Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Kelab Seks Warga Emas Di Jepun
TOKYO – Sekali pandang, ahli kelab ‘Three Loves’ akan berkumpul setiap petang untuk menghabiskan masa minum teh.

Tetapi realitinya, kegiatan itu turut membabitkan seks antara ahli kelab yang separuh daripadanya berusia lebih 80 tahun.

Polis di Tokyo semalam menahan seorang lelaki berumur 70 tahun kerana melanggar undang-undang pelacuran dengan tuduhan mengatur seks antara kira-kira 1,000 lelaki dan 350 wanita sebagai balasan memperoleh komisyen.

Kiyohide Kuroda dan kelab tehnya melanggar undang-undang pelacuran Jepun, kata pegawai.

Dia dituduh mengatur kegiatan seks di kalangan warga emas menerusi iklan di akhbar yang mencadangkan mereka mungkin dapat menghilangkan kebosanan dengan bertemu rakan minum teh yang lain di kelab miliknya, San Ai, atau Cinta Tiga.

Lelaki tertua yang menjadi anggota kelab itu berusia 88 tahun sementara wanitanya, 82 tahun dan majoriti ahlinya berusia pertengahan 60-an. Hanya mereka yang terpilih saja boleh menganggotai kelab itu. tetapi ia dihadkan kepada mereka yang lebih 40 tahun dan perniagaan yang dijalankan sejak 10 tahun lalu membolehkan Kuroda memperoleh komisyen lebih RM1 juta. – Agensi
Fauzi dan Noni

ENTAH macam mana pula boleh timbul gosip yang menyatakan pelakon, Fauzi Nawawi dan bintang realiti, Noni AF5 bercinta?

Kami sebenarnya kurang percaya akan perkara ini kerana kalau dilihat dari laman Instagram, memang boleh nampak betapa romantisnya dan kerapnya Fauzi meluahkan rasa cinta pada isterinya, Lisdawati.

Mujurlah gosip itu segera ditepis oleh Noni yang segera tampil membuat penjelasan menerusi Harian Metro.

Menurutnya, hubungan mereka rapat hanyalah atas dasar kerja dan tidak lebih dari itu.
“Saya juga ‘anak didik’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.”

“Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?” ujarnya.

Jelas Noni lagi, dia mula mengenali Fauzi sewaktu menyertai program Jezajah Festival Filem Malaysia tahun ini dan pelakon itu menawarkannya untuk berlakon dalam drama arahannya.

Ini kerana dia menganggap Noni memiliki pakej lengkap seorang pelakon.
Bagaimanapun, pertemuannya dengan Fauzi pada waktu itu turut ditemani Lisdawati.
Semoga dengan penjelasan ini, tidak ada lagi pihak yang membuat andaian bukan-bukan mengenai mereka.

Yalah, kalau tak kena caranya, boleh goyang rumahtangga dek perkara yang tak benar. Betul tak?
Lelaki Mati Dikisar Mesin Pembancuh Simen Selepas Kawan Tak Sengaja Hidupkan Enjin

Sandakan – Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.

Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.

Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.- HARIAN METRO

BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap pelajaran.

Sinar Harian berkesempatan menemui sorang remaja perempuan, berusia 17 tahun kira-kira jam 3 pagi yang berpelesiran di sekitar Pekan Kulim dan terlibat dalam kegiatan pelacuran bawah umur sejak tiga tahun lalu.


Mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Jaja berkata, dia terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu seawal usia 14 tahun.

Kisah hitamnya bermula apabila dia bercinta dengan seorang pelajar bernama Jo, 17, (bukan nama sebenar) di sekolah sama.


Suatu hari, Jo telah mengajak Jaja keluar bersamanya dengan menaiki sebuah motosikal dan kemudian membawa Jaja ke sebuah pondok dalam hutan.


Apabila tiba di sana, Jo telah menyatakan hasrat melakukan hubungan seks bersamanya namun ditolaknya.

Jo kemudiannya berang dan mengugut akan meninggalkan Jaja berseorangan di pondok itu jika enggan memenuhi kehendaknya.


