Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SHIRLEY, New York (AS) – Seorang pegawai
kawalan haiwan menyimpan beratus-ratus ekor ular termasuk dua ular sawa
Burma sepanjang 1.8 meter di rumahnya yang dijadikan premis perniagaan
haiwan secara haram, kata pihak berkuasa kelmarin.
Beberapa pegawai berkata, terdapat 850
ekor ular bernilai AS$500,000 (RM1.6 juta) di dalam garaj di kediaman
Richard Parrinello di sini termasuk dua ular sawa Burma berkenaan.
Ular sawa Burma diharam dipelihara oleh orang perseorangan di negeri New York.
“Terdapat sebab mengapa ular sawa Burma
diharamkan,” kata Ketua Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA)
Daerah Suffolk, Roy Gross.
Menurutnya, reptilia itu pernah membunuh
manusia seperti yang berlaku kepada dua kanak-kanak lelaki di New
Brusswick, Kanada pada bulan lalu.
“Mereka dibunuh ular sawa batu Afrika semasa sedang tidur pada bulan lalu,” katanya.
“Ular sawa Burma lebih merbahaya kerana ia boleh membesar sehingga sepanjang 9 meter,” tambah Gross.
Jurucakap bandar Brookhaven, Jack
Krieger berkata, Parrinello bekerja secara tidak tetap sebagai pegawai
kawalan haiwan di bandar berkenaan sejak 1988.
Pihak berkuasa menemui ular-ular itu
semasa melakukan siasatan sama ada Parrinello bekerja ketika bercuti
panjang atas sebab kurang upaya fizikal.
Pihak berkuasa mendapati Parrinello
mempunyai hidupan liar bernilai AS$500,000 termasuk ular, kura-kura dan
telur kura-kura di garajnya selepas seminggu intipan dilakukan.
Parrinello menghadapi beberapa tuduhan memiliki ular secara haram dan menjalankan perniagaan di rumah tanpa permit.
Semua haiwan tersebut turut dirampas. – AP
[Wow] - Berita Dunia
Sao Paolo – Seorang usahawan kaya raya
“Count Scarpa” menanam hartanya yang paling hebat iaitu sebuah kereta
Bentley berharga £310,000 (RM1.5 juta) untuk memudahkan urusannya
selepas dia mati kelak.
Dalam pengumuman di laman Facebooknya,
lelaki berusia 62 tahun itu mengisytiharkan dia bercadang untuk meniru
perbuatan Firaun dengan membawa bersama kekayaannya apabila mati kelak.
Esok (hari ini), dia akan menanam kereta
Bentley Continental barunya bagi memastikan dia selesa dalam
perjalanannya selepas mati.
Upacara itu dijadual berlangsung jam 11 pagi.
Dalam foto di rangkaian sosialnya, Count
Scarpa dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam itu, model
terbaru di pasaran dengan seekor burung kakak tua di lengannya dan
menulis: “Saya mengisytiharkan untuk meniru perbuatan Firaun; minggu ini
saya akan menanam kereta kegemaran saya, Bentley ini di taman dekat
rumah saya! Tanam harta berhampiran istana saya!”
Count Scarpa berkata, dia menggali kubur
itu dekat taman di belakang rumah agamnya di Jardins, satu daripada
kawasan kejiranan golongan mewah di Sao Paolo.
Pada Selasa, dalam satu lagi foto, dia
yang memakai tali leher merah jambu dan memegang penyodok berdiri di
depan lubang yang dalam dengan kereta Bentley berkilat miliknya
diletakkan di belakangnya.
Dia menulis: “Kepada mereka yang meragui
saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam
Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.”
Ahli perniagaan itu yang mempunyai
ijazah dalam bidang ekonomi dan juga jurulatih tali pinggang hitam serta
pemilik Institut Aikido Maruyama, akademi seni pertahanan diri Jepun
menjelaskan yang keputusannya untuk menanam harta bagi kemudahan selepas
mati dibuat selepas menonton program Mesir purba minggu lalu.
“Saya menonton dokumentari mengenai
Firaun yang sangat menarik. Mereka menanam semua harta untuk memperoleh
kehidupan selesa selepas mati,” katanya.
