Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Anda mungkin sering mengalami masalah sukar tidur di waktu malam atau anda susah untuk terlena dan tidur selesa akibat sering terjaga. Jangan risau kerana mungkin anda tidak tahu makanan juga berupaya untuk membantu tidur malam anda menjadi lebih lena dan berkualiti. Tetapi harus diingatkan supaya mengambil makanan-makanan berikut sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur bagi membantu proses pencernaan yang lancar.
Kacang almond
Kacang almond mengandung magnesium yang berupaya membantu manusia mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Ia turut mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika kita tidur. Kacang almond akan membuatkan anda mudah tertidur dengan mematikan sirkulasi hormon adrenalin yang mengingatkan kita untuk beristirehat.
Teh hijau
Mengelakkan diri daripada mengambil minuman berkafein sebelum tidur adalah kunci utama untuk mendapat tidur lena namun terdapat juga sumber berkafein yang boleh mengatasi tidur tidak nyenyak anda. Teh hijau contohnya mengandungi Theanine yang juga membantu manusia mudah terlena.
Pisang
Pisang juga turut mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk tidur lebih lena. Seperti kacang almond, sumber mineral yang terdapat di dalam pisang membantu merehatkan otot-otot badan. Apabila kita mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang juga akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotonin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.
Susu
Sama seperti pisang, susu juga turut mengandungi triptofan. Kalsium yang terkandung dalam susu membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.
Sup miso
Sup miso pula mengandungi asid amino yang juga dapat meningkatkan kadar rembesan hormon melatonin. Suhu sup yang panas juga membangkitkan rasa selesa dan tenang. Ini akan menyebabkan anda merasa mudah mengantuk.
[Wow] - Informasi
Sejak hampir 3000 tahun sebelum Masihi lagi unta amat terkenal dan disukai di kalangan masyarakat Arab kerana ia boleh dijadikan sebagai pengangkutan manusia dan barang.
Tetapi mungkin anda semua tidak tahu yang bukan hanya daging dan susunya sahaja yang bermanfaat kepada manusia, malah air kencing unta turut mengandungi khasiat yang masih belum diketahui umum secara menyeluruh.
Merawat kanser
Penyakit kanser terjadi apabila sel-sel badan manusia membahagi dengan cepat dan menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Kanser turut menyebabkan kerosakkan organ badan yang terlibat dalam proses pembahagian tersebut. Kajian pernah dilakukan kepada penghidap kanser dengan hanya memberi mereka minum susu unta yang dicampur sedikit air kencing unta tanpa makan selama 40 hari. Hasilnya pesakit sembuh sepenuhnya.
Dalam hasil tulisan oleh Ir. Muhammad Auhaj Muhammad, beliau menyimpulkan air kencing unta kaya dengan zat-zat seperti kalium, albumin dan magnesium yang tinggi serta sangat berkesan dalam membasmi virus dan bakteria.
Merawat rambut gugur
Air kencing unta yang masih muda juga boleh membantu merawat rambut gugur dengan cara menyapu air kencing pada rambut. Ia membantu memperkuatkan lagi akar rambut.
Merawat perut kembung
Perut kembung akibat oleh radang usus besar juga boleh dirawat dengan campuran susu dan air kencing unta. Ini kerana tambahan zat 'antibody' antara susu dan air kencing unta itu sendiri. Tambahan lagi susu unta juga mengandungi susunan asid amino yang hampir menyerupai susunan hormon insulin.
Sungguhpun air kencing unta merupakan najis, tetapi disebabkan oleh khasiat yang terkandung di dalamnya, terdapat beberapa pendapat yang digunakan bagi membolehkan penggunaannya untuk merawat penyakit.
Berdasarkan Hadis Ibnu Abbas yang diriwayatkan Ahmad, Thabrani dan Thohawi, Rasullullah pernah bersabda bahawa air kencing unta dan susunya adalah ubat sakit untuk pencernaan dan ini menunjukkan kebolehan menggunakan air kencing unta bagi tujuan perubatan.
Anda mungkin juga meminati:
[Wow] - Informasi

Usah biarkan masalah ini berlarutan. Masalah kulit yang dihidapi anda sedikit sebanyak akan mencacatkan solekan dan anda akan menyebabkan rasa rendah diri. Mungkin anda juga tidak mempunyai idea bagaimana cara yang betul untuk menjaga kulit bermasalah.
