Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Sebuah patung besar terapung telah dipamerkan di bandar Hamburg, Jerman
bermula 3 Ogos lalu. Patung yang menyerupai seorang wanita sedang mandi
itu diletakkan di Tasik Picturesque Alster. Ia telah menarik ramai
pelawat ke tasik itu bahkan ada yang sanggup menaiki bot kecil untuk
melihatnya dengan lebih dekat.
Berdasarkan laporan terkini, patung terapung tersebut ialah ciptaan
Oliver Voss, ketua akademi pengiklanan Sekolah Miami Ad. Patung yang
dikenali sebagai The Bather mempunyai
ukuran ketinggian yang mencecah 3.9m dan panjang 29.4m. Ia direkabentuk
seperti seorang wanita yang sedang berseronok mandi di tasik. Menurut
laporan lagi, patung tersebut diperbuat daripada besi keluli dan
stiforoam.
Walaupun patung The Bather berjaya menarik perhatian pelawat ke tasik itu namun terdapat juga segelintir individu yang tidak menyukainya. Salah seorang daripadanya ialah Mayor Markus Schreiber yang menyifatkan patung The Bather sebagai perosak dan pencemar kepada keindahan Tasik Picturesque Alster.
Patung perempuan terapung itu akan dipamerkan selama 10 sehari (sehingga 12 Ogos) di tasik tersebut sebelum dipindahkan.

Walaupun patung The Bather berjaya menarik perhatian pelawat ke tasik itu namun terdapat juga segelintir individu yang tidak menyukainya. Salah seorang daripadanya ialah Mayor Markus Schreiber yang menyifatkan patung The Bather sebagai perosak dan pencemar kepada keindahan Tasik Picturesque Alster.

Patung perempuan terapung itu akan dipamerkan selama 10 sehari (sehingga 12 Ogos) di tasik tersebut sebelum dipindahkan.



Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua”. “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,”
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar tiga. Tahniah!”“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat”kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak mendugakejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga
dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”...
[Wow] - Lawak Bah
Kita biasa mendengar atau terbaca kisah manusia termakan atau tertelan labah-labah ketika tidur.
Namun, lain pula kisah di China, apabila seekor labah-labah didapati 'menghuni' di dalam telinga seorang wanita selama lima hari.
Labah-labah itu dipercayai masuk ke dalam telinga wanita itu ketika dia sedang tidur.
Wanita tersebut yang enggan dikenali menemui doktor Liu Sheng di Hospital Pusat Changsha selepas mengadu sakit gatal di dalam telinganya.
Pemeriksaan Sheng mendapati, seekor labah-labah bersembunyi di dalam lubang telinga wanita itu.
Sheng berkata, wanita itu bernasib baik kerana dia tidak cuba menggaru telinganya yang boleh menyebabkan labah-labah itu menggigit atau masuk lebih jauh lagi ke dalam lubang telinganya.
Sheng berkata, pada mulanya dia dan pasukan perubatan merancang untuk mengeluarkan serangga berbisa itu menggunakan penyepit kecil, namun mereka membatalkan hasrat itu kerana khuatir labah-labah terbabit akan menyengat pesakit.
Sebaliknya, Sheng memasukkan air garam ke dalam telinga wanita itu dan menunggu labah-labah tersebut keluar dengan sendirinya. "Dia bernasib baik kerana tiada telur labah-labah ditemui di dalam telinganya," kata Sheng.
Namun, lain pula kisah di China, apabila seekor labah-labah didapati 'menghuni' di dalam telinga seorang wanita selama lima hari.
Labah-labah itu dipercayai masuk ke dalam telinga wanita itu ketika dia sedang tidur.
Wanita tersebut yang enggan dikenali menemui doktor Liu Sheng di Hospital Pusat Changsha selepas mengadu sakit gatal di dalam telinganya.
Pemeriksaan Sheng mendapati, seekor labah-labah bersembunyi di dalam lubang telinga wanita itu.
Sheng berkata, wanita itu bernasib baik kerana dia tidak cuba menggaru telinganya yang boleh menyebabkan labah-labah itu menggigit atau masuk lebih jauh lagi ke dalam lubang telinganya.
Sheng berkata, pada mulanya dia dan pasukan perubatan merancang untuk mengeluarkan serangga berbisa itu menggunakan penyepit kecil, namun mereka membatalkan hasrat itu kerana khuatir labah-labah terbabit akan menyengat pesakit.
Sebaliknya, Sheng memasukkan air garam ke dalam telinga wanita itu dan menunggu labah-labah tersebut keluar dengan sendirinya. "Dia bernasib baik kerana tiada telur labah-labah ditemui di dalam telinganya," kata Sheng.
Pelbagai
Belalai anak gajah disambar buaya. Kejadian ini dirakam oleh jurugambar amatur, Johan Opperman ketika mengambil gambar sekumpulan gajah meragut makanan berhampiran kawasan paya.
Dengan diawasi keluarganya, anak gajah itu menghampiri tepi lopak untuk minum. Bagaimanapun, seekor buaya tiba-tiba menerkamnya dengan harapan untuk membunuh anak gajah berkenaan dengan menggigit belalainya.
Apabila mendengar tempikan anak gajah itu, kumpulan gajah berkenaan mengusir buaya itu dengan menempik dan menghentak kaki mereka di kawasan berhampiran.




