Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Akibat kerosakan komputer pada sistem
tempahan tiket, syarikat penerbangan United Airlines (UA) akan
memberikan penerbangan percuma kepada pelanggan yang telah menempah
tiket pada harga USD0.
Menurut UA, selepas melihat kembali
kerosakan yang berlaku mereka mengambil keputusan membenarkan mereka
yang berjaya menempah tiket ketika kerosakan itu menggunakan tiket
mereka.
Bagaimanapun, UA tidak memaklumkan
berapa keping tiket telah ditempah sebelum syarikat itu menutup laman
web berkenaan ekoran kerosakan itu.
Seorang warga Chicago memberitahu NBC,
ketika menempah tiket saya lihat kos untuk penerbangan dari Chicago ke
Los Angeles dan dari Los Angeles ke Chicago adalah hanya berharga USD10.
“Ia sesuatu yang mengejutkan dan saya
mengambil keputusan untuk menempahnya segera sebelum harga tiket itu
dinaikkan,” kata Bob Stokas yang turut berjaya menempah tiket ketika
harga murah.
Syarikat penerbangan itu terpaksa
menutup pusat panggilan telefonnya selama dua jam sementara pihak
syarikat memperbaiki kerosakan pada laman web berkenaan.
[Wow] - Berita Dunia
KUANTAN – Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam
satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda
di Chendor berhampiran Cherating, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, kumpulan konvoi berkenaan
dipercayai merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikatakan
membuat pusingan-U.
Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu
hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai
gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.
Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada Pulau Pinang menuju ke
Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala
empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal. (Foto FB AdminRF)
[Wow] - Berita Tempatan

Begitu selamba dan relaks sahaja aktres jelita Hanez Suraya berpeluk sakan dengan kekasih barunya walaupun baru tiga bulan putus cinta dengan penyanyi Awi Rafael.
Dua keping gambar kurang senonoh mereka berdua di bawah kini mula tersebar di laman maya selepas portal rotikaya mendakwa menerimanya dari salah seorang peminat pelakon itu semalam.
Nyata, si wanita jelita dalam gambar berkenaan memang Hanez Suraya dan aksi tersebut dilakukan di sekitar sebuah pantai yang cantik dikatakan Pantai Pulau Tioman, Pahang.
Adakah bekas kekasih Awi Rafael itu kini sudah menemui pengganti hatinya yang sepatutnya masih terluka? Apapun, jejaka yang sedang memeluknya memang amat kacak dan cukup mencairkan hati si wanita.


[Wow] - Gosip Hiburan
Gambar Emma Maembong pelakon kau yang terindah yang cun bila pakai tudung memang maniskan emma maembong.
Disini ada beberapa gambar emma yang cun bila bertudung dan pic emma yang nampak ayu.
[Wow] - Kisah Artis
- Wow! Admin
terpaku seketika dek melihat gambar terbaru Neelofa yang amat memukau
dan menakjubkan. Dia yang terpilih menghiasi muka depan Majalah Mingguan
Pancaindera dilihat mengenakan pakaian gaun kuning muda bertatahkan
lapisan dalaman kain putih nipis yang bercorak.
Rasanya bukan setakat admin sahaja yang terpukau dan tergamam dengan penampilan hebat pengacara MeletOp itu malah para pembaca dan jejaka di luar sana juga. Kejap lagi, ramailah lelaki yang terdesak dan terdorong nak kacau Neelofa samada melalui laman sosial, by calling or SMS.
Rasanya bukan setakat admin sahaja yang terpukau dan tergamam dengan penampilan hebat pengacara MeletOp itu malah para pembaca dan jejaka di luar sana juga. Kejap lagi, ramailah lelaki yang terdesak dan terdorong nak kacau Neelofa samada melalui laman sosial, by calling or SMS.
Sumber: HERE
[Wow] - Sakit Mata
LEDANG – Seorang anggota polis
berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum
menembak diri sendiri dalam kejadian di Felda Chempelak, Labis dan di
Kampung Padang Lerek 1, di sini Sabtu malam.
Isteri suspek berusia 26 tahun itu
merupakan seorang kerani sekolah di Bandar Tangkak di sini manakala
bapanya seorang iman di Kampung Padang Lerek 1, di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15
malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di
kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi
ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir
90 kilometer.
Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu
mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika
itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.
Suspek kemudian bertindak menembak diri
sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah bapa mertua, manakala
bapa mertua yang cedera parah akibat terkena tembakan dikejarkan ke
Hospital Daerah di sini tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira
pukul 8.15 malam.
Sementara itu seorang jiran mangsa, yang
enggan dikenali, berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi
letupan dan salah seorang anak lelaki mangsa tiba-tiba datang ke
rumahnya memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang
iparnya.
“Saya amat terkejut dan memberanikan
diri untuk melihat ke dalam rumah mangsa dan apabila masuk, saya lihat
dua tubuh terbaring di ruang tamu berlumuran darah.
“Imam itu ketika itu berada dalam
keadaan terlentang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek
tertiarap di atas meja,” katanya yang bertindak menghubungi polis dan
ambulans sejurus selepas itu.
Katanya, sebelum itu beliau ada melihat
suspek pulang ke rumah bapa mertuanya itu bersama anak lelakinya yang
berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah Proton Wira sebelum salah
seorang anak perempuan imam itu keluar bermain-main bersama anak suspek.
Sementara itu, jenazah suspek dan bapa
mertuanya dibawa ke bilik mayat Hospital Daerah Ledang di sini manakala
sepasukan anggota forensik masih menjalankan siasatan di rumah kejadian
di Kampung Padang Lerek 1.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun
Idris turut berada di tempat kejadian, namun belum mengeluarkan sebarang
kenyataan berhubung kejadian itu. – BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
Gadis Jepun Hasilkan Skirt Dengan Kondom Terpakai Dan Berisi Air Mani . Siuman atau tidak siuman, admin sendiri tidak pasti. Mungkin beliau mempunyai cara sendiri untuk menonjolkan bakat dalam mencipta fesyen baru.
Pelbagai
Berikut
merupakan artis-artis terkenal yang bergambar dengan diri sewaktu muda
jom kita lihat bertapa berbezanya mereka sewaktu muda dan sekarang.


