Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
LOS ANGELES - Penyanyi rap terkenal, Nicky Minaj memandu sebuah kereta sport Lamborghini Aventador Roadster berwarna merah jambu yang berkelajuan 349 kilometer sejam selepas dia melancarkan koleksi fesyen miliknya, Kmart di sini kelmarin.
Kereta tersebut yang telah dicat warna merah jambu dibeli Minaj pada harga kira-kira AS$382,000 (RM1.24 juta) beberapa bulan lalu.
Sebelum ini Minaj dilihat memandu kereta-kereta mewah seperti Bentley berwarna merah jambu, Ferrari dan Maybach.
Kereta miliknya itu menjadi tumpuan sekumpulan jurugambar yang merakamkan gambar tersebut.
Minaj juga memberitahu para pemberita tentang hasrat sebenarnya mengeluarkan jenama fesyennya.
Menurutnya, dia hanya mengeluarkan pelbagai jenis fesyen yang dia suka untuk memakainya.
Jenama fesyennya itu juga mengeluarkan seluar berwarna merah jambu untuk golongan wanita berjoging.
Jenama fesyennya itu juga menjual barang kemas dan topi.
Minaj berkata, pereka fesyen terkenal seperti Chanel, Versace dan Herve Leger menjadi inspirasinya dalam dunia fesyen. - Agensi
[Wow] - Selebriti
CALAPE, Filipina - Beberapa orang mendirikan khemah di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, tengah negara ini.
Mereka sanggup tinggal di kawasan sawah padi itu kerana untuk mengelak gegaran susulan gempa bumi.
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.2 pada skala Richter itu melanda wilayah tersebut kelmarin sehingga mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.
Banyak rumah, bangunan termasuk gereja runtuh akibat gempa bumi itu. - Agensi
Kosmo
[Wow] - Berita Dunia
BERMULA dengan isu melakukan tindik lidah sehingga mengundang kritikan ramai, kemudian dirinya dikatakan pula seorang lesbian dan mempunyai hubungan cinta dengan pengkid serta dituduh menyimpan peralatan seks.
Terkini, kontroversi mengenai tindakannya menghamburkan kata-kata kesat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara tidak berpuas hati dengan kelakuan seorang individu yang meminta gambar bogelnya hangat diperkatakan.
Itulah rentetan kontroversi yang melanda pelakon Tanda Putera, Ika Nabella sepanjang bergelar artis setelah tersingkir daripada Akademi Fantasia 6 (AF 6) dahulu. Ironinya, ada pihak yang beranggapan namanya popular gara-gara isu sensasi berbanding kisah kerjayanya.
Melihat tepat ke arah anak matanya semasa ditemu bual kelihatan sekelumit kekecewaan yang seperti terpendam di hatinya, Ika meluahkan segala kontroversi yang berbangkit bukanlah atas kehendak dirinya sendiri.
“Saya menceburkan diri dalam dunia seni kerana minat yang mendalam, malah saya lebih gemar bercerita tentang kerjaya berbanding memperkatakan tentang isu-isu peribadi.
“Bagaimanapun, saya sedar dan akur bahawa inilah realitinya apabila menjadi seorang artis. Cuma, saya tidak pernah mencari kontroversi semata-mata mahu meraih populariti dengan segera,” ungkap pelakon berusia 24 tahun itu.
Ditanya mengenai pandangannya terhadap pelbagai kontroversi yang sering melanda dirinya itu, pelakon itu memberitahu ia boleh dijadikan sebagai pengajaran paling berguna supaya kesilapan sama tidak berulang.
Ujar Ika, pada masa akan datang dia enggan lagi terlalu cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang melanda dan perlu menanganinya dengan lebih bijak supaya peminat tidak skeptikal terhadap dirinya.
“Permasalahan yang timbul sebelum ini seperti meluahkan kata-kata kesat di Instagram, semuanya berpunca daripada situasi tekanan yang dialami sehingga tidak memikirkan dahulu impak yang akan diterima.
“Jadi, saya perlu sentiasa bersikap positif dan lebih terbuka selepas ini dengan tidak melakukan tindakan terburu-buru supaya tidak dikecam hebat. Saya sekadar berharap perkara yang pernah terjadi itu tidak akan berulang kembali,” ujarnya.
