Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi





Admin ingin berkongsi sedikit beberapa fakta pelik tentang Negeri Sabah yang pasti mengejutkan korang semua. Jom baca enam fakta pelik untuk Sabah :
  1. Sabah pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia 
  2. Sabah pengeluar utama sawit di Malaysia
  3.  Sabah pengeluar utama getah di Malaysia  
  4. Sabah pengeluar utama koko di Malaysia 
  5. Sabah adalah antara tarikan utama pelancong ke Malaysia. 
  6. Sabah adalah penyumbang hasil cukai kedua terbanyak di Malaysia







Sabah dikatakan pelik kerana untuk semua kekayaan di atas, 40% org miskin di Malaysia adalah dari Sabah. Bukan setakat itu, malah Sabah memiliki kemudahan infrastruktur paling teruk d Malaysia.

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
JOHOR BARU: Legoland Malaysia, yang pembukaan taman tema airnya dijadualkan bulan depan dan hotel 249 biliknya pada 2014, bakal menjadi destinasi resort keluarga utama di Asia.

Pengurus Besarnya, Siegfried Boerst, berkata dengan gabungan taman tema dan hotel, resort Legoland pertama di Asia itu mahu pelawat meluangkan lebih banyak masa di dalam.
Taman tema berharga RM720 juta dengan 40 permainan interaktif, pertunjukan dan tarikan itu, merayakan ulang tahun pertamanya Ahad lalu.

Boerst berkata tahun ini merupakan tahun yang amat berjaya memandangkan bilangan pelawatnya melebihi sejuta yang dijangkakannya.

"Ini merupakan kejayaan besar," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.

Siegfried Boerst
Beliau berkata dengan taman air dan hotel yang akan dibuka, Legoland mahu memasarkan resort itu sebagai destinasi keluarga utama di Asia Tengara.

"Kami mahu orang datang ke mari dan meluangkan masa selama dua hingga tiga hari untuk mengunjungi destinasi-destinasi lain yang berhampiran. Kami mahu menjadikannya menarik bagi pelawat dari China, India, Australia untuk berada beberapa lama di Malaysia," katanya.
Kata Boerst, Legoland Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia dan agensi-agensi lain untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Mengenai Hotel Legoland, yang dijangka dibuka pada Disember bagi musim cuti di Malaysia dan Singapura, beliau berkata, kesemua 249 bilik keluarga mempunyai tema Legoland yang berbeza-beza.

"Kami ingin memperluas pengalaman Legoland ke bilik-bilik," katanya sambil menambah bahawa pihaknya sedang berusaha keras dengan kontraktor dan rakan kongsi mereka untuk memastikan hotel itu mula menerima tetamu dalam tempoh percutian Disember. - BERNAMA
Tong dan isterinya Chan Pei Fun, 35, memberikan kata-kata semangat kepada Chi Sheuan yang bekerja di gerai mee supnya di Butterworth.
 
BUTTERWORTH: Remaja lelaki ini baru berusia 13 tahun namun dia terpaksa bekerja sebagai penjual mee sup bagi membantu menyara keluarganya.
Budak lelaki ini pernah dipanggil ‘bodoh’ gara-gara tidak gagal menggapai impian bergelar seorang doktor.

Hari ini, selepas tujuh tahun Chin Chi Sheuan bekerja di gerai menjual mee milik Tong Kok Hwa di Chai Leng Park dia bakal terbang ke Taiwan untuk menyambung pengajiannya di Universiti Perubatan Chung Shan, Taiwan bagi memenuhi impiannya selama ini.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk Chi Sheuan yang terpaksa melalui pelbagai rintangan termasuk kehilangan datuknya, membahagikan masa di sekolah dan bekerja di gerai, melayan pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam serta menyimpan duit bagi membiayai pengajiannya dalam kursus perubatan.

Tong, 41, sangat bersimpati dengan budak lelaki yang dianggap seperti anaknya sendiri.
Justeru, peniaga gerai itu memulakan kutipan derma dengan setiap ringgit yang dikutip daripada pelanggannya pada 15 September ini akan diberikan kepada Chi Sheuan bagi merealisasikan impiannya bergelar seorang doktor.

Seorang pelanggan yang sangat prihatin dengan kepayahan yang ditanggung oleh budak lelaki itu menderma RM18,000 bagi sepinggan mee.