[Wow] - Selebriti
Beginilah keadaan sebuah rumah mayat di rusia, keadaan yang terlalu padat dan tidak mempuanyai ruang yang cukup untuk berkerja. Well mayat ni kalau tidak silap datang dari hospital dan akan disimpan di dalam rumah mayat sekiranya tiada waris yang mahu ambil.
Misteri Sejarah
Pontianak – Polis semalam menangkap
beberapa lelaki yang dipercayai merogol seorang pelajar berusia 16 tahun
secara bergilir-gilir.
Jurucakap polis, Edy berkata, pelajar
sekolah menengah atas itu diperkosa enam lelaki dan seorang remaja di
Kota Mempawah, Kalimantan Barat selepas diperdaya oleh seorang remaja,
rakan rapatnya yang turut menjadi suspek dalam jenayah itu.
“Suspek membawa mangsa dengan motosikal ke kawasan gelap dan sunyi. Di situ, enam remaja lain menunggu.
“Mereka menekap mulut mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.” kata Edy.
Gadis itu kemudian ditinggal di tempat kejadian dengan keadaan separuh bogel. sebelum ditemui beberapa penduduk kampung.
Polis percaya kejadian itu dirancang Polis berjaya menahan sebahagian daripada suspek kes rogol berkenaan. – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
PENYANYI terkenal Madonna dilaporkan
telah memperkenalkan kekasihnya yang berusia 25 tahun iaitu Brahim
Zaibat sebagai tunangnya ketika hadir ke sebuah majlis di New York
baru-baru ini.
Madonna, 55, yang sebelum ini sering
mengelak apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Brahim kelihatan
cukup mesra dan terbuka ketika dengan teman lelakinya itu.
“Dia kelihatan sangat gembira dan tidak
lagi cuba merahsiakan hubungan cinta dengan Brahim malah sempat
memperkenalkan lelaki itu kepada tetamu yang hadir sebagai teman
lelakinya,” kata sumber terdekat penyanyi itu kepada majalah Lifestyle.
Jelasnya lagi, walaupun jarak usia
sebanyak 30 tahun di antara mereka, namun Madonna yakin Brahim adalah
lelaki paling sesuai untuk dijadikan suaminya.
Madonna sebelum ini pernah berkahwin dengan Sean Penn dna Guy Ritchie. - mStar Online
[Wow] - Selebriti
Beijing – Seorang wanita pertengahan
umur dari Anhui menjalani pembedahan menstruktur semula wajahnya selepas
pertengkaran dengan suaminya berakhir dengan hidungnya digigit hingga
putus.
Pasangan itu bergaduh hingga saling
bercakaran seperti Mike Tyson dan Evander Holyfield serta berakhir
dengan suami wanita itu menggigit hidungnya, lapor Global Times.
Kejadian berlaku selepas si isteri yang tidak puas hati kerana suaminya
tidak membantu melakukan kerja rumah berleter, menyebabkan si suami
panas hati dan menjerit ke arahnya.
Tidak peduli dengan jeritan suaminya,
wanita itu terus berleter menyebabkan si suami berang. Dia meluru ke
arah si isteri yang dikenali sebagai Yang dan menggigit hidung wanita
itu hingga putus. – AFP
[Wow] - Berita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)









Recent Comments