Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
LIMA hari sebelum Nike Fuelband SE dijadualkan untuk menemui
pembelinya, sebuah lagi syarikat persukanan pula menyusul untuk tampil
dengan jam pintar tersendiri.
Jam pintar keluaran Adidas ini dicipta khas untuk mereka yang
gemarkan aktiviti berlari,dan inginkan kelainan dalam alat pengesanan
kecerdasan mereka,lapor SlashGear.
Gajet ini dilengkapi dengan alat pengesan kadar degupan jantung yang
dicanangkan untuk Nike Fuelband SE,namun telah dikecualikan daripada
produk siap pesaingnya itu pada saat akhir atas sebab yang tidak
diketahui.
Adidas juga telah memuatkan teknologi serba canggih GPS, Bluetooth,
WiFi dan akselerometer (Alat pengesan kelajuan) di dalam jam pintar
tersebut.
Walaubagaimana pun, jam pintar Adidas ini dijangkakan bakal menerima
kritikan hebat daripada pengguna. Hal ini kerana, gajet ini tidak sesuai
untuk digerakkan oleh peranti iOS dan Android.
[wow] - Teknologi
KHABARNYA,syarikat teknologi gergasi Apple terpaksa menurunkan
produksi telefon pintarnya iPhone 5C atas sebab permintaan yang lebih
rendah daripada yang dijangkakan.
Laman web China C Technology melaporkan daripada sumber dalaman
bahawa produksi harian model iPhone itu telah dikurangkan daripada
300,000 unit kepada 150,000 unit sahaja.
Sumber tersebut turut memberitahu hal ini berlaku oleh kerana “jualan yang mengecewakan”.
Laporan-laporan terdahulu telah menyatakan model telefon pintar
terbaru keluaran Apple ini kurang laris di pasaran, walaupun didatangkan
dalam pelbagai warna yang ceria dan lebih murah daripada iPhone 5S.
Sebelum dilancarkan secara rasmi,ramai yang tidak sabar untuk
memiliki model berwarna-warni ini,apatah lagi iPhone 5S dilaporkan telah
direka khas untuk pasaran bajet. Namun, model ini hanyalah
penambahbaikan kosmetik model terdahulu iaitu iPhone 5,cuma dipasang
dengan komponen yang lebih murah.
Nasib lebih menyebelahi iPhone 5S,yang terjual lebih sembilan juta
unit serata dunia pada hujung minggu pertama model-model ini dilancarkan
kepada umum,lewat September lepas. -SARA KHALID
[wow] - Teknologi
MUNGKIN ramai yang masih kurang mengenali pelakon tinggi lampai ini
walaupun sudah banyak drama lakonannya ditayangkan di kaca televisyen.
Baru-baru ini, Riz Amin sempat berkongsi gambar pra perkahwinannya di laman Instagramnya.
Menggunakan khidmat jurugambar The Most Photography, momen-momen indah Riz dan bakal isterinya, Sharifah Fazlina Syed Fuad telah diabadikan di sebuah kawasan menarik di sekitar Putrajaya.
Riz dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan suri hatinya itu pada 15 November depan.
Hiburan

MIKE Waudby merupakan seorang lelaki yang pernah mengalami masalah
berat badan ketika berumur 21 tahun dengan berat badannya mencecah
sehingga 140kg.
Beliau melakukan banyak pekerjaan seperti menjaga parkit kereta dan
menjadi pengawal keselamatan tetapi berat badannya menjadikan beliau
gagal menjalankan tugas dengan baik.
Selepas hilang pekerjaan kerana berat badannya, Mike menjadi murung
dan berputus asa. Beliau hanya makan masakan ibunya dan minum arak yang
dipesan melalui internet setiap hari.
Menurut Mike, alkohol berkenan yang menjadikan dirinya gemuk dan
mengalami obesiti. Beliau berkata, biasanya beliau akan meminum sebotol
besar whisky dan enam tin beer setiap malam.
“Saya sering keluar malam untuk malam sehinggalah pada suatu malam saya dihalau keluar oleh seorang wanita dari bar.
“Apabila saya bertanya kenapa, wanita itu berkata saya membuatkan
rakan-rakannya lain tidak selesa kerana badan saya yang terlalu gemuk,”
katanya.
Beliau juga pernah cuba untuk membunuh diri dan akhirnya beliau sedar yang cara hidupnya yang tidak sihat itu perlu diubah.
Mike mengambil keputusan nekad untuk berhenti minum arak dan
memulakan senaman menggunakan satu program latihan yang dibeli dari
internet.
“Setiap sesi senaman saya berakhir dengan saya membuka baji bersaiz
XXXXXL saya yang dibasahi peluh dan kemudian menangis melihat rupa
bentuk perut saya,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus bersenam.
Selepas berkerja keras bersenam selaam 18 bulan, serta tidak lagi
mengambil alkohol kini Mike berada dalam keadaan bentuk badannya yang
paling ideal.
Bagaimanapun, beliau masih tidak berpuas hati dengan lebih kulit ekoran dia kehilangan berat badan yang banyak.
Beliau terpaksa membayar sejumlah harga untuk menjalani proses membuang lebihan kulit di badannya.
Ketika ini, beliau masih ada rasa tidak puas hati tentang rupa
bahagian pehanya tetapi bentuk badannya sudah semakin baik dan beliau
semakin sihat.
Pelbagai
Comel juga wajah pelakjon-pelakon lelaki popular ketika mereka masih kecil. With the exception of Jeremy Renner... Mesti masa di sekolah selalu kena buli pasal muka memang macam punch magnet. Untunglah dah dewasa jadi kacak.




