Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
“Gambar tersebut adalah untuk koleksi peribadi saya,” ujar pelakon serta pengacara cantik, Yasmin Hani Richardson ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kontroversi miliknya yang kini menjadi bualan hangat di laman-laman blog tempatan.
Gambar yang menampakkan bahagian perut Hani yang kini sedang hamil 32 minggu itu mendapat kecaman serta kritikan teruk daripada peminat, di mana rata-rata mereka mempersoalkan mengenai tindakan pelakon filem ‘Duyung’ itu yang seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat.
“Saya sedih dengan mentaliti orang kita sekarang. Kalau artis saja, semua benda salah. Gambar itu bukan untuk tatapan umum tapi sebenarnya untuk simpanan peribadi saya sendiri. Lukisan tersebut dilakukan oleh anak saudara perempuan saya di mana dia memang suka dengan kerja-kerja seni sebegini,” jelas Hani kepada GUA.
Bagi saya, dah jadi macam satu viral masyarakat kita sekarang ini asyik berfikiran negatif saja. Tak penat ke mereka ini asyik nak buka aib orang lain saja. Kalau mereka baik, hati suci murni, kenapa mereka nak sebarkan perkara ini dan aibkan saya. Mana letaknya hati suci mereka itu.
Kenapa bila saya ‘post’ perkara tentang kebajikan, tak nak pula mereka sebar-sebarkan? Saya tahu saya tak sempurna tapi saya tak pernah ceroboh privasi orang apatah lagi mengaibkan orang. Saya hormat orang lain dan saya rasa sedih sangat bila mereka buat saya begini,” luah Yasmin lagi.
“Saya harap individu yang gemar sebar aib orang ini dapat muhasabah dirinya dan berhenti mengaibkan orang. Lebih baik luangkan masa dengan buat perkara yang bagus untuk tingkatkan prestasi sendiri. Jangan asyik nak cakap pasal kisah dunia akhirat orang lain saja,” ujar isteri kepada Sha’arin Razali ini lagi.
“Tidak dinafikan suami saya terkejut dengan isu ini namun dia banyak tenangkan saya. Dia cakap jangan layan orang yang berfikiran negatif ini dan biar mereka dengan dosa mereka. Asalkan kita tak buat orang sudah. Apapun, siapa yang buka aib saya, harap mereka tahu dan sedar apa yang mereka dah buat pada wanita mengandung. Mereka dah aibkan saya dan Allah akan balas balik perbuatan mereka.”
Sebelum mengakhiri perbualan, Hani turut berkongsi yang mereka kini dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah program mengenai kehamilannya di mana ia akan diterbitkan sendiri oleh syarikat produksi milik Sha’arin iaitu Blublack Productions Sdn Bhd. – Gua.com.my
[Wow] - Kisah Artis
Ini artikel pesanan untuk orang yang suka merokok. Yang tak merokok pun boleh baca untuk disampaikan kepada rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara kita yang merokok. Ianya berkenaan kesan bahaya merokok selepas bangun dari tidur.
Jom baca petikan artikel dibawah, ianya diambil dari laman BH Online.
Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko diserang barah paru-paru, menurut kajian baru. Steven Branstetter yang merupakan profesor kesihatan biotabiat, Universiti Pennsylvania State berkata, pihaknya mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok sebaik bangun tidur.
Beliau berkata kimia NNK akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah paru-paru pada tikus selain manusia. Menurut Branstetter, penyelidikan lain menunjukkan NNK mendorong pertumbuhan tumor paru-paru pada beberapa spesies tikus. Di samping itu, paras NNAL stabil dalam perokok dari semasa ke semasa dan ukuran tunggal boleh menunjukkan dengan tepat pendedahan individu.
Branstetter dan rakannya, Joshua Muscat, yang juga profesor sains kesihatan umum, memeriksa data mengenai 1,945 perokok dewasa daripada Tinjauan Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Negara yang memberikan contoh air kencing bagi analisis NNAL. Peserta juga memberikan maklumat mengenai tabiat merokok, termasuk berapa cepat mereka merokok selepas bangun tidur.
“Paling penting, kami mendapat paras NNAL tertinggi di kalangan perokok yang merokok sebaik bangun tidur, tidak kira kekerapan merokok dan tfaktor lain yang meramalkan kepekatan NNAL.
