Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Pasti ramai yang kenal siapa Zila Bakarin ini. Sudah lama kita tidak mendengar gossip ataupun cerita terbaru dari Zila.
Disini dikongsikan beberapa lagi gambar Zila Bakarin yang dikatakan semakin gebu dan montok ini. Gambar ini diambil sempena press conference drama Putera Rayyan dahulu.
Credit Gambar: Buahmulut.com






Disini dikongsikan beberapa lagi gambar Zila Bakarin yang dikatakan semakin gebu dan montok ini. Gambar ini diambil sempena press conference drama Putera Rayyan dahulu.
Credit Gambar: Buahmulut.com
[Wow] - Kisah Artis
Kini Website yang masih baru dikenali sebagai MEGASTOON.COM mula popular di kalangan pengguna facebook. Admin tertanya-tanya apa itu Megastoon.
Selidik punya selidik. Megastoon adalah salah satu cara mudah untuk anda menjana pendapatan secara sampingan dimana anda hanya perlu kongsikan link dan menunggu sesiapa yang berminat untuk mendaftar. Setiap pendaftaran, anda akan didebitkan wang sebanyak 15USD sebagai bonus untuk anda.
Sekiranya terdapat tugasan seperti survey, website ini akan menghantar ke email anda.
Melalui review-review yang admin perolehi mengenai website ini, 80% mengatakan ia adalah tidak benar dan tidak selamat untuk "SIGN-UP" ..
Tapi jika anda ingin mencuba, dipersilakan...
Tapi jika anda ingin mencuba, dipersilakan...
DIRECT LINK KE WEBSITE: Megastoon.com
Isu Panas
KERALA, India – Seorang guru di India
sanggup berenang meredah sungai sejauh 12 kilometer (km) setiap hari
seawal pukul 9 pagi untuk ke sekolah di perkampungan Malappuram di sini,
lapor sebuah akhbar kelmarin.
Abdul Mallik yang telah menjadi guru
sejak 20 tahun lalu itu akan meredah air sungai yang mencecah paras
leher dengan bantuan sebuah tiub tayar di pinggangnya.
Ketika berenang merentasi sungai, semua
kelengkapan seperti pakaian, kasut dan bekalan makanan Mallik akan
disimpan di dalam satu beg plastik dan dijulang dengan sebelah tangan
hingga dia tiba ke seberang.
Walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab
yang menjadi rutin harian dan perlu dilakukan guru berusia 40 tahun itu
untuk ke sekolah setiap hari.
“Jika saya ke sekolah dengan menaiki bas ia mengambil masa selama tiga jam untuk perjalanan sejauh 12 kilometer.
“Jadi, berenang merentasi sungai adalah lebih mudah, cepat dan saya boleh tiba ke sekolah tepat pada masanya,” kata Mallik.
Menurut laporan media tempatan, Mallik
akan menukar pakaian basahnya di belukar di tebing sungai dan meneruskan
perjalanan menaiki bukit selama 10 minit untuk tiba ke sekolah.
Guru kerajaan seperti Mallik biasanya menerima gaji sebanyak Rs.25,000 (RM1,281). – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
PETALING JAYA – Penyegar udara yang
sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau
nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari.
Enam produk penyegar udara yang biasa
digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah
diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya
iaitu – toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.
Kesemua produk didapati mengandungi
salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan
phthalates – bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) – terkandung dalam
empat daripada enam produk tersebut.
Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif
Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang
menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih
feminin dan sebaliknya.
“Ia juga boleh membantutkan perkembangan
organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan,
bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil
dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi,” katanya.
Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.
Dua daripada penyegar udara ditemui
mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak
jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.
Persatuan itu turut menemui penyegar
udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena
dan tiga jenis phthalates.
Ratna menjelaskan kebanyakan orang di
luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam
kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.
“Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan,” katanya.
Apabila berada dalam persekitaran yang
terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit,
beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.
Ratna berkata mereka masih menunggu data
mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan
serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.
Beliau menasihatkan para pengguna untuk
mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih
pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah.
Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan
arang. – mStar Online
[Wow] - Berita Tempatan
“Syukur, berkat sokongan keluarga dan rakan, saya dapat mengharungi dugaan ini.
“Bagaimanapun, beri saya sedikit masa
untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum tampil memberi kenyataan,”
kata suami kepada seorang wanita yang didakwa berbalas mesej berbaur
cinta dan lucah menggunakan aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (WhatsApp)
dengan seorang pelakon lelaki popular tanah air, baru-baru ini.
Menurut peniaga berusia 56 tahun itu,
sejak mengetahui kejadian terbabit awal Ogos lalu, hidupnya tertekan dan
hubungannya dengan isteri, renggang.
Katanya, mujur keluarga dan rakan faham masalah dihadapinya dan memberikan sokongan.
“Saya sudah menghubungi pelakon itu
lebih dua minggu lalu dan mengajaknya bersemuka untuk menyelesaikan
masalah ini. “Bagaimanapun, dia enggan sebaliknya membuat laporan polis
sebelum kejadian ini terbongkar.
“Kini, saya menyerahkan semua perkara
ini kepada polis untuk menjalankan siasatan dan pada masa sama,
berbincang dengan peguam saya berkaitan apa yang perlu dilakukan
seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pada masa sama, katanya, isterinya sedar kesilapan dilakukannya dan dia
(isteri) juga tertekan dengan kejadian terbabit serta berulang kali
memohon maaf kepadanya.
“Sejak kejadian ini terbongkar, hubungan saya dan isteri agak renggang namun kami masih berusaha menyelesaikan masalah ini.
“Jadi, tolong beri kami masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum saya tampil memberi kenyataan kepada semua pihak.
“Saya sedar, keluarga pelakon berkenaan
sudah mengeluarkan kenyataan dan saya tidak menyalahkannya kerana
pelakon itu adalah keluarganya, namun saya juga berhak memberikan
kenyataan dan akan menyertakan bukti,” katanya.
Berdasarkan satu laporan polis dibuat
suami kepada wanita terbabit, pelakon lelaki terbabit didakwa menghantar
gambar lucah melalui WhatsApp kepada isteri pengadu.
Pengadu mendakwa pelakon terbabit berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatakan menemui mesej
perbualan antara pelakon berkenaan dengan isterinya selain gambar
terbabit sebelum melaporkannya di Balai Polis Skudai manakala pelakon
itu pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur
mendakwa dia diugut seseorang.
Sumber: Metro
[Wow] - Berita Tempatan
Nora adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya,Nora masih cantik, potongan body pun ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.
Sejak kematian suaminya, Nora selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu,Nora tidak pernah melayani pemuda2 tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat2 kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.
Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. Nora bangun dari tidurnya.
Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Nora merasa begitu dahaga sekali…
Nora bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur…langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.
Sesampai di dapur…Nora langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…
Nora menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut….
Begitulah kisah mengenai Nora , seorang janda yang kehausan…
sumber-xlupa.com
[Wow] - Lawak Bah

Sekali imbas motosikal
ini langsung tidak kelihatan seperti sebuah motosikal berjenama Yamaha
135 LC. Motosikal ini telah menerima modifikasi termasuk enjin yang
telah menelan belanja lebih RM15,000.
Menurut Firdaus selaku pemilik dan pereka motosikal ini, beliau dan beberapa lagi rakannya mengambil masa hampir dua tahun untuk mengubahsuai motosikal autoshow ini kerana mempunyai banyak masalah teknikal. Walaupun selalu dipamerkan dalam autoshow, tapi jangan tidak tahu yang motosikal ini berfungsi 100% seperti motosikal biasa.
Menurut Firdaus selaku pemilik dan pereka motosikal ini, beliau dan beberapa lagi rakannya mengambil masa hampir dua tahun untuk mengubahsuai motosikal autoshow ini kerana mempunyai banyak masalah teknikal. Walaupun selalu dipamerkan dalam autoshow, tapi jangan tidak tahu yang motosikal ini berfungsi 100% seperti motosikal biasa.
Kalau dah minat sangat semua pun jadi. Inilah yang dikatakan menggunakan
bakat kurniaan Tuhan ke jalan yang betul. Bila ditanya adakah motosikal
ini akan dijual kalau ada yang berminat? Firdaus memberitahu jika ada
yang berminat, beliau mahu menjualnya pada harga RM25,000. apapun syabas
diucapkan kepada Firdaus dan rakan-rakannya kerana menjadi anak
Malaysia yang sangat kreatif.




Cool
KUALA PILAH – Sebuah pentas tersorok bersebelahan Dewan Datuk Bahaman
Shamsudin, di sini, dijadikan ‘port’ pasangan remaja melakukan aktiviti
kurang sopan.
Lokasi yang terletak berhampiran gelanggang bola keranjang itu
didakwa penduduk sering menjadi tumpuan remaja melepak yang boleh
mengundang gejala tidak sihat.
Malah, dalam kes terbaru, sepasang kasih tidak segan silu bermadu
kasih sebelum sepasukan anggota polis tiba dan membuat pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim
berkata, polis melakukan pemeriksaan berkenaan selepas menerima aduan
orang ramai berhubung pasangan yang menjadikan pentas berkenaan untuk
kegiatan tidak bermoral.
“Pasangan itu diperiksa dan diberikan nasihat sebelum anggota
bertugas meminta mereka beredar dari tempat berkenaan,” katanya di sini,
semalam.
Azmi berkata, berdasarkan aduan orang ramai itu, polis juga akan
mengadakan operasi bersama Pejabat Agama Islam Kuala Pilah bagi memantau
kawasan berkenaan.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan pentas berkenaan memang lokasi melepak golongan remaja.
Peniaga sebuah kedai runcit, Maisuri Abd Rashid, 45, tindakan remaja
melakukan maksiat di kawasan itu perlu dibendung, lebih-lebih lagi ia
bersebelahan dengan perumahan Taman Pilah Perdana.
“Saya harap selepas ini pihak berkenaan dapat membuat rondaan di
kawasan ini bagi mengelakkan perkara sebegini berterusan,” katanya.
Bagi Mohd Qayyum Abdul Jalil, 23, pula berkata, pentas berkenaan
sememangnya terlindung daripada rimbunan pokok dan agak sunyi memudahkan
remaja melakukan maksiat.
Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Zulkifli Baharan berkata,
kawasan pentas berkenaan di bawah penguasaan Majlis Daerah Kuala Pilah
(MDKP).
“Bagi mengelakkan masalah ini, MDKP akan memasang lampu di kawasan itu di mana sebelum ini ia agak gelap.
“Selain itu, kami juga akan berbincang dengan pihak penguatkuasa
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung
masalah tersebut,” katanya.
Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala
Pilah/Jempol, Khalid Ujang pula meminta jabatan dan agensi kerajaan
menganjurkan aktiviti berfaedah terutama untuk belia di sini supaya
kawasan ini menjadi tumpuan ramai serta tidak lagi sunyi. – SYAIRAH ABDUL LAJIS/ Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
LOS ANGELES – Miley Cyrus telah
mencetuskan kontroversi selepas mengadakan persembahan pada anugerah MTV
Video Music baru-baru ini, dengan aksi tidak senonohnya ketika di
pentas bersama Robin Thicke.
Namun kali ini, timbul kontroversi baru yang melibatkan gambarnya selepas mengadakan persembahan pada malam itu.
Apa tidaknya, wajah pelakon Carlton, yang pernah membintangi siri tv
`The Fresh Prince of Bel-Air’ dikatakan menjelma pada lutut kanan Cyrus.
Cyrus yang bergambar dengan menjelirkan lidah itu nyata bakal mencetuskan kisah hangat yang baru.
Kali ini tumpuan adalah di lutut Cyrus, bukan wajahnya atau pakaiannya lagi.
Dalam pada itu, dalam perkembangan lain, akibat berkelakukan tidak
senonoh ketika membuat persembahan pada anugerah MTV Video Music itu,
majalah Vogue telah membatalkan hasrat menjadikan penyanyi Miley Cyrus
sebagai gadis muka depan.
Majalah berkenaan sebelum ini mahu menjadikan Miley sebagai ikon fesyen yang baru.
Miley pernah bergambar untuk Vogue untuk edisi Disember lalu.
Namun pengurusan Vogue berubah fikiran sebaik sahaja menyaksikan
Miley membuat persembahan tidak senonoh pada malam anugerah berkenaan.
Vogue bimbang penampilan Miley pada malam anugerah itu akan menjadikan arah tuju majalah itu berbeza sama sekali.
[Wow] - Biar Betul
ARKANSAS – Wajib pakai seluar dalam, Itu antara peraturan yang dilaksanakan ke atas guru-guru yang bertugas di Little Rock.
Ini kerana seluar dalam dikategorikan sebagai pakaian asas.
Menurut pesuruhjaya sekolah di Little Rock, Dr Dexter Suggs,
peraturan yang ditetapkan itu sesuai untuk dilaksanakan di
sekolah-sekolah kerana golongan guru perlu memakai medium bagi
memisahkan seluar ketat dan kulit badan.
Selain pemakaian seluar dalam, guru-guru juga perlu memastikan rambut
mereka kemas di samping memastikan kasut dipakai setiap waktu.
Sementara baju yang memaparkan dadah, alkohol dan rokok adalah diharamkan.
Dalam surat yang dikeluarkan kepada guru-guru di daerah berkenaan,
Dr. Suggs tidak menyatakan punca yang membawa kepada pelaksanaan
peraturan berkenaan.
Naamun beliau percaya guru-guru perlu mempunyai etika pakaian.
Peraturan itu dikuatkuasa pada penghujung Ogos lalu.
[Wow] - Berita Dunia
ANAK lelaki kepada penyanyi dan komposer
terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah
selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal
pagi Sabtu lalu.
Abdul Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul, 13, ketika kejadian
dilaporkan memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang
temannya untuk pulang ke Jakarta.
Dul yang juga anggota kumpulan Lucky Laki dan temannya mengalami
patah tulang dibeberapa bahagian badan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Dul dan temannya kini telah dipindahkan ke sebuah hospital di Jakarta
oleh Ahmad Dhani selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Depok.
Dalam kejadian itu, kereta milik Dul dilaporkan hilang kawalan dan
telah merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.
Akibat rempuhan itu lima orang daripada mangsa telah meninggal dunia dan 11 lain cedera.
“Dia didakwa memandu laju sehingga hilang kawalan sebelum
kenderaannya memasuki jalan arah bertentangan dan merempuh dua buah lagi
kenderaan,” kata saksi kejadian.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Dhani dilaporkan baharu sahaja
menghadiahkan kereta tersebut kepada anaknya bersempena dengan sambutan
hari jadinya pada 23 Ogos lalu.
Persoalan mula timbul apabila Dul masih belum cukup umur untuk memohon lesen memandu dan boleh didakwa akibat kesalahan itu. – mStar
[Wow] - Kisah Artis
Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz sekitar pada tahun 2010 pada bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Sejak daripada itu, Manohara membabitkan semula dirinya dalam bidang lakonan dan peragaan di Indonesia. Terbaru, gambar-gambar Manohara yang asyik berparti telah tersebar di Internet.
Latar belakang Manohara
Manohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, 28 Februari 1992) adalah seorang model Indonesia. Di usianya yang masih muda, tapi ia berhasil menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia menurut Majalah Harper’s Bazaar. Manohara memiliki darah campuran Amerika Syarikat dan Bugis, Indonesia serta berkewarganegaraan Amerika Serikat dan Indonesia.
Merupakan anak dari George Man (warga Amerika Syarikat) dan Daisy Fajarina (keturunan bangsawan Bugis) namun sudah bercerai, Ibunya kini sudah menikah dengan Reiner Pinot Noack yang berkebangsaan Perancis.
Dia kelihatan seperti tidak sedar apa yang dilakukannya malah tidak perasan gambar-gambarnya sedang diambil. Gambar-gambar beliau itu, telah menimbulkan sedikit kekecohan di Indonesia. Namun Manohara ketika ditanya oleh media Indonesia tentang gambar itu, dia mendakwa orang yang menyebarkannya tidak siuman dan gambar tersebut telah diedit.
Berikut beberapa keping lagi gambar berparti beliau. - Anda tentukan asli ke tidak gambar ini...
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)


Recent Comments