Memandangkan hari sudah mula gelap dan Jaja takut dengan keadaan hutan di sekelilingnya, dia terpaksa mengikut kehendak Jo.

Setelah dirogol, Jaja kemudiannya dihantar pulang ke rumah.


Dikurung dalam bilik

“Selepas kejadian itu, saya tidak lagi mahu menemui Jo dan berkenalan dengan seorang lelaki lain bernama Lan. Saya tidak tahu apakah pekerjaan dilakukannya, bagaimanapun dia sering membawa saya keluar makan.


"Hubungan saya dengannya baik, namun saya tidak tahu rancangan jahat yang disusun olehnya terhadap saya,” katanya.

Pada suatu hari, Jaja telah dibawa teman lelakinya ke sebuah bilik di sebuah bangunan tinggal.


Jaja kemudiannya dikurung selama dua hari tanpa diberi makanan.

Dia sekali dirogol tujuh lelaki yang terdiri daripada rakan kekasih barunya itu.


“Selama dua hari dikurung, mereka tak bagi saya makan. Dalam bilik itu tidak ada bilik air dan saya tidur beralaskan surat khabar sahaja.


"Setiap hari, saya dikehendaki melayani tujuh lelaki sebanyak tiga hingga empat kali sehari sekiranya tidak mahu dicederakan," katanya.


Pada hari kedua, Jaja berkata, dia sudah tidak tahan dengan perlakuan semua lelaki itu terhadapnya dan meminta dilepaskan, bagaimanapun mereka enggan berbuat demikian sebaliknya terus memaksa melakukan hubungan bersama mereka.


"Salah seorang rakan Lan bersetuju melarikan saya, tetapi harus tinggal di rumahnya. Saya bersetuju dan berjaya melarikan diri dari bilik itu,” katanya.


Terlibat dalam pelacuran


Menurut Jaja, dia tinggal bersama lelaki yang melarikannya itu selama seminggu dan hidup seperti pasangan sudah berkahwin.


Apabila ketiadaan wang, lelaki itu akan mengarahkannya melayani rakan lain.

Jaja sekali lagi terperangkap apabila mendapati kekasih barunya itu merupakan seorang pengedar dadah.


Dia mula takut untuk terus tinggal bersama kekasihnya itu kerana bimbang rumah mereka diserbu polis.


Jaja kemudiannya mengambil keputusan untuk tinggal bersama seorang ibu tunggal di sebuah taman perumahan di Kulim.


Di sinilah Jaja mula terlibat dalam kegiatan pelacuran.


Bayi dikandung akan dijual

“Pada usia muda, siapalah yang hendak mengambil saya bekerja? Ketika itu saya masih bersekolah tetapi sering ponteng dan jarang balik ke rumah mak. Saya tinggal di luar kerana mahu bebas. Saya akhirnya tinggal bersama seorang janda.


"Sepanjang bersamanya, dia sering menyatakan kerja yang paling senang untuk mendapatkan wang adalah dengan 'menjual badan'.

Katanya, saya tidak harus melakukan setiap hari sebaliknya melakukan kerja itu sekiranya ketiadaan wang,” katanya.


Terpedaya dengan pujukan ibu tunggal itu, Jaja tidak lagi kisah sekiranya diarahkan untuk melakukan hubungan seks dengan sesiapa pun.

Menurutnya, masih ramai kalangan pelajar perempuan bawah umur terlibat dalam kegiatan pelacuran ini.


Katanya, mereka akan melakukan kegiatan tidak bermoral itu pada hari tidak bersekolah.

Pada hari sekolah, ada pelanggan yang sanggup melakukan hubungan seks dengan pelajar yang masih memakai uniform sekolah.


Jaja berkata, setiap pelanggan hanya membayar RM50 untuk mendapatkan perkhidmatan seks manakala RM100 sekiranya mahu mereka bersama pelanggan selama sehari dan kos bilik tidur harus dibayar pelanggan.


Katanya, sehingga kini, dua dari enam pelajar bawah umur terlibat sedang hamil antara dua hingga empat bulan.