Read more: http://www.ceritaapakah.com/2013/04/bahaya-merokok-selepas-bangun-tidur.html#ixzz2f8xamqog
[Wow] - Informasi
LONDON – Seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan sanggup
membiarkan anaknya yang berusia empat tahun mati kelaparan dan
menyembunyikan rangka berkenaan dalam rumah selama dua tahun.
Dalam tempoh dua tahun itu, dia terus memungut wang kebajikan atas nama kanak-kanak itu iaitu Hamzah Khan.
Wanita tersebut, Amanda Hutton, 43, juga membiarkan rangka Hamzah di atas katil bayi dengan anak patung beruangnya.
Kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat kekurangan makanan.
Malah bedah siasat yang dijalankan mendapati pembesarannya juga
terbantut dan dia masih memakai baju bayi berusia enam hingga sembilan
bulan ketika mayatnya ditemui.
Selepas beberapa jam Hamzah meninggal dunia, wanita tidak berhati perut itu memesan pizza.
Perkara berkenaan didedahkan dalam kes perbicaraan ke atas Amanda yang didakwa membunuh anaknya sendiri di Mahkamah Bradford.
Ketika membentangkan kesnya, pendakwaraya Paul Greaney memberitahu
mahkamah bahawa Hamzah meninggal dunia pada 15 Disember 2009 dan
mayatnya ditemui pada 21 September 2011.
Mayat itu ditemui selepas dua anggota PCSO melawat rumah mangsa di
Crofton Road, Bradford, bagi menyiasat dakwaan mengenai penemuan lampin
pakai buang di kawasan kejiranan berkenaan.
Menurut Greaney, keadaan di rumah berkenaan juga amat teruk dan dipenuhi dengan sampah sarap, najis serta lalat.
“Pendakwaan kes ini adalah mudah. Amanda Hutton gagal memberi makanan
berkhasiat kepada anaknya hingga menyebabkan budak berkenaan jatuh
sakit. Ia juga menunjukkan dia membunuh Hamzah.
“Pembesaran Hamzah telah terbantut dan dia juga meninggal dunia akibat kebuluran,’’ katanya.
Beliau juga memberitahu, Hamza sering dikurung dalam bilik oleh ibunya yang juga seorang pemabuk dan penagih dadah.
Perbicaraan kes itu bersambung.
Global
KUALA LUMPUR – Pada usia 43 tahun, penyanyi Anuar Zain mengaku
mengambil suntikan kolagen, suntikan vitamin C dan menggunakan rawatan
anti-penuaan ‘stem cells’ untuk mengekalkan ketampanan wajah yang
dimilikinya.
“Sebagai seorang penghibur, saya harus menjaga penampilan diri saya,
“akui Anuar. “Apatah lagi pada usia saya sekarang. Saya memang
mementingkan penjagaan kulit saya. Selain daripada rawatan kulit, saya
juga banyak mengambil makanan tambahan yang baik untuk kulit.”
Beliau turut bersyukur kerana dikurniakan ibubapa yang awet muda.
“Saya mewarisi faktor genetik yang baik. Ibubapa saya nampak muda
walaupun dah berusia. Kulit mereka cantik dan kurang kedut, terutama ibu
saya walaupun umurnya sudah 62 tahun.”
Anuar ditemui pada majlis sidang media eksklusif sempena Malam
Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung
Malaysia di Restoran Rebung baru-baru ini.
Namun pelantun lagu Lelaki ini yang menjadi kegilaan ramai wanita ini enggan mendedahkan kos perbelanjaan rawatan kulitnya.
“Saya tak meletakkan ‘budget’ untuk diri saya. Tapi tak lah mahal
sangat. Boleh lah ‘afford’. Masih dalam kemampuan saya kerana semua
rawatan kulit saya lakukan dalam negara.”
Tinjauan portal Red Carpet mendapati bahawa kos rawatan ‘stem
cells’ di sebuah klinik pakar kulit di Petaling Jaya adalah dalam
anggaran RM45,000 – RM70,000.
“Rawatan kulit ‘stem cells’ hanya perlu dilakukan sekali dalam tempoh
empat tahun,” kata jurucakap klinik tersebut, yang enggan namanya
disiarkan. “Tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas pemeriksaan
kesihatan yang menyeluruh.”
