Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Foto
Henan: Dalam satu kejadian yang tidak mungkin ingin kita saksikan berlaku walaupun pada musuh kita, seorang lelaki di wilayah Henan tersula diri sendiri selepas batang pencakar tertusuk pada duburnya ketika dia melompat pagar itu.
Lelaki berusia 37 tahun itu, Peng, pergi ke rumah rakannya untuk minum arak. 
Apabila menyedari dia tertinggal kunci, Peng bertindak melintasi rumah jirannya dan melompat pagar untuk memasuki rumahnya.

Bagaimanapun dia tidak menyedari pagar itu mempunyai pencakar yang tegak di sebelah dan terus terjun. 

Selepas empat jam menjalani pembedahan di sebuah hospital, pemegang pencakar itu dapat dicabut dengan bantuan gergaji rantai. - AFP
Foto
Beijing: Seorang pegawai kerajaan di China dipecat selepas dia dilihat didukung seorang penduduk ketika mengharungi banjir di bandar yang dilanda taufan kerana bimbang kasutnya rosak.
Gambar pegawai dikenali sebagai Wang itu mencetuskan kemarahan apabila ia dimuat turun di laman media sosial China, Sina Weibo.
Gambar itu diambil ketika Wang mengunjungi bandar Yuyao, di Zhejiang sewaktu kawasan terbabit dinaiki air bah selepas dilanda taufan hingga meragut 10 nyawa.

Menurut agensi berita kerajaan Xinhua, keterangan gambar di bawah foto mendakwa Wang didukung kerana dia memakai sepasang kasut mahal yang dibuat daripada kain.

Bagaimanapun, majlis perbandaran Sanqishi yang juga majikan tempat Wang bekerja, mendakwa dia sudah dimaklumkan agar menanggalkan kasutnya untuk berjalan kaki ayam meredah air ketika ke kediaman mangsa banjir.
Namun, menurut laporan MSN, walaupun Wang bertegas mahu berjalan, penduduk tempatan tetap mendukungnya ketika mengharungi air banjir. 

Wang didukung kali kedua oleh lelaki sama ketika kumpulan petugas perbandaran meninggalkan kediaman itu. 

Sama ada Wang ingin berjalan kaki seperti mana dinyatakan dalam laporan itu atau sebaliknya, berita yang tersebar di Internet beserta fotonya yang dimuat turun menyaksikan dia kemudian dipecat sebagai pengarah pejabat pembinaan majlis perbandaran. 

Ratusan ribu penduduk dipindahkan dari kediaman mereka selepas Taufan Fitow membadai tenggara China minggu lalu. 

Taufan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan tempat dan khidmat kereta api laju turut digantung apabila angin kencang bertiup selaju 201 kilometer sejam.

Menurut laporan, sebahagian besar kawasan terjejas termasuk Yuyao menyaksikan hingga 25 sentimeter taburan hujan dalam tempoh 17 jam, selain turut ditenggelami air. 

Kira-kira tujuh juta penduduk di wilayah Zhejiang terjejas. secara keseluruhannya.

Sementara itu, menurut akhbar South Morning China Post, pergaduhan tercetus di Yuyao minggu lalu selepas penduduk berang dengan laporan berita kerajaan yang menyatakan banjir sudah surut di bandar itu dan penduduk telah kembali menjalani kehidupan seperti biasa. - Agensi
Foto
Usianya masih terlalu muda ketika didedahkan dengan kerlipan glamor dan masih tercari-cari identiti. Kerapuhan dirinya menyebabkan dia tidak tahu membuat keputusan bijak apatah lagi mengenal selok-belok industri.
Tiada pengurusan yang stabil sekali gus mematahkan semangatnya untuk bergiat aktif di arus perdana sehingga memaksa penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 5 (AF5) ini pulang ke kampung halamannya di Sabah. 
Candra Clement atau Candy, 24, bagaimanapun bukan menoktahkan terus impiannya bergelar penyanyi sebaliknya terus mencuri peluang di sana baik tawaran kecil sekalipun kerana kecintaannya kepada muzik. 

Dalam proses itu, perlahan-lahan dia mula belajar dengan industri hiburan ini dan menempuhi pelbagai pengalaman termasuk ditipu. Namun, semua itu jadikan pengajaran.

Yang jelas, dia bukan lagi Candy yang rapuh dan kurang celik mengenai mainan industri seperti sebelum ini kerana sudah melalui fasa ‘pembelajaran’, kematangan dirinya semakin terserlah.