Foto Bah

Tahniah kepada pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite yang baru sahaja selamat bergelar suami isteri sah dengan sekali lafaz sekitar jam 10.40 pagi tadi di kediaman pengantin perempuan.
Di bawah ini admin sertakan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite yang dilihat berlangsung dengan cukup meriah. Kredit kepada portal rotikaya dan beautifulnara.
[Wow] - Kisah Artis
Neelofa memang boleh dikatakan antara artis tercantik
di Malaysia kerana memiliki paras muka dan bentuk badan yang menawan,
dan mempunyai ramai peminat terutamanya lelaki. Apapun jenis pakaian yang dikenakannya, Neelofa tetap kelihatan cantik dan menawan. Baru-baru ini, beliau telah menghadiri satu sesi pertunjukan fesyen kebaya dengan Neelofa
memakai baju kebaya dan skirt pendek.
Berikut adalah beberapa gambar beliau ketika berpakaian baju kebaya berpadankan skirt pendek hasil rekaan Ezuwan Ismail.
Berikut adalah beberapa gambar beliau ketika berpakaian baju kebaya berpadankan skirt pendek hasil rekaan Ezuwan Ismail.





Hiburan
Keunikkan kepompong yang dikatakan merupakan spesis baru telah membuka mata pakar alam sekitar. Ini kerana kepompong ini membina satu tiang tengah serta pagar untuk menghalang serangga untuk mengganggu kehidupan mereka.



[Wow] - Biar Betul
Inilah wanita yang telah menjalani pembedahan untuk mengecilkan payudaranya bersaiz 34J kerana bosan diraba oleh lelaki dan wanita nakal. Wanita ini dikenali Gemma Westmoreland berusia 26 tahun, setinggi 1.5m dan berasal dari Barnsley, Britain.
Ramai mahu meraba payudara wanita ini kerana menyangka ianya tidak asli. Westmoreland telah menjalani pembedahan di sebuah hospital kerajaan beberapa bulan lalu. Pembedahan berkenaan mengambil masa tiga jam untuk disiapkan. Kini saiz payudaranya hanya separuh daripada saiz asalnya.
Perhatikan perbandingan saiz payudara wanita ini sebelum dan selepas pembedahan dalam gambar di bawah. Dengan saiz yang lebih kecil, lebih ringan berat keseluruhan badan yang perlu ditanggung oleh wanita ini.