Bagaimanapun, ini bukanlah satu masalah besar bagi mereka kerana bayi yang dikandung itu akan dijual kepada keluarga yang berkehendakkan anak dengan harga RM4,000 hingga RM5,000.


Perkara biasa ditahan berkhalwat

Menurut Jaja, kegiatan pelacuran yang melibatkan pelajar perempuan ini sukar dikesan kerana tidak dilakukan di premis atau hotel tertentu.


Orang tengah akan mengarahkan remaja bawah umur terlibat tunggu di lokasi dikehendaki sebelum dibawa pelanggan ke tempat lain.


“Ada yang menyatakan kegiatan pelacuran bawah umur ini berlaku di Kulim adalah tidak benar. Kami tinggal di Kulim tetapi akan melakukan aktiviti di hotel atau rumah tumpangan di luar kawasan Kulim.


"Dengan cara ini, kegiatan kami ini tidak mudah dikesan pihak berkuasa. Ditahan jabatan agama kerana berkhalwat adalah perkara biasa tetapi kami tidak akan hadir sekiranya dipanggil untuk diambil keterangan atau mahkamah,” katanya.

Katanya, sehingga hari ini, aktiviti itu masih dilakukannya dan masih ramai pelanggan yang suka layanan diberikan oleh remaja bawah umur.


Kesalahan serius

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini lebih tiga remaja perempuan terlibat telah ditahan dan diarahkan tinggal di rumah perlindungan.

Kata beliau, penglibatan haram dilakukan golongan remaja ini tidak didalangi sesiapa kerana pelanggan akan terus menghubungi mereka.


“Saya ingin menegaskan, melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur adalah satu kesalahan serius dan boleh disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sekiranya sabit kesalahan.


"Melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur akan diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakannya. Bagi mana-mana remaja perempuan yang terlibat dalam kegiatan ini atau dirogol, seharusnya melaporkan kejadian itu kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap suspek terlibat," katanya.

Ghuzlan berkata, mangsa sepatutnya tidak membiarkan suspek bebas melakukan perbuatan ini dan terus merosakkan remaja perempuan lain.
 

KUALA LUMPUR: Kajian terkini yang dikeluarkan oleh JobStreet.com menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia yang bekerja kurang masa bersama keluarga kerana kesibukan dan beban tugas yang banyak di pejabat.
Dalam laporan itu, hampir 63 peratus responden yang terlibat dalam kaji selidik oleh agensi pencarian kerja itu mengakui mereka tidak meluangkan banyak masa di sisi keluarga kerana masa bekerja terlalu panjang.

Manakala, hampir 70 peratus menghabiskan masa kira-kira dua hingga lima jam di luar waktu kerja setiap hari.

"Alasan utama responden bekerja masa lebih adalah kerana perlu menyiapkan kerja dengan cepat dan bebanan kerja yang banyak.

"Dengan tekanan kerja yang dihadapi pekerja untuk melengkapkan tugasan, pekerja menghabiskan masa di pejabat sekurang-kurangnya 9 ke 5 jam waktu pejabat," kata JobStreet dalam satu kenyataan hari ini.

Lebih mengejutkan, 75 peratus responden memilih untuk tidak meninggalkan pejabat malah terdapat juga pekerja yang tidak dibayar walaupun bekerja lebih masa.

Kajian tersebut yang melibatkan 954 pekerja dalam pelbagai industri turut mengeluh terpaksa bekerja walaupun sedang bercuti kerana sering mendapat tugasan kecemasan yang perlu disiapkan dengan cepat.

"54 peratus responden berkata mereka ada mengambil cuti tahunan tetapi hampir kesemuanya mendapat pesanan kecemasan daripada ketuanya.

"Hanya 25 peratus berkata mereka tidak mendapat gangguan semasa bercuti manakala 78 peratus tidak menutup telefon bimbit mereka supaya boleh dihubungi sepanjang masa," kata Jobstreet lagi.