PARIT - Seorang anggota polis tidak menyangka kepulangannya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga mertua di Kampung Belanja Kiri dekat sini berakhir dengan tragedi kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, suspek yang berpangkat sarjan dipercayai terlepas tembakan menyebabkan seorang budak lelaki cedera parah.
Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, yang cedera di leher dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi menjalani pembedahan membuang peluru di dalam kerongkongnya.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman (gambar kecil) berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota itu yang duduk di atas tangga di hadapan rumah mertuanya sedang mengosongkan peluru daripada pistol jenis P99.
"Tiba-tiba satu das tembakan terlepas mengenai leher seorang budak lelaki yang kebetulan lalu di hadapan rumah mertua anggota tersebut.
"Mangsa yang cedera rebah di atas jalan tar mini mini dan dikejarkan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan " katanya kepada Kosmo! di sini semalam.




Kosmo
Cristina Suzane bakal menamatkan zaman bujangnya pada Januari tahun depan.
PETALING JAYA: Pelakon Cristina Suzane bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan ibunya pada 22 Januari 2014 di kampung halamannya, Kuantan, Pahang.
Cristina atau lebih mesra disapa Cris, 28, berkata, dia sudah pun melangsungkan majlis pertunangan dengan lelaki yang enggan didedahkan identitinya itu pada Ahad lalu dan bagaimanapun tidak mahu bercerita lanjut mengenai majlis tersebut.
"Alhamdulillah, saya sudah bertunang dan kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Biarlah majlis (pertunangan) ini hanya diketahui oleh kalangan keluarga sahaja.
"Setakat ini kami merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2014 tetapi belum merancang mengenai resepsinya pula. InsyaAllah jika semua tarikh ditetapkan, saya akan membuat pengumuman dan menjemput semua," katanya yang dihubungi mStar Onlinedisini, pada Selasa.
Cris atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill dalam laporan media terdahulu memberitahu bahawa tunangnya itu merupakan teman sekolahnya dan sejak bekerja mereka tidak pernah berhubung sehinggalah pada Ramadan lalu lelaki berkenaan datang ke rumah untuk merisik.
Cris bersama bakal suami pada majlis pertunangannya.
Selepas melihat keperibadian lelaki tersebut yang menghormati orang tua selain pandai mengambil hati adik beradik, ibu Cris terus menasihatinya untuk menerima lelaki itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.
Tambah Chris, setakat ini dia belum membuat sebarang persiapan lagi, namun mengakui dia kini sedang belajar memasak sebagai persediaan menempuh kehidupan berumah tangga nanti.
"Sekarang ini saya belajar memasak daripada mak. Selama ini bukan saya tak mahu belajar memasak, tetapi mak tidak membenarkan saya tolong kerana enggan dapur bersepah nanti," selorohnya.
Dalam perkembangan lain, pelakon filem KIL itu baharu saja selesai penggambaran filemCEO pada dua bulan lalu bersama aktor Remy Ishak.
Selain itu, Chris juga bakal muncul menerusi telefilem Dari Sinar Mata untuk siaran TV3.
Anis bersama suami, Mr.K pada majlis cukur jambul anaknya, Kaiser pada Sabtu lalu.
PETALING JAYA: Penyanyi Anis Aneesa mengakui dia sudah pun berkahwin dengan lelaki kelahiran negara Syria pada Oktober dan kini memiliki seorang anak lelaki bernama Mohd Kaiser, tiga bulan.
Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 27, bagaimanapun berkata, suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.K itu bukanlah lelaki sama yang yang bertunang dengannya pada Januari 2012 dan berharap agar tiada pihak yang keliru.
"Saya ini, bertunang dengan lelaki Iran, kahwin pula dengan lelaki Syria pada Oktober tahun lalu. Tak sangka kan, bercakap tentang jodoh, segala kemungkinan boleh berlaku.
"Tetapi semua ini berpunca selepas saya mendapat tahu bekas tunang saya itu cuba mengambil kesempatan terhadap diri dan keluarga. Selepas empat bulan putus, saya mengenali Mr.K dan tanpa melengahkan masa kami terus rancang untuk berkahwin.
"Alhamdulillah, saya dan suami sudah pun memiliki seorang anak lelaki dan dia merupakan pelengkap rumah tangga kami ," katanya kepada mStar Online.
Anis menyifatkan Kaiser sebagai pelengkap hidup rumah tangganya dengan suami.
Tambah Anis, kehadiran anaknya itu juga membuatkan dia dan suami berasa lebih bertanggungjawab dan bersifat lebih matang dalam melalui proses kehidupan sebagai suami isteri.
Sementara itu, Anis juga baharu sahaja mengadakan majlis cukur jambul Kaiser di kediamannya di Selayang Baru dekat sini pada Sabtu lalu dengan kehadiran kira-kira 100 orang tetamu.
Kata penyanyi Qasidah Cinta itu, dia tidak sangka dan bersyukur, walaupun tidak terlalu kerap meraih publisiti sebagai penyanyi, namun dia masih lagi menerima beberapa penajaan bagi menjayakan majlis cukur jambul itu.
"Syukur, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja Ayubi Catering, Mama Danish Deco & Craft, Little Big Shot Photography dan Es Studio KL kerana sudi menaja majlis kami.
"Dalam pada itu, saya tidak sangka ramai yang hadir memeriahkan majlis ini, Alhamdulillah," tuturnya.
Bagaimanapun, dirinya yang baharu saja kehilangan bapa, Mushidi Desa, 52, pada 1 September lalu mengakui berasa sedih kerana tidak dapat bersama meraikan anak lelakinya itu.
"Memang terasa sangat apabila majlis ini diadakan tanpa arwah ayah, tetapi saya reda dan hanya mendoakan yang terbaik buat dirinya," kata Anis. mStar