Menyatakan dirinya sedia ditegur sekiranya melakukan sebarang kesalahan, tetapi Ika meminta supaya tidak ada pihak yang suka menghakimi seseorang individu itu sebelum mengenali dengan lebih rapat.
“Kalau hendak memberi teguran sekalipun biarlah dengan cara yang lebih berhemah dan bukan sekadar melemparkan tuduhan tidak berasas. Saya anggap sebarang teguran itu boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri sendiri,” tegasnya.
Biarpun sering terpalit dengan kontroversi, pelakon itu menyatakan ia langsung tidak menjejaskan kariernya sebagai pelakon serta hubungan dengan ahli keluarga yang lain kerana mereka lebih mengenali dirinya yang sebenar.
Berlakon
Menceritakan tentang perkembangan kerjayanya pula, Ika memberitahu rezekinya sekarang ini lebih berpihak kepada lakonan, meskipun tidak pernah melupakan bidang nyanyian.
Ujarnya, setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam dunia seni, dia lebih kerap berlakon dalam drama bersiri dan telemovie, manakala nyanyian pula agak kurang dan hanya pada acara-acara tertentu sahaja.
“Tidak dinafikan kemunculan saya lebih banyak di kaca televisyen berbanding di layar perak. Tawaran berlakon filem itu banyak juga yang diterima, tetapi biasanya ia akan bertembung dengan jadual lain.
“Apa pun saya tidak kisah sangat dan tetap bersyukur kerana rezeki dalam lakonan masih terbuka luas. Dengan pelbagai tawaran yang diterima membuktikan masih ramai pengarah dan penerbit yang memberikan kepercayaan kepada saya,” ujarnya yang baru sahaja muncul dalam filem Tanda Putera pada Ogos lalu.
Berkenaan dengan aktiviti seninya sekarang, pelakon itu memberitahu dia bakal tampil dalam sebuah drama bersiri berjudul Seindah Sabarmu yang mula disiarkan di TV9 sejak 15 Oktober lalu.
“Anissa merupakan rakan baik kepada Fiqa yang dibawakan Nad Zainal, tetapi konflik antara kedua-duanya mula timbul apabila mereka mencintai lelaki yang sama sehingga Anissa melakukan perkara yang di luar batasan,” ujarnya.
Selain Ika dan Nad, pelakon yang turut membintangi drama bersiri sepanjang 14 episod itu antaranya ialah Shah Iskandar, Shahronizam dan Hanis Kamal.
Usaha lebih
Seperti yang telah diketahui umum, pembabitan Ika dalam AF 6 pada tahun 2008 tidak berpanjangan apabila dia menjadi peserta yang kedua terkeluar, sekali gus gagal merebut gelaran juara.
Namun begitu, dia dilihat antara peserta yang agak bertuah kerana masih lagi mampu bertahan, tidak seperti kebanyakan peserta lain yang terus tenggelam daripada arus perdana hiburan.
“Kalau diikutkan memang agak sukar untuk meneruskan karier dalam seni pada peringkat awal, tetapi yang paling utama kena berusaha dengan lebih gigih lagi sekiranya ingin menggapai impian yang terpendam sejak sekian lama.
“Walaupun tersingkir awal semasa AF 6 dahulu, tidak bermakna impian tidak boleh digapai. Yang penting, seseorang itu harus bijak mencari peluang yang ada serta tidak mudah berputus asa,” jelasnya.
Ketika ditanya sama ada dia mengikuti perkembangan AF 2013 yang sedang rancak berlangsung ketika ini, Ika memberitahu sekiranya ada kelapangan dia akan menontonnya di rumah.
“Dengan perubahan konsep yang dilakukan saya dapati persaingan kali ini lebih sukar dan mencabar buat para peserta. Selain itu, mereka perlu lebih kreatif terutamanya untuk menarik lebih banyak undian daripada penonton.
“Kepada peserta yang sudah tersingkir pula, jangan terlalu cepat patah semangat kerana ia tidak bermakna hasrat untuk mengejar impian menjadi seorang artis sudah berakhir,” ujarnya.
[Wow] - Gosip Hiburan
BENTONG - Anggota tentera yang maut bersama-sama suami dan anaknya dalam kemalangan di Km49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi dekat sini pagi ini, sedang hamil dua bulan.
Suri rumah Asliza Abdullah, 32, berkata sepupunya Koperal Nik Zaieyahaliza Ya memaklumkan perkara itu kepadanya ketika mereka berhubung melalui laman sosial 'Facebook' bulan lepas.
