Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
BUKIT MERTAJAM – Tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas pertuduhan membuli seorang rakan mereka pada awal bulan Mac lepas.
Kesemua pelajar berusia 15 tahun dan baru selesai menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Norzafirah Mohamed Ali.
Nurzafirah membenarkan setiap pelajar diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 November depan untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah pada 2.25 petang 4 Mac lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain manakala kesemua pelajar tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video berdurasi seminit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube, memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di sebuah bilik. -BERNAMA
[Wow] - Jenayah
Bogota – Seorang wanita Colombia ditahan kerana menjual dara 12 anak perempuannya, masing-masing dengan harga £125 (RM632).
Margarita de Jesus Zapata Moreno, 45, ditahan di Bogota awal minggu ini selepas seorang daripada anak perempuanya itu yang kini berusia 16 tahun hamil, kata polis.
Remaja itu berang selepas ibunya mengarahkan dia menggugurkan kandungannya.
Seorang lelaki dikenali sebagai Tito Cornelio Daza, 51, yang dilaporkan bapa kepada bayi dalam kandungan remaja terbabit turut ditahan.
Rangkaian televisyen Univision melaporkan Margarita yang mempunyai 14 anak semuanya akan menjual dara mereka sebaik masing-masing mencecah usia 12 tahun.
Dia kemudian memaksa anak-anaknya melacur diri bagi membayar bil kemudahan awam di kediamana mereka.
“Ia sungguh menyedihkan apabila seorang ibu sanggup melakukan demikian,” kata ketua polis Carlos Melendez yang menyiasat kejadian itu kepada wartawan.
“Si ibu mempunyai hubungan dengan pegawai tinggi, tetapi dia memperdaya lelaki lain agar berasmara dengan anaknya apabila mereka berusia 12 tahun,” katanya.
Margarita yang menafikan dakwaan terhadapnya berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan bersalah.
Dia kini ditahan di penjara El Buen Pastro, manakala Daza ditahan di penjara Modelo.
Kedua-duanya dituduh mendera kanak-kanak bawah 14 tahun, selain turut memaksa mereka melacur.
Dua lagi anaknya iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan budak perempuan berusia sembilan tahun, bagaimanapun tidak menjadi pekerja seks dan kini di bawah jagaan petugas khidmat sosial.
Anak perempuannya yang membuat laporan terhadap ibunya kini menerima bantuan psikologi dari Institut Kebajikan Keluarga Colombia. – Agensi
Global
PETALING JAYA – Livescape Sdn Bhd iaitu penganjur konsert artis rap Amerika Syarikat, Kesha (Ke$ha) mendakwa kerugian lebih RM1 juta apabila Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) tidak meluluskan permit konsert berkenaan kurang 36 jam sebelum acara berlangsung.
Konsert yang diberi nama Kesha Warrior Tour itu sepatutnya diadakan di Stadium Negara dekat sini pada Sabtu pukul 8.30 malam.
Livescape dalam satu kenyataannya kepada media pada Jumaat malam berkata, pihaknya amat kesal kerana permohonan permit yang dikemukakan pada 10 September lalu ditolak pada saat-saat akhir.
“Kami kesal kerana surat permohonan menolak permohonan kosnert berkenaan hanya diterima pada pukul 11.24 pagi ini (Jumaat) bersama dua lagi surat yang sama bertarikh 1 Oktober dan 18 Oktober lalu.
“Pada masa kenyataan ini ditulis, kami masih belum menerima penjelasan rasmi kenapa konsert berkenaan tidak dibenarkan,” kata kenyataan itu kepada mStar Online.
Sebagai penganjur yang berpengalaman mengendalikan lebih 100 konsert antarabangsa, Livescape Sdn Bhd berkata pihaknya sudah mengemukakan pelbagai dokumen dan bersedia mematuhi segala garis panduan pertunjukan artis luar yang disyaratkan oleh Puspal.
Malah katanya pihak Kesha juga telah bersetuju untuk mengadakan persembahan bersesuaian dengan budaya negara ini selain menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.
“Ia termasuklah kesanggupan Kesha membuat perubahan kepada lirik lagunya, pertukaran kepada almari pakaian serta mengubah beberapa peraturan tertentu sebagai menghormati garis panduan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.