Cuba lihat tips di bawah, kami telah senaraikan panduan menjaga kulit mengikut masalah kulit anda.
Panduan menjaga kulit kering
1) Jika kulit anda kering, elakkan mebersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan tisu basah, atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.
2) Bersihkan solekan di mata dengan berhati – hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati, ia akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
3) Jangan menggunakan skrub wajah yang mempunyai biji. Penggunaan skrub berbiji akan menggalakan penglupasan kulit. 4) Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.
5) Ambil supplemen yang sesuai jika masalah ini berlarutan.
Panduan menjaga kulit sensitif
1) Elakkan menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia. Anda cuma perlu teliti dalam memilih produk.
2) Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda.
3) Jangan bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
4) Pilih skrub yang mempunyai ekstrak tomato atau epal kerana ia mengurangkan iritasi pada kulit.
Panduan menjaga kulit berminyak
1) Bersihkan wajah anda sekurang – kurangnya dua kali seminggu.
2) Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.
3) Pilih supplemen yang mengandungi vitamin C organik.
Panduan menjaga kulit kombinasi
1) Jika anda ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada beberapa kawasan dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
2) Elakkan membersihkan wajah dengan menngunakan produk yang berunsurkan krim kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.
Panduan menjaga kulit berjerawat
1) Jika anda mempunyai masalah ini, anda tidak disarankan untuk mencuci wajah secara kerap. Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih wajah berkali – kali dalam sehari.
2) Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit. 3) Elakkan memicit jerawat pada muka anda.
Selamat mencuba!
[Wow] - Informasi
Inilah akibat berpakaian seksi dan tidak tahu malu, sehingga orang awam mengambil kesempatan secara senyap dengan hanyan mengunakan telefon bimbit mereka~!



[Wow] - Sakit Mata
Tahun ini menyaksikan lebih banyak tablet-tablet baru muncul seperti Nexus 7, Galaxy Tab 2, Asus Transformer TF700, Acer Iconia A110 dan Sony Xperia Tablet Z.
Terbaru, syarikat HP akhirnya muncul dengan tablet terbaru HP Slate 7, namun tampil berbeza apabila ia mesra Android.
Tablet keluaran HP menampilkan ciri saiz 7.0 inci beroperasi pada sistem operasi (OS) Android 4.1 Jelly Bean dan hanya seberat 340 gram.
Dengan muncul HP Slate 7, syarikat HP berharap ia dapat mencabar pengeluar tablet sedia ada dengan pemprosesan dwi teras ARM Cortex A9 1.6 GHz, resolusi skrin 1024x600 selain menggunakan setoran 8GB.
Selain itu, Slate 7.0 juga mempunyai jangka hayat bateri lima jam dengan port seperti mikro USB dan dua kamera iaitu 3.0 megapiksel di belakang serta VGA di depan.
SPESIFIKASI
HP Slate 7
Harga: RM499
OS: Android 4.1 Jelly Bean
Skrin: 7 inci 1024 x 600 piksel
Pemprosesan: Dwi teras ARM Cortex A9 1.6GHz
RAM: 1GB
Memori: 8GB
Slot: Kad mikroSD, mikro USB
Audio: Beats Audio
Dimensi: 197.1 x 116.1 x 10.7mm
Berat: 340g
[wow] - Teknologi
Kepada peminat filem "Kick Ass" pasti tidak sabar untuk menonton sekuel filem "Kick Ass 2" yang telah pun ditayangkan pada 29 Ogos lalu. Tetapi bagi sesiapa yang belum tonton lagi, jom kenal watak-watak yang terdapat dalam filem "Kick Ass 2" ini.
![]() |
| Aaron Taylor-Johnson sebagai David Lizewski a.k.a. Kick-Ass. |
![]() |
| Chloë Grace Moretz sebagai Mindy Macready a.k.a. Hit-Girl. |
![]() |
| Christopher Mintz-Plasse sebagai Chris D'Amico a.k.a. The Mother F%&*^r . |
![]() |
| Olga Kurkulina sebagai Katryna Dubrovsky a.k.a. Mother Russia. |
![]() |
| Lindy Booth sebagai Miranda Swedlow a.k.a. Night-B*tch. |
![]() |
| Daniel Kaluuya sebagai Black Death. |
![]() |
| Tom Wu sebagai Genghis Carnage. |
[Wow] - Hiburan
Pelantun suara berimej seksi Korea Selatan, Lee Hyori secara rasminya sudah melangsungkan perkahwinan.