"Saya tidak menyangka pertemuan dengan Allahyarham pada Ramadan lepas merupakan yang terakhir...kami memang rapat sejak kecil," katanya kepada pemberita di bilik mayat Hospital Bentong hari ini.
Dalam kejadian 7.08 pagi itu, Nik Zaieyahaliza, 29, suaminya Koperal Jiman Raup, 32, dan anak mereka Nurul Damia yang berusia dua tahun, terbunuh apabila kereta Perodua Alza yang dipandu Jiman merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan.
Asliza berkata Nik Zaieyahaliza merupakan anak sulung daripada enam beradik dan beliau seorang yang periang dan rajin.
Beliau berkata ibu bapa Allahyarham kini menunggu jenazahnya dibawa pulang ke Jerteh, Terengganu untuk dikebumikan di Gong Tanah Merah.
Keluarga Jiman pula dijangka tiba dari Beaufort, Sabah malam ini.
Jenazah tiga beranak itu dimandikan dan dikafankan di Kem Tentera 25 Melayu, Bentong.
Sementara itu, seorang pegawai Maktab Tentera Diraja Sungai Besi yang enggan dikenali, berkata Nik Zaieyahaliza bertugas sebagai kerani di Bahagian Muzik maktab itu.
Allahyarham menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2003 sebelum bertugas di kem itu tiga tahun kemudian.
"Allahyarham memohon cuti untuk pulang ke kampungnya di Jerteh bagi menyambut Aidiladha. Beliau dijangka memulakan tugas hari ini," katanya ketika ditemui di hospital itu.
Jiman pula bertugas di Bahagian Perkeranian maktab itu sejak April 2012. - Bernama
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia memberitahu bekas kekasihnya iaitu Fizz Fairuz telah menjadi seorang lelaki yang berbeza dan sudah banyak berubah berbanding sebelum ini.
Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia telah memaafkan lelaki tersebut dan mahu melupakan semua kisah pahit yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini.
"Semua manusia ada melakukan kesalahan begitu juga saya dan Fizz. Bagi saya tiada gunanya kami bermasam muka kerana industri ini kecil dan kami akan tetap berjumpa.
"Apabila dia meminta maaf tentang kesilapannya terhadap saya dahulu tidak sukar untuk menerima maaf tersebut kerana dia telah banyak berubah," katanya kepada mStar Online.
Almy dan Fizz pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di tengah jalan pada sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang.
Dalam pada itu, Almy enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah kembali terjalin sebagai kekasih kerana merasakan sebagai wanita tidak manis untuknya berbicara mengenai perkara itu.
Jelas Almy, dia tidak mahu kenyataannya disalah ertikan selain serik dengan pelbagai kontroversi yang melanda hubungannya sebelum ini.
"Apa yang saya boleh katakan doakanlah perkara yang baik-baik untuk saya dan Fizz dan selebihnya saya serahkan kepada ketentuan Allah," ujarnya.
Sementara itu, Almy juga enggan mengulas mengenai kenyataan Fizz yang ingin berjumpa dengan keluarganya bagi membincangkan tentang hasrat lelaki itu untuk menikahinya.
Almy berkata, dia menyerahkan semua perkara tersebut kepada Fizz untuk menjelaskan kepada pihak media apabila tiba masa sesuai nanti.
"Rasanya biarlah Fizz sendiri yang beritahu media tentang hal tersebut kerana seperti saya katakan tidak manis saya di pihak perempuan untuk bercakap mengenainya," katanya.
[Wow] - Gosip Hiburan
SHAH ALAM: Aktor Hairul Azreen lega apabila tidak lagi dianggap sebagai lelaki 'jambu' selepas bergelar juara program Fear Factor Selebriti Malaysia pada Mac lalu.
Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata, selepas menjuarai program berkenaan bersama pelakon Dazrin Kamaruddin bakatnya sebagai pelakon semakin berkembang dan tidak lagi hanya tertumpu kepada watak tertentu sahaja.
"Sebagai seorang pelakon saya meminati watak-watak mencabar seperti aksi tetapi tidak pernah diberi peluang kerana wajah 'jambu' saya selain dianggap lembut.
