Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Naomi Campbell Cuma Minum Jus Selama 10 Hari

NAOMI Campbell mungkin kelihatan masih lincah dan memiliki potongan supermodel ketika melangkah di pentas peragaan sempena pertunjukan fesyen Atelier FW13 Couture oleh Versace baru-baru ini, tapi hakikatnya dia telah melakukan satu pengorbanan yang kedengaran tidak masuk akal.

Menurut Naomi, dia hanya minum jus semata-mata sebelum tarikh peragaan agar tubuhnya muat elok dengan jubah Versace yang disarung pada hari berkenaan.

Perkara ini terpaksa dilakukan apabila Naomi kembali ke pentas peragaan selepas lebih sedekat tidak muncul namun berazam untuk kelihatan sama seperti dahulu.
Akuinya, selama sepuluh hari dia hanya mengambil jus karot, nenas dan halia.

Bagaimanapun apabila mengingat kembali bagaimana respon penonton yang kelihatan kagum melihat dia sama seperti dahulu sebaik sahaja muncul, Naomi menyatakan semua itu berbaloi.


naomi versace
Sumber: Metro UK
Ratu Dunia Diejek Pembantu Rumah Kerana Asal Filipina

KEMENANGAN Megan Young sebagai Ratu Dunia pada tahun ini nampaknya kurang dipersetujui banyak pihak terutama yang suka bersifat perkauman. Hinggakan, sebuah laman Facebook mengutuk Megan telah diwujudkan.

Perkara ini menyakitkan hati pelayar internet dari Filipina apabila wakil dari negara mereka itu digelar sebagai ‘pembantu rumah’ dan kemenangan itu satu perkara lawak.

Selain Facebook, kritikan terhadap kemenangan Megan turut diluahkan di Twitter, antaranya berbunyi: ‘Miss Philippines is Miss World? What a joke! I did not know those maids have anything else in them Ha Ha Ha’

Seorang pemilik akaun dari Singapura turut memberikan komen melampau apabila merujuk perempuan Filipina sebagai miskin, berbau dan tidak berpelajaran.

Akibatnya, Facebook yang mengutuk Megan menjadi medan pertengkaran antara pengomen yang bersifat perkauman dengan pelayar internet Filipina yang marah.

Megan ditabalkan sebagai Ratu Dunia pada Sabtu lepas di Bali, Indonesia. Kemenangannya mencatat sejarah sebagai wakil pertama dari Filipina yang berjaya memenangi gelaran tersebut.

Selain menjadi sasaran pihak yang tidak bersetuju dengan kemenangannya, gambar-gambar lama Megan ketika beraksi seksi sebagai model turut tersebar selepas kemenangannya. missworldkenakutuk

Selebriti wanita yang juga pengacara rancangan E! news Asia, Marion Rose Caunter tetap kelihatan menawan dan bergaya biarpun kini sedang hamil anak kedua.

Bagi yang mengikuti laman Instagram pengacara cantik ini pasti anda kagum dengan dirinya yang tidak menjadikan kehamilan sebagai satu halangan untuknya sentiasa tampil cantik dan bergaya.

Selain itu pemilik salun rambut, Myhairplay ini turut gemar berkongsi fesyen rambut yang sentiasa digayakan mengikut majlis keraian yang dihadirinya.

Untuk makluman, Marion dan suaminya, SM Nasaruddin diijabkabulkan pada 16 Disember 2010 dan anak pertama mereka, Leia Rose dilahirkan pada tanggal 16 Disember 2011.



Kucing

Seorang wanita dikenali sebagai Caroline H, merakam dan memuatnaik video seekor kucing mengiau dengan mengeluarkan bunyi seperti ‘go away’ di Dublin, Ireland.

Bunyi itu seolah-olah diajuk kerana Caroline terlebih dahulu mengucapkannya untuk menghalau kucing berkenaan yang menceroboh dapur rumahnya.

Kucing berwarna hitam putih itu dipercayai memasuki dapur Caroline melalui tingkap selepas terhidu bau biskut.

Dalam keadaan takut-takut berani ketika Caroline mahu menghalau itulah, ia mengeluarkan suara mengiau berbunyi seperti ‘go away’. Menurut Caroline dalam keterangan videonya, kucing itu tidak diapa-apakan dan terus melepaskan diri selepas dirakam.

Berasakan ada sesuatu yang menyeramkan pada kucing berkenaan, Caroline menggelarkannya ‘kucing syaitan’ dan meminta penduduk sekitar berhati-hati.

