Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Rio de Janeiro – Pertandingan ratu
cantik maknyah, Miss Trans Brazil 2013 telah mencetuskan kontroversi
kerana pemenang akan menerima hadiah utama iaitu menjalani pembedahan
tukar jantina di Thailand.
Hadiah itu pertama kali diperkenalkan oleh penganjur iaitu Persatuan Transgender Rio de Janeiro (RIO ASTRA).
Hadiah pertandingan itu menjadi kontroversi kerana pembedahan menukar jantina di Brazil adalah menyalahi undang-undang.
Bagaimanapun RIO ASTRA mempertahankan
tindakannya itu dengan menyatakan bahawa mereka tidak menawarkan hadiah
menukar jantina secara langsung sebaliknya pemenang diberikan pilihan.
“Kita memberikan hadiah itu sebagai baucer dan pemenang pula mempunyai pilihan untuk menggunakan wang itu di Thailand.
“Mereka boleh menjalani pembedahan pertukaran jantina atau melakukan pembedahan plastik,’’ kata jurucakap persatuan itu.
Jelasnya, jika pemenang mahu menjalani
pembedahan tukar jantina, maka pihaknya akan memberikan kaunseling
kepada mereka selama setahun.
Pemenang Miss Trans ini akan dipilih
untuk mewakili Rio pada pertandingan peringkat nasional sebelum mereka
bertanding pada Miss Universe Transgender 2014.
Seramai 19 maknyah mengambil bahagian dan mereka terdiri daripada pekerja salon, jurumekap artis dan model.
Miss Trans ini dimenangi oleh Raiica Ferraz, 21 tahun dan bekerja di salon rambut.
Jelasnya, dia tidak akan menjalani pembedahan tukar jantina, kerana telah menggunakan pil hormon.
Ferraz memberitahu, sejak kecil nalurinya adalah untuk menjadi wanita dan pada usia 17 tahun, dia telah memakai pakaian wanita.
“Semua orang terkejut dan saya menjadi perhatian. Namun saya memutuskan bahawa ini yang saya ingin lakukan,’’ katanya.
Global
MALE ATOLL SELATAN (MALDIVES) – Pelakon
dan pengacara Neelofa mahu meninggalkan dunia seni untuk memberi tumpuan
dalam bidang perniagaan dan rumah tangga yang bakal dibinanya sebelum
mencecah usia 30 tahun.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor
Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia tidak percaya bakatnya akan
diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang kerana ketika itu sudah
ada pelakon-pelakon baharu yang lebih menjadi perhatian.
“Terus-terang saya katakan, saya tidak
pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam
masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya
meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila
usia saya 30 tahun,” katanya kepada mStar Online.
Neelofa ditemui semasa menyertai
percutian bersama syarikat penerbangan tambang murah AirAsia X selama
lima hari bermula 18 Oktober lalu di Holiday Inn Kandooma di sini.
Selain Neelofa, pengacara Fara Fauzana
turut bersama dalam percutian berkenaan bagi merasai perjalanan laluan
terbaharu syarikat penerbangan itu selain melihat keindahan pulau
terbabit.
Neelofa berkata, dia tidak menyesal
membuat keputusan berkenaan memandangkan ketika ini semakin ramai artis
baharu muncul dan tentunya pada masa depan, pelakon lain lebih menonjol
sebagaimana yang dialami pelakon senior lain ketika ini.
Ujarnya, sebagai permulaan dia mula
berjinak-jinak dalam bidang perniagaan termasuklah memperkenalkan produk
penjagaan kesihatannya iaitu Bellavita.
Pengacara rancangan Nona dan Meletop ini turut membayangkan akan mendirikan rumah tangga pada usia 29 tahun.
“Saya merancang selewat-lewatnya pada
usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada
waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan,”
jelasnya sambil memberitahu buat masa ini masih belum mempunyai teman
istimewa.
Dalam perkembangan lain Neelofa berkata
dia sudah mendapat surat tawaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di
New York Film Academy, di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Neelofa akan mengambil kursus dalam bidang lakonan selama sebulan bermula 6 Januari 2014.
“Saya sudah bersedia untuk meneroka
bidang seni dengan mengikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat.
