Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Martin Otto Lambert ialah seorang artis dari Jerman. Beliau terkenal dengan skill awesome beliau membina kereta pada skala miniature but with a twist. Semua model miniatur beliau ialah kereta dalam keadaann rosak dan barai. But honestly speaking dalam keadaan usang macam ini pun the beauty is still there. Check out the awesome details on all of them. Kalau nak lagi sila ke laman web Martin Otto Lamber disini







Laporan asal Lambert

Siri buku Harry Potter ialah siri buku yang paling popular dekad yang lalu. Ratusan juta naskah buku berjaya dijual manakal frankais filemnya pula mempunyai kutipan berbilion dollar. Black Milk Clothing ialah syarikat pakaian yang berasal dari Australia dan mereka menghasilkan pakaian wanita bertemakan Harry Potter. 

Legging dan baju mandi Harry Potter di bawah akan mula dijual oleh mereka bulan hadapan. Cool clothing. Yang pasti pakaian di bawah pastinya akan mengVingardium Laviosakan organ mereka yang mempunya fetish Harry Potter.


Laporan asal Black Milk

Legoland Windsor yang terletak di United Kingdom ialah Legoland kedua yang dibuka di dunia. Ia bula beroperasi pada tahun 1996 dan setiap tahun seramai 2 juta pengunjung melawati taman tema ini. Setakat ini Legoland Windsor mempunyai ribunaan binaan Lego yang menggunakan 80 juta keping Lego untuk dibina. Bagi memastikan kesemua binaan mereka terjaga dengan rapi dan up to date, Legoland Windsor menggaji 4 orang pembina Lego sepenuh masa. 

Mari lihat bengkel pembinaan Lego mereka.



Laporan asal Yahoo

Bank biasanya sebuah premis perniagaan yang membosankan. Bank paling bosan di Malaysia aku rasa Bank Simpanan Nasional. Rekaan retro gila. LOWL. Anyway ini ialah rekaan dalaman Raiffeisen Bank di Zurich. Totally lain dari apa yang kita expect from an interior of a bank. 

Ianya rekaan firma NAU Architecture. Aku suka gila rekaan dinding yang mempunyai potret muka tokoh-tokoh terkenal yang pernah tinggal di Bandaraya Zurich.




Laporan asal Luxury Houses

Mari melawat muzium kubu yang terletak di Wurzen Pass Austria. Semasa perang dingin lembah ini dipenuhi dengan penempatan meriam statik (static gun emplacement) berupa rudah kereta kebal. Pihak tentera Austria berharap ratusan rudah kereta kepada di Wurzen Pass dapat menghalang tentera Soviet dari menakluk Austria. Rudal kereta kebal M-46 Patton dan Centurion diletakkan di atas tanah dan menjadi barisan pertama pertahanan Austria. 

Yang menariknya sistem pertahanan ini adalah rahsia dan hanya diketahui selepas berakhirnya perang dingin. Ini adalah kerana ianya disamarkan dengan meletakkan pondok kayu diatasnya. Sekali pandang ia kelihatan seperti sebuah chalet untuk kegunaan pengunjung ketika musim panas. Muzium ini dibuka kepada awam pada tahun 2005.
Sistem menggunakan rudal kereta kebal sebagai gun emplacement tidak unik di Austria. Teknik ini sudah digunakan sejak perang dunia kedua oleh tentera Nazi. Selain Wurzen Pass, sistem ini juga boleh dilihat di Russia. Ratusan rudal kereta kebal lama ditanam di atas tanah bersempadan dengan China.







Laporan asal Wurzenpass Museum

Perpustakaan dikatakan semakin pupus dewasa ini kerana a) people no longer reads dan b) orang ramai memilih untuk membaca buku versi digital. Tetapi di negara membangun perpustakaan masih memainkan peranan penting untuk komuniti setempat. Di Mexico sebuah kilang besi diubahsuai menjadi sebuah perpustakaan moden yang cantik. Rak buku dan ruang bacaannya direka seoalah-olah bukit yang beralun. Rekaan sebegaini diharap dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Sangat cool! Ini mengingatkan kami kepada projek sebuah hypermarket yang diubahsuai menjadi sebuah perpustakaan di Texas. 

Adidas Turut Keluarkan Jam Pintar, Saingi Nike

LIMA hari sebelum Nike Fuelband SE dijadualkan untuk menemui pembelinya, sebuah lagi syarikat persukanan pula menyusul untuk tampil dengan jam pintar tersendiri.

Jam pintar keluaran Adidas ini dicipta khas untuk mereka yang gemarkan aktiviti berlari,dan inginkan kelainan dalam alat pengesanan kecerdasan mereka,lapor SlashGear.

Gajet ini dilengkapi dengan alat pengesan kadar degupan jantung yang dicanangkan untuk Nike Fuelband SE,namun telah dikecualikan daripada produk siap pesaingnya itu pada saat akhir atas sebab yang tidak diketahui.

Adidas juga telah memuatkan teknologi serba canggih GPS, Bluetooth, WiFi dan akselerometer (Alat pengesan kelajuan) di dalam jam pintar tersebut.

Walaubagaimana pun, jam pintar Adidas ini dijangkakan bakal menerima kritikan hebat daripada pengguna. Hal ini kerana, gajet ini tidak sesuai untuk digerakkan oleh peranti iOS dan Android.
Apple terpaksa kurangkan produksi iPhone 5C

KHABARNYA,syarikat teknologi gergasi Apple terpaksa menurunkan produksi telefon pintarnya iPhone 5C atas sebab permintaan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan.
Laman web China C Technology melaporkan  daripada sumber dalaman bahawa produksi harian model iPhone itu telah dikurangkan daripada 300,000 unit kepada 150,000 unit sahaja.