Walaupun majikan mengambil inisiatif untuk menggalakan kehidupan bekerja seimbang, rata-rata pekerja mendapati ia tidak membantu kerana bebanan kerja yang perlu ditanggung mereka terlalu banyak serta tidak sempat untuk berehat.

Pengurus JobStreet di Malaysia, Chook Yu Yng menegaskan sesebuah syarikat perlu memastikan wujud keseimbangan antara kerja dan kehidupan bagi mengelakkan pekerja berdepan tekanan sehingga akan mengganggu produktiviti kerja mereka.

"Keseimbangan kehidupan bekerja adalah mengenai pengurusan yang berkesan antara kerja dan aktiviti lain yang penting untuk kita.

"Syarikat perlu meningkatkan strategi keseimbangan kerja dan kehidupan untuk kakitangan mereka kerana ia adalah salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk memastikan mereka yang terlibat segar semula, dan bermotivasi," kata Chook.

Bagi menangani masalah tersebut, pekerja yang terlibat dalam kajian itu memberi beberapa pandangan antaranya mencadangkan syarikat memberi masa fleksibel di mana pekerja boleh memilih masa bekerja serta memperkenalkan polisi untuk menggalakkan pekerja bekerja kurang daripada 40 jam seminggu daripada waktu kerja ditetapkan antara 9 ke 6 jam setiap hari.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, Malaysia memiliki sejumlah 12 juta tenaga kerja di Malaysia setakat ini.
Kuala Lumpur: Penulis dan penerbit lagu hip hop, DJ Fuzz menyangkal dakwaan lagu Botingkek yang dipopularkan Waris meniru lagu Racks nyanyian asal penyanyi rap Amerika Syarikat, YC.

Sebaliknya, Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir, 35, berkata, Botingkek yang dihasilkan bersama Waris adalah olahan lagu Racks sebagai penghormatan kepada pemilik karya asalnya.

“Lagu Botingkek bukan meniru atau menciplak Racks. Botingkek dihasilkan dengan mengambil inspirasi daripada lagu itu saja dengan olahan baru.

“Sebenarnya olahan adalah perkara biasa dan menjadi budaya dalam genre rap dan hip hop di mana-mana pun,” katanya, semalam.

Fuzz berkata, sejak lagu itu dikeluarkan pertengahan tahun ini pihaknya tidak pernah mengumumkan kepada khalayak lagu Botingkek karya ciptaannya.

“Masyarakat perlu faham kebanyakan karya hip hop hari ini banyak mengolah lagu sedia ada. Hanya kerana kami ambil contoh muzik asal tak bermakna kami tiru atau curi lagu.

“Saya hasilkan pelbagai lagu dan tak dinafikan banyak, di antaranya mengambil inspirasi daripada muzik asal pengkarya lain,” katanya.

Fuzz berkata, dia berasa kecewa dengan tuduhan melulu ke atas pihaknya tanpa usul periksa hanya kerana segelintir pihak mengesan persamaan antara dua lagu itu.

“Segelintir pihak memang suka menggembar-gemburkan sesuatu perkara hanya mereka nampak persamaan.

“Pada saya perkara begini adalah bergantung kepada penilaian individu itu sendiri. Bagi saya, ini (olahan lagu) benda biasa dan tak patut jadi isu atau masalah pun,” katanya.

Racks adalah lagu nyanyian YC atau nama sebenarnya Christopher Daniels Miller, 28, hasil ciptaan bersama komposer Nayvadius Wilburn dan Sonny Uwaezuoke. Ia dipetik daripada album YC berjudul Got Racks yang dikeluarkan pada April 2011.




 
Miley Cyrus buat kejutan lagi. Selepas video klip terbarunya beliau tampil telanjang bulat, kini tersebar pula foto-foto dari seorang jurugambar bebas, Terry Richardson yang menampilkan aksi-aksi separa lucah dari Miley sendiri.
Dalam foto tersebut, Miley tampil dalam keadaan separuh bogel. Ada diantaranya hingga menampakkan kemaluan serta puting payudaranya.

Ada juga foto-foto dalam keadaan beliau menjilat cermin dan menghisap curut.