Sementara itu, mengenai Malam Jalinan Mesra 2013, acara amal itu
bakal diadakan pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat
Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baharu, di sini.
“Saya bakal mempersembahkan lebih kurang lima buah lagu selama 30
minit pada acara itu nanti,” ujar Anuar. “Ini merupakan pertama kali
saya bekerjasama dengan pihak jabatan tersebut dan saya bersyukur kerana
sedikit sebanyak hasil kumpulan tiket akan disalurkan ke rumah- rumah
kebajikan.”
Tiket dijual pada harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja dan boleh
ditempah menerusi talian 017-3577537 (Didi) , 016-4040001 (Imazara) atau
03-62064756 (pejabat) – newsabnxcess.com
[Wow] - Kisah Artis
Hari ni kecoh bila semua rakan Murai Batu sibuk memperkatakan
mengenai foto-foto Yasmin Hani tayang perut buntingnya setelah ianya
tersebar dengan begitu meluas di laman sesawang.
Pada mulanya Murai Batu hanya dengar sahaja mereka bercerita, tetapi
lama-kelamaan Murai Batu jadi tak senang duduk pula bila tak melihat
gambar-gambar tersebut. Jadi, Murai Batu pun mulalah mencari ia di laman
carian Google.
Terkejut juga Murai Batu bila melihat foto-foto yang tersebar itu
kerana Yasmin begitu seksi dan kelihatan seperti diahanya berseluar dan
bertiub hitam yang hanya menutupi buah dadanya sahaja. Perutnya ditayang
serta dilukis cantik seperti bentuk dedaun.
Jika dilihat memang sangat comel kerana Murai Batu memang suka lihat
wanita mengandung. Tetapi tindakannya itu ternyata silap kerana foto itu
telah dikritik dan dikecam oleh peminat terutama golongan Melayu di
beberapa ruangan laman sesawang kerana mereka merasakan caranya itu
tidak sopan dan tidak melambangkan budaya Melayu dan agama Islam.
Namun, dari apa yang Murai Batu dengar, sebenarnya foto itu merupakan
sesi fotografi untuk kehamilannya di sebuah studio. Tapi, tak tahu
bagaimana ianya boleh tersebar dengan begitu meluas sedangkan Yasmin
sendiri tidak memuat naikkan gambar-gambar itu di mana-mana laman sosial
miliknya. Biasalah, orang kita ni, kalau perkara seperti itu laju
sahaja tersebar.
(Sumber: Murai)
[Wow] - Kisah Artis
KUALA LUMPUR – Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti
terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya
yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat
untuk melakukan hubungan seks.
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan
dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah
berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang
anak.
Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor
adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai
Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.
Kahwin sementara
“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah
universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk
beberapa bulan dan kemudian bercerai.
“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.
“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.
“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah
dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,”
katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat
penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara
ini setiap tahun termasuk pelajar.
Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran
melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara
sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.
Penyebaran secara senyap
Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara
lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia
akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.
“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat
universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini
membabitkan pensyarah dan juga pelajar.
“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu
penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat
sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,”
katanya. – Berita Harian
[Wow] - Berita Tempatan
NAMPAKNYA Justin Bieber sudah mula merasakan dia tidak perlu lagi
mempertahankan hubungan cintanya dengan Selena Gomez apabila dia telah
beralih kepada wanita lain.
Menurut laporan portal Zimbio, wanita yang dimaksudkan itu merupakan
bekas kekasihnya (sebelum menjalinkan hubungan dengan Selina) bernama,
Jacque Rae Pyles.
Pasangan ini sama-sama menghadiri majlis pembukaan New York Fashion
Week minggu lalu dan Justin tampak senang duduk di samping wanita yang
pernah bercinta dengannya pada tahun 2009 itu.
Malah, sebelum muncul bersama pada acara tersebut, Justin dan Jacque
sempat menikmati makan malam bersama dan mereka juga telah pergi ke Las
Vegas bersama.