Pada hari berikutannya, keputusan Count
Scarpa untuk menanam kereta Bentley menerima lebih 5,680 like dan
dikongsi lebih 6,000 orang. – AFP
[Wow] - Macam macam
Suatu ketika dahulu, hubungan cinta terlarang seperti homoseksual dianggap tabu dalam masyarakat kita.
Pendek kata, memang berani matilah jika
ada pasangan gay atau lesbian yang mengaku secara terang-terangan
mengenai hubungan mereka.
Namun sekarang tidak lagi apabila ada di
kalangan mereka yang sudah semakin berani mencanang hubungan jijik itu
seperti yang dilakukan pasangan gay, Qied Nazz dan Syakie Syah.
Video ‘keindahan alam percintaan’
kedua-duanya dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk “Qied Nazz
& Syakie Syah – “GAY”licious Yang Terindah Is Love”.
Pasangan ini juga menggunakan panggilan ‘hubby’ dan ‘daddy’ berdasarkan minit ke 0:39.
Tidak diketahui sama ada video itu
dimuat naik sendiri oleh pasangan tersebut atau pihak lain, namun kami
percaya video itu dibuat sendiri oleh mereka.
Ini dibuktikan melalui sebaris ayat pada
minit terakhir video tersebut iaitu, “Thank’s to whacting present video
from us ; Syakie Syah & Qied Nazz”.
Abaikan kesilapan ejaan kerana itulah yang mereka sampaikan melalui video yang sangat ‘romantis’ ini.
Penulis percaya, sokongan daripada ramai pihaklah yang menjadikan gejala songsang ini semakin berleluasa.
Jika diperhatikan di laman sosial, siap
ada komen-komen yang mendoakan kebahagian pasangan homoseksual kerana
merasakan ia merupakan hak mereka.
Hak bercinta, hak kami katanya. Hai, nampaknya semakin hebat teknologi, semakin cetek akal dan fikiran sesetengah manusia.
[Wow] - Video
PETALING JAYA – Wanita yang memakai baju kurung berisiko menjadi mangsa rogol.
Pegawai Perhubungan Awam AMANITA PDRM, Inspektor Q Sheila berkata,
berdasarkan trend kes rogol terkini, kebanyakan mangsa yang memakai baju
kurung mudah menjadi mangsa disebabkan pakaian itu.Menurutnya, pakaian
itu juga boleh dijadikan peralatan untuk memudahkan suspek melakukan
perbuatan terkutuk itu.
“Saya tidak cakap tidak boleh pakai baju kurung, tetapi wanita harus
berhati-hati kerana pelaku ini berada di mana sahaja. Jadi sebagai
wanita tidak seharusnya kita memberi peluang kepada mereka,” katanya
ketika memberi ceramah pada Kempen Pencegahan Jenayah & Keganasan
Terhadap Wanita dengan kerjasama KRT Taman gasing Indah, di Dewan Sivik
MBPJ, semalam.
Menurutnya, aksesori lain yang sering dipakai oleh wanita pada tubuh
badan tanpa disedari juga berisiko menjadi senjata kepada penjenayah.
“Klip rambut, beg tangan, kerongsang boleh digunakan penjenayah
sebagai senjata kerana ada kes barang ini digunakan untuk mencederakan
mangsa. Jadi kena kurangkan pemakaian aksesori pada tubuh,” katanya.
Selain itu, wanita juga perlu bijak sekiranya berada berseorangan terutama di dalam lif dan kawasan tempat letak kereta.
“Berdiri dalam posisi yang rapat dengan dinding lif juga membantu
agar penjenayah tidak boleh mengambil kesempatan, begitu juga ketika
meletakkan kenderaan di parkir yang sunyi, sentiasa memerhatikan keadaan
sekeliling sebelum masuk dan keluar dari kenderaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar wanita mempunyai peralatan bagi menangkis serangan penjenayah.
“Peralatan ini banyak di pasaran, boleh beli mana yang sesuai dan
lazimnya pilihlah peralatan yang mudah dibawa dan digunakan,” katanya.