Pelbagai
Subang Jaya: Seorang pekerja kedai runcit di sebuah kondominium di USJ 8, di sini, mengambil peluang mencabul seorang remaja sebaik menyedari ibu remaja itu tiada di rumah ketika menghantar tong gas ke rumahnya, Isnin lalu.
Lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia 20-an terbabit difahamkan sudah bekerja di kedai runcit kondominium itu sejak beberapa bulan lalu.
Ibu gadis berusia 13 tahun terbabit yang mahu dikenali Wong, 40, berkata dia mengetahui perbuatan jijik lelaki itu apabila anaknya menghubungi sebelum dia meminta bantuan jiran ke rumahnya di tingkat tiga.
“Ketika kejadian, saya sedang bekerja dan anak perempuan saya menghubungi memberitahu kehadiran lelaki itu. Saya memberitahunya memang ada menempah gas dua hari lalu (sebelum kejadian),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, anak perempuannya kemudian membuka pintu dan membenarkan lelaki terbabit masuk ke bahagian dapur untuk meletakkan tong gas berkenaan.
“Namun, mengejutkan apabila lelaki itu secara tiba-tiba bertindak membuka seluar dan mengeluarkan kemaluannya. Lelaki berkenaan turut memegang dan meraba keseluruhan badan anak saya.
“Anak saya yang terkejut dengan tindakan itu berjaya melepaskan diri dan berlari ke bahagian dapur lalu menghubungi saya,” katanya.
Wong berkata, dia segera menghubungi jiran meminta bantuan sebaik panik mengetahui insiden menimpa anak gadisnya itu.
Katanya, lelaki berkenaan kemudian bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran jirannya.
Berikutan itu, Wong membawa anak gadisnya itu membuat laporan di Balai Polis USJ 8.
Difahamkan, lelaki itu kini sudah menghilangkan diri selepas kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
[Wow] - Berita Tempatan
Rome: Seorang pelari jarak jauh Itali berdepan tindakan disiplin kerana didakwa menggunakan kemaluan palsu untuk melepasi ujian dadah.
Devis Licciardi, 27, dikatakan menggunakan kemaluan palsu mengandungi air kencing yang tidak tercemar sebagai sampel untuk ujian sebelum perlumbaan 10 kilometer.
Dakwaan itu menggambarkan babak lucu daripada filem Withnail and I apabila karakter dalam filem berkenaan cuba mengelak ditahan akibat memandu dalam keadaan mabuk dengan menyerahkan air kencing kanak-kanak ketika ujian dilakukan.
Licciardi yang juga atlit bagi pasukan tentera udara Itali disyaki oleh marsyal perlumbaan menggunakan kemaluan palsu.
Pihak berkuasa Jawatankuasa Olimpik negara itu segera dimaklumkan mengenai perkara itu dan dia dijangka berdepan sesi disiplin di Rome esok (hari ini) dan mungkin dilarang menyertai perlumbaan dalam tempoh lama. Licciardi disyaki menggunakan alat bergelar Whizzinator itu yang banyak dijual di Internet. Diiklankan sebagai “alat air kencing sintetik yang selamat untuk semua jenis keseronokan”, ia dijual pada harga £87 (RM449) lengkap dengan elemen pemanasan dan satu beg air kencing tidak tercemar bagi membantu orang ramai melepasi ujian dadah.
Produk sensitif itu datang dalam pelbagai jenis untuk pelanggan berbilang bangsa, termasuk orang kulit putih, Latino dan orang kulit hitam. - Agensi
Produk sensitif itu datang dalam pelbagai jenis untuk pelanggan berbilang bangsa, termasuk orang kulit putih, Latino dan orang kulit hitam. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.
Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.
Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.
Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas. Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.
Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.
Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.
Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. - Agensi
[Wow] - Kisah Hidup
New York: Ketika gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple Inc berbangga dengan pelancaran telefon pintar terbarunya, penggunanya bagaimanapun dijangka berdepan kekecewaan apabila mengetahui kekurangan ketara model itu yang lebih mudah rosak berbanding model yang dilancarkan tahun lalu.
SquareTrade, penyedia pelan perlindungan bagi gajet, menjalankan ujian lima telefon pintar popular, termasuk model terbaru iPhone bagi melihat sama ada ia mampu menahan jatuhan, hentakan dan ujian kemalangan gajet biasa yang dialami pengguna.
Hasilnya, model baru iPhone tidak memiliki ketahanan seperti model iPhone 5 yang dilancarkan tahun lalu.
Bagaimanapun, model paling teruk prestasi ketahanannya adalah Samsung Galaxy S4, yang gagal berfungsi selepas direndam dalam air dan dijatuhkan pada ketinggian 1.5 meter, berdasarkan syarikat yang berpusat di San Francisco itu.
Telefon yang memiliki ketahanan terbaik bagi ujian SquareTrade itu adalah Moto X yang dikeluarkan oleh Google Inc.
Moto X adalah telefon pertama yang dibangunkan selepas gergasi carian internet itu mengambilalih Motorola.
Ia diperkenalkan pada Ogos lalu dan Moto X juga telefon pintar pertama yang dikilangkan di AS. - Agensi
[wow] - Teknologi
Subscribe to:
Posts (Atom)











Recent Comments