Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

SETELAH beberapa bulan menghadapi masalah, akhirnya Miley Cyrus dan Liam Hemsworth mengumumkan khabar buruk bahawa mereka telah membatalkan pertunangan.
Menurut laporan portal Dailymail, jurucakap pasangan itu yang mengumumkan perkara tersebut di majalah People, Isnin lalu berkata, selepas beberapa bulan menghadapi masalah, akhirnya perpisahan dianggap sebagai jalan terbaik.
Bagaimanapun, khabar ini bukanlah berita yang mengejutkan kerana keputusan Miley yang unfollow Liam di Twitter jelas menunjukkan hubungan mereka sedang berhadapan dengan krisis.
Miley dan Liam mula menjalani hubungan cinta sejak tahun 2009, saat mereka sama-sama membintangi filem The Last Song dan pada Jun 2012, Miley mengumumkan bahawa mereka secara rasmi bertunang.
Keretakan hubungan mereka mula dihidu sebelum Liam dikatakan keluar berdua-duaan dengan Januari lalu dengan Jones. Khabarnya, kontroversi perilaku Miley di pentas MTV VMA 2013 yang berlangsung baru-baru ini menjadi puncak pertengkaran mereka. mStar

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain berasa fobia apabila melihat mana-mana individu termasuk peminat merakam foto wajahnya tanpa meminta izin kerana risau dirinya akan menjadi bahan kutukan di laman-laman sosial Internet.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, berkata, keadaan itu sering terjadi apabila ada pihak mengambil pendekatan mengutuknya selepas gambar-gambar yang dirakamkan dimuat naik menerusi laman sosial masing-masing seperti Twitter, Instagram dan Facebook.
"Memandangkan saya tidak mempunyai sebarang laman sosial, saya sering mendapat tahu daripada rakan-rakan bahawa ada beberapa individu yang tidak puas hati mengutuk saya di Twitter.
"Mereka mengambil foto saya apabila melihat saya berada di sesebuah lokasi kemudian mengutuk tanpa sebab. Sehinggakan ia buat saya berasa fobia apabila ada pihak yang mengambil foto tanpa izin saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak kisah pun jika ada yang mahu bergambar,” katanya.
Anuar ditemui pada majlis sidang media Eksklusif Bersama Anuar Zain sempena Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia di Restoran Rebung di sini, Selasa.
Tambah Anuar keadaan itu juga membuatkan dia enggan memiliki sebarang akaun laman sosial peribadi kerana ia akan menjadi perkara negatif bagi sesetengah pihak.
Malah kutukan yang dilemparkan boleh mengganggu emosinya kerana Anuar beranggapan dia tidak pernah melukai hati sesiapapun, maka pihak lain tidak ada hak untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.
"Bagaimanapun saya ada akaun Facebook iaitu ‘Anuar Zain Network’ yang diselia oleh pengurusan saya agar memudahkan untuk membuat sebarang pemberitahuan isu terbaharu mengenai kerjaya saya," ujarnya.
Sementara itu, mengenai acara Malam Jalinan Mesra 2013, ia bakal berlangsung pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baharu di sini.
Tujuan utama majlis itu bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan menerusi tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB).
"Ini merupakan pertama kali saya bekerjasama dengan pihak jabatan tersebut dan saya bersyukur kerana sedikit sebanyak hasil kumpulan tiket akan disalurkan ke rumah- rumah kebajikan.
"Saya bakal mempersembahkan lebih kurang lima buah lagu selama 30 minit pada acara itu nanti," tuturnya.
Tiket bagi majlis yang turut mendapat kerjasama Sutera Qaseh Resources itu dijual dengan dari harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja.
Ia boleh ditempah menerusi talian 017-3577537 (Didi) , 016-4040001 (Imazara) atau 03-62064756 (pejabat). mStar

KUALA LUMPUR: Pelakon Hanez Suraya menjelaskan lelaki bersamanya di dalam gambar ketika bercuti di sebuah pulau merupakan kawan lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, hubungan mereka masih baru dan kedua-duanya dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.
"Ya, buat masa ini dia adalah lelaki paling rapat dengan saya, namun masih terlalu awal untuk mengatakan kami bercinta.
"Dia merupakan kawan kepada kawan saya dan kami masih mengenali hati budi, kalau betul saya bercinta, saya akan beritahu secara umum di laman sosial," katanya kepadamStar Online, di sini, Selasa.
Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar mesranya dipeluk seorang lelaki yang tersebar di Internet baru-baru ini.
Gabar Hanez dengan pemuda ini yang tersebar menjadi kontroversi.
Jelasnya, gambar itu diambil ketika dia sedang menjalani penggambaran sebuah program sukan di Pulau Tioman, Pahang.
"Saya ada penggambaran program Sukan Ekstrem terbitan RTM di Pulau Tioman dan dia datang untuk berjumpa saya.
"Saya tidak tahu bagaimana gambar tersebut tersebar kerana bukan saya yang muat naik di laman sosial, tapi saya percaya orang-orang terdekat yang turut sama berada di sana yang melakukannya," kata Hanez
Sementara itu, bercakap tentang lelaki itu, Hanez berkata pemuda itu seorang yang menyenangkan, bertanggungjawab dan romantik.
"Bagi saya dia seorang yang bertanggung jawab dan penyayang. Mahu cakap lebih-lebih pun tak boleh kerana hubungan ni masih baru lagi, saya takut bulan depan sudah tiada apa-apa," katanya.
Tambah Hanez, dia memerlukan masa untuk mengenali lelaki berkenaandengan lebih mendalam sebelum menerimanya sebagai kekasih selepas hubungan cintanya dengan penyanyi Awi Rafael terputus.

