Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SEORANG pemilik restoran di Moscow, Russia berjanji kepada pengunjung yang datang bahawa mereka akan disajikan dengan pengalaman menarik apabila beliau hanya mengambil pasangan dua beradik kembar seiras untuk bekerja di restoran itu.
Restoran yang dikenali sebagai Twin Stars itu hanya mengambil kembar untuk bekerja sebagai penjaga bar dan juga pelayan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan juga meletakkannya sebagai satu-satunya restoran seumpama itu di dunia memperkenalkan layanan sebegitu.
Pemiliknya Alexei Khodorovsky, beliau mendapat inspirasi dari sebuah filem terbitan tahun 1960 mengisahkan tentang seorang perempuan yang berada dalam sebuah dunia yang semuanya mempunyai salinan pendua termasuk dirinya.
Rata-rata para pengunjung restoran itu menyifatkan ia sebagai idea yang baik.
Satu pasangan kembar lelaki Arytem dan Roman cukup gembira bekerja sebagai penjaga bar di restoran itu dan menganggap ia sebagai satu pendekatan kreatif menarik pelanggan.
Menurut pemiliknya, pasangan kembar seiras dengan pengalaman pernah bekerja di sebuah restoran amat sukar ditemui.
“Bertemu dengan pasangan seperti Arytem dan Roman adalah seperti bonus untuk kami, kami mempunyai tiga pasangan kembar dan ia adalah satu pengalaman yang begitu mengujakan,” katanya.
[Wow] - Berita Dunia
Puchong – Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam.
Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer.
Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu.
Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas haiwan itu ditangkap semula sebelum dibawa ke masjid dan disembelih.
“Sebelum kejadian, saya datang ke masjid untuk sembahyang sunat Aidiladha dan membantu orang kampung menyembelih lembu korban. Namun tidak menyangka terpaksa mengejar lembu.
“Lembu itu adalah lembu ketiga yang mahu disembelih. Saya difahamkan sejak kelmarin ia menunjukkan ciri-ciri seperti mahu naik minyak,” katanya.
Menurutnya, orang ramai juga menjadi panik apabila haiwan itu bertindak liar dan nyaris merempuh orang kampung dan beberapa anggota polis yang mengejarnya.
Selain itu, berlaku juga kesesakan jalan raya 20 minit apabila pemandu terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing kerana bimbang melanggar haiwan itu. (Harian Metro)
[Wow] - Berita Tempatan

BIARPUN ditentang sebahagian besar masyarakat di negara ini, dan juga ditegah di dalam undang-undang sivil dan syari’ah di negara ini, perkembangan pasangan hubungan homoseksual dilihat semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Lebih buruk, mereka tanpa segan silu mendedahkan perihal cinta terlarang mereka secara terbuka di laman sosial seperti Facebook seperti menagih perhatian dari orang ramai untuk menerima perlakuan songsang mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat.
Satu gambar profil sebuah akaun Facebook dikongsikan oleh seorang bernama Fiqrie Fiq atau namam lainnya Khairul Naim bersama pasangannya.
Apa yang penulis lihat ialah ketidaseimbangan di antara bentuk badan pasangan itu, yang seorang kecil dan kurus manakala pasangannya besar, tembam dan berisi.
Lebih meloyakan, satu foto diambil mungkin ketika mereka bersama-sama bercuti di Cameron Highlands tatkala si kurus mengepit erat tangan si gempal lagaknya seperti pengantin baru di hadapan sebuah ladang strawberi.
Satu foto yang memualkan penulis ialah apabila pasangan itu berpeluk sakan dengan kata-kata “few minutes before the game take place” maksudnya “beberapa minit sebelum permainan itu berlaku” Geli….
Dalam agama Islam, sudah jelas perlakukan sebegini ditentang dan dilarang sekeras-kerasnya. Sudah acapkali perlakukan sebegini dibongkar tetapi siapa yang perlu dipertanggungjawabkan?
Isu Panas
SEORANG wanita berusia 37 tahun yang memberi alasan sibuk mencari keluarga angkat untuk bayi perempuannya berusia tiga bulan sejak Julai lalu, sebelum dia menghilangkan diri menyebabkan masa depan anaknya itu tidak terbela.
Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulaijaya Jamalluddin Hassan berkata, wanita itu melahirkan bayinya di Hopsital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya pada 26 Julai lalu.
Bagaimanapun, katanya, wanita berkenaan bertindak meninggalkan bayi berkenaan sebelum bayi itu dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 19 Ogos lalu.
Menurutnya, bayi berkenaan yang dinamakan Nurin Alia Abdullah diberi perlindungan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sinar Juita.
“Pada 21 Ogos lalu, ibu kandung kanak-kanak berkenaan datang ke pejabat kami bagi membincangkan mengenai anaknya dan memaklumkan ingin menyerahkannya kepada saudara,” katanya pada Harian Metro.
Apalah nak jadi dengan manusia hari ini sehingga sanggup membiarkan bayinya begitu saja tanpa pembelaan.
Setiap orang daripada kita ada masalah, dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya yang tersendiri.
Namun yang penting adalah kesabaran, jangan ambil jalan mudah dan singkat untuk menyelesaikan masalah.
Kerana silap perhitungan, kita sendiri yang akan merana!
[Wow] - Berita Tempatan
SICHUAN – Ngeri dan menakutkan, Sesiapa juga yang melihat Long Chao pasti tidak menyangka yang dia masih hidup meskipun lehernya tercucuk dengan tujuh batang besi.
Kejadian berlaku ketika dia sedang bekerja membina bangunan.
Chao, 40, mengalami kemalangan berkenaan akibat mesin yang digunakan gagal berfungsi dengan baik, lalu tujuh batang besi itu tertembak ke arahnya.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital. Doktor terpaksa mengambil masa selama enam jam untuk mengeluarkan besi-besi berkenaan.
Besi tersebut dipotong terlebih dahulu bagi membolehkan doktor membedah lehernya dengan lebih mudah.
Menurut Dr. Wang Qing, mangsa bernasib baik kerana masih hidup biarpun batang besi itu hampir mengenai arteri.
Tidak diketahui sama ada Chao mengalami lumpuh akibat insiden menakutkan itu.
[Wow] - Berita Dunia

Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-19, Scold's Bridle digunakan di United Kingdom bagi menghukum wanita yang kuat membebel dan mengumpat. Rekod sejarah menunjukkan Scold's Bridle mula digunakan pada tahun 1567 di Scotland.
Alat hukuman ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah
plat mulut berduri yang dimasukkan ke dalam mulut.
Laporan asal Wikipedia
Misteri Sejarah
SELEPAS kisah perkahwinan mereka terbongkar di media massa, nampaknya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini lebih terbuka berkongsi gambar permata hati mereka di laman sosial masing-masing.
Wawa telah berkongsi potret wajah anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Anak mereka dilahirkan pada 24 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Selain itu, Aeril sebelum itu juga memuat naik gambar tangan anaknya untuk tatapan peminat mereka berdua.
Aeril juga menulis di Twitter mengatakan dia tidak kisah dihina oleh mereka yang memandang serong terhadap perkahwinannya.
“Yang ingin menghina teruskanlah menghina, nak cakap apa pun cakaplah. Yang penting saya bahagia bersama anak dan isteri tercinta,” luahnya.
Semoga Aeril dan Wawa bahagia melayari bahtera rumah tangga dan anak mereka membesar dengan bijak dan sihat.
[Wow] - Kisah Artis

Kes budak lapan tahun pagi tadi membuatkan aku menulis artikel pendek ini. Banyak juga yang bertanya apakah aurat seorang wanita Yahudi? Apakah yang mereka pakai yang can be considered as menutup aurat? Untuk bercakap tentang aurat and stuff kita kena tahu konsep Tzniut . Tzniut ialah konsep yang diamalkan Yahudi beriman bagi menjaga kehormatan diri. Ia merangkumi cara pemakaian dan pergaulan antara jantina. Persoalan "aurat" seorang Yahudi jatuh didalam konsep Tzniut
Seperti agam Islam definisi apa yang boleh dan tak boleh dalam agama Yahudi banyak perdebatannya dikalangan Rabbi. Ada Rabbi yang keras dengan hukum Torah dan ada yang lembut. Macam kes XMas tempohari lah. Ustaz Maza dan Yusuf Qardawi kata HARUS ucapkan Merry Xmas kepada orang bukan Islam kerana masa nabi masih hidup dulu pun dia hormati funeral procession of a dead Jewish man dengan berdiri. Dia hormat si mati walaupun dia Yahudi Laknatullah. But this is another story altogether
Anyway apa yang pasti dalam agama Yahudi seorang wanita WAJIB menutup rambut selepas bernikah sebagai tanda setia dan menjaga kesucian dirinya kepada si suami. Wanita Yahudi boleh menutup kepada dengan rambut palsu , scarf dan tichel. Wanita Yahudi dari mazhab Haredi went a step more dengan memakai topi diatas wig. scarf dan tichel mereka bagi memastikan double sure mereka memenuhi kehendak Tzniut.
Wanita Yahudi yang beriman juga tidak boleh memakai skirt diatas paras lutut. Baju mereja juga tak boleh ketat dan sebaik-baiknya tidak bewarna-warni sehingga menarik perhatian lelaki. Ini adalah haram dimata Tzniut. Dari segi baju pula lengan baju harus menutup siku. Wanita Haredi sekali lagi went a step further dengan memakai lengan sampai ke pergelangan tangan dan baju yang menutup tulang selangka.
Bagi golongan lelaki pula seluar pendek dibenarkan kecuali jika anda seorang Heredi yang beriman. Baju lengan pendek juga ditegah. Tidak seperti wanita menitup kepala bagi lelaki yang sudah atau belum berkahwin adalah tidak wajib.
[Wow] - Informasi

BELURAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.
Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.
Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.
Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan. - Bernama
[Wow] - Berita Tempatan
MIRI - Seorang lelaki warga asing tergamam selepas menemui rakan baiknya mati tergantung pada besi penyangkut baju di sebuah rumah pekerja di Kuala Baram di sini kelmarin.
Mayat Utiya Handoko, 29, berasal dari Jawa Timur, Indonesia ditemui pada pukul 8.30 malam dengan lehernya terjerut pada sehelai baju yang diikat pada besi penyangkut baju tersebut.
Rakan mangsa yang ingin dikenali sebagai Sigit, 25, berkata, mangsa yang bekerja sebagai mekanik di sebuah kilang dikatakan ada menelan sebanyak 12 biji paracetamol pada malam Ahad lalu.
Malah ceritanya, dua hari sebelum kejadian, Utiya pernah menceritakan masalah yang dihadapinya sejak beberapa bulan bekerja dengan majikannya.
"Saya tidak sangka, dia yang pernah memberontak untuk berhenti kerja bertindak menggantung diri.
"Saya sendiri pun tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi sehingga dia sanggup bertindak seperti ini kerana Utiya merupakan seorang yang ceria dan senang didekati," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kosmo
[Wow] - Berita Tempatan
WASHINGTON - Fosil seekor nyamuk betina yang menunjukkan perutnya mengandungi darah dan berusia 46 juta tahun telah ditemui di tebing sebatang Sungai Montana, kata beberapa penyelidik Amerika Syarikat kelmarin.
"Ia merupakan fosil yang amat luar biasa tetapi ia satu-satunya yang terdapat di dunia ini," kata ketua penulis kajian mengenai fosil tersebut, Dale Greenwalt.
Dia menulis tentang fosil tersebut di dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Dalam jurnal itu, Greenwalt berkata, perut nyamuk tersebut kelihatan seperti sebiji belon yang mahu meletup kerana ia mengandungi darah.
Fosil itu ditemui pada sebuah batu lumpur di tebing sungai tersebut.
Greenwalt merupakan pengkaji dari Muzium Kebangsaan Sejarah Semula Jadi Amerika Syarikat di Washington D.C.
Sejak bertahun-tahun lalu, dia telah mengumpulkan serpihan batu dari tebing sungai tersebut.
"Batu-batu itu mempunyai lapisan yang nipis iaitu setebal satu atau dua milimeter," kata Greenwalt. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
KUCHING - Kemeriahan orang ramai melaksanakan majlis korban sempena Aidiladha di Jalan Matang-Laruh Skim dekat sini gempar seketika apabila seekor lembu yang hendak disembelih tiba-tiba mengamuk sebelum melarikan diri di sini semalam.
Malah, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, lembu tersebut yang terlepas daripada ikatan juga bertindak agresif apabila mengejar beberapa penduduk yang berada di situ.
Lebih malang lagi, dalam situasi kelam-kabut itu lembu berkenaan kemudian terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter sebelum menemui ajal di situ.
Salah seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd. Safri, 30, berkata, lembu korban itu tanpa disedari terlepas daripada ikatan ketika menanti giliran untuk disembelih.
Ceritanya, kejadian itu menyebabkan orang ramai yang menunggu giliran untuk mengambil daging korban bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Kosmo
[Wow] - Berita Tempatan
Subscribe to:
Posts (Atom)




Recent Comments