Akhirnya, Tong berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,000 untuk Chi Sheuan.
Nyata Chi Sheuan, tersentuh dengan sikap dermawan yang ditunjukkan oleh pelanggan di gerai mee Tong, menyifatkannya sebagai satu keajaiban.

“Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan, betapa gembiranya saya dengan semua ini.”
Tong berkata kali pertama dia bertemu dengan Chi Sheuan, dia mahu berhenti sekolah dan menjual mee di gerai.

“Saya kata padanya, jika kamu mahu kamu boleh bekerja dengan saya, tetapi kamu perlu teruskan belajar dan jangan berhenti sekolah,” kata Tong.

Chi Sheuan, kembali mengingati memori beberapa tahun lalu apabila seorang pelanggan menggelarnya ‘bodoh’ hanya kerana dia tidak sengaja menumpahkan semangkuk mee sup ke atas badan pelanggannya.

“Ia sangat menyakitkan namun ia menjadi kekuatan kepada saya untuk belajar bersungguh demi mengejar cita-cita untuk bergelar seorang doktor.

“Dalam erti kata lain, hinaan yang dilemparkan kepada saya menjadi perangsang untuk saya berusha dengan bersungguh-sungguh,” katanya yang kehilangan datuknya kerana penyakit kanser menguatkan lagi keazamannya untuk menjadi seorang doktor.

Chi Sheuan berkata dia seirng ketinggalan dalam semua mata pelajaran dan bukan mudah untuknya kembali mengejar kembali pelajarannya yang tertinggal.

“Saya perlu mendisiplinkan diri saya sendiri dan membahagikan masa antara belajar dan bekerja di gerai menjual mee.

“Kerja keras saya terbayar apabila saya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 dalam peperiksaan STPM dan saya ditawarkan tempat di universiti,” katanya. mSTar
Darren. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL / THE STAR
 
PUTRAJAYA: Peserta dari Pulau Pinang, Darren terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang yang berlangsung pada malam Sabtu di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya di sini.
Pengumuman itu dibuat oleh Faizal Tahir.

Darren atau nama sebenarnya Chin Teik Meng, 21, yang menyampaikan lagu nyanyian asal Datuk M.Nasir berjudul Mentera Semerah Padi mendapat undian terendah sebanyak empat peratus (%).

"Terima kasih kerana mengundi saya sebelum ini Kegagalan ini bukan bermaksud saya perlu berputus asa dengan cita-cita saya sebagai penyanyi.

"Walaupun perjuangan sampai di sini kita akan jumpa lagi selepas ini," katanya pada sidang media selepas siaran langsung konsert berkenaan.


Dalam pada itu, sepuluh lagi peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Nur Nabila Razali (Nabila), 21, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dan Nadia Amira Othman, 20.

Manakala turut mara adalah Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dan Mohd Faizul Sani, 28 dan peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa).

Pada konsert tersebut, pihak AF 2013 membuat kejutan buat Nona membenarkannya pulang ke kampung halaman di Sabah selama sehari selepas mendapati ibunya sedang sakit.
Tiga pengkritik tetap terdiri daripada komposer Roslan Aziz dan Edry KRU serta pelakon Sharifah Amani.

Pada minggu kedua ini, konsert bertemakan Inspirasi 15 Ikon Malaysiadan berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.

Selain Faizal, AF 2013 turut menampilkan dua lagi tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai 'Inspirer' iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Melly Goeslow.

AF 2013 bersiaran secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya (135) dan ia dihoskan oleh Zizan Razak. mStar
Pelacur 

Singapura – Seorang remaja keciciran sekolah berusia 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Jane bangga menjadi pelacur kerana dia tidak perlu lagi meminta wang daripada ibu bapanya.

Bagi Jane tidak salah untuk mengiklankan tubuhnya kerana mahu memperoleh wang tunai untuk berparti.

Jane berkata, dia membelanjakan SGD$200 (RM505) setiap kali keluar berparti. “Saya bukan yang pertama melakukannya. Seorang daripada rakan saya memberitahu laman sembang tempat yang tepat untuk mencari pelanggan,” katanya.

Ibu bapa Jane yang berusia 40-an bekerja sebagai tukang cuci dan tinggal di flet tiga bilik tidak tahu-menahu mengenai kegiatan anak mereka.