mSTar
KUALA LUMPUR: Pelakon Ika Nabila menganggap tindakannya membalas komen pengikut laman sosial Instagram miliknya dengan cara yang kasar bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap biadab.
Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 24, berkata, dia memuat naik gambar seekor anjing yang ditujukan kepada pengikut laman sosial itu sebagai satu pengajaran agar mereka tidak mengulangi perbuatan memberi komen-komen negatif.
"Saya rasa tindakan itu tidak biadab kerana mereka yang memulakan dulu dengan menyuruh saya melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
"Mereka yang terlalu biadab bagi saya dan perbuatan itu memang seharusnya dibalas dengan tindakan kasar (memuat naik gambar anjing)," katanya kepada mStar Online.
Ika ditemui pada majlis peragaan busana ceongsam The Weld Oriental Rhapsody melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Raflessia di The Weld di sini pada Selasa.
Dia diminta mengulas tentang perbalahannya dengan pengikut Instagram miliknya yang meminta beliau memuat naik gambar bogel.
Perbalahan tercetus selepas pelakon tersebut memuat naik gambar percutiannya di Pulau Krabi, Thailand bulan lalu.
Namun begitu Ika membalas dengan memuat naik gambar anjing yang mana mencetuskan kemarahan segelintir pengikut lain.
Tambah Ika, dia kecewa dengan tindakan segelintir pengikutnya di laman sosial tersebut yang hanya ingin membuat provokasi.
Jelasnya, sebagai selebriti dia hanya ingin berkongsi gambar-gambar aktiviti bersama peminat dan pengikut sahaja.
"Pada saya, apa yang saya muat turun di laman sosial tidak melampau, saya selalu fikir dahulu sebelum memuat turun gambar di mana-mana laman sosial.
"Saya tidak pernah memuat turun gambar seksi atau berbikini serta yang boleh menimbulkan kontroversi," katanya.
Selepas Berkahwini Liyana Jasmay semakin kurang dikaitkan dengan isu-isu kontroversi liar
Mengikut temuduga yang dibuat oleh Berita Harian dengan Liyana Jasmay

“Sejak berkahwin, saya banyak berubah. Ini kerana ada orang menegur. Suami banyak beri nasihat supaya mengawal percakapan, saya ini memang jenis banyak bercakap."

“Dulu, saya tak boleh terima apa yang orang cakap pasal saya. Tetapi selepas berkahwin, saya sudah boleh menerima terutama teguran suami. Dia adalah anugerah yang sangat bermakna kerana sering menyokong saya.”





John Ozimek, 54 tahun, merupakan bekas IT Consultant dan juga bekas pelajar Oxford University. Tash, anak perempuan John Ozimek akhirnya mengakui bahawa bapanya telah bertukar jantina menjadi seorang perempuan. Walaupun dalam amsa yang sama masih memiliki seorang ibu. Hell yeah..

Beliau menjalani pembedahan transsexual dan menyuntik beberapa jenis hormon bagi membolehkan diri beliau menjadi seperti wanita sebenar. Kini Bapanya bukan lagi John Ozimek tetapi Jane Fae.






Tentera merupakan aset penting dalam pertahanan sesebuah negara yang berdaulat..Kalau tak ada diorang ni, habis laa negara tu kena ceroboh atau diserang negara lain

Kita patut bersyukur, walau pun kuasa ketenteraan negara kita tak se-hebat U.S, Singapura atau pun Jepun, kita tetap ada perajurit yang boleh menawarkan diri untuk mempertahankan negara, betul tak?? Tapi aku rasa la kan, negara yang tak ada tentera ni mesti ada keistimewaan yang tersendiri sampai tak perlu ada kuasa tentera dalam negara diorang..Kalau korang nak tahu negara apa, korang boleh layan gambar kat bawah ni..Rasa-rasa, korang pernah dengar tak nama negara tu sebelum ni?


1. Palau




Negara kecil ni mempunyai 328 buah pulau yang terletak di Lautan Pasifik. Populasi penduduk yang menetap kat negara ni dianggarkan berjumlah 20,900 orang. Negara Palau ni mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.


2. Nauru Republic.



Merupakan sebuah pulau terumbu karang yang mempunyai populasi penduduk yang dianggarkan sebanyak 14, 000 orang. Mendapat kemerdekaan pada tahun 1968.


