Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Semua neh gara2 luahan ahti Wardina Safiyah berhubung dengan satu laporan audit negara bagi tahun 2012. Dalam laporan berkaitan didedahkan penyelewengan demi penyelewengan, salahguna dana awam dan kerugian demi kerugian serta pembaziran demi pembaziran yang menjadi amalan sektor awam sehingga menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa memasuki frasa berjimat cermat bagi memulihkan kembali ekonomi negara untuk berada di landasan yang betul.


Akan tetap ahti rakyat mana yang tak sedih apabila rakyat diseru untuk berjimat cermat dan bersama2 membantu kerajaan untuk pulihkan ekonomi negara kembali, dengan memaksa rakyat menerima bahawa kerajaan ada rasionalnya kenapa mereka memotong subsidi demi subsidi untuk rakyat, alih2 rupanya kerajaan sendiri gagal menerapkan apa yang dia sering perkatakan kepada rakyat marhaen.




Sejurus itu, ini antara respon yang Wardina terima ;


Sumber: Here
habuan seks
Kajang: Seorang lelaki pertengahan usia dengan selamba mengajak menantunya mengadakan hubungan seks sebagai hadiah hari lahirnya dan mencabul wanita itu apabila mangsa enggan melayan kehendaknya.
Kejadian memalukan itu berlaku di pejabat lelaki berkenaan di satu kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu.
Selepas berjaya meloloskan diri daripada bapa mentuanya yang berusia 50-an itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, keesokan hari.
Menurut sumber polis, dalam aduannya mangsa yang berusia 30-an berkata sebelum kejadian dia dihubungi suspek memintanya datang ke pejabat lelaki itu untuk mengambil anak lelakinya berusia lima tahun.
“Sebaik mangsa masuk ke pejabat, suspek menyuruh cucunya keluar dan memberitahu mahu meminta hadiah sempena hari lahirnya daripada mangsa.
“Lelaki itu kemudian berkata dia mahu menyambut hari lahir ala Barat dan mengajak menantunya melakukan hubungan seks dengannya sebagai hadiah,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan melayan kehendaknya, lelaki itu tidak puas hati dan mula bertindak rakus.
“Suspek memeluk, mencium serta meraba tubuh menantunya itu. Mangsa marah dan cuba melawan, menyebabkan berlaku pergelutan kecil di antara mereka.
“Ketika dicabul, mangsa merayu dikasihani selain turut memarahi mentuanya itu, namun tidak diendahkan lelaki terbabit,” katanya.
Menurutnya, selepas kira-kira 10 minit, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri daripada suspek sebelum pulang ke rumah.
“Keesokan harinya (Selasa), mangsa membuat laporan berhubung kejadian berkenaan. Dalam laporannya itu, mangsa turut memberitahu suspek sebelum ini sudah beberapa kali cuba mencabulnya, namun setiap cubaannya gagal,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa juga memberitahu dia nekad membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan keji suspek selain bimbang dengan keselamatan dirinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).
GAMBAR: Dua Penjenayah Ditembak Mati Adik Beradik, Anak Polis
Ipoh –  Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Gerik, di sini, awal pagi kelmarin, disahkan sebagai pasangan adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis.
Kedua-dua yang berusia 25 dan 26 tahun itu, jarang pulang ke rumah keluarga mereka di Kampung Tanjung Mas, Kelantan.
Mereka dikatakan mengaburi perbuatan jenayah dilakukan daripada ahli keluarga dengan mendakwa kononnya bekerja sendiri termasuk sebagai pemasang paip di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Menurut sumber, bapa kepada suspek yang berpangkat lans koperal itu sudah lama tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya itu dan kali terakhir dua anaknya itu pulang ke rumah pada Isnin lalu dengan alasan mahu bercuti serta ingin menziarahi keluarga di kampung.
Difahamkan, pasangan adik-beradik itu pulang ke kampung halaman mereka pada Aidilfitri lalu sebelum sekali lagi pulang menziarahi keluarga mereka pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, mereka meninggalkan rumah pada jam 4 pagi Selasa lalu tanpa diketahui tujuannya.
Bapa kedua-dua suspek yang bertugas di Kota Baharu, Kelantan, tidak mengetahui atau mengesyaki aktiviti jenayah yang dilakukan anak-anaknya itu.
Sumber berkata, beliau hanya mengetahui pembabitan anak-anaknya itu dalam kegiatan jenayah samun bersenjata api apabila dimaklumkan polis pada petang hari kejadian berbalas tembakan itu.
Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik terbabit termasuk seorang lagi rakan jenayah mereka berusia 34 tahun turut mati ditembak polis.