Ujar kenyataan itu lagi, pembatalan konsert pada saat-saat akhir mendedahkan promoter pertunjukan kepada kerugian yang tinggi walaupun pihaknya berhasrat untuk membantu negara dalam mempromosikan negara sebagai destinasi muzik ‘live’ berdaya maju selain kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.
Berikutan itu katanya, pihak penganjur akan membayar balik harga tiket yang dibeli penonton termasuklah menawarkan bayaran balik perjalanan kepada mereka dengan syarat-syarat tertentu akibat pembatalan konsert berkenaan.
Orang ramai boleh melayari www.facebook.com/livescapeasia untuk maklumat lanjut.
Kesha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, 26, terkenal dengan imej seksinya ketika membuat persembahan. – mStar Online
[Wow] - Hiburan
NEW DELHI – Pelajar perubatan tahun pertama dari Sabah, Arnaz V Malitam, 20, meninggal dunia akibat masalah pernafasan atau “cardio respiratory arrest” di Mangalore, Karnataka.
Arnaz, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di KMC Medical College di Mangalore, tidak sihat sejak sekian lama dan dimasukkan ke sebuah hospital setempat.
Beliau meninggal dunia pada petang semalam.
Beliau meninggal dunia pada petang semalam.
Ibu bapa pelajar itu sudah berada di Mangalore.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsul Jeneral di Chennai membantu mereka dalam urusan untuk membawa pulang jenazah pelajar itu pulang ke Malaysia. – BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
![]() |
| Ibu tunggal yang dicekup dengan lelaki Bangladesh di hotel murah dekat Dungun pagi semalam dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut. |
PAK SABAH - Hasrat seorang ibu tunggal untuk bernikah di Selatan
Thailand dengan lelaki Bangladesh terbantut apabila dia terlebih dahulu
ditahan bersama teman lelakinya itu ketika memadu asmara di sebuah hotel
murah, dekat sini, pagi semalam.
Wanita berusia 49 itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam, kelmarin dan tindakan mencurigakan pasangan terbabit berjaya dihidu pihak berkuasa.
Berikutan itu sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Dungun diketuai Jasri Din melakukan serbuan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi, semalam.
Hasil siasatan awal, pasangan bukan muhrim itu difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu dan dalam perjalanan ke Selatan Thailand bagi menyempurnakan acara akad nikah.
Bagaimanapun akibat hujan lebat, pasangan itu mengambil keputusan menginap di hotel sementara menunggu waktu siang, seterusnya mengambil bas ekspres ke Sungai Golok.
Warga Bangladesh berusia 30-an dalam keterangannya berkata, dia sudah membuat persediaan awal untuk bernikah dengan wanita berstatus janda itu termasuk mengikuti kursus perkahwinan di agensi berkaitan.
Bagaimanapun, tindakannya yang meniduri wanita bukan muhrim sebelum bernikah adalah satu kesalahan.
Pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut dan bakal berhadapan dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pihak berkuasa juga turut merampas pakaian milik janda yang berasal dari Jerangau itu untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan di mahkamah kelak.
Wanita berusia 49 itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam, kelmarin dan tindakan mencurigakan pasangan terbabit berjaya dihidu pihak berkuasa.
Berikutan itu sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Dungun diketuai Jasri Din melakukan serbuan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi, semalam.
Hasil siasatan awal, pasangan bukan muhrim itu difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu dan dalam perjalanan ke Selatan Thailand bagi menyempurnakan acara akad nikah.
Bagaimanapun akibat hujan lebat, pasangan itu mengambil keputusan menginap di hotel sementara menunggu waktu siang, seterusnya mengambil bas ekspres ke Sungai Golok.
Warga Bangladesh berusia 30-an dalam keterangannya berkata, dia sudah membuat persediaan awal untuk bernikah dengan wanita berstatus janda itu termasuk mengikuti kursus perkahwinan di agensi berkaitan.
Bagaimanapun, tindakannya yang meniduri wanita bukan muhrim sebelum bernikah adalah satu kesalahan.
Pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut dan bakal berhadapan dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pihak berkuasa juga turut merampas pakaian milik janda yang berasal dari Jerangau itu untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan di mahkamah kelak.
[Wow] - Berita Tempatan
Seekor anak anjing di Ontario, Kanada yang hidup dalam keadaan
terlalu daif dengan tubuh dilitupi lumpur dan kecederaan kaki hingga tak
mampu berjalan dengan betul, berakhir dengan kesudahan menggembirakan.
Anak anjing yang diberi nama Shrek, ditemui suami Dr Brenda Gough berhampiran semak selepas ribut berakhir.
Saat ditemui Shrek kelihatan bagaikan gumpalan karpet lama.
Menurut Dr Brenda, selepas mengenalpasti ia seekor anak anjing,
suaminya membawa Shrek ke Klinik Veterinar Park Road sebelum kakitangan
di sana membersih dan mencukur bulunya yang sudah sebati dengan lumpur
tebal.
Selain kecederaan pada kaki, terdapat duri yang ditemui lalu dikeluarkan daripada mata anak anjing tersebut.
Selepas dibersihkan, ternyata Shrek merupakan seekor anak anjing yang comel.
Kini daripada anjing gelandangan, nasib Shrek berubah dan dibela dengan penuh kasih sayang.
Ia bukan sahaja mempunyai banyak peminat selepas kisahnya tersiar di
dada media malah menjalani kehdupan selesa dan sedang belajar untuk
berkawan dengan manusia dan anjing lain.
Global
Sekarang ini seakan menjadi trend untuk gadis-gadis di luar sana
memiliki kamera comel yang berupa seakan-akan biskut yang boleh dimakan.
Kamera yang dinamakan Fuuvi Biscuit Camera ialah kamera digital dengan kualiti gambar dua megapixel.
Antara ciri tambahan yang boleh didapati dalam kamera ini ialah ianya
boleh mengambil video namun audio dalam video itu sama sekali tidak
boleh didengari.
Itu sahaja kelemahan yang terdapat dalam kamera comel ini.
Muatan dalaman kamera pula adalah sehingga 16GB dengan menggunakan kad MikroSD.
Kamera ini didatangi dengan warna coklat, merah jambu dan coklat gelap.
Kamera ini dijual RM158 seunit.
[wow] - Teknologi
GUNUNG SEMANGGOL – PERAK. Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar
dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan
sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.
Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah,
nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan
ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama
kali melihatnya.
Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu
di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada
sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.
“Ketika hendak mengangkat bubu, saya melihat keadaannya bergoncang kuat seolah-olah telah menahan banyak ikan.
“Saya mula membayangkan hasil tangkapan lumayan, bagaimanapun saya
terkejut mendapati seekor ikan bermulut buaya terperangkap di dalamnya,”
katanya ketika ditemui media, semalam.
Abu Zabar berkata, bubu ikan yang ditangkapnya hampir terlepas dari
dakapan setelah dia menyangka haiwan yang terperangkap di dalamnya
adalah anak buaya.
“Bagaimanapun, ikan itu mati tidak lama selepas itu setelah keadaannya terlalu lemah.
“Berita penemuan ikan itu mula tersebar dalam kalangan penduduk
kampung dan rumah saya seakan-akan pesta apabila dikunjungi orang ramai
tidak henti-henti sehingga kini,” katanya.
Abu Zabar berkata, seorang pegawai dari Jabatan Perikanan yang
mengunjungi rumahnya mengesahkan bahawa ikan yang ditemui adalah dari
spesies ‘Alligator Gar’ iaitu spesies ikan dilindungi dan amat jarang
ditemui di perairan Malaysia.
“Saya percaya ikan seberat hampir dua kilogram dan sepanjang hampir
satu meter itu berkemungkinan sesat berikutan banjir yang berlaku di
beberapa buah negeri,” katanya. - Sinar Harian
Isu Semasa
Kumpulan popular One Direction telah dinobatkan selebriti British paling kaya dalam kategori 30 tahun ke bawah.
One Direction dianggotai oleh Harry Styles, Zayn Malik, Liam Payne,
Louis Tomlinson dan Niall Horan berjaya mengumpul kekayaan sebanyak £59
juta (RM302 juta) sepanjang tahun lalu.