(Petikan: Sinar Harian Online)
[Wow] - Berita Tempatan
Setelah beberapa tahun berlawan dengan president mereka yang kejam Bashar kini hampir 70% syria sudah dimiliki oleh pasukan tentera FSA dan juga banyak lagi kumpulan rakyat syiria yang bangkit. Berikut adalah beberapa gambar bom dan juga senjata api yang dibuat sendiri oleh pejuang-pejuang ini moga kemenangan bersama mereka.
Cool
Punca sebenar kepada seorang ibu dari china ini ingin membuang anaknya dari tingkat 14 tidak diketahui mengikut sumber ibu ini sudah tidak tahan dengan sikap anaknya terlalu nakal sehingga membuatnya tidak tahan sehingga lah ibu ini hilang sabar dan mengambil keputusan untuk mencampakan anaknya sendiri . Walau bagaimana pun niat untuk mencapak anaknya terbatal kerana tidakan gilanya disedari oleh jiran dan telah slow talk dengannya dan budak itu selamat.
Pelbagai
Inilah Koleksi Foto Artis Panas Indonesia Era 80-an Sampai Sekarang. Memang tiada bezanya pun, dulu dan sekarang tetap seksi dan bukan menjadi satu isu besar. Tak macam Malaysia, Artis era 80-an yang seksi dilupakan tapi artis era sekarang, seksi sikit dah heboh satu Malaysia.
Ayu Azhari
Meriam Bellina
Malfin Syahna
Kiki Fatmala
Febby LAwrance
Sally Marcellina
RAhma Azhari
Berikutnya Artis Panas Masa Kini
Nikita Mirzani
Cynthiara Alona
Five-V
Yeyen Lidya
Dewi Persik
Sakit Mata
Ibu saudara kepada bintang Hollywood Justin Timberlake dilaporkan telah ditangkap mencuri wang berjumlah USD64,000 (RM202,581) daripada kediaman kedua ibu bapa penyanyi popular itu.
Jane Harless, 53, telah ditahan di Shelby County, Tennessee selepas polis menemui bukti dia telah memalsukan 100 cek untuk dirinya sendiri.
Menurut laporan rasmi, difahamkan Jane menulis cek untuk dirinya sendiri dan meniru tandatangan abangnya, Paul iaitu bapa kepada Justin sejak 2011 sehingga kini.
Kegiatannya terbongkar selepas polis berjaya menemui bukti yang mensabitkan dirinya dengan kesalahan tersebut.
[Wow] - Selebriti
Biasanya,
minggu-mingu akhir sebelum melahirkan anak dimanfaatkan sepenuhnya oleh
ibu mengandung untuk berehat selain menjauhkan diri daripada melakukan
aktiviti berat.
Namun,
berbeza dengan Lea-Ann Ellison, 35, yang dijangka akan melahirkan anak
sekitar dua minggu lagi apabila beliau melakukan senaman angkat berat
pada fasa akhir itu.
Wanita yang berasal dari Los Angeles itu berkata, beliau percaya bahawa mengandung bukanlah satu penyakit.
Memetik
laporan Mirror, rutin senaman yang biasa dilakukan oleh Lea-Ann
berasaskan program latihan yang dijalankan oleh akademi polis, unit khas
tentera, pakar seni mempertahankan diri dan atlet profesional.
Gambar
yang telah dimuat naik oleh wanita itu di laman Facebook mengundang
pelbagai komen dan persoalan mengenai bahaya senaman berkenaan untuk
wanita mengandung.
Komen daripada Evan Kennedy: “Ini merupakan cara terbaik untuk kehilangan bayi anda”.
Pada masa
yang sama, tindakan Lea-Ann mendapat sokongan dari Charlotte Schwartz:
“Anda boleh lakukan apa sahaja semasa mengandung kecuali jika doktor
mengatakan sebaliknya”.
Bagaimanapun,
wanita itu nampaknya tidak terjejas oleh kritikan negatif yang
diterima, sebaliknya membalas: Saya berterima kasih dengan semua yang
memberi respon positif! Yang membenci akan tetap membenci dan tidak
mengapa. Hidup saya bukan hidup mereka!”.
