Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Sepanyol – Dalam era zaman moden di mana
orang ramai menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan untuk
kelihatan muda, ada juga manusia yang sanggup melakukan perkara jijik
dan meloyakan, semata-mata kerana mahu mengelak diri dimamah usia.
Ia termasuk meminum air kencing sendiri
kerana percaya najis tersebut mampu menjadikan seseorang itu awet muda
dan penawar yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.
Individu tersebut adalah warga emas,
Mark Ambrose yang berusia 91 tahun. Dia yang bersekedudukan dengan teman
wanitanya, Joyce yang berusia 85 tahun itu, akan meminumsegelas air
kencing setiap hari.
Ambrose bagaimanapun tidak dapat menyakinkan Joyce untuk melakukan perkara sama.
“Kami berdua mempunyai masalah kesihatan
yang teruk. Tulang belakang saya mengalami kerosakan yang teruk
manakala Joyce pula berdepan dengan masalah sakit lutut, mata dan
penyakit lain yang dialami oleh orang tua,’’ kata Ambrose.
Selepas mendapat penyakit itu, Ambrose telah membuat kajian di internet dan dia kemudiannya menemui terapi air kencing.
Setelah usaha untuk menyembuhkan
penyakit tulang belakangnya dengan doktor menemui kegagalan, dia beralih
kepada air kencing, sejak tiga tahun lalu.
Pada mulanya, kata Ambrose, dia hanya merasa sedikit air kencingnya selama beberapa hari sebelum mempunyai keberanian untuk minum dalam sukatan yang lebih besar.
Bagi menghilangkan rasa air kencing dalam mulutnya, dia akan makan buah anggur atau berkumur dengan air.
Selain meminum air kencing itu, dia juga
menyapunya ke muka, tangan dan kaki, kelopak mata serta telinga kerana
percaya najis itu mampu mengatasi masalah kesihatan dengan efektif.
Global
Shenyang – Kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Hanya kerana wang, seorang lelaki sanggup memotong
tangan anak kekasihnya yang berusia 10 tahun, dan kemudian merebus
tangan yang dipotong itu dalam air yang mendidih bagi mengelakkannya
disambung semula.
Tragedi itu menyebabkan Xiao Jun kehilangan tangan kanannya.
Ini kerana doktor juga tidak dapat
menyambung semula tangan itu selepas mendapati tangan yang dipotong itu
telah mengembang selepas direbus.
Kejadian berlaku setelah Xiao Jun dipukul dengan kayu oleh Cheng Sun yang juga teman lelaki ibunya.
Lelaki itu secara tiba-tiba kemudiannya mengambil pisau pemotong daging lalu memotong tangan budak tersebut.
Dia dikatakan berbuat demikian selepas bertengkar dengan ibu mangsa, mengenai wang melalui perbualan dalam telefon.
Wanita itu yang sarat mengandung, tidak
berada di rumah ketika kejadian dan dilaporkan mengunjungi
saudara-maranya untuk meminjam wang.
Pasangan tersebut dikatakan dalam perancangan untuk membeli pangsapuri dan ketika ini mereka masih menyewa di sebuah apartmen.
Keadaan budak itu kini dilaporkan stabil selepas pembedahan dijalankan ke atasnya.
Sementara Cheng pula, telah ditangkap oleh polis.
Dalam pada itu, Xiao Jun berkata, dia
tidak menyangka Cheng bertindak sedemikian rupa kerana sebelum ini
lelaki tersebut umpama seorang ayah kepadanya.
“Kini semuanya sudah musnah. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian dan dia seolah-olah dirasuk’’ katanya.
Pelbagai
Jika sebelum ini kekasih Nora Danish, Nadeem Nazri dilihat sentiasa
‘cool’ melayan kutukan peminat dan individu yang kurang senang akan
hubungannya dengan artis comel tersebut, dia kini dilihat kian kurang
sabar.