3. Vatican




Merupakan sebuah negara yang terletak di dalam negara (dalam negara ada negara). Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.


4. Grenada




Grenada terletak di selatan-pantai timur Laut Caribbean. Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.


5. Andorra




Merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Spain dan Perancis. Mendapat perlindungan pertahanan daripada Spain, Perancis dan Nato


                

Perkara ini berlaku di china dimana seorang budak yang dilihat sedang menyiksa  seekor kucing dengan keadaan yang agak kejam.Mengikut apa yang kami lihat kucing ini telah di ikat dibahagian leher kemudiannya ditambat di pokok selain daripada itu budak yang mengikat kucing ini juga memegang tali sehingga kucing ini tergantung sememang tindakan ini sangat kejam dan tidak berperikemanusianan














GAMBAR: Usaha Cemas Menyelamatkan Kanak-Kanak Terjatuh Dalam Lubang Jamban!
SEORANG kanak-kanak berusia 20 bulan terjatuh ke dalam lubang jamban di Yanji, utara China.
Kanak-kanak lelaki itu hilang kawalan ketika cuba menggunakan jamban berkenaan.
Bomba dipanggil bagi mengeluarkan kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak memanggil nama ibunya.
Sebaik saja berjaya diselamatkan, ibunya segera membersihkan anak kesayangannya itu sebelum dia dibawa ke hospital.
Menurut doktor, kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan yang serius dan bernasib baik kerana terjatuh atas pemukaan yang ‘lembut’…
article-2418892-1BC63AB9000005DC-486_634x419
article-2418892-1BC63A93000005DC-772_634x942
article-2418892-1BC63A97000005DC-895_634x945
article-2418892-1BC63CA4000005DC-50_634x425

Gambar Bogel: Penyanyi Taiwan Jumpa Sami
SELEPAS gambar bogelnya tersebar di internet, penyanyi dan pelakon terkenal Taiwan, Angela Zhang tiba-tiba menghilangkan diri dari tumpuan media dan peminat di negaranya.
Pelbagai spekulasi mula timbul sejak itu.
Rupa-rupanya dia telah pergi ke China dan Thailand untuk mendapatkan ‘ketenangan’ dan nasihat daripada sami Budha. Dia dilaporkan mahu ‘membuang sial’ daripada agamawan di sebuah biara di negara berkenaan.

AHHS-14
AHHS-07

Pagi-Pagi Nak Ke Sekolah Dah Berasmara
INILAH antara gelagat remaja dan pelajar sekolah di Singapura yang cukup memeningkan warga republik itu.
Hampir setiap pagi, tren MRT mereka akan dipenuhi pelajar sekolah, namun ada saja gelagat-gelagat yang menyakitkan mata mereka yang memandang.
Terbaru, dua pelajar beruniform sekolah dilihat bercumbu-cumbuan di dalam koc hingga tak sedar gelagat mereka dirakamkan.
Pelajar lelaki dilihat memasukkan tangan ke dalam skirt pasangannya dan si gadis  pula terlentuk manja di dada teman lelaki ‘kesayangannya’ itu.
Mereka langsung tidak peduli melakukannya di khalayak kerana terlalu asyik dengan ‘nikmat’ dunia.
Sampai akak yang bertudung di depan mereka terpaksa menundukkan muka kerana malu dengan gelagat tak senonoh itu.
Agaknya ini saja kot cara yang boleh ‘merangsang’ kedua-dua mereka untuk pergi ke sekolah…ala-ala motivasi gitu…
Sebenarnya masalah sebegini berlaku di mana-mana saja, di Malaysia pun tak terkecuali.
Agaknya inilah harga yang perlu dibayar bila kita terlalu mengejar kemajuan….entahlah.
pda1
Pondan Ugut Pelajar Agar Meliwatnya Kalau Tak Mahu Dipukul!
NAMPAKNYA benda ni makin ‘viral’ dalam internet.
Dalam blog lamanizzs.blogspot.com terdapat satu salinan laporan polis yang dibuat seorang penuntut politeknik mengenai seorang tindakan seorang pondan yang mengugutnya dengan penukul besi, sekiranya pelajar tersebut enggan meliwatnya, wah!
Kekadang dalam zaman yang canggih ni, benda seperti report polis ni mungkin juga sengaja direka-reka atau diedit.
Tetapi pada masa yang sama, perbuatan begini juga bukan sesuatu yang mustahil..maklumlah dalam era akhir zaman ini banyak yang pelik-pelik muncul.
Kalau betullah benda ini berlaku, kesian pula kat pelajar ini kerana terpaksa menjadi pemuas nafsu pondan yang sungguh ‘brutal’ ini.
Lagi ‘perit’, pondan tersebut mengambil gambar kemaluan pelajar berkenaan, memaksanya untuk terus memuaskan nafsunya sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau diugut untuk disantau.

Mynewshub