Ketika itu saya sedang cuti semester di kolej saya sekarang. Jadi, mudah
untuk saya untuk menyambung pelajaran,” katanya yang ketika ini
merupakan pelajar Kolej Universiti Sunway, Petaling Jaya, peringkat
ijazah sarjana muda pemasaran dan perdagangan antarabangsa. - mStar Online
[Wow] - Kisah Artis
BERITA baik untuk pengguna iPhone 4, 4s dan 5 yang juga merupakan perokok tegar.
Sebuah ‘casing’ terbaru yang dinamakan ‘Firecase’ telah direka dengan elemen pemanas yang dibina pada bahagian dalamnya.
Terdapat pelbagai pilihan warna untuk aksesori ini dan baterinya
boleh dicas dengan menggunakan wayar USB yang disambungkan pada komputer
riba.
Pemanas ini terletak terletak di bahagian belakang ‘casing’ dan akan panas serta-merta sebaik sahaja penutupnya dibuka.
Pendek kata, pengguna tidak akan menunggu lama untuk menyalakan rokok mereka.
Bagi setiap cas, ‘Firecase’ boleh digunakan untuk 100 kali petikan.
Menariknya, biarpun mempunyai fungsi tambahan, ia tidak menambahkan
saiz aksesori itu, sebaliknya lebih ringan dan mudah dibawa ke
mana-mana.
Cool
Walaupun sebelum ini dirinya pernah digelar sebagai seorang kaki
perempuan, namun kali ini kelihatannya seperti John Mayer, 36, begitu
serius untuk membawa perhubungannya dengan Katy Perry, 29, ke fasa
perkahwinan.
Menurut sumber terdekat dengan pasangan ini, mereka betul-betul
komited di antara satu sama lain dan sudah merancang untuk bertunang
dalam jangka masa terdekat.
“Semua orang kini hanya menunggu masa sahaja bila John akan melamar Katy,” kata sumber tersebut kepada US Weekly.
Menurut sumber itu lagi, John dan Katy memang tidak dapat dipisahkan
apabila akan sentiasa Skype dan berhubung melalui telefon sekiranya
mereka jauh di antara satu sama lain.
Katy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan
pelawak Russell Brand pada 2010 dan bercerai 14 bulan kemudiannya.
Sementara itu, John pernah dikaitkan bercinta dengan ramai wanita
cantik Hollywood antaranya Taylor Swift, Jennifer Aniston dan Jessica
Simpson.
[Wow] - Selebriti
PASUKAN Tentera Republik China (PLA) memang terkenal
dengan pelbagai kaedah latihan ‘unik’ yang dikenakan ke atas pegawai
dan anggota mereka.
Antara yang menjadi ‘viral’ dalam internet ketika ini adalah salah
satu sesi latihan yang dijalankan ke atas pelatih atau rekrut wanita
yang menganggotai pasukan itu.
Dikatakan dalam latihan untuk penyesuaian penggunaan topeng gas itu,
para rekrut ini diminta bermain bola dengan anggota tentera lelaki di
tengah padang ketika cuaca panas terik.
Bermain bola tengah panas sambil pakai topeng gas? Memang gila!
Namun ramai yang mendakwa ia cuma ‘kaedah’ pasukan tentera itu untuk
menarik lebih ramai rakyatnya menganggotai pasukan bersenjata republik
berkenaan.
Apatah lagi bila yang dipaparkan cuma rekrut yang cantik dan yang mempunyai susuk tubuh yang seksi.
Kira macam promosi tarik orang masuk askar le tu.
Pelbagai
Dalam pada keadaan tengah kecoh mengenai kisah putus cinta antara
Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose, akhirnya OHBULAN! mendapat perkhabaran
yang lain pula.
Sebelum ini terdapat beberapa artikel yang mengatakan Pekin
memutuskan hubungan dengan bakal isterinya itu gara-gara orang ketiga
iaitu Sharnaaz Ahmad.
Namun kami berjaya menghubungi Pekin sendiri hari ini dan menurut pelakon itu, apa yang terjadi hanyalah sekadar salah faham.
“Sebenarnya semua ni salah faham je. Beberapa hari lepas,
saya dapat tahu Uqasha ada berjumpa dengan Sharnaaz. Bila tahu macam tu,
saya bengang la. Saya terus tak angkat panggilan telefon dari Uqasha.