Mungkin, dia semakin tertekan apabila setiap gerak gerinya dan Nora
diperkatakan dan menjadi bahan bualan masyarakat termasuk yang terbaru,
percutian mereka ke Eropah.
Sebelumnya, Nadeem turut menjadi bahan berita berkaitan isu pembelian
rumah bernilai jutaan ringgit dan menjadi pegawai khas kepada bapanya,
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Kelmarin, dalam satu status Instagram miliknya Nadeem dilihat
seolah-olah membalas kritikan orang sekeliling apabila memuat naik
status berbunyi:
While the men are hating the fact that I got this beauty on
my side, we are laughing it off.. We r happy, we got money and we got
beautiful kids.. What do u guys have? Lol.. I love my fans but I pity
you haters, please work hard and make some good living so u can enjoy it
like us. #justsaying #factual
Mungkin Nadeem sekadar meluahkan apa yang dia dan Nora sedang lalui
kini, namun pada masa sama ia sebenarnya membayangkan keadaan mereka
yang terganggu dengan segala publisiti diterima.
Status ini juga agak pedas bagi sesetengah orang yang memandang
Nadeem lebih pada individu yang bertuah kerana dilahirkan sebagai anak
orang kaya dan berpengaruh untuk menyuruh orang lain bekerja keras bagi
mendapatkan apa yang dimilikinya pada hari ini.
Rasanya jika mahu segala perhatian terhenti, Nora perlu tinggalkan
bidang seni dan paling baik, jika mereka mendirikan rumahtangga secepat
mungkin.
Jika tidak, anda perlu belajar bersabar kerana inilah asam garam dunia glamor.
[Wow] - Kisah Artis
BEIJING – Seorang gadis berusia 17
tahun, Xu Jianmei telah menjalani pembedahan muka selepas dia kehilangan
dagu, kelopak mata dan sebahagian telinganya dalam satu kebakaran
semasa berusia lima tahun, lapor agensi berita Xinhua semalam.
Jianmei yang berasal dari sebuah kampung
nelayan di wilayah Fuji menjalani pembedahan itu di sebuah hospital
Fuzhou dalam wilayah tersebut.
Ketika kecil, dia tidak dapat menjalani pembedahan muka kerana keluarganya miskin.
Namun, pada tahun lalu, dia berpeluang
menjalani pembedahan itu selepas doktor-doktor mencadangkan kulit muka
baharunya diambil dari dadanya.
Sepasukan doktor menggunakan satu urat
darah dari paha Jianmei dan menanam di dadanya dengan tujuan untuk
menghasilkan tisu kulit.
Tisu kulit itu kemudian membesar di dada kirinya.
Justeru, tisu kulit itu akan digunakan untuk membetulkan semula muka gadis tersebut.
Beberapa peringkat pembedahan kemudian dilakukan ke atas gadis itu.
Peringkat akhir pembedahan itu berjaya dilakukan pada Isnin lalu.
Doktor-doktor percaya bahawa luka pada
wajah gadis tersebut akibat pembedahan akan hilang dalam tempoh beberapa
minggu lagi. – Agensi
[Wow] - Kisah Hidup
Artis-artis Indonesia ini memang bijak membawa diri mereka. Terbaru, Detikhot melaporkan Agnes Monica telah muncul di pentas Grammy Week di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Agnes Monica pula muncul bersama Tambaland. Ia akan membawa lagunya "Show A Little Lova". Menurutnya lagi,, Justin Timberlake, Avici dan beberapa lagi penyanyi bertaraf dunia akan beraksi pada acara yang sama dengan Agnes.
Pelantun 'Cinta Gila' telah menulis perkhabaran tersebut di twitternya. Peminatnya kemudian membalas, "The 1st Indonesian ever! Agnes Monica for the GRAMMY Week. RT if you support!❤ #TimboAgnezMeechie #ShowALittleLove cc: @creativedisc," tulis akun fans Agnes @AgnesMonicaZone.

Agnes muncul di karpet merah Grammy Week dengan gayanya lincah seksi. Beliau hanya mengenaan seluar jenas pendek dan juga vest pendek batik.