Miley kini dikritik hebat oleh majalah hiburan di US kerana penampilan mengejutnya setelah beliau 'cukup' umur.




Kes mencari publisti murahan di oleh individu tertentu laman Facebook bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya, malah sudah beberapa kali tersebar dan dihentam hebat oleh orang ramai.

Sebelum ini, nama Damia Izara menjadi popular gara-gara statusnya yang menyatakan bahawa dia akan berbogel jika Barisan Nasional menang di Kuala Besut tersebar.

Bukan gadis ini sahaja yang pernah berjanji pelik sebegini, tetapi juga Johari Pain yang pernah menulis di laman sosial tersebut dengan ayat:

“Gua berani kerat ‘anu’ laa kalau Pandelela menang pingat malam nih..”

Nampaknya kecaman hebat daripada orang ramai belum cukup untuk membuatkan seorang gadis yang dikenali sebagai ‘Princezs Nina’ untuk tidak melakukan perkara yang sama.
Melalui gambar ‘printscreen’ yang tersebar baru-baru ini, dia dengan selambanya memuat naik status yang berbunyi:

“Bodoh betul fan Sarawak ni. Memang betul i ada janji yang i akan kasi jantan-jantan Sarawak pegang tetek i kalau Sarawak menang lawan sime darby. Tapi bukanlah i cakap menang 3-1, tapi 5-0. Apalah bodoh sangat korang ni? Gersang sangat ke sampai tak sabar nak pegang tetek i? Ni i janji lagi, kalau Sarawak boleh menang 5-0 lawan pahang di pahang, i sanggup tidur dengan mana-mana jantan sarawak. Hahaha… :)

Hai, bukan main sedap mulut tu!

Dik, kalau awak ‘offer’ macam tu, bukan setakat jantan-jantan yang nak tau, buaya di sungai pun sedia nak mambaham kalau sudah murah sangat diri tu!

Bagaimanapun, pencarian di laman Facebook tidak berjaya menemukan akaun Princezs Nina ini, mungkin sudah tidak diaktifkan lagi.
Apapun, kami yakin tindakan sebegini hanya semata-mata mahukan perhatian ramai.
Bak kata orang Sarawak, “mintak puji”. Ada baiknya jangan dilayan.


Dalam banyak-banyak sekolah di dunia ini, ada juga sekolah yang mengajar untuk menjadi pelacur.

Sekolah yang dikenali dengan nama Hanky Panky School yang terletak di Amsterdam ini diasaskan oleh seorang wanita, Elene Vis, 43, sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, sekolah ini menyediakan kokurikulum untuk para ‘pelajar’nya menjadi lebih profesional dalam tugas mereka selain mendapatkan lebih banyak wang.

Dengan yuran sebanyak RM1,733, pelajar ini akan diajar pelbagai teknik bercinta dan memikat hati klien supaya untuk bersama lebih lama.

Mungkin bagi kita, ia kedengaran melampau, namun di Belanda, industri pelacuran sememangnya penyumbang ekonomi terbesar di negara itu.
Secara mudahnya, ia merupakan sesuatu yang ‘halal’ bagi mereka. Aduhai.
Demi Lovato Seronok Jadi Lesbian

SETIAP musim, drama muzikal Glee pastinya tidak ketinggalan menjemput selebriti terkenal menjadi pelakon undangan dalam produksi tersebut.

Kali ini tiba giliran penyanyi Demi Lovato tampil menerusi drama muzikal arahan Ryan Murphy itu dengan memegang watak sebagai gadis lesbian berpasangan dengan watak Santana lakonan Naya Rivera.

“Saya gembira memegang watak sebagai lesbian kerana ianya mengambarkan situasi sekarang di mana normal bercinta dengan pasangan sejenis.

“Jika 15 tahun dahulu, watak sebegini pastinya diharamkan untuk ditayang, namun kini masyarakat sudah semakin terbuka dan saya bangga dapat memegang watak sebegini sebagai mewakili mereka di luar sana,” katanya.

Episod pengenalan bagi musim kelima Glee telah pun bersiaran di saluran Fox bermula 26 September lalu.