Bagaimanapun tidak lama selepas video ini tersebar, seseorang muncul dan mendakwa itu kucingnya namun ia tidaklah misteri mana. Kejadian mungkin berlaku ketika kucing itu tersesat apabila keluar dari rumah untuk bersiar-siar yang merupakan rutin biasanya.
Abu Mayat


Charlie Nguyen, pemilik kedai Charlie’s Liquor & Smoke di Wichita, Kansas sudah biasa menemui barang-barang yang ditinggalkan oleh pelanggan seperti telefon bimbit dan kunci.

Namun buat pertama kali, ada seorang pelanggan tertinggal bungkusan tertulis ‘remains of Helen K. Dapron’ beserta tarikh kelahiran dan kematian pada Oktober 1930 dan Jun 2010.
Bermakna, ia adalah bungkusan berisi abu mayat!

ashes

Dalam usaha mengenalpasti pelanggan yang keciciran bungkusan abu mayat tersebut, Charlie telah memeriksa rakaman keselamatan namun ia tidak jelas.

Usaha menampal iklan di pintu kedai juga tidak mendatangkan hasil, membuatkan Charlie sanggup menempah iklan di laman web Craigslist.

Menjelaskan mengapa dia bersungguh-sungguh sampai begitu sekali, Charlie menyatakan bungkusan itu merupakan abu mayat nenek seseorang. Jika ia miliknya, pasti dia akan mencari sampai jumpa memandangkan ia sesuatu yang berharga.

Akhirnya semalam (Khamis), seseorang muncul dan mengaku abu mayat itu miliknya.

Bagi penulis, Remy Ishak merupakan salah seorang artis yang gemar berkongsi gambar menarik dan berseni menerusi laman Instagram selain Nabila Huda, Amy Search, Zahiril Adzim dan Tiz Zaqyah.

Jika anda mengikuti Instagram Remy pastinya anda mengetahui dia kini sedang berada di kota London menjalani penggambaran bagi telefilem Selangkah Ke Syurga.

Menerusi naskhah terbarunya itu Remy digandingkan bersama pelakon wanita berbakat besar, Nadiya Nisaa.

Alang-alang dah berada di negara orang, pelakon kelahiran Melaka ini tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan gambar-gambar menariknya sepajang berada di sana.
Antara tempat menarik yang sempat dilawatinya ialah Big Ben dan Liverpool Street.







PANTAI HUNTINGTON – Berpuluh-puluh ekor anjing mencuri tumpuan apabila menyertai Pertandingan Luncur Anjing Surf City di California, Amerika Syarikat.

Kejohanan tahunan kali kelima itu berlangsung di Pantai Huntington pada Ahad lalu.

Pertandingan luncur ombak tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori berat bermula daripada anjing di bawah sembilan kilogram (kg) hingga kepada lebih 27kg.

Acara berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton sejak ia diperkenalkan pada 2009.

Anjing-anjing yang ditemani pemilik masing-masing turut dipakaikan pelbagai jenis pakaian.
Terdapat juga kategori khusus di mana pemilik boleh meluncur dengan anjing peliharaan masing-masing serta dua ekor anjing meluncur bersama-sama di atas sebuah papan luncur pada satu masa. – Agensi
Elfira Loy

Pelakon kecil molek Elfira Loy menafikan dirinya berlagak baik dihadapan peminatnya sebalikya dia hanya menjadi dirinya yang sebenar di hadapan meraka.

Isu ini dikatakan bermula apabila Elfira dikatakan semakin seksi dalam imej serta pemakaiannya.

Mengulas mengenai perkara itu, melalui portal Gua, Elfira menjelaskan, “saya tak tahu nak komen apa sebab saya tak seperti yang diperkatakan mereka. Kalau nak cakap saya seksi, diikutkan dari awal kemunculan saya dalam industri lagi, saya dah memang berpakaian sebegini. Mungkin mereka mula bercakap sebab sekarang dah ada Instagram dan lebih mudah mereka nak tengok gambar saya”.

Enggan memanjangkan isu tersebut, Elfira mengambil pendekatan hanya menjadi dirinya sendiri tanpa perlu bersikap hipokrit terhadap peminatnya.

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Elfira akan menggembara ke negara Filipina dan Thailand untuk sebuah program travelogue yang akan bersiaran tidak lama lagi.
Selain itu, figura manis ini juga menjelaskan dia kini tidak lagi bergelar Wajah Eksklusif Astro sejak Disember lalu.

Kini, Elfira bergerak sendiri menguruskan kerjaya di kala usianya kini mencecah 20 tahun.
Skype, WhatsApp

Karachi – Wilayah Sindh di selatan Pakistan akan menghalang akses kepada rangkaian komunikasi online termasuk Skype dan WhatsApp selama tiga bulan dalam usaha menyekat keganasan.