Hiburan

Seorang tukang cuci yang juga orang kelainan upaya (OKU) mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan
merogol, seks luar tabii serta merompak seorang wanita di dalam tandas,
minggu lalu.
Tertuduh, Mohamad Azhan Mohamad Johan, 27, yang pekak dan bisu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa isyarat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid.
Lelaki yang telah berkahwin itu didakwa bagi satu pertuduhan merogol dan dua pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas mangsa berusia 38 tahun itu di dalam tandas tempat kerja wanita berkenaan.
Dakwaan dibuat masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan se batan jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian itu juga, Mohamad Azhan berhadapan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh disebat atau didenda di bawah Seksyen 392 kanun sama kerana me rompak mangsa sebanyak RM100.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bangunan di Jalan Tun Perak di sini antara pukul 7 pagi dan 7.15 pagi, 12 September lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat mengen dalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili pe guam.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan ke atas Mohamad Azhan dan menetapkan 27 November depan untuk sebutan melantik peguam. - KOSMO!
Tertuduh, Mohamad Azhan Mohamad Johan, 27, yang pekak dan bisu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa isyarat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid.
Lelaki yang telah berkahwin itu didakwa bagi satu pertuduhan merogol dan dua pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas mangsa berusia 38 tahun itu di dalam tandas tempat kerja wanita berkenaan.
Dakwaan dibuat masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan se batan jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian itu juga, Mohamad Azhan berhadapan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh disebat atau didenda di bawah Seksyen 392 kanun sama kerana me rompak mangsa sebanyak RM100.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bangunan di Jalan Tun Perak di sini antara pukul 7 pagi dan 7.15 pagi, 12 September lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat mengen dalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili pe guam.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan ke atas Mohamad Azhan dan menetapkan 27 November depan untuk sebutan melantik peguam. - KOSMO!
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira sudah bersetuju untuk
bekerjasama dengan bekas tunangnya iaitu penyanyi Awie bagi menjayakan
Konsert Suara Kita yang turut melibatkan penyanyi Ziana Zain.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 39, berkata, konsert
tersebut pasti menjadi detik bagi mengimbau kenangan lama percintaan
bagi sesiapa sahaja yang melalui zaman tersebut.
"Pihak saya sudah berbincang dengan pihak Awie tentang projek
tersebut dan Insya-Allah jika tiada halangan ia akan diadakan di Istana
Budaya pada Mac tahun depan.
"Bagi saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengannya secara
profesional, ia pasti akan mengimbau kenangan lama bukan sahaja saya
tetapi semua orang yang berada pada zaman tersebut," katanya kepada mStar Online.
Ketika ditanya tentang perasaan untuk bekerjasama dengan penyanyi
tersebut, Erra berkata secara dasarnya dia tidak menyimpan apa-apa lagi
perasaan terhadap Awie.
"Masing-masing sudah ada kehidupan dan keluarga, bagi saya sudah tiada lagi 'getaran' apabila bertemu Awie.
"Cuma jika mengimbas kenangan lalu ketika menonton filem-filem kami
bersama, saya hanya senyum dan menganggap ia sebagai peristiwa lalu,"
katanya.
Erra berharap kolaborasi tersebut nanti berjaya membawa
peminat-peminat mereka bertiga kembali semula ke zaman berkenaan pada
era 1990-an.
"Saya difahamkan ia seperti muzikal termasuk ada sketsa daripada filem-filem lakonan kami bertiga seperti Sembilu dan Maria Mariana," katanya.
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR: Dua buah lagu dalam kategori hip hop iaitu Botingkek nyanyian kumpulan W.A.R.I.S dan Ini Janjiku
nyanyian Amran Ismail akan dinilai semula daripada sudut melodi bagi
memastikan karya itu asli supaya ia layak dipertandingkan menerusi
Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20).