Siapa yang tak marah kalau dapat tahu kekasih kita keluar dengan orang
lain.
“Tapi bila saya berjumpa dengan Sharnaaz semalam, barulah
saya dapat tahu yang mereka sebenarnya tengah rancang surprise birthday
party untuk saya. Dan kebetulan masa itu, mereka juga sedang terlibat
dengan sebuah penggambaran.
“Bila saya tahu perkara sebenar, saya minta maaf pada Uqasha dan sekarang ni hubungan kami seperti biasa,” katanya.
Menurut Pekin lagi, perkara menjadi di luar kawalan apabila ada pihak
yang gemar menokok tambah dan mengambil kesempatan di atas apa yang
berlaku.
Dan disebabkan salah faham itu jugalah, rancangan untuk menyambut
hari lahirnya yang bakal jatuh pada 26 Oktober 2013 tidak akan menjadi
kenyataan.
Ditanya sama ada benar Pekin seorang yang panas baran seperti yang
didakwa Uqasha, pelakon ini pantas menafikan perkara tersebut.
“Saya tak salahkan Uqasha apabila dia keluarkan kenyataan macam tu.
Saya sebenarnya susah nak marah, tapi bila isu ni menyentuh soal orang
yang saya sayang, mestilah ada terdetik perasaan yang kurang senang kan.
Tapi saya bukanlah jenis yang suka memukul perempuan dan naik tangan
apabila marah,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Pekin turut menyatakan bahawa dakwaan
mengenai pembatalan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada bulan
Oktober tahun hadapan adalah tidak benar sama sekali.”Saya tak pernah
keluarkan kenyataan mengenai itu. Kami masih merancang untuk ke jinjang
pelamin,” katanya.Pekin turut menjelaskan bahawa mereka masih belum
bertunang dan berkemungkinan besar akan mengikat tali pertunangan
beberapa jam sebelum bernikah.
Uqasha yang dihubungi pula enggan mengulas lanjut mengenai perkara
ini dan menganggap apa yang terjadi sebagai dugaan pasangan yang ingin
berkahwin. – Ohbulan
[Wow] - Gosip Hiburan
KUALA LUMPUR – Seorang budak penghantar
barang tiba-tiba mengamuk apabila dia menikam mati dua orang sementara
dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini.
Insiden yang berlaku pada pukul 11.20
pagi itu bermula apabila suspek berusia 26 tahun itu menghantar rokok di
beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah
Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek
menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunnya seorang
perempuan berusia 40 tahun.
“Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.
“Kenderaan dinaiki suspek turut
berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua
dihadapan stesen LRT Taman Melati,” katanya kepada pemberita di tempat
kejadian.
Beliau berkata pemandu van tersebut
keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam
sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian.
“Suspek kemudiannya kembali menaiki
vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian
sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang
remaja.
“Dia kemudiannya menikam remaja
berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam
mangsa sebanyak dua kali lagi,” katanya sambil menambah remaja berkenaan
merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia ditempat kejadian.
Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba. Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian. – mStar Online
[Wow] - Jenayah
Percayakah anda gumpalan rambut manusia boleh dijadikan pakaian?
Jika tidak, anda wajib mengubah fikiran kerana sememangnya ada
pakaian pengantin yang direka dengan gumpalan rambut sepanjang 250
meter.
Gumpalan ini diperolehi daripada puluhan ribu rambut individu yang
berlainan, 1,500 kristal dan 12 skirt bawahan dan dicipta oleh bintang
rancangan bersiri, My Big Fat Gipsy Wedding, Thelma Madine.
Dengan tenaga kerja seramai lapan orang termasuk pembuat pakaian
pengantin, Nico dan salon dandanan rambut, Voodou, gaun 33 paun ini
disiapkan dalam masa 300 jam.
Cantik, tapi berani ke nak pakai untuk majlis perkahwinan?
[Wow] - Fesyen
Berita baik untuk anda yang tidak dapat menahan diri daripada buang angin!
Kini anda boleh kentut dengan yakin tanpa risau aroma yang terhasil
mengganggu orang sekeliling apabila sejenis seluar dalam yang dapat
menyerap bau dicipta dan dipasarkan untuk kegunaan harian.