Dalam kejadian lebih kurang jam 1.40 pagi itu, pasukan polis yang mengekori ketiga-tiga penjenayah tersebut mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan namun suspek-suspek yang menaiki Proton Wira berwarna putih sebaliknya melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.
Polis terpaksa membalas tembakan dan berjaya menembak mati ketiga-tiga suspek di tempat kejadian.
Hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dinaiki suspek, polis menjumpai dua pucuk pistol serta 11 butir peluru.
Hasil semakan rekod jenayah mendapati ketiga-tiga suspek pernah terlibat dalam beberapa kes samun bersenjatapi termasuk menembak mati pemilik restoran nasi kukus di Paka serta melarikan kenderaan Toyota Hilux milik mangsa.
Ketiga-tiga penjenayah juga didapati terlibat dalam kes cubaan samun seorang wanita di Jalan Haji Ahmad Kuantan, Pahang.. – Harian Metro/ Gambar FB Polisperak
GAMBAR: Dua Penjenayah Ditembak Mati Adik Beradik, Anak Polis
1375009_557333154321521_1238054298_n
1380655_557333214321515_1937177348_n
KL Gangster 2...Baru Tiga Hari Tayang Dah Kutip RM700,000!
PETALING JAYA – Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM700,000 menerusi tayangan tengah malamnya pada Khamis (malam tadi) termasuk tiga hari tayangan awal dari 27 hingga 29 September lalu.
Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, mengikut ramalannya, beliau yakin filem berkenaan mampu mendapat sokongan peminat filem tempatan walaupun ia sudah dicetak rompak.
“Berdasarkan kepada kutipan itu, saya percaya filem ini mampu menarik perhatian orang ramai terutama sekali kepada mereka yang menantikan hasil karya arahan anak saya, Syamsul,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Khamis.
Filem berkenaan sepatutnya ditayangkan pada Khamis tetapi telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak.
Yusof berkata, kutipan bagi 100 buah panggung untuk tayangan larut malam menyaksikan pihaknya memperoleh RM200,000 manakala tiga hari tayangan awal mendapat RM500,000.
Malah berdasarkan tayangan berkenaan, kebanyakan panggung menunjukkan jumlah penonton yang ramai sekali gus melegakan hatinya selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.
Yusof berkata, beliau mengharapkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.
Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sebahagian penonton mungkin sudah menyaksikannya lebih awal melalui Internet akibat sabotaj, tetapi Yusof percaya filem itu akan berjaya menarik penonton ke pawagam.
Sementara itu ditanya bagaimanakah keadaan Syamsul ketika ini Yusof memberitahu, anaknya itu masih tidak dapat menerima karyanya disabotaj.
Katanya, Syamsul juga tidak mahu diganggu sebaliknya mengambil pendekatan untuk menyendiri kerana dia amat kesal dengan peristiwa berkenaan.
“Saya mahu anak saya terus berjuang untuk menghasilkan filem-filem lebih hebat selepas ini dan berharap kejadian yang berlaku bukanlah alasan untuk dia patah semangat,” katanya. – Mstar.com.my
Kerajaan AS
HONG KONG – Dunia kini bimbang krisis penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membawa kesan ekonomi lebih meluas jika ia dibiarkan berlanjutan.
Kesan pembekuan bajet negara itu mula dirasai di seluruh dunia apabila sistem pengesanan gempa bumi global yang dibiayai AS kini ditutup.
Pembekuan bajet itu turut menyebabkan saintis-saintis AS menarik diri daripada persidangan antarabangsa serta memaksa Presiden Barack Obama menangguhkan lawatan ke dua buah negara rantau Asia Tenggara.
“Walaupun impak penutupan kerajaan ini masih terhad, kesannya akan lebih buruk dan meluas jika ia dibiarkan berlanjutan selama beberapa hari atau minggu,” lapor agensi berita Xinhua merujuk kepada ekonomi AS.
Dalam pada itu, Kongres AS perlu mencapai persetujuan untuk menamatkan penutupan operasi kerajaan. Selain meningkatkan siling hutang AS melepasi angka AS$16.7 trilion dalam masa dua minggu lagi.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkan risiko negara kuasa besar itu tidak dapat membayar hutang-hutangnya.
“Jika AS mungkir membayar hutangnya, negara itu akan hilang kredibiliti di mata dunia,” kata pensyarah Pusat Kajian AS Universiti Sydney, David Smith.
“Jika dilihat begitu banyak hutang yang terkandung dalam sistem ekonomi AS, ia akan mendatang kesan buruk (di dalam dan luar negara),” tambahnya.