Namun sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pasangan itu mengenai hubungan berkenaan. – mStar
[Wow] - Selebriti
Gereja ini juga diberi nama sebagai 'Cave Church' di sekitar kawasan yang digelar sebagai kota sampah atau 'garbage city'. Ini kerana di sekitar gunung ini hidupnya ramai bangsa Zabbaleen yang mana pada mulanya adalah petani dan kemudian berhijrah ke Utara Kairo dan menjadi pekerja pemungut sampah.
Disebabkan Mesir adalah sebuah negara Islam, jadi bangsa Zabbaleen yang mana 90% daripada bangsanya adalah Kristian Coptic telah membina sebuah gereja di Mokattam. Gereja ini dibina pada 1975 dan di sini juga mereka berselindung daripada segala ancaman termasuk peperangan sejak dari tahun 1970 di Gaza. Terdapat beberapa gereja telah dibina di dalam gunung ini termasuk Biara St. Simon the Tanner yang mampu menampung sehingga 20,000 orang. Jadi keseluruhan gereja di Mokattam yang dipanggil 'Cave Church' ini adalah yang terbesar di Asia Barat.
Pelancongan
Di Singapura, tindakan beberapa remaja
yang bermain-main di permukaan pancuran air di Marina Bay Sands
mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka tercedera.
Memetik laporan Stomp Straits Times, sebelum kejadian itu mereka dipercayai melakukan beberapa aksi lompatan yang berbahaya.
Menurut saksi, remaja yang tercedera itu dipercayai tergelincir sebelum mukanya terhempas ke permukaan pancuran.
Usaha menyelamatkan remaja itu oleh rakan-rakannya menemui kesukaran kerana permukaan yang licin.
Akhirnya, dengan menggunakan jaket, mereka berjaya menyelamatkan remaja yang tercedera itu.
Mujurlah air pancuran itu tidak dibuka pada ketika itu, jika tidak entah apalah nasib remaja malang itu.
[Wow] - Macam macam
London – Pada April lalu, polis Britain menangkap seorang lelaki kerana kesalahan mencuri.
Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan menemui jenayah lain yang lebih mengejutkan.
Polis menahan Graham Redfearn, 41,
kerana disyaki memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri. Apabila
menggeledah rumah suspek, mereka menemui rakaman video lucah lelaki
terbabit, menunjukkan dia yang melakukan seks dengan seekor kuda,
manakala dalam satu lagi rakaman menunjukkan dia melakukan seks dengan
dua ekor anjing.
Redfearn memberitahu polis dia hanya
menjalankan “eksperimen” dengan berbaring di atas katil, manakala
selebihnya dilakukan anjing itu,” lapor akhbar Metro UK.
Menurut Shropshire Star, polis percaya
Redfearn ingin berkongsi video itu dengan orang lain. Dia mengaku
bersalah terhadap dakwaan aktiviti seksual bersama kuda dan anjing,
selain dua lagi tuduhan menghasilkan imej lucah melampau.
Redfearn turut memuat turun status di
Facebook mengatakan dia tidak sabar untuk “bekerja” dengan kuda dan
pernah mempunyai pengalaman melakukan kerja sedemikian.
Mahkamah Khamis lalu, melarang Redfearn memiliki haiwan dan dia dikenakan arahan larangan aktiviti seksual selama 10 tahun.
Menurut akhbar Mirror pula, dalam
kenyataannya kepada mahkamah di Shrewsbury, Redfearn berkata, dia
berkelakuan demikian kerana pernah didera dan diperkosa anjing German
Shepherd ketika berusia 12 tahun.
Walaupun video menunjukkan dia melakukan
seks dengan kuda, Redfearn terlepas hukuman penjara kerana tiada bukti
menunjukkan bahawa haiwan berkenaan marah atau cemas.
Ini bukan kes seksual dengan haiwan yang pertama di Britain dibicarakan.
Ogos lalu, seorang lelaki dari Wiltshire
dilarang melakukan kerja di ladang selepas mengaku melakukan seks
dengan seekor kambing. Awal minggu ini, dia dijatuhkan hukuman penjara
enam minggu. – Agensi
[Wow] - Biar Betul
London – Tragedi menimpa seorang pelajar
bijak, Chris Mapletoft , 18, yang dikatakan meninggal dunia akibat
meningitis.Namun punca kematian sebenarnya adalah kerana pengambilan pil
kurus, DNP yang dibeli secara dalam talian.
