Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
PUCHONG – Hanya kerana gagal menjawab
soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka,
Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa
menerima 30 jahitan.
Bapa mangsa yang berusia 40 tahun
berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27
September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.
Sebaik menerima panggilan telefon
mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang
menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke
kampung pada malam hari sama.
Dia mendapati anaknya hanya terbaring,
tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila
bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia
kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa
lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu
mengalami pendarahan teruk serta bernanah.
Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.
Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.
Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu
dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang
berkhidmat di madrasah terbabit.
Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.
“Nasib baik ibu saya yang tinggal berhampiran madrasah datang menjenguknya selepas seminggu kejadian, kalau tidak
mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan,” katanya.
mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan,” katanya.
Katanya, anaknya kini trauma dengan apa
yang berlaku dan sejak itu dia terus mengeluarkan kedua-duanya anak dari
madrasah terbabit.
Katanya, anaknya yang mula menuntut ilmu
agama di madrasah terbabit sejak Mac lalu masih menerima rawatan di
sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
“Sebelum ini mungkin dia pernah dirotan
tetapi tidak pernah mengadu kerana mungkin tidak serius. Bagaimanapun,
kali ini saya anggap ia teruk dan akan menuntut ganti rugi kos
perbelanjaan perubatannya,” katanya.
Pengadu turut sedih kerana anaknya mempunyai keinginan tinggi menuntut ilmu agama tetapi diperlakukan sedemikian rupa.
Menurutnya, Jika pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu.
Turut mengecewakannya apabila pihak
madrasah yang berjanji datang menjenguk anaknya tidak berbuat demikian
meski sudah hampir dua minggu kejadian berlaku. – Sinar Harian Online
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA – Pelakon Aeril Zafrel,
25, enggan membuat sebarang komen terhadap berita tentang hubungan
perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal.
Pembantu peribadinya Aman, berkata, buat
masa ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun
ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang
menyebarkan berita itu.
“Buat masa sekarang Aeril tidak mahu
beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya
bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu
kenyataan dia nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini,
Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta
mengulas laporan sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril atau nama
sebenarnya Suharil Suhari yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga
dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu.
Hasil perkahwinan tersebut juga
dikatakan telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang
diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Wawa Zainal
Wawa Zainal
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan
rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu
hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata.
Sementara itu, melalui laman sosial Twitter milik pelakon ini menulis, dia akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya.
“Alhamdulillah…’mereka’ telah keluarkan
‘senjata terakhir’ seperti yg dijangkakan…terlalu naif ‘mereka’ yang
melontar batu sembunyi tangan ini
“Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar ‘mereka’ itu,” tulisnya pada Ahad. – mStar Online
[Wow] - Gosip Hiburan
Bangkok – Pasukan keselamatan Thai
kelmarin menembak mati empat anggota pemisah, termasuk Abdul Roheng
Da-eso atau “Black Pele” yang dikehendaki menerusi 10 waran tangkap.
Keempat-empat mereka terbunuh dalam kejadian tembak-menembak selama 15 minit.
Dua anggota polis turut mati dalam
kejadian yang menyaksikan 50 anggota polis dan tentera menyerbu sebuah
kediaman di daerah Rueso, kira-kira jam 2 petang selepas pihak berkuasa
diberitahu terdapat sekumpulan pemisah bersembunyi di situ.
Ketika mendekati kediaman terbabit,
kehadiran pasukan keselamatan itu disedari kumpulan pemisah yang
kemudian melepaskan tembakan. Pihak berkuasa membalas tembakan dan
kejadian itu berlarutan selama 15 minit mengakibatkan dua anggota polis
maut.
Kejadian berakhir apabila tujuh anggota pemisah menyerah diri dan keluar dari kediaman itu.
Pihak berkuasa kemudian menggeledah
kediaman berkenaan dan menemui empat anggota pemisah yang mati, termasuk
Black Pele. Selain itu, polis turut merampas dua pistol, sepucuk raifal
AK47 dan lebih 100 butir bahan letupan. Dalam operasi berasingan,
tentera menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam serangan bom yang
membunuh empat tentera pada 2 Oktober lalu di Krong Pinang,Yala. Dua
suspek itu, Dolo Bueraheng dan Aha Maso didakwa turut bertanggungjawab
terhadap kematian lapan anggota tentera Jun lalu. – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.
Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.
Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta! Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.
Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.
Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!
\

Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala. Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.


Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.
Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya. Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya. ” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.
Cool
NAMPAKNYA kediaman agam milik David dan Victoria Beckham sekeluarga, Beckingham Palace tidak akan diwarisi oleh anak-anaknya apabila mereka dilaporkan akan menjualnya dengan harga RM61 juta.
‘Istana’ di Hertfordshire itu akan dijual bersama dengan beberapa lagi kereta mewah mereka bagi mencapai hasrat untuk membeli sebuah kediaman agam baru bernilai lebih RM229 juta di tengah kota London.
Menurut laporan akhbar tabloid Sun On Sunday, keputusan itu merupakan ‘permulaan era baru’ bagi keluarga Beckham.
“David sangat sedih untuk menjual kediaman keluarganya itu kerana terdapat begitu banyak memori di rumah itu. Mereka menjalani tahun-tahun yang cukup menggembirakan di situ, tapi kini tiada sebab untuk tidak menjualnya,” ujar sumber.
Tiga anak mereka, Brooklyn, 14, Romeo, 11, dan Cruz, lapan, tinggal selama beberapa tahun di rumah itu sebelum berpindah ke Sepanyol dan Los Angeles kerana karier bola sepak ayah mereka.
Pasangan Beckham membeli estet seluas 12 ekar itu hanya tiga bulan selepas perkahwinan mereka dengan harga RM12.7 juta pada tahun 1999 sebelum harganya mula naik berganda selepas itu.
[Wow] - Selebriti
MENJADI salah seorang pemain bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris bukan saja memberi kelebihan bukan sahaja dari segi wang dan populariti, malah ia turut memberi peluang untuk mendapat pasangan yang ‘super hot’.
Melalui laman web Ftbpro.com, sebuah artikel telah menyenaraikan carta 10 isteri atau kekasih pemain yang dianggap paling mengancam di mata peminat sukan bola sepak pada masa kini:
10. Lorena Bernal – Isteri kepada pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta ini pernah memegang gelaran Miss Spain pada tahun 1999.
9. Sam Cooke – Model English Glamour dan Page ini merupakan teman wanita kepada pemain pertahanan Manchester United, Chris Smailling. Dia juga pernah muncul di ruangan majalah untuk lelaki di Britain.
8. Polly Parsons – Gadis jelita ini sedang bertakhta di hati kapten pasukan Arsenal, Thomas Vermaelen dan merupakan seorang penyampai rancangan televisyen Inggeris.
7. Sophie-Leigh Adam – Wanita seksi ini sudah pun memetrai ikatan perkahwinan dengan pemain tengah Stoke City, Charlie Adam. Dia dikatakan banyak mempengaruhi perpindahan Adam dari Blackpool ke Liverpool. Mana tidaknya, tengok muka saja dah cair.
6. Frankie Sandford – Penyanyi berusia 24 tahun ini merupakan tunang kepada pemain kelab Reading, Wayne Bridge dan kini sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka. Katanya, dia mahukan Bridge berada di sisinya sewaktu proses bersalin dan akan memicit tangannya sekuat hati agar Bridge dapat merasai kesakitan yang dialaminya.
5. Tanya Robinson – Isteri kepada pemain pertahanan Sunderland, Phil Bardsley ini merupakan model Inggeris yang amat seksi. Sehingga kami sendiri sukar menemukan gambar beliau yang agak sopan. Huh!
4. Helen Flanagan – Teman wanita pemain sayap dan juga simpanan Machester City, Scott Sinclair ini merupakan seorang pelakon drama bersiri ‘Coronation Street’ selama 12 tahun.
3. Abbey Clancy – Mungkin ramai yang agak sinikal dengan pemain Peter Crouch apabila berjaya memiliki isteri jelita seperti Clancy. Dia merupakan seorang model dan penyampai televisyen. Crouch pernah berseloroh, “jika saya bukan pemain bola sepak, mungkin saya masih teruna’. Gulp!
2. Natalie Suliman – Memiliki wajah yang eksotik dan menawan, model kelahiran Britain ini berjaya memikat hati pemain sayap Fulham, Kieran Richardson. Memang beruntung.
1. Katsia Zingarevich – Sebenarnya wanita ini bukanlah isteri kepada pemain bola sepak, tetapi lebih daripada itu. Dia merupakan isteri kepada pemilik kelab bola sepak Reading, Anton Zingarevich. Itulah yang menjadikan Katsia paling unggul dalam carta setakat ini!