Mengandungi sebatian kimia Zorflex yang biasa digunakan untuk
menghasilkan sut perang, pencipta seluar dalam yang dikenali sebagai
Shreddies mendakwa ia mampu menyerap hingga 200 kali bau yang biasa
‘dilepaskan’ oleh manusia.
Material karbon itu dikatakan kembali aktif meskipun selepas seluar dalam berkenaan dicuci.
Menurut jurucakap Shreddies, jualan seluar dalam ini mungkin
mencetuskan reaksi berbeza namun ia terbukti dapat membantu mereka yang
menghadapi masalah tidak dapat menahan untuk membuang angin disebabkan
perut kembung, salah makan dan sebagainya.
Bagaimanapun pada masa sama, syarikatnya percaya ia merupakan ciptaan
yang sesuai untuk semua orang memandangkan kentut merupakan perbuatan
lumrah setiap manusia
Pelbagai
PERKEMBANGAN media sosial baru seperti FB, Instagram, Twitter dan sebagainya memang sesuatu perkara yang mengujakan terutama bagi golongan muda yang tak lekang dengan telefon bimbit dan gajet mereka.
Namun adakalanya ia menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar digunakan dengan cara yang betul atau sebaliknya.
Seperti yang kita lihat dalam gambar di atas, sekumpulan jururawat,
masih berstatus pelatih rasanya, telah memuatnaik gambar yang
menimbulkan seribu persoalan…biar betul ni dik??
Lebih tepat, mereka dengan raut wajah tersengih-sengih bergambar
dengan patung yang mungkin mereka gunakan untuk tujuan latihan atau
pembelajaran dalam kelas.
Yang menjadi tanda tanya sekarang, perlu ke bergambar dengan ‘zakar’ patung tersebut?
Lebih mengharukan, salah seorang daripada mereka memegang ‘anu’ patung berkenaan ketika bergambar beramai-ramai.
Tidakkah terdetik rasa malu kerana berbuat demikian, apatah lagi dengan imej mereka yang sungguh sopan dan ayu bertudung itu?
Betul, dalam bidang perubatan, semua benda yang ada di tubuh badan,
dari A hingga Z perlu dipelajari, diteliti dan diamati…namun bukanlah
dengan cara seperti mana yang mereka lakukan.
Melalui komen-komen di bawah, ternyata ia mengundang reaksi yang kurang senang daripada pelbagai pihak.
Mungkin bagi adik-adik jururawat ini ia cuma satu gurauan tetapi ia tetap salah dari segi etika, moral dan susila kita.
Gurauan sebegini ternyata tidak memberi faedah, malah boleh mengundang padah.
Isu Panas
KLANG – Polis menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 15
tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak semalam, di tepi
Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian dipercayai dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata mayat
mangsa ditemui selepas suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Petaling Jaya oleh seorang lelaki, kira-kira 6.30 petang tadi.
Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun itu membawa polis ke tempat mayat mangsa dibuang.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka dan pendarahan di bahagian kepala dan tangan mangsa.
“Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek di
Kelana Jaya, lebih 12 jam, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau,”
katanya ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.
Katanya, sebelum mayatnya ditemui, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.
Mangsa kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam.
Beliau berkata, ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa
kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira-kira
jam 1.30 pagi semalam.
Menurutnya, suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang
baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu adalah
kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet
beberapa bulan lalu.
Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk bedah siasat.
Menurutnya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada mangsa dirogol suspek atau sebaliknya.
“Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok (hari
ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui motif
sebenar pembunuhan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya. – Harian Metro
[Wow] - Jenayah

Wazuma V8 keluaran syarikat Lazareth ialah motosikal beroda empat (Quadbike) paling insane dan mahal didunia. Ianya menggunakan enjin V8 3.0 Liter Ferrari yang mampu menghasilkan 250 kuasa kuda. Untuk harness the power Waruma menggunakan kotak gear BMW M3. Ia juga menggunakan 4 sports rim MOMO serta satu set lengkap brek dari Brembo. Jika anda berminat membeli ianya kini dijual dengan harga EURO 200 000 (RM 828 ooo) sebuah dan boleh dibeli disini.
Laporan asal JamesList
[Wow] - Motokar
Subscribe to:
Posts (Atom)












Recent Comments