Menggelar dirinya sebagai “girl17fl” Jane biasanya melayari Internet, kebanyakan di laman sembang Alamak untuk mencari pelanggan.

Berdasarkan undang-undang Singapura, mendapatkan khidmat seks dengan membayar remaja bawah umur adalah satu kesalahan. Walaupun maklum dengan perkara itu, dia tidak menghiraukannya.

Jane hanya mahu mendapatkan wang untuk berparti dan membeli alkohol.
“Orang lelaki sukakan perempuan muda dan ramai daripada mereka tidak membantah apabila saya beritahu mereka umur saya. Saya lakukannya semata-mata untuk wang.

“Kami bertemu di laman sembang sebelum bersua muka, berbual dan kemudian melakukan seks. Selepas itu, masing-masing melupakan apa yang berlaku,” katanya. Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan bertemu Jane pada 2 September lalu di kawasan kejiranan MacPherson.

Apabila diberitahu “pelanggannya” adalah wartawan, Jane bersetuju untuk mendedahkan semua kegiatannya dengan syarat nama sebenarnya tidak didedahkan.

Zoo

Munster – Seorang pekerja zoo mati dibaham seekor harimau di depan pengunjung selepas dia terlupa mengunci pintu kandang ketika waktu makan.

Pekerja berpengalaman berusia 56 tahun itu sedang meletakkan makanan di luar kawasan kandang harimau Siberia itu di Zoo Munster, Jerman apabila dia diserang dari belakang.
Haiwan berkenaan menggigit leher pekerja itu yang hanya dikenali sebagai Martin H, menyebabkan dia mati serta-merta.

Ia tugas seharian yang dilakukannya apabila kejadian ngeri itu berlaku di depan pengunjung. Kejadian berpunca daripada kesilapannya kerana tidak mengunci pintu dalam kandang yang memnyebabkan harimau itu boleh menyerangnya.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa untuk menentukan punca kejadian.
Bagaimanapun, teori paling kuat ialah ia berpunca daripada kesilapan manusia.
MAYAT pekerja zoo berkenaan ditutup dengan kain putih. Gambar kecil, harimau yang membaham Martin.

Mei lalu, seorang wanita Britain dibaham seekor harimau di kawasan pekerja dalam kandang haiwan berkenaan.

Kejadian itu menysuli satu kejadian sebelum ini yang menya Sarah McClay, 24, mati selepas diserang harimau Sumatera di Taman Haiwan Liar South Lake di Cumbria. – AFP
Pelakon cantik dan seksi, Neelofa memang antara personaliti yang banyak diberi perhatian media dan majalah hiburan. Buktinya, baru-baru ini Neelofa telah ditawarkan untuk mengikuti sesi penggambaran bagi majalah Intrend. Jom layan beberapa gambar super seksi Neelofa yang pastinya menggamit naluri hati seorang lelaki. Memang cun dan cantik.







Inilah anak kecil yang paling cantik di dunia. Memang budak ini comel, cute sangat dan putih melepak. Malangnya asal-usul budak ini tidak diketahui setakat ini seperti nama ayah dan mak.



 
 
Sumber: Here
Seorang budak kecil yang diberikan nama Akshat Saxena disahkan memiliki 7 jari di setiap tangan dan 10 jari di kakinya. Amrita Saxena ialah ibu kepada budak ini dan berasal daripada India. 

Kejadian pelik ini berlaku tahun lepas dan telah dianugerahkan Guinness World Record sebagai manusia yang mempunyai jari paling banyak di dunia.









Banyak perkara pelik yang berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataannya.

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA
ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.

FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

Sumber : gempak.org

Rupanya pelakon seksi Anzalna Nasir mempunyai seorang adik perempuan yang amat cantik dan sosial. Dikenali dengan nama Mia Nazir, beberapa keping gambar si gadis jelita itu telah tersebar secara meluas di laman maya termasuk gambar-gambarnya berpeluk dan berkepit dengan teman lelaki.

Untuk pengetahuan, Mia Umur pernah berlakon dalam drama Cik Paris Diva Kampung dan juga dikritik hebat peminat Anzalna Nasir kerana memuatnaik gambar-gambar dirinya yang sosial di laman maya.