Dalam pada itu, ketua-ketua kewangan Eropah turut melahirkan kebimbangan penutupan kerajaan AS akan mengancam ekonomi negara itu dan ekonomi dunia.
Setakat ini, krisis di Washington itu memaksa ratusan ribu kakitangan awam bercuti tanpa gaji, muzium-muzim ditutup manakala penyelidikan saintifik turut terbantut. – AFP
Diserbu Ketika Sedang Memadu Asmara
TELUK INTAN – Seorang lelaki tempatan yang asyik memadu asmara bersama seorang wanita di sebuah hotel murah di Jalan Raja terkejut apabila diserbu sekumpulan anggota  Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, dalam satu operasi,  malam kelmarin.
Bahkan wanita berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menyertai Ops 6P Bersepadu di hotel murah tersebut.
Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang diketuai beliau turut disertai 12 anggotanya dan dua kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Teluk Intan.
Menurutnya, sebanyak enam lokasi diserbu dalam masa dua jam dan pihaknya berjaya menahan dua wanita di premis berasingan.
“Dua wanita berusia lingkungan 30-an itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di  hotel murah di sini dan salah seorang daripada mereka  dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.
“Hasil risikan dibuat mendapati, hotel murah berkenaan turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 bagi satu sesi, malahan pelanggan boleh membawa wanita tersebut ke lokasi lain namun dikenakan caj,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Khairul Anuar berkata, kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan bagi tujuan siasatan.
Katanya, JPN turut memeriksa wanita yang dikatakan mempunyai kad pengenalan namun, MyKad salah seorang daripadanya diragui.
“Dalam kes ini, JPN turut menyiasat kes tersebut bagi mengesan sindiket mengeluarkan MyKad palsu yang digunakan oleh wanita warga Indonesia tersebut.
“Wanita warga Indonesia berkenaan disiasat di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan kini  ditempatkan sementara di Depot Langkap untuk tindakan lanjut,” katanya. – Sinar Harian
Cicak
SYDNEY – Dua lelaki Jepun didakwa semalam kerana cuba menyeludup 30 ekor cicak keluar dari Australia.
Penyeludupan itu cuba dilakukan ekoran harga jualan semasa yang tinggi ditawarkan di pasaran gelap di Asia.
Pasukan Kastam dan Jabatan Perlindungan Sempadan Australia berkata, bagasi suspek yang berusia 38 dan 33 tahun itu diperiksa apabila mereka didapati kerap memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Perth di sini.
Dalam satu pemeriksaan X-ray, pegawai pemeriksa menemui 28 cicak shingleback, seekor cicak yang tidak dikenali jenisnya dan seekor cicak naga.
Seorang penyiasat kanan Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar Barat Australia, Rick Dawson memberitahu, rampasan itu bernilai lebih AS$122,000 (RM393,738).
“Kebanyakan cicak ini sangat dikehendaki di Asia. Ini kerana reptilia tersebut sangat senang dijaga, selain menarik dan eksotik,” katanya.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua lelaki tersebut boleh dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sehingga AS$159,241 (RM513,928). – AFP
Cha Cha Maembong
Pelakon remaja Cha Cha Maembong tidak mahu digelar ‘playgirl’ hanya gara-gara dia sering digosipkan dengan beberapa artis lelaki sebelum ini.
“Asalkan saya keluar dengan artis lelaki saja mesti ada gosip. Sebenarnya kami berkawan-kawan. Saya takut dilabel playgirl. Tapi sebagai artis, memang kita tak dapat elak gosip-gosip tu. Pada saya, saya buat tak layan saja. Semua artis ada cerita cinta mereka tapi gosip cinta saya tak benar”, katanya kepada Malaysian Digest.com yang turut menegaskan ketika ditemui pada sidang media telemovie khas sempena Aidiladha, Designer Didie Naik Haji bertempat di Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio Angkasapuri, semalam.
Pemilik nama sebenar Siti Aishah Maembong, 17, ini berkata demikian ketika mengulas mengenai dirinya sering dikaitkan dengan artis lelaki seperti pelakon Shah Iskandar dan terbaru penyanyi Iqwal Hafiz.
Mengenai hubungannya cintanya dengan pelakon Shah Iskandar, Cha Cha berkata dia tidak mempunyai hubungan istimewa malah sudah lama tidak berhubung dengan aktor kelahiran Singapura itu.
“Saya pernah jalani penggambaran Pengantin Lari dengan dia. Dan gosip tu timbul masa kami sedang shooting drama tu. Kadang-kadang lepas shooting tu kami keluar lepak minum beramai-ramai. Tapi sekarang ni dah habis shooting memang kami dah lama tak jumpa”, ujarnya.