Ketua juri, Datuk Ramli MS berkata, jika kedua-dua lagu itu adalah
karya ciplak, ia secara automatik akan dikeluarkan daripada senarai
calon akhir AIM 20.
"Kami akan nilai dan selidik semula kedua-dua buah lagu ini sama ada ia memenuhi syarat yang ditetapkan atau tidak.
"Dari segi penilaian keaslian sesebuah lagu kita akan melihat lagu
tersebut daripada segi melodi, nada, cara penyusunan dan mestilah tidak
melebih empat bar daripada nota muzik lagu yang didakwa mempunyai
persamaan," katanya selepas sidang media pengumuman senarai calon akhir
AIM 20 di Hotel Istana di sini pada Khamis.
Ramli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status dua buah lagu iaitu Botingkek dan Ini Janjiku yang didakwa mempunyai persamaan dengan lagu luar.
Namun begitu, jika lagu tersebut hanya inspirasi kepada lagu lain dan
tidak banyak persamaan ia akan dibenarkan untuk dipertandingkan.
"Muzik sebenarnya agak sukar untuk dinilai dengan tepat kerana ia tidak didaftar namun melodi lagu tersebut didaftar.
"Bagi lagu hip hop lagi sukar untuk dinilai kerana ia tiada nada dan melodi," katanya.
Sementara itu, tiga calon iaitu Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari
mendapat pencalonan terbanyak iaitu masing-masing empat kategori iaitu
Album Terbaik, Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (lelaki), Kulit Album Terbaik
dan Rakaman Album Terbaik.
Kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam lagu turut memperlihatkan
pencalonan pendatang baharu iaitu Ronnie (Hyper Act) dan Najwa
Mahiaddin bersaing di kalangan nama-nama besar industri muzik seperti
Faizal Tahir, Hafiz Suip, Datuk Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor.
Penambahan kategori baharu iaitu Persembahan Vokal Duo Kolaborasi
Terbaik Di Dalam Lagu pula menyaksikan paduan suara penyanyi ternama
tanah air termasuk Sedetik Lebih gandingan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah, In Love With You nyanyian Noh Salleh dan Aizat Amdan serta Lari gandingan Sleeq dan Hazama.
AIM 20 bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 14 Disember depan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.
[Wow] - Hiburan
PETALING JAYA: Pengacara Nona yang juga penyampai radio
Media Prima Berhad iaitu Fara Fauzana diarahkan untuk bercuti daripada
bertugas sebagai deejay selepas mengalami masalah suara sejak awal
Oktober ini.
Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia
mengalami masalah yang dikenali sebagai gangguan ‘saraf vokal’
membuatkan suaranya menjadi serak dan kasar.
“Masalah ini sudah lama berlaku dan ia semakin serius sejak
kebelakangan ini. Ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihati saya
untuk bercuti selain kurangkan bercakap agar masalah berkenaan tidak
bertambah serius,” katanya kepada mStar Online
Fara memberitahu, dia mendapat cuti sakit dari 9 sehingga 23 Oktober dan seterusnya menyambung cuti tahunan sehingga Ahad ini.
Jelas Fara, pakar perubatan yang ditemuinya memberitahu terdapat
jangkitan pada bahagian kerongkongnya sehingga kadangkala sukar untuk
dia ‘mengeluarkan’ suara ketika berkomunikasi.
Kata Fara, selain bergelar deejay dan juga pengacara, dia banyak
melakukan aktiviti menggunakan suaranya selepas waktu bekerja seperti
melakukan rakaman ‘Panggilan Hangit’ dan juga juru acara majlis-majlis
tertentu.
“Doktor kata penggunaan suara saya melebihi waktu kerja menyebabkan
saya mengalami masalah saraf vokal ini tetapi ia tidak begitu serius
sebaliknya saya perlu melakukan terapi dalam tempoh yang ditetapkan.
“Yalah... selama ni kalau saya bercuti kerja di Hot FM, saya bekerja pula di TV. Jadi, saya banyak menggunakan suara,” katanya.