Sofia Vergara memang terkenal dengan keseksian tubuhnya. Bahkan kadang-kadang kelihatan seperti dibuat-buat keadaanya untuk menunjukkan keseksian dirinya itu.

Sebagai contoh, kejadian semalam yang menyaksikan Vergara terjatuh hingga terselak payudaranya.

Beberapa saksi ditempat kejadian berkata suasana agak kelam kabut ketika teman lelakinya Nick sedang berselisih ditepi meja hingga Sofia hilang kawalan berdirinya lantas terjatuh. Akibat memakai pakaian yang terlalu terdedah, payudara wanita berusia 40 tahun itu turut 'terlompat' keluar.



Hadirin pada ketika itu beranggapan Sofia sengaja berbuat demikian kerana mahu menunjuk-nunjuk keseksian tubuhnya. Namun akhirnya Sofia menafikan dan beliau berasa malu dek kerana kejadia tersebut.
Apabila kita menaip menggunakan komputer pasti kita tidak perlu risau akan kesilapan ejaan kerana komputer akan memaklumkan kepada kita kesilapan berkenaan. Tapi bagaimana pula jika kita menulis menggunakan tangan? Lernstift dapat menyelesaikan masalah berkenaan. Pen pintar ini direka khas untuk memaklumkan apabila berlaku kesilapan ejaan dalam penulisan anda. Pen ini akan bergetar apabila kesilapan ejaan dikesan. 









Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Sukan Paralimpik Dunia
SEPANYOL – Bekas pengurus pasukan bola keranjang Sepanyol, Fernando Martin Vicente diapati bersalah atas tuduhan menipu, 13 tahun lalu dalam kes yang menggemparkan industri sukan dunia.
Vicente yang juga bekas ketua Persekutuan Sukan Golongan Kurang Upaya Sepanyol didakwa menipu dengan mengambil atlet normal untuk menyamar sebagai kurang upaya bagi memenangi pingat emas dalam sukan Paralimpik di Sydney.
Susulan itu mahkamah mendenda Vicente sebanyak 5,400 euro dan mengarahkan dia memulangkan semula wang subsidi kerajaan untuk golongan kurang upaya sebanyak 142,355 euro.
Skandal berkenaan terbongkar pada bulan November 2000 apabila salah seorang daripada anggota pasukan yang memenangi pingat emas di Sydney, Carlos Ribagorda, mendedahkan bahawa dia dan ahli pasukan yang lain diminta beraksi untuk sukan paralimpik bagi kategori padang, pingpong dan renang.
Padahal mereka adalah normal dan tidak mengalami masalah mental.
“Daripada 200 atlet Sepanyol yang menyertai sukan itu di Sydney, sekurang-kurangnya 15 daripada mereka tidak mengalami masalah mental dan tidak melaluui pemeriksaan perubatan serta psikologi,’’ katanya ketika menulis dalam majalah Capital, beberapa hari selepas sukan berkenaan berakhir.
Ribargorda berkata, dia telah bermain untuk pasukan bola keranjang paralimpik Sepanyol selama dua tahun meskipun tidak mengalami kecacatan mental.
Jelasnya, satu-satunya ujian yang dilaluinya ialah latihan pada sesi pertama iaitu melalui enam kali tekan tubi dan mengambil darah untuk pemeriksaan tekanan darah.
Hanya dua anggota pasukan yang memenuhi syarat iaitu IQ di bawah 70, namun anggota yang lain diberikan sijil perubatan palsu.
“Ada waktunya ketika kami berjaya mengatasi China, jurulatih meminta kami supaya memperlahan permainan, bimbang penipuan itu akan terbongkar,’’ katanya.
spain2
spain
Penganjur Persembahan Seks Ditangkap
BANGKOK – Sumpahan Rihanna. Mesej dalam twitter mengenai persembahan seks melibatkan binatang di sebuah bar di Phuket, yang dimuat naik oleh Rihanna telah berjaya membuatkan polis di negara berkenaan bertindak.
Twitter Rihanna itu juga menyebabkan pemilik Season bar Warunyu Jornmuang ditangkap atas tuduhan menganjurkan persembahan lucah.
Warunyu juga ditangkap kerana menganjurkan persembahan itu tanpa permit.
`Ia adalah hasil kunjungan Rihanna ke situ. Pihak berkuasa akan lebih tegas terhadap persembahan yang melibatkan hidupan liar, bagi menarik pengunjung,’’ kata ketua polis Kathu, Veera Kerdsirimongkol.
Pihak berkuasa di Thailand sebelum ini menerima tamparan apabila Rihanna yang dalam siri jelajah Diamonds World Tour telah singgah di pekan Patong, di Phuket.
Penyanyi itu kemudiannya telah mendedahkan dalam twitternya bahawa sepanjang persembahan seks berkenaan, binatang seperti burung dan dua ekor kura-kura turut dilibatkan.
Pada 20 September lalu pula, dia telah memuat naik gambar berkenaan dalam Instagram miliknya dengan tulisan ‘Look who was talkin dirty to me!’.
Keesokannya pula, Rihannya telah menyatakan bahawa dia trauma dengan persembahan seks yang disaksikannya melibatkan binatang.
Selepas Rihanna memuat naik gambar berkenaan, polis di Phuket telah mengadakan serbuan di Bangla Road, bagi mencari mereka yang terlibat dengan persembahan tersebut.
“Saya telah mengarahkan Gabenor Phuket untuk menyerbu tempat tersebut.
“Ia amat sukar untuk mengadakan serbuan tersebut kerana mereka mempunya `mata-mata’.
Jika ada orang yang mendengar bahawa polis akan menyerbu, maka mereka akan menyampaikan kepada bar terbabit untuk melarikan diri,’’ kata Ketua Perhilitan, Awat Nithikul.
Lelaki Brazil Pengasas Instagram Fesyen Kanak-Kanak
SEORANG lelaki dari Brazil Wilson Dorigon, telah memperkenalkan akaun Instagram, Fashion Kids yang mengentengahkan fesyen kanak-kanak yang bijak bergaya dari seluruh dunia.
Akaun tersebut mula ditubuhkan pada Februari 2012, bertujuan untuk memberi ilham buat ibu bapa di luar sana bagaimana untuk menggayakan pakaian anak mereka seperti kanak-kanak yang diterterakan menerusi laman tersebut.
Sehingga kini, jumlah pengikut Fashion Kids telah meningkat sehingga 1.3 juta penggemarnya yang tersendiri.
“Sehingga kini 95 peratus imej kanak-kanak yang ada menerusi laman tersebut dihantar oleh ibu bapa yang bangga dengan fesyen yang digayakan anak mereka, di mana ianya dilihat oleh hampir 1.3 juta pengikut kami,” kata Wilson menerusi laman webnya.
Selain itu, matlamat utama mereka adalah untuk mewujudkan platform bagi membincangkan fesyen kanak-kanak dalam cara yang ‘sihat’ dan baik.
“Kami di sini berkongsi tentang fesyen kanak-kanak, jadi pastikan segala komen yang diberikan adalah yang positif, dan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti pihak lain seperti menggunakan kata-kata kesat atau komen yang berunsur perkauman,” katanya lagi.
Malah, kebanyakan kanak-kanak stylo yang berkongsi gambar mereka di laman itu kini bergelar Instagram superstar.
Sebagai contoh, seorang kanak-kanak lelaki yang berasal dari Mexico, Alonso Mateo, 5, kini mempunyai hampir 60,000 pengikut di laman Instagram yang tertarik dengan imej serta gayanya yang tersendiri.
Mateo sentiasa tampil kemas dan bergaya malah imejnya boleh diibaratkan seperti ‘David Beckham Junior’!
Tidak mustahil ‘fashion sense’ yang dimiliki oleh Mateo melayakkan dirinya digelar sebagai ikon fesyen bagi kanak-kanak seantero dunia.
MATEO1
MATEO2
KIDS1

Dibawah ialah beberapa gambar cool pembinaan Tower Bridge di London. Dibina pada tahun 1892, Tower Bridge ialah jambatan pertama yang mempunyai sistem drawbridge yang membenarkan sebahagian jalan jambatan dinaikkan baik membenarkan kapal melaluinya. Ia juga kerapa disalah panggil senagai London Bridge. 

Nope. Tower and London Bridge bukan jambatan yang sama. Many people don't know this. Apa yang menarik dari gambar ini ialah rupanya menara batu jambatan ini mempunyai struktur besi dibawahnya. I never knew that! 





Laporan asal DM