Global
Penyanyi Miley Cyrus kembali mencetuskan kekecohan apabila tampil
tidak berbaju menerusi kulit hadapan album terbarunya, Bangerz.
Cyrus hanya menutup payudaranya yang terdedah dengan lengannya selain
menyuruh peminat menentukan di antara empat pilihan gambar mana yang
sesuai dijadikan sebagai imej untuk album terbarunya itu.
Sejak akhir-akhir ini, Cyrus dilihat seperti sengaja meraih publisiti
murahan apabila berbogel menerusi muzik video lagu terbarunya berjudul
Wrecking Ball selain beraksi erotik dalam dalam sebuah majlis anugerah,
baru-baru ini.
Mungkin Cyrus perlu memikirkan sejenak mengenai imejnya yang kini
sudah tercalar teruk sejak putus tunang dengan pelakon Liam Hemsworth
yang dikatakan menjadi penyebab dirinya beraksi liar sejak akhir-akhir
ini.
[Wow] - Selebriti
PETALING JAYA – Bulan madu pasangan
pengantin baharu iaitu Black Hanafiah dan isterinya, Naquia Yasirah
Mohamad Khairi terganggu gara-gara kedua-dua mereka mengalami keracunan
makanan ketika berada di Pulau Langkawi.
Black atau nama sebenarnya Hanifah
Hanafiah, 26, berkata, mereka telah ditahan di Hospital Daerah Langkawi
pada malam Khamis selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan
keletihan.
“Alhamdulillah keracunan tersebut tidak
terlalu teruk dan kami hanya ditahan selama beberapa jam sahaja di
hospital selepas diberikan air garam untuk menyeimbangkan kembali
bendalir dalam badan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada
Jumaat.
Black dan Naquia, 28, selamat
diijabkabulkan pada 13 September lalu dalam satu majlis yang diadakan di
Zebra Square, Kampung Pandan.
Dalam perkembangan sama, Black berkata,
kejadian berlaku selepas mereka menikmati makanan laut sejurus sampai di
pulau peranginan itu pada malam Rabu lalu.
Kata Black, dia dan isterinya mula
mengalami cirit-birit pada keesokan paginya sebelum ia melarat sehingga
petang dan mengambil keputusan untuk pergi ke hospital mendapatkan
rawatan.
“Mula-mula ingatkan sakit perut biasa
sahaja tetapi ia semakin melarat sehingga ke petang sampaikan kami tidak
larat untuk ke mana-mana dan duduk di dalam bilik hotel sahaja,”
ujarnya.
Sementara itu, Black berkata, kejadian
itu tidak menggagu percutian bulan madu mereka malah mengeratkan
hubungan suami isteri yang baharu terjalin selama seminggu.
“Saat-saat begini mengeratkan kami dan
ia tidak menggagu langsung dan hari ini (Jummat) keadaan kami sudah
kembali pulih dan kami mahu bersiar-siar di pulau ini,” jelasnya.
Tambah Black, dia dan Naquia akan berada
di Pulau Langkawi sehingga Sabtu (esok) sebelum berangkat ke Korea
Selatan pada Isnin depan. – mStar Online
[Wow] - Kisah Artis
Seperti yang diketahui ramai, hubungan
rapat di antara pelakon comel Nora Danish dengan anak kepada Menteri
Pelancangon dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu Nadeem Nazri kini
bukan lagi menjadi rahsia.
Terbaru, Nadeem dilihat menemani Nora dan ahli keluarganya pulang ke kampung halaman ibu aktres itu yang terletak di Myammar.
Kepulangan Nora adalah untuk memberi
penghormatan terakhir kepada moyangnya yang telah meninggal dunia
baru-baru ini selain melawat neneknya yang menetap di sana.
Sebelum ini, Nora dan Nedim pernah
bercuti di Bali selain sentiasa menghabiskan masa bersama-sama seperti
yang diperlihatkan di laman Instagram milik Nora.
Anak-anak mereka iaitu Putra Rayqal
Ramli dan Dre Dre juga sudah semakin mesra di antara satu sama lain
disebabkan hubungan yang dijalinkan oleh ibu bapa mereka.
[Wow] - Gosip Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)



















Recent Comments