Sumber tersebut turut memberitahu hal ini berlaku oleh kerana “jualan yang mengecewakan”.

Laporan-laporan terdahulu telah menyatakan model  telefon pintar terbaru keluaran Apple ini kurang laris di pasaran, walaupun didatangkan dalam pelbagai warna yang ceria dan lebih murah daripada iPhone 5S.

Sebelum dilancarkan secara rasmi,ramai yang tidak sabar untuk memiliki model berwarna-warni ini,apatah lagi iPhone 5S dilaporkan telah direka khas untuk pasaran bajet. Namun, model ini hanyalah penambahbaikan kosmetik model terdahulu iaitu iPhone 5,cuma dipasang dengan komponen yang lebih murah.

Nasib lebih menyebelahi iPhone 5S,yang terjual lebih sembilan juta unit serata dunia pada hujung minggu pertama model-model ini dilancarkan kepada umum,lewat September lepas. -SARA KHALID

MUNGKIN ramai yang masih kurang mengenali pelakon tinggi lampai ini walaupun sudah banyak drama lakonannya ditayangkan di kaca televisyen.

Baru-baru ini, Riz Amin sempat berkongsi gambar pra perkahwinannya di laman Instagramnya.


Menggunakan khidmat jurugambar The Most Photography, momen-momen indah Riz dan bakal isterinya, Sharifah Fazlina Syed Fuad telah diabadikan di sebuah kawasan menarik di sekitar Putrajaya.

Riz dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan suri hatinya itu pada 15 November depan.
Di bawah ini disertakan beberapa foto menarik pasangan ini buat tatapan pembaca semua.










MIKE Waudby merupakan seorang lelaki yang pernah mengalami masalah berat badan ketika berumur 21 tahun dengan berat badannya mencecah sehingga 140kg.

Beliau melakukan banyak pekerjaan seperti menjaga parkit kereta dan menjadi pengawal keselamatan tetapi berat badannya menjadikan beliau gagal menjalankan tugas dengan baik.
Selepas hilang pekerjaan kerana berat badannya, Mike menjadi murung dan berputus asa. Beliau hanya makan masakan ibunya dan minum arak yang dipesan melalui internet setiap hari.

Menurut Mike, alkohol berkenan yang menjadikan dirinya gemuk dan mengalami obesiti. Beliau berkata, biasanya beliau akan meminum sebotol besar whisky dan enam tin beer setiap malam.

“Saya sering keluar malam untuk malam sehinggalah pada suatu malam saya dihalau keluar oleh seorang wanita dari bar.
“Apabila saya bertanya kenapa, wanita itu berkata saya membuatkan rakan-rakannya lain tidak selesa kerana badan saya yang terlalu gemuk,” katanya.

Beliau juga pernah cuba untuk membunuh diri dan akhirnya beliau sedar yang cara hidupnya yang tidak sihat itu perlu diubah.
Mike mengambil keputusan nekad untuk berhenti minum arak dan memulakan senaman menggunakan satu program latihan yang dibeli dari internet.

“Setiap sesi senaman saya berakhir dengan saya membuka baji bersaiz XXXXXL saya yang dibasahi peluh dan kemudian menangis melihat rupa bentuk perut saya,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus bersenam.
Selepas berkerja keras bersenam selaam 18 bulan, serta tidak lagi mengambil alkohol kini Mike berada dalam keadaan  bentuk badannya yang paling ideal.

Bagaimanapun, beliau masih tidak berpuas hati dengan lebih kulit ekoran dia kehilangan berat badan yang banyak.

Beliau terpaksa membayar sejumlah harga untuk menjalani proses membuang lebihan kulit di badannya.

Ketika ini, beliau masih ada rasa tidak puas hati tentang rupa bahagian pehanya tetapi bentuk badannya sudah semakin baik dan beliau semakin sihat.

Comel juga wajah pelakjon-pelakon lelaki popular ketika mereka masih kecil. With the exception of Jeremy Renner... Mesti masa di sekolah selalu kena buli pasal muka memang macam punch magnet. Untunglah dah dewasa jadi kacak.


Laporan asal Izismile
Ibu Bapa Makan Ikan Masin, Anak Makan McDonald's

KALI ini, penulis ingin kongsikan mengenai satu status menarik dari seorang pemilik akaun Facebook yang kini sedang hangat dikongsi di laman sosial itu.

Status oleh Alfarouq Fadli itu berbunyi:

1381554_630055287045365_252512479_n

Melalui maklumat yang diberi, Alfarouq pada ketika itu duduk membelakangi gadis tersebut dan belakang kepala mereka agak rapat sehingga dapat mendengar jelas perbualan itu.

Dikatakan juga, dia kemungkinannya menggunakan ‘loudspeaker’ kerana suasana yang agak bising dan tidak menyangka perbualan itu dapat didengari oleh pemilik akaun itu.

Tujuan penulis berkongsi status ini ialah untuk memberitahu bahawa perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku di kalangan pelajar.

Kita sendiri sudah terbiasa membaca kisah bagaimana anak-anak sanggup menipu ibu-bapa demi keseronokan diri.

Akibatnya, pelajaran pun entah ke mana apabila keberkatan itu sudah ditarik oleh-Nya kerana perbuatan buruk kita terhadap ibu-bapa.

Semoga apa yang disampaikan oleh saudara Alfarouq ini dapat dijadikan iktibar buat semua hendaknya.

Mynewshub