"Tetapi syukur selepas bergelar juara Fear Factor situasi itu berubah dan saya sudah mula menerima pelbagai watak mencabar daripada pihak produksi," katanya kepada mStar Online selepas ditemui di Extreme Park Shah Alam di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Hairul turut mengakui gelaran yang diberikan kepadanya itu telah meninggalkan kesan kepadanya sehingga menyebabkan dia perlu membuktikan diri bahawa telahan sesetengah pihak kepadanya itu adalah salah.
"Sedih juga bila orang asyik kata saya 'jambu' dan 'lembut' kerana ia tidak mencerminkan diri saya sebenar disebalik sifat luaran tersebut.
"Perangai saya juga pantang dicabar apabila disuruh melakukan sesuatu namun saya lega apabila gelaran itu tidak lagi dibangkitkan kerana telah membuktikan diri apabila menjuarai Fear Factor," jelasnya yang turut pernah bergelar pelakon lagak ngeri selama dua tahun.
Sementara itu, Hairul berkata, kerjaya lakonannya semakin berkembang apabila diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dan mengambil kepercayaan tersebut untuk memberikan terbaik kepada peminatnya.
Jelasnya lagi, dia juga menyasarkan untuk memenangi anugerah dalam kategori pelakon terbaik sebagai salah satu cabaran dalam membuktikan dia bukan sekadar pelakon berwajah comel.
"Alhamdulillah bakat saya mula diberi perhatian dan ini juga adalah rezeki selepas kemenangan menerusi program Fear Factor.
"Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki tetapi selepas ini saya menyasarkan untuk memenangi anugerah pula," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hairul berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama bersama Nelydia Senrose selain bakal berangkat ke Las Vegas, Amerika Syarikat untuk drama bersiri terbaharunya.
[Wow] - Kisah Artis
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla menafikan dia melakukan pembedahan bagi mencantikkan hidung dan payudara.
Tasha, 26, berkata, dia bersyukur dengan anggota tubuh semulajadi yang di kurniakan tuhan kepadanya.
"Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik keatas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.
"Bagi yang rapat dan pernah pegang muka saya tahu ia tidak berubah, jika nampak lain mungkin disebabkan teknik solekan semata-mata," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang melaporkan pelakon ini melakukan pembedahan plastik terhadap hidung dan payudara di Bali, Indonesia.
Bagaimanapun, Tasha mengakui ada Melancong ke Bali bersama rakan artis lain termasuk Sharifah Sakinah.
"Saya ke Bali bukan kerana buat pembedahan sebaliknya pergi bercuti bersama rakan-rakan lain.
"Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik bukanlah di situ tempatnya," ujarnya.
Tambahnya, dia hanya menganggap perkara tersebut hanya isu kecil yang tidak perlu diperjelaskan.
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) memuji
tindakan kerajaan menaikkan cukai rokok yang menyebabkan peningkatan
harga rokok di pasaran baru-baru ini.
Timbalan Presidennya, Dr. Mymoon Alias berkata, langkah itu selaras
dengan hasrat murni untuk membebaskan negara ini dari bahaya asap rokok.
“Bagaimanapun MCTC berpendapat kadar cukai yang dikenakan itu belum lagi mencapai matlamat dan perlu dinaikan lagi.
“Matlamat yang dimaksudkan adalah mengenai Rangka Kerja Konvensyen
mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) berhubung langkah-langkah harga dan
cukai terhadap kawalan tembakau dan hasil tembakau,” katanya melalui
satu kenyataan media hari ini.
Mymoon dalam pada itu membidas syarikat tembakau kerana membantah
kenaikan itu kerana syarikat berkenaan menjana begitu banyak keuntungan
melalui penjualan rokok selama ini.
Katanya, syarikat yang mempunyai kepentingan dalam penjualan rokok
tidak wajar melemparkan tohmahan terhadap tindakan kerajaan yang cuba
melindungi kesihatan rakyat daripada ancaman bahaya asap rokok.
Beliau turut menggesa supaya satu akta induk iaitu Akta Kawalan
Tembakau dibentangkan di Parlimen Malaysia untuk diluluskan bagi
menangani gejala merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kata beliau, akta itu akan menutup pelbagai kelompongan yang wujud
dalam menangani penjualan hasil tembakau yang diseludup dengan
melesenkan semua perniagaan yang menjual hasil tembakau
“Perlesenan jualan hasil tembakau dapat membanteras amalan buruk
seperti penjualan rokok kepada bawah umur dan sebagainya,” katanya.