Manakala pelakon Harry Potter, Daniel Radcliffe menduduki tangga kedua dengan nilai kekayaan sebanyak £56 juta (RM286 juta).
Antara yang memasuki carta 10 terkaya ialah dua lagi pelakon siri
filem Harry Potter iaitu Emma Watson dan Rupert Grint dengan
masing-masing menduduki tangga kelima dan ketujuh.
Penyanyi yang mencipta nama dengan memenangi banyak anugerah Grammys tahun lalu, Adele sekadar menduduki tangga keenam.
1 – One Direction – £59.33m
2 – Daniel Radcliffe – £56.19m
3 – Robert Pattinson – £44.16m
4 – Keira Knightley – £37.28m
5 – Emma Watson – £27.93m
6 – Adele – £27.54m
7 – Rupert Grint – £24.09m
8 – Calvin Harris – £22.21m
9 – Cheryl Cole – £15.5m
10 – Leona Lewis – £14.45m
[Wow] - Selebriti
LG bakal melancarkan telefon pintar
dengan sistem operasi Mozilla Firefox. Sistem operasi terbaru ini
disasarkan kepada pasaran membangun.
Namun, pengguna telefon pintar
berpengalaman mungkin akan kecewa dengan peranti ini.Ini kerana LG
Fireweb tidak menawarkan ciri-ciri yang luas dan inovatif,sebaliknya
lebih menjurus ke arah fungsi asas sahaja.
Telefon pintar ini didatangkan dengan
skrin sentuh berpaparan HGVA TFT 480×320 piksel,pemprosesan Qualcomm
1GHz dan RAM 2GB,selain kamera lima megapiksel serta flash LED.
Telefon pintar berasaskan sistem operasi
Firefox ini menjalinkan kerjasama dengan syarikat komunikasi
Sepanyol,Telefónica.Buat masa ini,peranti ini hanya boleh didapati di
Sepanyol,Columbia,Venezuela,Greece,Montenegro dan Serbia.
Khabarnya, perisian Firefox ini telah
menarik minat syarikat-syarikat telefon pintar gergasi yang lain untuk
mengaplikasikan sistem operasi ini pada peranti keluaran mereka di masa
akan datang.
[wow] - Teknologi
KUALA LUMPUR – Pengedar rokok yang mengamuk dan menikam orang ramai
di dua buah stesen LRT di Gombak dan Taman Melati sehingga membawa
kepada dua kematian telah mengeluarkan kata-kata; “Aku hanya menjalankan
tugas…” sebelum menikam salah seorang mangsanya iaitu pembantu kedai
runcit di stesen berkenaan.
Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh mangsa tikamannya, Sulianti Johari, 31, yang terselamat daripada insiden tersebut.
Katanya, selepas menusuk abdomennya dengan sebilah pisau rambo,
suspek dengan tenang dan bersahaja kemudian berjalan menuju ke van yang
dipandunya semula sambil tersenyum dan melambai tangan lalu memandu
pergi dari Stesen LRT Gombak – tempat pertama dia mengamuk.
Menurut Sulianti, dia memang mengenali pemuda berusia 26 tahun itu
kerana pemuda itu adalah pengedar barangan regular di kedai dia bekerja.
“Kami tidak pernah bertengkar atau berselisih pendapat
dengannya. Selalunya dia ramah dengan saya malah saya anggap dia
bagaikan seorang adik,” katanya selepas berjaya menjalani pembedahan
untuk menutup semula luka akibat tikaman di bahagian abdomennya itu.
Tetapi sebelum itu, para saksi yang lain menyedari yang suspek kelihatan seperti seorang yang dirasuk.
Pemilik kedai runcit di stesen berkenaan, Lau Siew Ling, 49, berkata,
suspek adalah seorang yang mereka kenali dan merupakan seorang pembekal
rokok di kedainya.
Bagaimanapun Lau yang turut ditikam oleh suspek menyedari yang suspek
tidak kelihatan seperti biasa malah seperti telah dirasuk oleh sesuatu.