Laporan asal Izismile
[Wow] - Selebriti
KALI ini, penulis ingin kongsikan mengenai
satu status menarik dari seorang pemilik akaun Facebook yang kini sedang
hangat dikongsi di laman sosial itu.
Melalui maklumat yang diberi, Alfarouq pada ketika itu duduk membelakangi gadis tersebut dan belakang kepala mereka agak rapat sehingga dapat mendengar jelas perbualan itu.
Dikatakan juga, dia kemungkinannya menggunakan ‘loudspeaker’ kerana suasana yang agak bising dan tidak menyangka perbualan itu dapat didengari oleh pemilik akaun itu.
Tujuan penulis berkongsi status ini ialah untuk memberitahu bahawa perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku di kalangan pelajar.
Kita sendiri sudah terbiasa membaca kisah bagaimana anak-anak sanggup menipu ibu-bapa demi keseronokan diri.
Akibatnya, pelajaran pun entah ke mana apabila keberkatan itu sudah ditarik oleh-Nya kerana perbuatan buruk kita terhadap ibu-bapa.
Semoga apa yang disampaikan oleh saudara Alfarouq ini dapat dijadikan iktibar buat semua hendaknya.
Mynewshub
[Wow] - Kisah Hidup

China ialah negara yang kini terletak di tangga kedua didalam senarai negara ekonomi terbesar. Mereka memintas Jepun dan dalam masa 10 tahun (0r maybe less) akan memintas Amerika Syarikat pula. Akibatnya kini China mempunyai letusan jumlah jutawan yang ada banyak duit but got nothing better to do with their YUANS. CareBay ialah sebuah hospital yang dibuka khas untuk wanita besalin di Shanghai. Mereka menawarkan khidmat penjagaan mewah kepada ibu dan bayi. Dalam tradisi masyarakat China amalan "Zuo Yue Zi" . "Zuo Yue Zi samalah macam amalan pantang dalam masyarakat Melayu. Ketika "Zuo Yue Zi seorang ibu tidak boleh keluar rumah selama sebulan selepas bersalin. Setiap kehendak si ibu dan bayi akan dilakukan oleh ibu mertua.
Since these days ibu mertua pun sibuk, CareBay menyediakan perkhidmatan Zuo Yue Zi kepada yang mampu. Kos penginapan dan penjagaan di Carebay selama sebulan ialah diantara 79,800 Yuan (RM 40 000) hingga 380,000 yuan (RM 190 000). Sepanjang tempoh penginapan si ibu akan diberi layanan mewah seperti makanan gourmet, penjagaan bayi 24 jam, pengawal keselamatan, kelas aerobik dan kelas Yoga. Anda mampu?
Cool
Sebagai contoh menara jam terbesar di dunia Abraj Al Bait ,rekaan kemah kalis api di Mina , kubah bergerak Masjid An Nabawi, mimbar Masjidil Haram, tangga Kaabah dan payung automatik Masjid An Nabawi kesemuanya adalah rekaan beliau. Kerana penglibatan beliau yang extensif dalam pemodenan tempah suci umat Islam beliau diberi jolokan "Arkitek Allah".
Mahmoud Bodo Rasch dilahirkan di Jerman pada tahun 1943. Beliau meminati rekaan struktur besar tetapi ringan. Pada tahun 1973 beliau memeluk Islam dan mula mencari jalan untuk memudahkan pengurusan jemaah haji. Pada tahun 1992, 12 payung gergasi boleh lipat beliau dibina di Masjid An Nabawi bersama dengan 27 kubah boleh bergerak. Pada tahun 2011 pembinaan 250 lagi payung gergasi yang melindungi jemaah dari panas terik siap dibina. Kini anda boleh melihat payung automatik ini diperkarangan Masjid An Nabawi
Seperkara lagi tahukah anda kubah Masjid Putrajaya dan Masjid Wilayah Persekutuan juga direka oleh Mahmoud Bodo Rasch?




Laporan asal Wikipedia
Cool
GEORGETOWN – Sebuah hospital swasta di sini mengalami detik-detik cemasa buat seketika hari ini bila seorang pesakit lelaki cuba membunuh diri sambil menyamar sebagai doktor.
Bagaimanapun, pihak bomba dan penyelamat berjaya memujuk lelaki terbabit daripada cubaan membunuh.
Mereka mengambil masa hampir dua jam dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Siow Wee Lang, 25, bertindak memecahkan cermin tingkap wad berkenaan dan duduk di atas tembok tingkat 17 hospital itu dalam keadaan sebelah kakinya di luar tingkap tersebut.
Ketua Balai Bomba Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian pada pukul 1.04 tengah hari bersama 15 anggota dan dua jentera bomba.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya pada mulanya pihaknya berdepan kesukaran untuk menarik mangsa keluar dari tingkap itu berikutan sikapnya yang terlalu agresif.
“Tindakan lelaki itu disedari kakitangan hospital apabila melihat sebelah kaki kiri mangsa berada di luar tingkap, malah mangsa menjerit serta membaling bekas air ke bawah.
“Keadaan menjadi cemas seketika apabila dia bertindak di luar kawalan sebaik melihat anggota bomba di dalam bilik itu.
“Selepas hampir dua jam, akhirnya kita berjaya menenangkannya dengan kami menyamar sebagai doktor.
“Kita juga dibantu oleh beberapa kawannya dengan memberi minuman, roti dan buah epal,” kata Ismail.
Katanya lelaki terbabit telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak kelmarin oleh keluarganya selepas dia mengadu sakit kepala dan cirit-birit.
“Mengikut laporan doktor di sini, mangsa dimasukkan hospital kerana sakit biasa sebab itu dia ditempatkan seorang diri di wad.
“Mangsa akan dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya. – Bernama
[Wow] - Berita Tempatan
Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.
Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.
Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.
Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.
Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.
Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu. Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka.
Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.
“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.
Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya. Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.
Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya. Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. - AFP
[Wow] - Berita Dunia
ISLAMABAD: Seorang model dan ratu cantik dari Singapura yang hilang di Pakistan ditemui maut dalam sebuah parit di pinggir bandar ini, kata polis kelmarin.
Fehmina Chaudhry, 27, seorang model di Singapura yang berasal dari bandar pelabuhan Pakistan di Karachi, hilang Khamis lalu ketika melawat bandar ini untuk membeli hartanah, kata polis.
“Polis menahan broker hartanah dan selepas disoal siasat, dia memberitahu pegawai dia membunuh model itu dan membuang mayatnya ke dalam sebatang anak sungai di pinggir bandar ini,” kata jurucakap polis Islamabad, Muhammad Naeem kepada AFP.
Promoternya di Pakistan, Asif Hashmi mengesahkan kematian Chaudhry dan berkata mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan.
“Beliau adalah seorang dermawan yang dedikasi dan merancang menubuhkan sebuah sekolah fesyen di Pakistan,” kata Hashmi menambah bahawa mangsa memenangi beberapa pertandingan ratu cantik. -AFP
[Wow] - Berita Dunia
LOS ANGELES - Seekor ikan laut raksasa mirip ular sepanjang lima meter (m) ditemui di luar pantai California Selatan di sini pada Ahad lalu. Bangkai haiwan berwarna cerah itu ditemui oleh seorang pengajar aktiviti menyelam dari Institut Marin Pulau Catalina, Jasmine Santana.
Ia yang kelihatan seperti ikan dayung dilaporkan mati atas faktor semula jadi.
Santana mengesan satu objek yang berkilauan pada kedalaman kira-kira 9m semasa dia menyertai lawatan menyelam di Teluk Toyon, Pulau Santa Catalina. Dia kemudian mendapati terdapat bangkai ikan ganjil tersebut.
Lebih 15 orang membantu menaikkan makhluk tersebut ke pantai selepas ia ditemui. Ikan spesies laut dalam itu jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman lebih 914m.
Spesies berkenaan boleh membesar sehingga 15m sekali gus dianggap sebagai ikan bertulang yang terpanjang di dunia. Sampel dan rakaman video ikan ganjil itu telah dihantar ke Universiti California di Santa Barbara untuk dikaji. - AP
[Wow] - Berita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)













Recent Comments