LONDON – Masihkah anda ingat biola yang dimainkan dalam kapal Titanic disaat penumpangnya berada dalam keadaan huru-hara ketika kapal tersebut hampir karam pada 1912?

Kini biola tersebut akan dilelong selepas seratus tahun kejadian itu berlaku.
Sebelum dilelong, biola itu telah melalui proses imbasan dan pemeriksaan forensi bagi memastikan kesahihannya.

Harganya dijangka mencecah nilai RM1.7 juta pada acara lelongan yang akan diadakan minggu depan.
Bagaimanapun agak sayang kerana biola itu tidak dapat dimainkan lagi selepas ia mengalami kerosakan iaitu dua rekahan panjang di bahagian badannya.

Biola itu merupakan hadiah pertunangan daripada Maria Robinson kepada tunangnya,Wallace Hartley pada 1910.
Ia dimainkan oleh Hartley ketika kejadian itu bagi menenangkan penumpang.

Kewujudannya hanya diketahui pada 2006 selepas seorang anak lelaki kepada pemain biola amatur yang mendapat biola itu daripada guru muziknya pada 1940-an, telah menghubungi pelelong.

Ia mengambil masa selama tujuh tahun untuk dibuktikan kesahihannya dan kini ia akan dilelong di Wiltshire.

Selain biola, turut dijual pada acara lelongan itu ialah beg sandang milik Hartley. Selain itu gambar Hartley ketika menghadiri kelas muzil pada awal 1890-an turut disertakan.
Semua barangan itu diberikan kepada Bridlington Salvation Army susulan kematian Robinson pada 1939.

Dalam kejadian itu, semua anggota muzik Hartley hilang selepas kapal Titanic karam dan mereka dikatakan memainkan muzik bagi menenangkan penumpang hingga saat saat akhir.
Arabs Got Talent Pamer Aksi Jijik

LUBNAN – Rancangan Arabs Got Talent mengejutkan penonton apabila salah seorang pesertanya telah menggigit kepala ular dan menyiat kulit reptilia itu sebelum memakannya dalam aksi yang disifatkan sebagai amat menjijikkan.

Tindakan itu juga menyebabkan, seorang juri wanita keluar daripada dewan tersebut sebagai tanda protes selepas dia menyaksikan bagaimana peserta terbabit Ahmed Al Dousary, 32, yang berasal dari Riyadh, juga makan kala jengking yang masih hidup.

Bagaimanapun `bakat’ Ahmed itu mendapat penghargaan daripada dua juri lelaki yang mengiktiraf perbuatannya yang disiarkan pada Sabtu lalu.

Perbuatan tersebut juga menyebabkan rancangan itu dikritik hebat terutama oleh pencinta alam sekitar dan aktivis.

Ketika memulakan persembahan, Ahmed  memberitahu bahawa dia akan melakukan persembahan ala tentera dan kemudiannya mula makan gelas kaca.

Selepas itu dia melakukan aksi mencabar dengan makan kala jengking hidup sebelum akhirnya makan ular tersebut.
Akibatnya, dia dianggap sebagai tidak siuman.

Susulan perbuatan berkenaan, Arabs Got Talent telah dikecam hebat di alam media sosial dan disifatkan sebagai rancangan tidak bermoral serta tidak menghormati penonton.

Salah seorang penulis yang dikenali sebagai Noory berkata, produser rancangan berkenaan sepatutnya mengetahui lebih awal tentang apa yang akan dilakukan oleh peserta terbabit.
Namun, tegasnya, rancangan itu dan produsernya tetap mempertimbangkan aksi berkenaan yang kemudiannya ditonton oleh kanak-kanak.

“Saya tidak terkejut jika selepas ini kanak-kanak akan mula melakukan kekejaman ke atas kucing atau anjing liar, semata-mata mahu mendapat kemasyuran selama 15 minit itu,’’ katanya.

Arabs’ Got Talent telah diterbitkan dan disiarkan di MBC4  sejak Januari 2011. Ia dirakamkan  Lubnan.

gila1