Sedang Kenal Hati Budi Iqwal
Sementara itu Cha Cha mengakui dia kini berkawan rapat dengan Iqwal Hafiz sepertimana yang digembar-gemburkan di internet. Menurut adik kepada Emma Maembong ini, dia mengenali Iqwal sejak beberapa bulan lalu menerusi sahabat baiknya.

“Saya baru kenal dia dan tak sampai setahun pun kami berkawan. Baru-baru ni dia bersama ayah dan ibunya ada melawat saya di hospital sewaktu saya jalani pembedahan apendiks bulan lalu.
“Sebenarnya kawan baik saya yang kenalkan saya pada dia. Sebab dia pun sebenarnya kawan kepada kawan baik saya tu. Tapi setakat ni kami tak pernah lagi keluar berdua. Kalau keluar, kami mesti bertiga iaitu dia, saya dan kawan baik saya.
“Apa yang boleh saya katakan, kami baru nak kenal hati budi masing-masing”, katanya yang bakal muncul menerusi telemovie Designer Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1. – Malaysian Digest
GAMBAR: Doktor Bergaya 'ALA- PREDATOR' Datang Balai Buat Laporan Polis
Gempar sebelum ini mengenai ‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.
Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?
Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.
Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.
Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?
(sumber www.rilekslah.net)
predator malaysia rilekslah.net
topeng predator malaysia rilekslah.net
Mengapa JET PERIBADI Penting Kepada Perdana Menteri...
KUALA LUMPUR – Perbelanjaan yang ditanggung kerajaan ke atas pemilikan tujuh jet untuk kegunaan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk kepentingan negara dan ia tidak perlu dipersoalkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua perbelanjaan ke atas tujuh jet berkenaan adalah bagi memastikan perdana menteri tiba tepat pada masanya di sesuatu tempatdalam melaksanakan tugasnya.
“Ini ialah untuk soal yang berkait dengan kepentingan negara. Perdana Menteri harus sampai ke satu-satu tempat itu tepat pada masanya.
“Cuba bayangkan pukul 2 petang berada di Kuala Lumpur dan pukul 3 petang kena ada di Alor Setar, kemudian pukul 6 petang kena berada di Ipoh. Di sana tiada penerbangan kelas pertama dan kos lebih tinggi jika menyewa kapal terbang komersial,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.
Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, selain untuk kegunaan dalam negara, jet itu turut digunakan untuk menampung keperluan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas rasmi ke luar negara.
“Jika jet ini tidak diselenggara dengan sempurna, ia boleh membawa kepada risiko dan ini melibatkan faktor keselamatan. Jadi ia memerlukan penyelenggaraan,” katanya.
Dalam masa yang sama katanya, kos bagi menyelenggara jet yang digunakan oleh perdana menteri itu adalah ditetapkan oleh syarikat yang dilantik kerajaan.
“Kos ini bukanlah untuk kegunaan peribadi perdana menteri malah ia langsung tiada hubung kait dengan perdana menteri. Perdana Menteri hanya menggunakan salah satu daripada pesawat berkenaan,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mengadakan sidang media sebelum itu mengulas jawapan yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan menanggung kos RM86.4 juta untuk menyewa jet bagi lawatan rasmi Najib.
Beliau mempersoalkan jawapan bertulis yang dikemukakan itu menyebut jet berkenaan melibatkan kos RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk baik pulih. – Mstar.com.my
mr bean
Agen kepada Rowan Atkinson atau Mr Bean menafikan pelakon terkenal berkenaan telah memluk Islam.
Lucy yang dihubungi sebuah portal berpengkalan di Israel memberitahu, dalam pengetahuaannya, Rowan tidak memeluk Islam.
Sebelum ini, laman web Islampos melaporkan bahawa berita tersebut mula disebarkan oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang Nabi Muhammad S.A.W, “Innocence of Muslim”.
Ketika ditanya media mengenai perkara itu, Mr Bean dikatakan hanya mengangkat jarinya sahaja sebagai syarat dia sudah mengangkat dua kalimah syahadah.
Terjemahan dari artikel laman web tersebut juga mengatakan bahawa Sheikh Rashid Ghannousyi merupakan salah seorang pembimbing Mr.Bean dalam prosesnya memeluk Islam.
Penafian mengenai Mr Bean memeluk Islam dibuat hari ini oleh laman Israellycool yang menghubungi Lucy melalui email.
rowan tak peluk islam (wm)
Gambar ini telah diambil oleh jurugambar persendirian pada tahun 1920-an. Tetapi kemudian dia telah menyatakan yang seluar pendek ini tidak sesuai dan membuat satu peraturan untuk menghalang orang memakai seluar pendek.