Selain kurangkan bercakap Fara juga mengelak mengambil minuman bergas
serta makanan-makanan pedas agar penyakit berkenaan tidak terus
berpanjangan.
[Wow] - Kisah Artis

Maria Farida yang sungguh
seksi dan seksa sehingga mendebarkan dada lelaki ini tengah sibuk dengan
shooting drama ‘Ruby’, sempat berkongsi rahsia mengapa beliau berani
untuk sentiasa memakai pakaian seksi dan daring kerana mempunyai tubuh
badan yang solid dan cantik hasil bersenam di gym.
Maria Farida ibu tunggal beranak satu kepada Mizan sudah lama menjanda dan pernah putus cinta dengan Shah Jaszle sebelum ini.
Maria Farida ibu tunggal beranak satu kepada Mizan sudah lama menjanda dan pernah putus cinta dengan Shah Jaszle sebelum ini.
Maria yang mengamalkan gaya hidup aktif sentiasa rajin bersenam dan melakukan aktiviti luar seperti scuba diving dan jogging menyebabkan tubuh badannya mencapai zero percent body fat yang jarang sekali dapat dilakukan oleh wanita 40 an sepertinya.
Kesannya Maria kelihatan seperti baru 20 an dan tampak muda selalu. Dibawah ini beberapa keping gambar Maria Farida.








Semoga kita semua dapat mengamalkan gaya hidup cergas seperti maria Farida ni demi kesihatan yang lebih baik. KepohGiler bukan tak nak bersenam just tunggu Maria ajak bersenam sekali.. Hehe!
Sumber : kepohgiler
[Wow] - Sakit Mata

Gejala ‘meroyan’ Sharifah Sakinah nampaknya diteruskan lagi melalui video terbaru dari laman Keeknya.
Kali ini, kamera litar tertutup (CCTV) pula yang menjadi subjeknya apabila dia menari dan menyanyi dengan aksi ‘gila-gilanya’ di bawah kamera tersebut dan dirakamkan oleh rakan lelakinya.
Kali ini, kamera litar tertutup (CCTV) pula yang menjadi subjeknya apabila dia menari dan menyanyi dengan aksi ‘gila-gilanya’ di bawah kamera tersebut dan dirakamkan oleh rakan lelakinya.
Walaupun tidak begitu melampau seperti video ‘bra dan seluar dalam
merah’nya, namun status selebriti yang dipegangnya bakal menjadikan
video ini sensasi di laman sosial.
Nampaknya, usaha berterusan si Sakinah ini akan menjadikan namanya terus popular di persada industri hiburan Malaysia.
Mungkin idea video murahan dan kontroversi sahaja yang dapat dijadikan modal oleh pelakon ini bagi menaikkan namanya.
Nampaknya, usaha berterusan si Sakinah ini akan menjadikan namanya terus popular di persada industri hiburan Malaysia.
Mungkin idea video murahan dan kontroversi sahaja yang dapat dijadikan modal oleh pelakon ini bagi menaikkan namanya.
Lihat video di sini> Meroyan Depan CCTV
[Wow] - Video
PADA awal pelancarannya, Samsung mengumumkan jam pintar Galaxy Gear
keluarannya hanya boleh digunakan dengan model Galaxy Note 3 dan Galaxy
Note 10.1.
Kini syarikat Korea Selatan itu telah melebarkan perfungsiannya pada
model-model Samsung lain termasuk Galaxy S4, Galaxy S3 dan Galaxy Nte 2,
melalui Android 4.3 Jellybean.
Selain itu,jam ointar ini juga boleh dipadankan dengan Galaxy S4 Mini, S4 Active, Mega 5.8, Mega 6.3 dan Galaxy S4 Zoom.
Galaxy Gear ini telah dilancarkan beberapa minggu yang lalu bersama
model Note 3,namun mendapat ulasan buruk daripada beberapa pengulas
gajet.
[wow] - Teknologi
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
Recent Comments