[Wow] - Berita Tempatan
DEMI meluangkan masa bersama keluarganya, penyanyi terkemuka
Hollywood, Rihanna telah membeli sebuah villa bernilai USD22 juta di
tempat kelahirannya, Barbados.
Menurut laporan The New York Post, penyanyi yang kini sedang sibuk
dengan sesi jelajah dunia ‘Diamonds’ itu telah membeli sebuah villa
tepian laut mewah di One Sandy Lane, di mana salah satu kediaman di situ
turut dimiliki oleh Simon Cowell.
Villa yang dikatakan bernilai USD90 juta itu hanya dijual pada harga USD21.8 juta.
Tambah menarik, villa tersebut terletak di tepian pantai berhampiran hotel lima bintang terkemuka, Sandy Lane Hotel.
Menurut sumber, Rihanna membuat keputusan membeli villa tersebut selepas menyewa di situ tahun lepas.
Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Fenty akan pulang ke rumahnya setiap kali bercuti dan akan meluangkan masanya bersama keluarga.
Tambah sumber, Rihanna bercadang untuk meluangkan lebih banyak masa di Barbados bersama ibunya, Monica Braithwaite dan datuknya, Lionel Braithwaite.
Villa tersebut mempunyai lima bilik tidur serta bilik air, lobi mewah serta tangga berputar, beberapa beranda menghadap laut, kolam renang yang besar, gimnasium persendirian, dan 24 jam kawalan keselamatan yang diuruskan oleh kakitangan Sandy Lane Hotel.
Bukan itu sahaja, menurut The New York Post, Rihanna juga bercadang untuk membeli sebuah apartment di Manhattan, New York.
Dia menyatakan hasratnya itu ketika dia berada di bandar itu bulan lalu sempena siri jelajah dan Minggu Fesyen.
Pengurus Rihanna, Jay Brown telah mula mencari-cari apartment mewah di bandar itu.
[Wow] - Selebriti
SELEPAS putus cinta dengan pelakon Australia, Liam Hermsworth, kini
penyanyi Miley Cyrus dikatakan sedang hangat bercinta dengan anak kepada
pengasas majalah popular Rolling Stone, Theo Wenner.
Menerusi sebuah laporan Dailymail UK, “dia sememangnya sedang berpacaran dengan Theo”.
“Miley juga bercerita mengenai betapa kacak dan baiknya Theo pada
dia. Dia sememangnya telah jatuh cinta dengan Theo,” kata sumber
tersebut.
Sebelum berpacaran dengan Miley, Theo dilaporkan pernah bercinta dengan pelakon Liv Tyler.
[Wow] - Selebriti
RAUB – Seorang lelaki hidup dalam kebimbangan apabila gadis
dikenalinya melalui laman sosial mengugut akan menyebarkan gambar
bogelnya, jika dia tidak membayar RM5,000 bagi menutup aibnya.
Kejadian itu berlaku 7 Oktober lalu, apabila mangsa berusia 20 tahun berkenalan dengan gadis berkenaan menerusi laman sosial, sebelum suspek memintanya memuat turun aplikasi baru bagi membolehkan mereka berbual melalui panggilan video.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman,
berkata siasatan mendapati mangsa dipujuk gadis itu untuk berbogel
melalui aplikasi panggilan video dan mangsa yang tidak memikirkan
risiko, mengikut arahan gadis itu.
“Selepas setengah jam mangsa berborak dengan gadis itu,
mangsa diarahkan membuka alamat laman sosial lain dan mendapati
gambarnya dalam keadaan bogel dipaparkan pada laman itu.
“Suspek kemudian menghubungi mangsa dan mengugut akan
menyebarkan gambar itu jika tidak membuat pembayaran melalui
penghantaran ekspres atas nama seorang gadis dipercayai warga Filipina
dalam tempoh ditetapkan,” katanya.
Wan Samsudin berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Raub, malam kelmarin. – BERITA HARIAN
Isu Panas

Ianya sebuah pusat peranginan mesra alam dengan setiap pelawat diberikan sebuah chalet untuk diduduki. Resort ini sudah dibuka sejak 2005 lagi dan dibina disebuah pulau yang mempunyai pandai hanya sepanjang 3KM. Harga chalet bermula dari USD576 semalam sehingga USD 1079 semalam.
Laporan asal AmazingZone
Pelancongan
Subscribe to:
Posts (Atom)




Recent Comments