan untuk membawa pulang jenazah pelajar itu pulang ke Malaysia. – BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
![]() |
| Ibu tunggal yang dicekup dengan lelaki Bangladesh di hotel murah dekat Dungun pagi semalam dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut. |
PAK SABAH - Hasrat seorang ibu tunggal untuk bernikah di Selatan
Thailand dengan lelaki Bangladesh terbantut apabila dia terlebih dahulu
ditahan bersama teman lelakinya itu ketika memadu asmara di sebuah hotel
murah, dekat sini, pagi semalam.
Wanita berusia 49 itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam, kelmarin dan tindakan mencurigakan pasangan terbabit berjaya dihidu pihak berkuasa.
Berikutan itu sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Dungun diketuai Jasri Din melakukan serbuan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi, semalam.
Hasil siasatan awal, pasangan bukan muhrim itu difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu dan dalam perjalanan ke Selatan Thailand bagi menyempurnakan acara akad nikah.
Bagaimanapun akibat hujan lebat, pasangan itu mengambil keputusan menginap di hotel sementara menunggu waktu siang, seterusnya mengambil bas ekspres ke Sungai Golok.
Warga Bangladesh berusia 30-an dalam keterangannya berkata, dia sudah membuat persediaan awal untuk bernikah dengan wanita berstatus janda itu termasuk mengikuti kursus perkahwinan di agensi berkaitan.
Bagaimanapun, tindakannya yang meniduri wanita bukan muhrim sebelum bernikah adalah satu kesalahan.
Pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut dan bakal berhadapan dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pihak berkuasa juga turut merampas pakaian milik janda yang berasal dari Jerangau itu untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan di mahkamah kelak.
Wanita berusia 49 itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam, kelmarin dan tindakan mencurigakan pasangan terbabit berjaya dihidu pihak berkuasa.
Berikutan itu sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Dungun diketuai Jasri Din melakukan serbuan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi, semalam.
Hasil siasatan awal, pasangan bukan muhrim itu difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu dan dalam perjalanan ke Selatan Thailand bagi menyempurnakan acara akad nikah.
Bagaimanapun akibat hujan lebat, pasangan itu mengambil keputusan menginap di hotel sementara menunggu waktu siang, seterusnya mengambil bas ekspres ke Sungai Golok.
Warga Bangladesh berusia 30-an dalam keterangannya berkata, dia sudah membuat persediaan awal untuk bernikah dengan wanita berstatus janda itu termasuk mengikuti kursus perkahwinan di agensi berkaitan.
Bagaimanapun, tindakannya yang meniduri wanita bukan muhrim sebelum bernikah adalah satu kesalahan.
Pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut dan bakal berhadapan dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pihak berkuasa juga turut merampas pakaian milik janda yang berasal dari Jerangau itu untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan di mahkamah kelak.
[Wow] - Berita Tempatan
Seekor anak anjing di Ontario, Kanada yang hidup dalam keadaan
terlalu daif dengan tubuh dilitupi lumpur dan kecederaan kaki hingga tak
mampu berjalan dengan betul, berakhir dengan kesudahan menggembirakan.
Anak anjing yang diberi nama Shrek, ditemui suami Dr Brenda Gough berhampiran semak selepas ribut berakhir.
Saat ditemui Shrek kelihatan bagaikan gumpalan karpet lama.
Menurut Dr Brenda, selepas mengenalpasti ia seekor anak anjing,
suaminya membawa Shrek ke Klinik Veterinar Park Road sebelum kakitangan
di sana membersih dan mencukur bulunya yang sudah sebati dengan lumpur
tebal.
Selain kecederaan pada kaki, terdapat duri yang ditemui lalu dikeluarkan daripada mata anak anjing tersebut.
Selepas dibersihkan, ternyata Shrek merupakan seekor anak anjing yang comel.
Kini daripada anjing gelandangan, nasib Shrek berubah dan dibela dengan penuh kasih sayang.
Ia bukan sahaja mempunyai banyak peminat selepas kisahnya tersiar di
dada media malah menjalani kehdupan selesa dan sedang belajar untuk
berkawan dengan manusia dan anjing lain.
Global
Sekarang ini seakan menjadi trend untuk gadis-gadis di luar sana
memiliki kamera comel yang berupa seakan-akan biskut yang boleh dimakan.
Kamera yang dinamakan Fuuvi Biscuit Camera ialah kamera digital dengan kualiti gambar dua megapixel.
Antara ciri tambahan yang boleh didapati dalam kamera ini ialah ianya
boleh mengambil video namun audio dalam video itu sama sekali tidak
boleh didengari.
Itu sahaja kelemahan yang terdapat dalam kamera comel ini.
Muatan dalaman kamera pula adalah sehingga 16GB dengan menggunakan kad MikroSD.
Kamera ini didatangi dengan warna coklat, merah jambu dan coklat gelap.
Kamera ini dijual RM158 seunit.
[wow] - Teknologi
GUNUNG SEMANGGOL – PERAK. Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar
dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan
sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.
Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah,
nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan
ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama
kali melihatnya.
Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu
di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada
sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.
“Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan.
“Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya
terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya,”
katanya ketika ditemui media, semalam.
Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari
dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya
adalah anak buaya.
“Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah.
“Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk
kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai
tidak henti-henti sehingga kini,” katanya.
Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang
mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari
spesies ‘Alligator Gar’ iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang
ditemui di perairan Malaysia.
“Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir
satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di
beberapa buah negeri,” katanya. - Sinar Harian
Isu Semasa
Kumpulan popular One Direction telah dinobatkan selebriti British paling kaya dalam kategori 30 tahun ke bawah.
One Direction dianggotai oleh Harry Styles, Zayn Malik, Liam Payne,
Louis Tomlinson dan Niall Horan berjaya mengumpul kekayaan sebanyak £59
juta (RM302 juta) sepanjang tahun lalu.
Manakala pelakon Harry Potter, Daniel Radcliffe menduduki tangga kedua dengan nilai kekayaan sebanyak £56 juta (RM286 juta).
Antara yang memasuki carta 10 terkaya ialah dua lagi pelakon siri
filem Harry Potter iaitu Emma Watson dan Rupert Grint dengan
masing-masing menduduki tangga kelima dan ketujuh.
Penyanyi yang mencipta nama dengan memenangi banyak anugerah Grammys tahun lalu, Adele sekadar menduduki tangga keenam.
1 – One Direction – £59.33m
2 – Daniel Radcliffe – £56.19m
3 – Robert Pattinson – £44.16m
4 – Keira Knightley – £37.28m
5 – Emma Watson – £27.93m
6 – Adele – £27.54m
7 – Rupert Grint – £24.09m
8 – Calvin Harris – £22.21m
9 – Cheryl Cole – £15.5m
10 – Leona Lewis – £14.45m
[Wow] - Selebriti
Subscribe to:
Posts (Atom)



Recent Comments