“Selepas dia berhentikan vannya di hadapan kedai saya dia terus
keluar sambil memegang sebilah pisau. Dia tidak berkata apa-apa kepada
saya tapi dia terus berjalan ke arah saya dan menghunuskan pisau itu ke
sebelah kiri pinggang saya,” kata wanita itu kepada para pemberita
ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Suami Lau yang enggan namanya disebut menyifatkan peristiwa yang menimpa isteri dan pekerjanya itu sebagai satu kejadian malang.
“Tapi nasib baik mereka selamat…,” tambahnya lagi.
Menurut Lau, sebaik sahaja suspek menikam isterinya, suspek
kemudiannya dengan selamba berjalan kembali ke arah pekerjanya Sulianti
pula lalu menikam wanita itu. Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan
stabil dan selamat.
Sementara itu seorang pemandu bas yang enggan dikenali berkata, dia
telah menyaksikan kejadian itu di hadapan matanya dan nampak seorang
lelaki yang kelihatan seperti “tidak betul” berjalan menuju ke vannya
selepas menikam mangsa-mangsanya itu.
“Saya berlari ke arah mereka (mangsa) yang ketika itu sedang berdarah
teruk dan salah seorang daripada mereka telah menunjuk ke arah van
putih itu,” katanya.
Dia kemudiannya telah menjerit ke arah pengawal keselamatan
berhampiran stesen tersebut dan memintanya menembak ke arah van putih
berkenaan tetapi pengawal itu tergamam dan tidak dapat melakukan
apa-apa.
Katanya, jika mereka berjaya menahan van tersebut daripada beredar
dari situ mereka mungkin telah berjaya menyelamatkan dua nyawa yang lain
daripada melayang.
(Suspek kemudiannya memandu ke arah Stesen LRT Taman Melati pula dan
dalam perjalanan ke situ telah menikam dua lagi mangsa – seorang lelaki
tua dan seorang lagi pelajar kolej – yang membawa kepada kematian
mereka).
Sementara itu seorang rakan serumah suspek seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh suspek.
“Sukar untuk percaya akan apa yang dah berlaku kerana dia adalah
seorang yang baik. Dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebelum
ini,” ujar rakan serumah suspek yang telah enam tahun tinggal serumah
dengannya di Selayang.
Dia telah bergegas pergi ke HKL untuk memastikan apakah benar rakan
serumahnya itu yang terlibat dengan kejadian amuk dan bunuh tersebut
selepas membaca berita mengenai kejadian itu dalam laman sosial
Facebook.
“Saya tidak pernah melihat dia menghadiri atau terlibat dalam
mana-mana kumpulan silat atau dakwah sebelum ini,” katanya lagi. –
mSTAR.com
[Wow] - Jenayah
SEMALAM, kecoh sekejap dengan kisah keretakan hubungan percintaan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.
Puncanya, Pekin mendakwa Uqasha curang dengan menjalinkan hubungan
dengan Sharnaaz Ahmad dan mendakwa mempunyai bukti tentang perkara itu.
Lebih panas lagi, dia mengatakan bahawa ini merupakan kali ketiga kekasihnya itu menipu dirinya.
Kenyataan itu kemudiaannya dinafikan oleh Uqasha yang nyata kecewa
dengan tindakan Pekin yang memberi kenyataan melulu kepada media tanpa
berbincang dengannya.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas kisah itu tersebar di laman maya,
Pekin tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah salah-faham semata-mata dan
sudah meminta maaf dengan kekasihnya itu.
Persoalannya, dengan siapakah Uqasha pernah ‘curang’ sebelum ini, seperti yang didakwa Pekin?
Atau adakah dakwaan kecurangan itu hanya direka oleh dirinya yang
mungkin sedang ‘angin satu badan’ sewaktu dihubungi pihak media?
Jika benar ia hanya rekaan semata-mata, memang rabaklah hati Uqasha.
Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan
binasa.
Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Uqasha ini mungkin menggambarkan apa yang dirasakannya saat ini:
Lain kali, sebelum nak buat sebarang kenyataan, bincanglah dulu dengan pasangan. Ini
tidak, merajuk sampai tak mahu dengar penjelasan kekasih.
[Wow] - Gosip Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)


Recent Comments