Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Mari melihat gambar perjalanan Anguri (26) seorang wanita dari Madya Pradesh untuk melahirkan seorang bayi. Mari menitis air mata dan respect pada ibu masing2.
Laporan asal REUTERS
Laporan asal REUTERS
[Wow] - Biar Betul
Trend bangang abadi tahap maksimum 99 petala langit ini merupakan permainan terbaru masyarakat Amerika Syarikat. Permainan Dare ini merupakan permainan menyedut condom melalui hidung dan mengeluarkannya melalui mulut.
[Wow] - Macam macam

Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.
Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.
Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.
Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.
Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.
Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu
juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar
kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.
"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.
"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.
[Wow] - Motokar
“Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubungan seks..
“Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramai artis lain,” kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22.
Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam dunia lakonan, tetapi terjerat ‘permainan’ seorang pengarah lelaki berusia 38 tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual...
Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan rakan.
“Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya,” katanya.
Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan gangguan seksual apabila merabaanggota badannya.
“Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya
berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri,” katanya.
Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.
“Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks.,diraba dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000,” katanya.
Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.
“Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks.,diraba dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000,” katanya.
sumber : hmetro.com.my
[Wow] - Kisah Artis
Ini Ahli Gimnastik Tertua Dunia Pada Usia 86 Tahun. Kita yang muda-muda pun tak mampu untuk lakukan gimnastik tetapi nenek yang berusia 86 tahun ini masih mampu melakukannya. HEBAT!!
[Wow] - Kisah Hidup
Seorang wanita Taiwan yang bernama Huang Yu-yen, telah berjaya memenangi hadiah sejumlah 3,000 dolar Amerika kerana mampu menangkap 4 juta nyamuk dalam masa sebulan.
Wanita yang menetap di selatan Taiwan,tersebut merupakan satu daripada 72 peserta yang mendaftar dalam sebuah pertandingan milik Imbictus International, sebuah syarikat Taiwan yang bergerak khusus dibidang perangkap hama.
Ketika ditimbang nyamuk hasil tangkapan Huang mempunyai berat 1.5 kg lebih berat dari peserta lain. Dengan usaha luar biasanya itu, Imbictus pun mengemukakan kepadaa Guinness World Records yang berharap gar Huang diberi status sebagai penangkap nyamuk paling banyak dalam dunia.
[Wow] - Biar Betul
Seorang lelaki memutuskan untuk menebang pokok besar yang berdiri berhampiran rumahnya kerana dia tidak cukup tempat untuk meletak kereta tambahan pula pemandangan dari tingkap dilindung oleh pokok dan daun yang jatuh sentiasa perlu dibersihkan. Jirannya yang baik hati menawarkan pertolongan untuk menebang pokok itu dan inilah yang terjadi
[Wow] - Lawak Bah
Sebuah syarikat Sou Foujimoto Architects dari Tokyo telah membina sebuah rumah unik untuk pasangan yang tidak mempunyai anak. Rumah ini sangat lain dari rumah yang sedia ada kerana segalanya adalah transparent. Semua orang boleh lihat apa yang mereka lakukan dan rumah ini mempunyai keluasan sehingga 86 meter persegi.
[Wow] - Biar Betul
Biarpun zaman kegemilangan Kurt Cobain bersama Nirvana berlalu singkat selepas menembak mati dirinya pada 1994, impak yang ditinggalkannya cukup hebat.
Hingga kini, kumpulan yang diasaskan penyanyi dan pemain gitar lagenda itu masih berpengaruh dalam muzik rock dunia.
Sempena ulang tahun ke-20 band itu, Nirvana bakal melancarkan semula album ketiga mereka, In Utero dengan menyelitkan sebuah lagu baru berjudul Forgetten Tune.
Difahamkan, pada sambutan itu, mereka akan tampil dengan persembahan istimewa. Berita gembira ini diakui pemain bassnya, Krist Novoselic yang juga pengasas bersama Nirvana yang ditubuhkan di Washington pada 1987.