[Wow] - Selebriti
\\ 
Hubungan antara pelakon jelita, Nora Danish dengan anak VVIP, Mohamed
Nedim Mohamed Nazri semakin menjadi perbualan hangat di mana terbaru,
pelakon filem ‘Bencinta’ ini dikatakan menerima hadiah sebuah kereta
Ferrari dan rumah banglo bernilai RM7.2 juta dari jejaka tersebut.
Walaupun sebelum ini Nora tidak mendedahkan status hubungannya dengan
anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, namun pembelian
kereta serta rumah banglo mewah tiga tingkat tersebut sedikit sebanyak
menunjukkan hubungan mereka lebih sekadar teman biasa.
Menghadiri pertandingan ‘Fruitale Star Search’ yang diadakan di Mydin
Subang Jaya petang Sabtu, membuka peluang kepada GUA untuk bertemu
dengan duta Fruitale itu bagi mendapatkan penjelasaannya mengenai hadiah
mewah yang diterimanya.
“Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu
ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan
beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya.
Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun
kereta jenama tersebut,” jelas Nora kepada GUA.
“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana
orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa
yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang
dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini
tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata.”
Ketika pertemuan kami, GUA juga sempat bertanyakan kepada Nora
mengenai keterbukaan Nedim di laman sosial miliknya yang menunjukkan
seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa. Walaupun Nora sendiri
tidak pernah mengiyakan mengenai perkara tersebut, namun kemesraan yang
dipamerkan membuktikan yang mereka adalah pasangan kekasih.
“Bagi saya, terpulang pada hak individu dan itu adalah hak dia untuk
berbuat demikian. Dia berani untuk bersikap terbuka mengenai hubungan
kami namun saya tetap dengan prinsip saya, di mana nak berkahwin baru
saya akan umum,” ujar pelakon drama ‘Tentang Dhia’ ini sambil menjawab
isu kononnya dia hanya memilih untuk berkawan dengan anak Menteri
sahaja.
“Saya berkawan rapat dengan ramai orang dan mereka yang bercakap
begitu mungkin tidak kenal rapat dengan saya. Benda lepas banyak
mengajar saya dan saya sendiri tidak meletakkan kriteria untuk berkawan
dengan sesiapa. Bagi saya, apa yang penting adalah persefahaman dan
selagi selesa, saya tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan
sesiapa sahaja.”
[Wow] - Gosip Hiburan
Selena Gomez tampil dengan kostum Bollywood merah menyala memanaskan pentas MTV Movie Awards. The Sun melaporkan Selena mengenakan pakaian demikian ketika mempersembahkan nyanyiannya pada malam tersebut.
Bekas pelakon Disney berusia 20 tahun ini berjaya melenyapkan imej
bersihnya dengan persembahan yang amat menghiburkan di Culver City,
California melalui single terbarunya Come & Get It.
Denga penampilan hangat itu juga, Selena turut mempromosikan filem
terbarunya Spring Breakers, dan dalam filem tersebut beliau adalah
bintang utama yang hanya memakai bikini.
Selena juga langsung tidak memakai kasut dan terus menarik perhatian hadirin yang hadir pada malam itu. Selena sebelum ini dilaporkan meminta bekas kekasihnya, Justin Bieber
untuk tidak memasukkan mana-mana klip video yang mengandungi wajahnya di
dalam dokumentari beliau yang akan datang.






[Wow] - Selebriti

Nan Yu ialah antara sebab kenapa Expandables 2 menjadi filem yang lebih HOT dari Expandables 1. Kali ini filem lakonan Stallone, Schawanennshsgsdher , Wilis, Li, Lundgren, Statham, Crews , Couture , Van Damme dan Chuck. Nan Yu, pelakon berusia 33 tahun yang berasal dai Dalian China. Pelakon wanita ini ialah graduan Beijing Filem Academy dan fasih berbahasa Inggeris dan Perancis. Sebelum Expandables beliau muncul di dalam filem Speed Racer.







Laporan Chinese Filsm dan MTIME
[Wow] - Sakit Mata
PENYANYI lagu Elegi Sepi iaitu Azharina mengakui lelaki takut mendekatinya selepas bergelar janda sejak enam tahun lalu.
Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar, 28, berkata, disebabkan
perkara itu juga dia masih solo namun mengakui selesa dengan statusnya
itu.
“Orang akan ingat saya jenis yang memilih atau sudah serik untuk
berumah tangga tetapi sebenarnya lelaki takut hendak dekat dengan saya
selepas bergelar janda,’ katanya kepada mStar Online.
Bagiamanapun kata Azharina atau lebih mesra dengan sapaan Nina, ada
beberapa lelaki yang cuba mendekatinya sebelum ini namun hubungan
tersebut tidak kekal lama.
Jelas Nina, lelaki yang cuba rapat dengannya itu tidak dapat memahami
kariernya sebagai seorang penyanyi tambahan pula jadualnya padat sejak
beberapa tahun kebelakangan ini.
“Bukan tidak ada yang cuba tetapi hubungan itu tak dapat bertahan
kerana saya sangat mengutamakan karier berbanding percintaan tetapi saya
tidak kisah kerana menganggap jodoh belum sampai,” jelasnya.
Tambah Nina, walaupun keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri
menembal dalam dirinya namun selepas enam tahun hidup bersendirian dia
tidak melihat perkahwinan sebagai keutamaan pada masa ini.
“Apabila tengok adik-beradik yang telah berkahwin dan mempunyai anak
rasa cemburu juga tetapi saya tidak tertekan hidup menjanda malah lebih
berdikari,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nina berkata, dia sebelum ini tidak berniat untuk
merahsiakan status perkahwinannya daripada pengetahuan umum sebaliknya
memberitahu dia tidak mempunyai pilihan.
Jelas Nina, bekas suaminya tidak mahu perkahwinan mereka diketahui
umum dan dia telah berjanji untuk tidak membocorkan mengenai perkara itu
kepada pihak lain.
“Saya buat begitu kerana diberi kata dua oleh bekas suami dan sebagai
isteri saya perlu taat kepadanya. Jika perkara itu terbongkar saya akan
diceraikan dengan talak tiga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nina berkata, dia bakal muncul dengan single
terbaharunya iaitu Pergilah Cinta dan akan melakukan strategi pemasaran
berbeza bagi mempromosikan lagu itu. – mStar
[Wow] - Kisah Artis
NAMPAKNYA ada khabar kurang enak yang kami dengar mengenai vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Memetik laporan myMetro Ahad, penyanyi itu dikatakan sudah tidak ‘ngam’ dengan anggota kumpulannya itu.
Pendek kata, mereka mempunyai masalah persefahaman. Namun, tidak dinyatakan pula apa punca permasalahan itu.
Lebih panas lagi, ada pula khabar yang menyatakan bahawa Noh kini sudah menubuhkan kumpulan baru.
Hai, kalau benar memang kecewalah peminat tegar kumpulan Hujan.
Kami harap perkara ini tidak benar dan cuma khabar angin semata-mata.
Apa-apa pun, lebih baik Noh dan ahli kumpulan Hujan yang lain muncul
untuk memberi kenyataan kepada pihak media agar spekulasi negatif tidak
terus berlegar di minda peminat.
[Wow] - Kisah Artis
PASTINYA anda pernah menonton filem blockbuster Hollywood Black Hawk
Down yang dibintangi Josh Harnett, Eric Bana dan Ewan McGregor.
Terbaru, dengarnya KRU Studios merancang untuk menerbitkan versi lain
yang turut mengangkat tema yang sama seperti filem peperangan tersebut.
Menerusi Astro Awani, Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim
berkata filem itu masih dalam peringkat perancangan dan penyelidikan
mengenai peristiwa itu akan dimulakan tidak lama lagi.
Black Hawk Down versi Malaysia akan berkisarkan sudut pandang tentera
Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku 20 tahun lalu di
Mogadishu, Somalia.
“Kami belum melibatkan diri dengan mana-mana pihak ketiga. Kami
menjalankan penyelidikan sendiri untuk menempatkan kejadian itu dari
kaca mata tentera Malaysia (yang menyertai pertempuran tersebut),”
katanya.
Semoga impian KRU Studios tercapai dan projek ini mendapat kerjasama
daripada pihak berkaitan agar generasi masa hadapan akan lebih
mengetahui dan menghargai pergorbanan yang telah dilakukan oleh pasukan
keselamatan Malaysia demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
[Wow] - Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments