Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

TAK sudah-sudah kes kecederaan bayi akibat kelalaian pengasuh di pusat penjagaan bayi.
Kali ini berlaku di Boon Lay, Singapura apabila seorang bayi berusia sembilan bulan melecur tangan kirinya selepas terkena air panas.


Memetik laporan Stomp Straits Times, gambar kecederaan bayi itu dimuatnaik oleh ibunya di laman Facebook.

Sebelum itu, pengasuh tersebut memaklumkan kepada ibu-bapa bayi tersebut bahawa mereka tertumpahkan kopi secara tidak sengaja ke atasnya.

Bagaimanapun, setibanya di sana, mereka mendapati tidak terdapat kesan kopi langsung pada bayi mereka dan segera membawanya ke hospital.
Doktor yang merawat memaklumkan bahawa bayi itu mengalami kelecuran darjah kedua.
Khabarnya, ibu bayi tersebut menangis apabila melihat doktor terpaksa mengupas kulit yang terbakar sebelum memulakan rawatan.


Iyalah, hati ibu mana yang tak sedih melihat penderitaan dan kesakitan anaknya.
Aduhai, patutlah ramai yang bimbang hendak menghantar anak-anak di bawah jagaan orang lain. Beginilah selalu hasilnya.
SEORANG penumpang penerbangan easyJet dari Malta ke Manchester, England mencetuskan huru hara apabila berbogel dan mencabar juruterbang untuk bertumbuk dengannya, Selasa lalu.

Lelaki berusia 52 tahun yang tidak dapat mengawal diri itu juga telah kencing dengan selamba sebaik tiba di Terminal One, Lapangan Terbang Manchester.
Kamera turut merakamkan bagaimana dia kemudiannya menanggalkan satu persatu pakaian dipakai sebelum seorang wanita menamparnya di muka.
Menurut penumpang lain, lelaki itu menjadi agresif, tidak terkawal dan mula menyumpah-nyumpah penumpang lain ketika separuh penerbangan.
Gelagatnya itu menimbulkan kemarahan penumpang lain hingga kapten penerbangan terpaksa menenangkan keadaan.
Apabila perangai mabuknya semakin serius sebaik tiba di Manchester, polis terpaksa menahannya keadaan berbogel untuk tindakan undang-undang. 
56% Juruterbang Di Eropah Tertidur Ketika Bertugas
SELEPAS ini, anda mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk tidur dalam penerbangan yang panjang khususnya jika anda dalam penerbangan ke London.
Ini berikutan pengakuan lebih separuh juruterbang British yang mengaku mereka tertidur ketika berada di dalam kokpit.
Dalam satu kaji selidik oleh Persatuan Juruterbang British (BALPA), sebanyak 56 peratus daripada 500 orang juruterbang penerbangan komersil mengaku terlelap ketika mengendalikan penerbangan mereka.
Isu keletihan dalam kalangan juruterbng menjadi hangat di Britain selepas ada akhbar melaporkan kejadian dua juruterbang tertidur sehingga pesawat kendalian mereka terbang sendiri dalam mod automatik.
Kaji selidik itu juga diadakan berikutan satu cadangan di Parlimen Eropah untuk merangka satu peraturan baru bagi menggantikan peraturan British yang digunakan selama ini.
Pihak BALPA bimbang dengan perkembangan terbaru ini kerana undang-undang baru itu mungkin akan menyebabkan seseorang juruterbang itu bekerja selama maksimum 110 jam dalam masa dua minggu.
Ianya melebihi had asal 95 jam yang ditetapkan undang-undang British.
“Keletihan sememangnya sudah menjadi cabaran dan lumrah untuk juruterbang, dengan peraturan baru seperti ini ianya sudah pasti akan menjadikan para juruterbang kita semakin keletihan.
“Keletihan juruterbang sudah pun jelas merupakan antara penyebab nahas melibatkan pesawat,” kata Setiausaha Agung BALPA Jim McAuslan.
Cadangan peraturan baru itu dimulakan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah untuk menyeragamkan peraturan berkaitan tempoh bertugas seorang juruterbang untuk semua negara Eropah.
Jika cadangan itu dilaksanakan, kemungkinan besar mereka akan boleh dipanggil untuk bertugas mengendalikan penerbangan pada hari mereka sepatutnya bercuti.
Menurut peraturan British, seorang juruterbang tidak boleh dipanggil bertugas ketika bercuti bagi membolehkan mereka mendapat rehat yang secukupnya.
Para penggubal undang-undang di Britain juga bimbang dengan cadangan itu terutama untuk meningkatkan masa bertugas juruterbang di waktu malam kepada 11 jam penerbangan berbanding hanya 10 jam sebelum ini.
Bagaimanapun, Pesatuan Syarikat Penerbangan Eropah yang diwakili 31 syarikat penerbangan mengharapkan sokongan kepada cadangan ini kerana ia akan membolehkan semua syarikat penerbangan mengikut peraturan yang sama.
“Peraturan baru itu akan menjadikan Eropah akan terus menguatkuasakan antara peraturan paling ketat di dunia, lebih ketat peraturan yang ada sekarang,” kata Setiausaha Agung persatuan itu Athar Husain Khan.
INI berita terbaru pasangan hot bercinta Alang dan Fatien Afiqah yang memuatnaik beberapa video menunjukkan betapa hangat cinta mereka yang dikecam hebat dalam laman sosial Facebook.
Tidak cukup dengan video Alang membuat luahan cinta ala gwiyomi, mereka muncul juga dengan video berpeluk-peluk di satu lokasi dipercayai taman bunga sambil si Alang mencium manja pipi kekasihnya Fatien tanpa segan silu.



