Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Memang sadis tengok gadis-gadis cantik ini yang dihukum mati oleh polis di China. Mereka ini telah melakukan pelbagai kesalahan seperti menganaiya, membunuh serta menyeludup dadah. Mereka telah diberi rupa tetapi gunakan dengan cara yang salah.



Andai anda masih ingat terdapat beberapa kemalangan atau kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak suatu ketika dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara 10 kemalangan paling mahal di dunia..


1. Chernobyl ($200 Billion)






































Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.

2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)



Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.


3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)



Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.


4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)



Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.


5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)



Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.


6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)



Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.


7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)



B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.


8. MetroLink Crash ($500 Juta)



Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.


9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)



Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.


10.Titanic ($150 Juta)




Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)
Isteri Banduan Dicekup Khalwat
KLUANG – Ketiadaan suami akibat dipenjara atas kesalahan dadah menjadi ‘tiket’ buat seorang isteri berlaku curang bersama kekasihnya.
Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya di sini, semalam.
Kelakuan sumbang yang difahamkan berlaku sejak lebih sebulan lalu oleh penduduk setempat yang pada mulanya menyangka lelaki terbabit adalah suaminya.
Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Khalil Md Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, satu pasukan anggota penguat kuasa Jaij melakukan serbuan ke rumah wanita terbabit.
“Setibanya di rumah berkenaan, pihak kami mendapati keadaan rumahnya gelap dan hanya lampu di bahagian dapur dipasang. Sebuah motosikal yang digunakan lelaki tersebut diletakkan di bahagian belakang rumah kononnya untuk mengaburi orang ramai agar tidak mengetahui kehadiran lelaki berkenaan.
“Selepas disiasat, pihak kami mendapati ada penghuni di rumah tersebut kerana kipas angin di ruang tamu terpasang selain terdapat kelibat pergerakan manusia menerusi cermin tingkap,” katanya.
Mohd Khalil berkata, selepas mengetuk pintu rumah berkenaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum seorang wanita bersama seorang lelaki berusia 29 tahun membuka pintu.
Ketika soal siasat dijalankan katanya, pasangan berkenaan menyatakan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.
“Namun hasil pemeriksaan dijalankan, pasangan terbabit gagal menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mereka mengaku merancang untuk bernikah selepas wanita berkenaan bercerai.
“Apa yang lebih mengejutkan adalah anak perempuan wanita tersebut yang berusia empat tahun turut tidak mempunyai sah taraf melalui pemeriksaan terhadap surat beranak milik kanak-kanak berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pasangan itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 27 (1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Kami juga akan membuat siasatan lanjut ke atas kanak-kanak tersebut bagi menentukan kedudukannya yang sebenar,” katanya. – Juliza Mohd Saad/Sinar Harian
hardh
YAMAN – Seorang budak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman pada malam pertamanya selepas berkahwin dengan seorang lelaki yang layak dipanggil bapa.
Lelaki itu berusia kira-kira 40 tahun dan perkahwinan mereka ditetapkan oleh keluarga.
Budak berkenaan yang hanya dikenali sebagai Rawan, meninggal dunia di kawasan pedalaman, Hardh, yang terletak bersempadan dengan Arab Saudi.
Susulan itu, aktivis menggesa supaya pengantin lelaki dan keluarga budak tersebut dibawa ke muka pengadilan.
Penahanan berkenaan juga dapat menghentikan amalan perkahwinan paksa melibatkan kanak-kanak dengan lelaki tua di kawasan itu.
Dalam pada itu, seorang blogger yang dikenali sebagai Angry Man, menyelar lelaki berkenaan dan mahu dia dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.
“Bukan pengantin lelaki itu sahaja, malah semua pihak yang turut serta mengatur perkahwinan itu sepatutnya dihukum,’’ katanya.
Seorang lagi blogger, Omar pula mengecam keluarga Rawan kerana tidak mempunyai sifat kemanusiaan.
Amalan perkahwinan melibatkan kanak-kanak semakin meluas di Yaman.
Ia bukan sahaja mendapat tentangan daripada aktivis tempatan malah aktivis dari luar negara juga menentangnya dan mereka mahu kerajaan menguatkuasa peraturan menghalang perkahwinan tersebut.
Hampir separuh daripada wanita di Yaman berkahwin pada usia muda iaitu sebelum 15 tahun.
Pada September 2010, seorang budak berusia 12 tahun meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa untuk melahirkan anak.
university
CHINA – Universiti sepatutnya menjadi tempat bagi penuntutnya untuk menerokai alam baru selepas menamatkan persekolahan.
