Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KULIM -Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.
Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.
Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.
Anggap kawasan puaka
KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.
Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.
Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.
“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.
"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.
"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.
Makhluk halus merangkak
Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.
Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.
“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.
"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.
Masih jadi tanda tanya
Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.
Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.
Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.
Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.
Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.
Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.
Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu. Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Misteri Sejarah
MEMANG gila, tapi itulah yang terjadi di Tokyo apabila seorang lelaki sanggup beratur 10 hari lebih awal sebelum pelancaran iPhone 5S pada 20 September nanti.
Menurut Tetsuya Tamura, 44, seorang ahli perniagaan, beliau mahu menjadi anta
ra orang yang pertama mendapatkan gajet terbaru itu apabila ia mula dijual nanti.
Bagi merealisasikan hasratnya itu, dia sanggup memasang khemah di luar Ginza Apple Store.
Tamura juga turut berkongsi penantiannya itu melalui akaun Twitternya, @Xxxprius yang menceritakan mengenai kebosanannya menghadapi malam yang sunyi, dan kesejukan cuaca.
Begitulah manusia kalau sudah terlalu obses, apa-apa pun sanggup dilakukan.
[Wow] - Biar Betul
SEORANG pelakon wanita dari China dilaporkan memakai skirt getah lutsinar yang menampakkan bahagian dalamnya.
Walaupun mengakui agak segan dengan rekaan tersebut, namun pelakon
itu terpaksa juga untuk memakainya untuk menjaga air muka pereka fesyen
serta tidak mahu mengecewakan pereka pakaiannya pada majlis itu.
Untuk mengelakkan ia nampak janggal atau seksi keterlaluan, pelakon
itu memasukkan blausnya dalam skirt itu untuk tampil agak sopan buat
peminatnya.
Seharusnya pereke fesyen perlu lebih sensitif dalam rekaan mereka
dengan tidak mengambil kesempatan mencipta pakaian yang boleh
menjatuhkan maruah si pemakai selain berbincang terlebih dahulu dengan
pelanggannya agar semua pihak berpuas hati dengan hasilnya kelak.
[Wow] - Sakit Mata
Pihak NASA mengesahkan terdapat kesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.
Menurut pihak NASA : “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, ?Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”
Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis.
Menurut pihak NASA : “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, ?Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”
Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis.
[Wow] - Informasi
Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .
Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2
Austria - Hungary
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .
Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966
Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .
Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .
Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .
Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972
Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.
Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .
Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.
Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .
Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.
Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.
Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.
New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)
Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.
Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.
Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .
Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .
Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .
Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.
Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.
Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .
Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.
Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.
Tanganyika dan Zanziba
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.
Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.
Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang
Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946
USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.
Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .
Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.
West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.
Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.
Yugoslavia
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.
Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.
[Wow] - Informasi
Ini ialah laluan pejalan kaki gergasi berbentuk bulat yang terletak di Lujiazui, Shanghai China. Menjadi tarikan pelancong kerana memberikan pemandangan yang cantik serta merupakan satu-satunya laluan pejalan kaki yang berbentuk sebegini rupa.
Laporan asal ArtonFile




Pelancongan

Di bandar Altach, Vorarlberg, Austria sebuah perkuburan Islam dibina bagi kegunaan penganut beragama Islamnya. Tanah perkuburan merangkap tempat pengurusan jenazah muslim ini adalah rekaan jurubina Bernardo Bader. Tanah perkuburan seluasa 8400 meter persegi ini juga dilengkapi sebuah surau yang digunakan pelawat untuk beribadat dan melakukan solat jenazah kepada arwah,





Laporan asal ArchDaily
[Wow] - Biar Betul
BRITAIN – Seekor ikan yang dinamakan sebagai Blobfish telah dipilih sebagai binatang paling hodoh di muka bumi ini.
Blobfish menjadi terkenal kerana dikatakan memiliki wajah muram iaitu seperti seorang yang dirundung kesedihan.
Spesis ikan berkenaan mendapat undian paling tinggi dalam satu
pertandingan anjuran Pertubuhan Pemuliharaan Binatang Hodoh, yang
diadakan melalui dalam talian.
Pertandingan itu diadakan bagi menggalakkan golongan muda melibatkan
diri dalam projek berkenaan bagi memperkenalkan binatang yang dianggap
sebagai hodoh.
Blobfish berjaya mengalahkan 11 binatang lain selepas memenangi 10,000 undi.
“Ia kelihatan comel. Namun binatang-binatang yang disifatkan sebagai
hodoh ini kini semakin pupus,’’ kata pakar biologi, Simon Watt.
Blobfish, boleh ditemui di perairan Australia serta Tasmania dan ia boleh memanjang sehingga 12 inci.
[Wow] - Biar Betul
WALAUPUN diarahkan mengosongkan premis mereka, seorang lelaki yang
menyelamat ratusan anjing terbiar mencabar pihak berkuasa tempatan (PBT)
menyamannya sekiranya mereka tidak menyukai apa yang dilakukannya.
Muhammad Azmi Ismail berkata beliau tidak mahu mencari masalah dengan
sesiapa dan mempersoalkan sama ada tindakannya membela ratusan anjing
di Kedah telah melanggar undang-undang.
Beliau yang mesra dipanggil Pak Mie berkata Majlis Bandaraya Alor
Setar mengarahkan beliau mengosongkan premis itu pada 19 September ini.
Bagaimanapun, Majlis Daerah Padang Terap pula memaklumkan kepadanya
bahawa pondok sementara bagi menempatkan binatang peliharaannya itu
tidak boleh dipindahkan ke kawasan pilihan mereka di situ kerana
bantahan penduduk setempat.
Walaupun kini beliau tidak tahu ke mana lagi mahu berpindah, Pak Mie
berkata beliau tidak akan sekali-kali mengabaikan anjing-anjingnya. –
MALAYSIAKINI
[Wow] - Berita Tempatan
NEW DELHI – INDIA. Mahkamah India, menjatuhkan hukuman mati ke atas
empat individu selepas didapati bersalah merogol dan membunuh pelajar
perubatan berumur 23 tahun di New Delhi, Disember lalu.
Hakim Yogesh Khanna, perbuatan kejam dilakukan Mukesh Singh, Vinay
Sharma, Akshay Thakur dan Pawan Gupta yang telah mencetuskan bantahan di
seluruh negara itu sewajarnya dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Ketika keputusan diumumkan, salah seorang tertuduh, Vinay Sharma turut menangis sekuat hati.
Mereka dijangka mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Tinggi.
Sebelum ini, keluarga mangsa berterusan menggesa hukuman mati
dikenakan ke atas mereka selepas tertuduh kelima hanya dijatuhi hukuman
penjara tiga tahun oleh Mahkamah Juvana, minggu lalu. – CNN
[Wow] - Berita Dunia
Hitachi Seaside Park yang terletak di Ibaraki. Bunga-bunga yang ada di taman bunga ini ditanam mengikut musim dan sentiasa berubah. Terapat 170 spesisbunga ditanam setiap tahun dan di taman ini kenderaan adalah diharamkan. Difahamkan kerusi nak melepak pun tak ada. Sangat cantik dan menarik.



Laporan asal AmusingPlanet




Laporan asal AmusingPlanet
Pelancongan
Tran Thi Kim Ngan dari Vietnam yang kini baru berusi 15 tahun telah menjalankan latihan tinju secara professional sejak 9 tahun yang lepas. Dia juga dikatakan satu-satunya ahli tinju wanita yang paling cantik di Vietnam. Selain tinju, Tran juga pandai dalam menari, yoga dan berenang. Setakat ini, dia telah dinobatkan Miss Sports pada 2010 dan juga pernah mewakili negara dalam renang dan aerobik.
[Wow] - Sakit Mata
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)










Recent Comments