“Kami kesal kerana ini memberi masalah kepada pengguna tetapi terpaksa mengharamkannya selama tiga bulan,” kata Menteri Penerangan Sindh, Sharjeel Memon.
Katanya, tindakan menyekat penggunaan Skype, WhatsApp, Tango dan Viber adalah disebabkan sebab keselamatan.

Seorang pegawai polis berkata, aplikasi online itu sering digunakan oleh pengganas dan penjenayah.

Agensi keselamatan baru-baru ini melancarkan operasi besar-besaran selepas berlaku beberapa pembunuhan dan peras ugut di Karachi.

Pegawai tempatan berkata, kerajaan wilayah akan memohon Pihak Berkuasa Telekomunikasi (PTA) menyekat rangkaian di Sindh selama tiga bulan. – AGENSI

TINDAKAN dua gadis Singapura memakai bikini dan memilih bumbung bangunan meletak kereta sebagai tempat untuk ‘berjemur’ menyebabkan seorang pengawal keselamatan wanita ‘naik angin’ dan menghalau kedua-duanya dari situ dengan payung!

Yang lawaknya, salah seorang gadis tersebut juga diketuk dengan payung itu oleh pengawal berkenaan setelah terjadi pertengkaran di antara mereka.

Kejadian berlaku pukul 2 petang, ketika cuaca sedang panas terik.

Dua gadis berkenaan pada mulanya dilihat pergi ke petak parkir yang kosong sebelum menanggalkan pakaian mereka.


Kemudian dengan hanya berbikini, kedua-duanya dilihat enak berbaring seolah-olah berada di tepi pantai.

Tindakan mereka disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas.
Pengawal wanita itu ternyata cukup marah dengan perbuatan tersebut.


Kejadian yang berjaya dirakam itu kini menjadi viral di republik tersebut setelah ia tersebar di dalam internet.

Macam-macam hal….












VIDEO: Luahan Maaf Pengantin Perempuan Setelah Lauk Kendurinya Korbankan 4 Nyawa


PENGANTIN perempuan yang majlis perkahwinannya di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu menyebabkan kematian empat orang kerana keracunan makanan memohon maaf kepada semua yang terlibat atas ketentuan yang berlaku.

Haslina Yusof berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa sanak saudara dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.

Empat orang yang maut itu keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin berkenaan termasuk sepupu Haslina sendiri, Norshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia di rumahnya di Sungai Petani.

“Saya tidak sangka boleh jadi begini,” katanya kepada wartawan .

Haslina, 23, merayu agar tidak ada mana-mana pihak yang menaruh syak wasangka dan memberi tanggapan serong terhadap keluarganya.

Katanya, beliau dan keluarga sudah cukup menanggung malu atas apa yang telah terjadi.

Mereka juga tidak berniat untuk menganiaya sesiapa apatah lagi menaruh racun ke dalam makanan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.

main_ax_0210_P12a

Sementara itu, bapa Haslina, Yusof Ahmad, 52, juga terkilan dan sedih kerana tidak menyangka majlis perkahwinan pertama dalam keluarganya itu bertukar jadi bencana.

“Saya sebagai tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri baru-baru ini. Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu. Saya panggil kawan-kawan untuk datang makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat jahat atau apa,” katanya.

Apa yang menyebabkan beliau lebih terkilan ialah antara mangsa keracunan yang dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia itu adalah saudara-maranya sendiri.

Yusof turut memaklumkan beliau dan ahli keluargnya juga cirit-birit dan muntah-muntah dan ditahan di hospital selama tiga hari. Mereka hanya dibenarkan pulang pada pagi Rabu.

Sementara itu, jenazah mangsa keempat, Wang Razali Yaacob, 56, selamat dikebumikan pada pagi Rabu di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani.

Allahyarham meninggal dunia pukul 7.15 malam Selasa di Hospital Sultan Abdul Halim setelah sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan itu.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut yang maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan dan Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, polis masih menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital daerah dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalili Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh selepas menerima laporan itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk melihat unsur khianat atau kecuaian.

Setakat ini, 270 orang dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan makanan daripada majlis kenduri kahwin itu. – ASTRO AWANI


Siapakah budak ini? Beliau kini seorang pelakon yang semakin hangat namanya. Anda boleh kenal siapa budak ini?

Joseph Gordon Levitt ataupun nama comelnya JGL ialah antara bintang yang hot sekarang. Filem Inception menaikkan saham pelakon berumur 31 tahun ini.





Laporan asal BuzzFeed