Namun bagi sesetengah ibu bapa, adalah sukar bagi mereka untuk melalui perubahan berkenaan.
Justeru bagi membantu ibu bapa `berpisah’ dengan anak-anak mereka,  Universiti Huangzhong Normal di Wuhan memberi kebenaran kepada mereka untuk menghabiskan masa selama dua hari dengan anak masing-masing.
Bagi tujuan itu, universiti tersebut telah menjadikan dewan gim untuk tempat tidur bagi ibu bapa dan anak-anak.
Seramai 600 ibu bapa kepada pelajar baru ini, mengambil peluang berkenaan dengan tidur di dalam gim, beralaskan tikar.
Universiti ini pernah melakukan perkara sama pada 2008 apabila 350 ibu bapa mengambil peluang tersebut.
Sindrom `empty nest’ ini berlaku apabila anak-anak meninggalkan rumah untuk kali pertama sepanjang hidup mereka.
konsert MTV World Stage
PETALING JAYA – Cuaca mendung dan hujan sedikit pun tidak menggugat kemeriahan acara konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2013 yang diadakan di Surf Beach @Sunway Lagoon pada malam Ahad.
Malah konsert yang membariskan empat penyanyi iaitu Joe Flizzow, Exo, Far East Movement dan Robin Thicke telah menarik kira-kira 15,000 penonton dalam persembahan yang bermula tepat pukul 7.30 malam itu.
Joe membuka persembahan pada malam itu dengan lima buah lagu iaitu Iller Iller, Untukmu, All Around My World, Havoc dan Who Do It Better.
Tidak dapat dinafikan kredibiliti Joe amat menyerlah pada acara itu dan persembahannya setanding dengan penyanyi bertaraf antarabangsa yang lain.
Pujian juga harus diberikan kepada Joe apabila menyampaikan beberapa buah lagu berbahasa Malaysia dan ia adalah peluang baik untuk muziknya dikenali di peringkat antarabangsa apabila acara itu ditayangkan di seluruh dunia kelak.
Tidak keseorangan di pentas, Joe turut menjemput beberapa temannya seperti SonaOne, Altimet dan Ila Damiaa menerusi lagu Untukmu.
Suasana bertambah hangat apabila kumpulan daripada Korea Selatan iaitu Exo muncul di pentas dengan sorakan daripada peminat mereka yang kebanyakannya di kalangan remaja wanita.
Kumpulan yang dianggotai oleh 12 ahli itu turut sempat menzahirkan kegembiraan penerimaan masyarakat di negara ini terhadap mereka dan terharu dengan sambutan luar biasa diberikan.
Tidak menunggu lama, Exo meneruskan persembahan mereka dengan lagu History, 365sebelum menyanyikan lagu popular mereka iaitu Growl.
Persembahan mereka di Malaysia juga adalah yang pertama kali menggabungkan kesemua anggota kumpulan itu di atas pentas sama.
Tumpuan penonton tidak reda apabila Far East Movement memberikan persembahan bertenaga menerusi 12 buah lagu medley seperti Ain’t Coming Down X Wild Things, Like a G6, Illest, So What, If I was You, Jello, Change Your Life, Rocket, Get Up (Rattle), Rocketeer, Live My Life.
Berpaksikan kepada muzik rancak dengan elemen electro-pop, Far East Movement turut menggunakan peralatan seperti dram dan iPad sebagai instrumen persembahan mereka.
Mereka turut menyampaikan lagu daripada Alicia Keys berjudul No One sebelum meninggalkan pentas dan kembali untuk mempersembahkan lagu Turn Up the Love yang menjadi siulan peminat mereka.
Pada acara penutup, penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Blurred Lines iaitu Robin Thicke muncul di atas pentas diiringi oleh tiga penyanyi latar.
Bagaimanapun masalah teknikal yang dihadapi oleh penyanyi itu telah menyebabkan persembahan terhenti seketika namun Robin tidak membiarkan peminat menunggu lama apabila membuat persembahan secara accapela bagi menarik perhatian mereka.
Rata-rata yang hadir terpegun dengan persembahan lelaki itu yang cukup menghiburkan dan seksi sehingga peminat wanita menjerit menonton persembahannya.
Antara lagu yang disampaikan Robin pada malam itu adalah Give It To You, Take It Easy on Me, Feel Good, Oh Shooter, Lost Without U dan Shaking It For Daddy.
Bijak berkomunikasi dengan peminat, Robin sempat memberi pesanan kepada para peminatnya agar tidak berputus asa dalam mengejar impian dan percaya ia boleh dicapai dengan usaha dan kesungguhan.
Robin juga turut menyampaikan sebuah lagu balada berjudul Dreamlover dengan penuh emosi sebelum menutup acara malam itu dengan lagu Blurred Lines yang turut dinyanyikan oleh semua hadirin yang datang.
Rakaman program berkenaan bakal ditayangkan di 154 buah negara di saluran MTV pada Rabu ini pada pukul 11 malam (waktu Malaysia.) – mStar Online
Kereta
LONDON – Kereta yang diubah suai menjadi ‘kapal selam’ dalam filem penyiasatan terkenal, James Bond – “The Spy Who Loved Me” berjaya dilelong pada harga 550,000 pound (AS$865,000).
Kereta keluaran Lotus Esprit yang direka khas untuk sesi pengambaran di dasar laut pada 1977 yang menampilkan Roger Moore sebagai James Bond 007 dilelong semalam di syarikat pelelong, RM Auctions. Harga jualan itu bagaimanapun lebih rendah daripada harga sasaran syarikat pelolong berkenaan yang menjangkakan antara 650,000 hingga 950,000 pound.
Ia kemungkinan kereta itu tidak boleh dipandu di jalan raya selepas dikatakan ia mampu digunakan sepenuhnya sebagai kapal selam.
Dalam filem berkenaan, Moore dan teman wanita Bond, Barbara Bach terselamat daripada serangan helikopter dengan memandu kereta Esprit berkenaan yang mampu tenggelam dan menjadi kapal selam di laut. – AP
Mereka adalah orang-orang yang berkahwin dan dikata pelik kepelikan mereka dinilai dengan beberapa faktor antaranya usia cara pemakaian dan cara perkahwinan tersebut jadi mari kita nilai dimanakan peliknya pasangan-pasangan ini. Sumber: HERE
















MNLF tidak  sokong MisuariTentera Filipina melakukan rondaan bagi mengawal keadaan manakala gambar kecil menunjukkan seorang askar menunggu rawatan selepas cedera. - Foto REUTERS

Cotabato: Pemimpin kumpulan lebih besar dalam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tidak menyokong tindakan puak pimpinan Nur Misuari yang menyerang Zamboanga dan mengambil beratus-ratus orang sebagai tebusan. 

Mereka memberi jaminan kepada kerajaan Filipina bahawa MNLF terus mengiktiraf pelan damai 1996 dan tidak terbabit dalam serangan oleh pengikut Misuari.  “Kumpulan kami tidak ada kaitan dengan tindakan mereka. Kami tidak melihatnya baik untuk proses damai Mindanao,” kata Jurucakap Forum Pemimpin Kanan MNLF, Abdul Sahrin, kepada wartawan. 



Forum itu dianggotai pemimpin tinggi MNLF termasuk bekas Gabenor Sulu, Yusoph Jikiri dan puluhan lagi yang bersidang minggu lalu di Zamboanga serta Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman. 

Forum itu diharapkan memegang peranan untuk melaksanakan program membanteras kemiskinan penduduk Moro dalam ARMM. 

Sahrin berkata, mereka juga tidak menyokong peristiharan kemerdekaan oleh Misuari baru-baru ini selepas menuduh kerajaan gagal patuh kepada beberapa fasal tertentu dalam perjanjian damai. 

Bekas Timbalan Datuk Bandar Cotabato, Muslimin Sema yang mengetuai kumpulan terbesar dalam MNLF menerusi 20 puak di semua kawasan Mindanao termasuk Palawan, berkata mereka terus setia kepada gencatan senjata 17 tahun dengan Manila. 
Tidak akan berpaling 

“Kami tidak akan berpaling daripada perjanjian damai selagi ada mekanisme yang boleh diterima MNLF dan kerajaan untuk dilaksanakan dan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” kata Sema kepada akhbar tempatan. 

Malah, katanya, beliau sudah memberi arahan kepada semua ahli supaya tidak mengambil apa-apa tindakan sejajar dengan komitmen mereka kepada Jawatankuasa Keamanan Selatan Filipina yang dibentuk oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). 

MNLF, tegasnya, menyokong resolusi secara aman jika berlaku sebarang salah faham dengan Manila mengenai pelaksanaan fasa akhir perjanjian damai. 

AGENSI
Remaja khusyuk dodoi awek kantoi
GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.

Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.

Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.

Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.

Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.

Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.

Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.

“Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.

Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.

“Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.

“Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.

Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.

Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.

Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.

Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.

“Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini,” jerit remaja perempuan itu sekali lagi.

Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu.

Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih.

“Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang,” katanya. Sinarharian
Zizan Razak
PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak menjelaskan dia mempunyai cara penyampaian yang tersendiri dalam mengendalikan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).
Zizan, 28, berkata, cara itu adalah penampilan yang dimahukan oleh pihak penerbitan Astro bagi memberi nafas dan konsep baharu program realiti tersebut.
"Masih terlalu awal jika ada yang menilai kelemahan saya mengacarakan AF 2013 pada minggu pertama ini. Berilah peluang melihat perkembangan saya pada minggu-minggu seterusnya.
"Cara penyampaian saya untuk program ini berbeza dengan pengacara terdahulu membuatkan penonton mungkin berasa sedikit janggal," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pakej pelancongan Safirgotravel bersama Zizan Razak, Johan As'ari, Jaafar Onn, Izzue Islam dan Imam Muda Ashraf, di sini, Isnin.
Pada majlis tersebut, Zizan dan Johan diumumkan sebagai artis yang akan menyertai pakej pelancongan ke Abu Dhabi dan Dubai pada 18 hingga 23 November depan bersama syarikat pelancongan Safirgotravel.
Kemunculan Zizan sebagai pengacara AF 2013 pada konsert Prelude Sabtu lalu dikatakan agak hambar untuk sebuah rancangan hiburan yang menjadi fenomena itu.
Tambah Zizan, dia lebih menerapkan elemen lawak jenaka dan bersahaja ketika mengendalikan pentas AF 2013.
Bagaimanapun, katanya, penyampaian tersebut berbeza dengan program-program yang pernah dikendalikan sebelum ini.
"Saya ingin program ini lebih santai dan pelajar tidak terlalu rasa tertekan atau takut.
"Walaupun ada lawak jenaka tetapi ia berbeza dengan lawak jenaka yang saya sampaikan ketika mengacarakan program lawak seperti rancangan Raja Lawak, " katanya.
Tambah Zizan, dia yakin penonton dapat menerima cara penyampaiannya untuk program musim baharu itu. mStar
Adi Putra
PETALING JAYA: Kontroversi pelakon Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang langsung tidak membuatkan aktor itu berasa malu berhadapan dengan masyarakat sekeliling.‬
‪Adi, 32, berkata, dia akur, sebagai selebriti dia tidak perlu berasa takut berhadapan dengan sesiapa pun kerana tahu kebenaran sebenar.‬
‪"Sebagai manusia kita ada rasa segan dalam apa-apa situasi tetapi saya harus akur bahawa saya seorang artis, perlu lalui apa-apa situasi sekalipun.‬
‪"Begitu juga dengan perkara ini (isu skandal), saya perlu menempuh dugaan ini dan berhadapan dengan khalayak secara profesional," katanya.‬
‪Adi ditemui pada majlis pratonton filem KL Gangster 2 di TGV One Utama, di sini, pada malam Isnin.
Isterinya, Aida Yusof, 37, turut hadir pada majlis tersebut.‬
‪Pasa 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.‬
‪Adi dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu.‬
‪Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis.
‪Sementara itu, Adi berkata, sejak kontroversi itu tercetus, isterinya pula terkena tempias apabila ada pihak di laman Twitter mengejek Aida kononnya dia masih tidak 'buka mata' dengan peristiwa itu.
‪"Setakat ini isteri sentiasa berada di sisi saya ketika susah dan senang. Orang kata rumah tangga kami goyah? Biarlah apa yang orang nak fikir," ujarnya.‬
‪Tambah Adi dia juga enggan menjelaskan perkara sebenar berhubung kontroversi itu kerana siasatan masih dijalankan.‬
‪"Jangan risau, bila semua sudah selesai, saya akan keluarkan kenyataan media," jelasnya.‬