Blogger Mazidul Akmal turut berkongsi foto perbualan mereka di Facebook yang berunsur lucah tetapi mereka berdua seperti bangga memaparkannya kepada orang ramai.
Bagaimanapun hari ini, laman Facebook Alang dengan akaun Alang Beez, lelaki itu melalui satu mesej kepada laman kumpulan Facebook KHK meminta maaf kepada ahli-ahli kumpulan Facebook itu.
Dalam permohonan maaf itu juga Alang memaklumkan bahawa dia dan Fatien Afiqah sudah pun putus dan si Alang sedang dalam proses untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik.
Alang juga mengaku kelakuannya bersama Fatien itu telah menyinggung dan memalukan umat Islam di negara ini.
Hasil pemeriksaan lanjut kami, kumpulan KHK ialah sebuah kumpulan tertutup di Facebook atas nama KHKrians yang dibuka untuk pelbagai tujuan termasuk untuk mencari publisiti murahan.
Menurut Alang, tindakan ahli KHK memuatnaik video itu bukan bertujuan untuk menghina atau memaki dia tetapi mahu dia supaya berubah meninggalkan kelakuan buruknya itu.
Ketika penulis melihat-lihat dalam akaun Facebook Alang, ternampak pula satu peristiwa direkodkan di Timeline beliau bertulis ‘Married Nurul Aina’ bertarikh 8 Julai lepas.
Siapa pula Nurul Aina?? Dalam pada kononnya setia dan cinta pada Fatien ada pula muncul kekasih lain namanya Nurul Aina.
Inilah padahnya jika kisah cinta dikongsikan secara terbuka dalam laman sosial seperti Facebook kerana jika ada tindakan yang menyentuh sensitiviti orang ramai pasti akan dikecam hebat oleh para pengguna laman sosial itu.
Silap Hantar Keranda di Hari Pengebumian
KEMATIAN salah seorang anggota keluarga sememangnya menyedihkan dan pastinya diratapi oleh sanak-saudara.
Namun, kami yakin suasana akan bertambah sedih jika jenazah yang sepatutnya tiba itu bukan miliknya, tetapi orang lain.
Itulah yang terjadi dalam sebuah majlis pengebumian di Southampton apabila berlaku kesilapan dalam menghantar mayat seorang warga emas berusia 77 tahun.
Kesilapan itu pada mulanya tidak disedari oleh ahli keluarganya yang sedang bersedih atas kematian ahli keluarga mereka itu.
Bagaimanapun, mujurlah salah seorang kakitangan pusat pengurusan mayat memeriksa plat nama yang terdapat pada keranda itu dan mendapati ia bukanlah mayat warga emas itu.
Akibatnya, keluarga si mati tersebut terpaksa menanti pihak pengurusan untuk mendapatkan semula keranda yang sebenar sambil menangis kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.
“Ini sesuatu yang sangat jarang berlaku, namun mujurlah ia dikesan dengan cepat dan pihak pengurusan mengambil tindakan pantas untuk memperbetulkan keadaan,” ujar jurucakap Majlis Bandar Southampton.
SEBUAH rakaman video berdurasi 8 minit memaparkan dua wanita seksi beraksi ghairah dalam persalinan uniform British Airlines tiba-tiba mendapat perhatian ramai di laman maya sejak akhir-akhir ini.

Meskipun telah muncul di laman youtube sejak Julai 2012, baru sekarang video ini menjadi isu apabila ia kembali dinaikkan oleh penonton di laman berkenaan.
Dalam video tersebut, seorang pramugari kononnya membantu seorang lagi pramugari mencuci uniform dan mandi di dalam tab.
The Sun melaporkan, video ini dipercayai dirakam di bilik hotel tempat pramugari menginap sementara menunggu penerbangan berikutnya.
Ekoran hangat diperkatakan, British Airlines turut merasa tempiasnya apabila ia dikaitkan dengan moto syarikat mereka iaitu ‘to fly, to serve’.
Syarikat penerbangan itu bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kakitangan atau pramugari mereka terlibat setelah disiasat.
Pun begitu, mereka mengakui siasatan lanjut masih diteruskan.
PANGGUNG wayang tertua di dunia, Eden Theatre dibuka semula semalam (Rabu), setelah ditutup selama 18 tahun.

Terletak di La Ciotat, sebuah bandar di selatan Perancis, panggung yang  merupakan milik adik beradik Lumiere, Auguste dan Louis ini telah ditutup sepenuhnya sejak 1995.
Pada 21 Ogos 1899, Eden menghimpunkan 250 penonton wayang pertama bagi menyaksikan gambar bergerak berupa filem bisu bertajuk ‘Arrival of a Train at La Ciotat’.
Filem hitam putih itu sekadar memaparkan perjalanan keretapi wap menuju stesen dan penumpang yang turun naik.
Dek kerana kagum dan terperanjat, ada antara penonton dikatakan terjatuh dari kerusi.
Sejak itu Eden melalui zaman kegemilangan hinggalah penonton semakin berkurangan dan pemiliknya dibunuh oleh perompak pada tahun 80an.
Sampai satu waktu, Eden hanya dibuka sekali setahun sahaja untuk menjadi lokasi satu festival filem berbahasa Perancis.
Pencinta bangunan bersejarah sudah lama memohon agar Eden dibuka sepenuhnya namun ia hanya menjadi kenyataan setelah pihak tempatan bersetuju mengeluarkan bajet sebanyak USD8.1 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Pelakon Perancis, Frederique Bel mencuri perhatian lensa ketika muncul di Festival Filem Cannes dengan bajunya yang amat jarang.
Pelakon berusia 38 tahun itu berkongsi karpet merah di tayang perdana The Great Gatsby bersama Nicole Kidman dan Carey Mulligan.

Namun begitu, beliau lebih menonjol apabila payudaranya jelas terlihat menerusi gaunnya yang amat jarang.

Jika Frederique berkempen untuk filem terbarunya - rom-com Hotel Normandy, kami rasa ianya satu kejayaan untuknya.

Namanya menjadi begitu popular apabila ianya menjadi topik trending di twitter setelah memuat naik gambarnya yang hanya menutup 'mahkota' wanita sahaja.




Siri gambar ini dihasilkan oleh seorang photographer dari Canada iaiatu Hana Pesut. Beliau menggunakan konsep pasangan yang diambil gambar dua kali tetapi pakaian mereka bertukar pada gambar yang kedua. 










































61 Tahun Guna ‘Paru-Paru’ Besi

NEW YORK – Seorang wanita Amerika Syarikat menghabiskan 61 tahun hidup dalam tiub besi untuk terus bernafas selepas penyakit polio menyebabkan dia lumpuh.

Martha Mason terbaring dalam tiub yang digelar sebagai paru-paru besi yang berfungsi sebagai sejenis pengalih udara, menambah dan mengurangkan tekanan udara bagi mengembang dan mengecutkan paru-paru Martha kerana ototnya amat lemah. Martha terbaring dalam silinder besi berukuran 2 meter panjang dan seberat 362 kilogram itu, membaluti tubuhnya kecuali kepala.

Martha lumpuh ketika berusia 11 tahun selepas menghidap polio sejurus selepas wabak itu membunuh adik lelakinya, Gaston.

Selepas adik lelakinya dikebumi, Martha menyedari yang dia juga menghidap simptom sama, tetapi merahsiakan kebimbangannya untuk tidak membuat ibu bapanya sedih.
Dalam bukunya ‘Bernafas: Hidup Dalam Rentak Paru-Paru Besi,’ Martha menulis: “Saya tahu saya menghidap polio.

Saya tidak mahu orang lain tahu mengenainya. “Sehari sebelum itu saya dengar ibu bercakap dengan rakannya mengenai paru-paru besi yang dipakai Gaston. “Saya tahu saya tidak akan berdepan kesukaran itu kerana saya ada paru-paru yang sihat.” Dalam video dirakam sebelum kematiannya pada 2009, Martha berkata: “Saya sering berfikir bagaimana perasaan ibu bapa saya apabila saya jatuh sakit – mereka turut mengebumikan satu-satunya anak lelaki mereka.

“Orang lain dan saya sendiri menyangka ibu bapa saya akan hidup lebih lama daripada saya. Doktor berkata, paling lama pun, saya hanya akan hidup setahun, tetapi sehingga hari ini saya masih hidup. Terima kasih kepada paru-paru besi itu.” Mereka yang menulis mengenai kisah hidupnya berkata, semangat dan keinginan Martha untuk menjalani kehidupan biasa adalah kunci kepada umur panjangnya.

Walaupun mengalami keadaan yang sukar, Martha yang dilahirkan pada 1937 dan tinggal di Lattimore, North Carolina berjaya menamatkan pembelajaran sekolah menengah dengan keputusan terbaik, selain turut menganjurkan parti makan malam.

Dalam video itu Martha berkata: “Hidup seperti ini sudah menjadi perkara biasa buat saya saya tidak pernah memikirkan mengenainya.” “Mesin ini berfungsi daripada gegendang telinga saya seperti beg udara besar. Terdapat kaedah lain pengalihan udara, tetapi saya memilih untuk tidak melakukannya. – Agensi