Chris yang juga pelajar Hampton School
di Barat London itu merupakan individu ke-16 yang meninggal dunia akibat
mengambil ubat tersebut.
Dia jatuh sakit ketika berada di rumahnya pada 18 Jun lalu dan meninggal dunia sehari selepas itu.
Chris sedang menunggu keputusan A-level
dan telah ditawarkan pengajian dalam bidang perniagaan di sebuah
universiti terkemuka di Britain.
Selepas ramai pelajar yang meninggal
dunia akibat pengambilan pil berkenaan, maka Agensi Standard Makanan
meminta orang ramai supaya tidak mengambil mudah mengenai pengambilan
pil kurus.
DNP kebiasaannya digunakan dalam pewarna makanan dan kini dijual secara haram untuk penggunaan manusia.
Ia telah dihasilkan di Amerika Syarikat
pada 1930-an namun diharamkan pada 1938 selepas pengguna mengalami
masalah kulit, denyutan jantung yang laju, sakit kepala, muntah,
berpeluh dan beberapa kesan lain.
Namun selepas selepas tersebar mengenai
kapsul bakar lemak, maka permintaannya semakin meningkat dan boleh
diperolehi secara dalam talian.
Polis kini menjalankan siasatan bagaimana pil itu boleh diperolehi dengan mudah.
[Wow] - Kisah Hidup
SEORANG lelaki dari Utah kelihatan normal dan tidak gemuk mahupun
obes tetapi beliau cukup meminati menu makanan segera McDonald’s iaitu
BigMac sejak tiga dekad lalu yang dikatakan menggemukkan.
Sepanjang tempoh itu, beliau sudah pun memakan kira-kira 12,000 burger Big Mac yang cukup disukainya.
Dennis Rosinlof mula memakan Big Mac sejak mula berkerja sebagai seorang jurujual 30 tahun lalu.
Dalam tempoh 20 tahun sebelum ini, beliau yang juga seorang veteran
tentera Perang Vietnam memakan 10 burger berkenaan seminggu dan padanya
masih tidak mencukupi.
Beliau makan satu pada Isnin ketika pulang dari kerja, dua pada
Selasa ketika pergi dan pulang kerja, satu Big Mac untuk sarapan pagi
pada Rabu, dua pada Khamis dan Jumaat dan dua pada hari Sabtu.
Rosinlof hanya berhenti seketika dari memakan Big Mac pada hari Ahad
kerana isterinya memasak makanan untuk sekeluarga pada hari itu.
Rosinlof menganggarkan sudah membelanjakan US$60,000 kira-kira RM195,360 untuk BigMac sejak mula memakan burger dua tingkat itu.
Sudah pasti bagi seseorang yang memakan makanan segera enam hari
seminggu pasti bersaiz besar dan gemuk tetapi tidak bagi Rosinlof yang
bentuk badannya tegap dan ideal.
Dengan ketinggian 1.82 meter, berat hanya 74.8 kg dan paras
kolesterol di bawah 200, isterinya seorang jururawat dan anaknya
sentiasa menasihati lelaki itu agar makan dengan lebih sihat.
Bagaimanapun, apabila melihat tabiat memakan Big Mac tidak
menjejaskan kesihatan lelaki itu keluarganya berhenti dari terus
menasihatinya.
Satu hidangan Big Mac mengandungi 930 kalori, jika beliau makan dua
kali sehari Dennis tidak akan melebihi jumlah kalori yang sepatutnya
diambil iaitu 2,000 kalori.
Rosinlof hanya makan Big Mac dan tidak mengambil makanan kurang berkhasiat yang lain.
“Saya sentiasa melihat untuk pergi ke McDonald’s pada setiap masa
untuk memakan Big Mac, saya menikmati setiap saat kerana burger itu
sungguh lazat dan saya dapat makan benda yang sama setiap hari,”
katanya.
Walaupun lelaki yang dikenali sebagai Utah Man itu sudah pun memakan
12,000 Big Mac tetapi rekod dunia untuk kategori itu dipegang oleh Don
Gorske yang sehingga kini telah pun memakan kira-kira 25,000 burger Big
Mac.
[Wow] - Biar Betul
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)










Recent Comments