“Kami terjumpa semua lagu yang ditulis kira-kira 25 tahun lalu. Pada mulanya saya tidak ingat lagu ini dihasilkan. Rupa-rupanya ia digarap setahun selepas Nirvana direalisasikan,” katanya.
Dedah Krist lagi, dia memberikan tajuk Forgetten Tune secara tidak sengaja.
“Selepas bingung mencari judul sesuai, tiba-tiba terpacul di bibir ungkapan itu hingga terus dijadikan tajuk lagu,” katanya.
[Wow] - Selebriti
NEW YORK - Pengasas syarikat teknologi Microsoft, Bill Gates kekal individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) dengan nilai kekayaannya mencecah AS$72 bilion (RM234 bilion).
Jumlah itu merupakan kenaikan sebanyak AS$6 bilion (RM19 bilion) berbanding tahun lalu. Gates mengungguli senarai terbaharu 400 individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan oleh majalah Forbes kelmarin.
Menurut Forbes, gabungan kekayaan golongan paling kaya di AS mencecah AS$2 trilion (RM6.48 trilion), meningkat daripada AS$1.7 trilion (RM5.51 trilion) pada tahun 2012.
Purata nilai bersih kekayaan mereka yang berada dalam senarai tersebut adalah sebanyak AS$5 bilion (RM16.1 bilion), angka tertinggi setakat ini.
Pelabur terkenal, Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan sebanyak AS$58.5 bilion (RM190 bilion), naik $12.5 bilion (RM40.6 bilion) dari tahun lalu.
Berada di tempat ketiga ialah pengasas Oracle, Larry Ellison dengan kekayaan sebanyak AS$41 bilion (RM133 bilion).
Selain menjadi antara bilionair paling muda, pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg juga mencatat pertambahan kedua paling tinggi dengan kekayaan sebanyak AS$9.6 bilion (RM31 bilion). Zuckerberg yang baru berusia 29 tahun kini kembali berada dalam senarai 20 teratas selepas jatuh ke tangga 36 pada tahun lalu. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
HARARE, Zimbabwe - Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya.
Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini.
Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam.
"Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya," kata Whittall.
Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.
Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya.
Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
NEW YORK - Selebriti terkenal, Victoria Beckham didakwa mengamalkan sifat perkauman apabila tidak menggunakan model dari pelbagai warna kulit pada pertunjukan fesyennya baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Baju-baju rekaan bekas ahli kumpulan Spice Girl itu tampil sebanyak dua kali dalam senarai pereka-pereka fesyen yang disusun oleh model terkenal Iman dan Naomi Campbell.
Kedua-dua model berkulit hitam itu kemudian mendakwa, mereka berasa bersalah kerana tindakan Victoria yang berbaur perkauman.
Isteri kepada bekas pemain bola antarabangsa, David Beckham itu memaparkan kedua-dua koleksi Minggu Fesyen New York yang berlangsung pada minggu lalu dan hanya seorang model bukan berkulit putih memperagakan rekaannya.
Iman dan Campbell menyertai bekas model, Bethann Hardison untuk mewujudkan Gabungan Kepelbagaian yang menekankan mengenai prejudis perkauman dalam dunia fesyen.
"Tidak menerima model lain berdasarkan warna kulit mereka, jelas berada di luar kawalan estetik apabila ia diselaraskan dengan jenama pereka fesyen.
"Sama ada ia keputusan pengarah pereka, jurugaya atau pengambilan, tindakan menggunakan semua model kulit putih menunjukkan sifat yang tidak patut kepada masyarakat moden," kata Iman.
Dalam perkembangan sama, kumpulan profesional fesyen telah menghantar surat terbuka kepada majlis Minggu Fesyen untuk menyenaraikan pereka fesyen yang menampilkan seorang atau tidak langsung menggunakan model berkulit hitam, termasuklah Victoria Beckham. - Agensi
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)

































Recent Comments