Menurut laman sesawang M Wave, bekas anggota Fin.K.L. tersebut mengahwini kekasihnya, pemuzik dan anggota Verandah Project dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di vila peribadi milik mereka di Jeju-do.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat, dan tiada sebarang foto perkahwinan telah dikeluarkan secara rasminya oleh pihak pengantin.
Namun begitu, menurut sumber, Hyori meraikan hari perkahwinannya dengan sepasang gaun pengantin putih tanpa lengan dengan mahkota yang dibuat dari bunga, sementara suaminya Lee Sang-soon pula memakai tuksedo berwarna biru muda.
Pada tahun 2011, Lee Hyori mengejutkan ramai apabila mengumumkan yang dia sedang bercinta dengan Lee Sang-soon, seorang pemuzik yang tidak begitu dikenali itu, selepas sama-sama terlibat dalam pelbagai program kebajikan berkaitan haiwan terbiar.
[Wow] - Kpop
Sebuah syarikat di Jepun telah mereka cipta bantal comel berbentuk makanan pastri seperti roti bakar, penkek dan donut untuk memberikan variasi dalam pemilihan corak serta bentuk bantal.
Buat yang menggemari sesuatu yang unik dan kreatif, bantal ini dapat lari daripada kebiasaan bantal segi empat tepat atau segi empat sama yang sering dijual di kedai-kedai perabot berdekatan.
Bantal ini juga boleh digunakan seperti tilam mengikut bagaimana caranya anda mahu menggunakan bantal tersebut.
Satu set terdiri daripada empat bantal pastri yang berbeza corak dan bentuk yang dijual pada harga Yen 16000 (RM544).
[Wow] - Macam macam
Yuzhou – Menjadi seorang ibu bukan sesuatu yang mudah, kerana kerja-kerja seharian yang dijalankan tidak pernah berakhir.
Setiap hari masa yang ada digunakan sepenuhnya.
Itu yang berlaku kepada seorang ibu di China yang ditahan oleh polis ketika dia menyusu bayinya yang berusia 18 bulan sambil menunggang motosikal.
Tanpa menghiraukan orang ramai, dia menyusu bayinya itu di atas jalan selepas bayi itu menangis.
Ketika itu motosikal tersebut sedang bergerak.
Sebelah tangannya memegang bayi itu manakala sebelah lagi tangan mengawal motosikal.
Polis terpaksa memberhentikan motosikal yang dinaikinya itu kerana bimbang ia boleh menyebabkan kemalangan.
“Dia bukan sahaja membahayakan nyawa dirinya sendiri, malah bayi dan pengguna jalan raya lain juga terjejas.
“Kami memberi amaran kepadanya jika dia terus berbuat demikian, maka kami akan merampas motosikal itu,’’ kata polis.
[Wow] - Biar Betul
Beijing: Pihak berkuasa China membersihkan kira-kira 100,000 kilogram (kg) ikan dari sebatang sungai di negara itu, didakwa mati akibat keracunan amonia dari sebuah kilang kimia, kata pegawai alam sekitar dan media tempatan.
Kejadian yang meningkatkan kebimbangan mengenai masalah pencemaran yang semakin kerap melanda negara itu berlaku di Sungai Fuhe di tengah China sejak Isnin lalu.
Jabatan perlindungan alam sekitar wilayah Hubei berkata, kejadian disebabkan oleh sebuah syarikat tempatan Hubei Shuanghuan Science and Technology Stock Co.
“Ujian daripada sampel yang diambil menunjukkan paras amonia dari parit syarikat terbabit jauh melepas paras yang dibenarkan mengikut standard kebangsaan,” kata seorang pegawai.
Syarikat terbabit bagaimanapun enggan membuat sebarang ulasan.
Kawalan lemah
Kawalan lemah dalam industri dan kurangnya penguatkuasaan, semakin memburukkan lagi masalah pencemaran di China yang dikatakan berpunca daripada pembangunan pesat republik itu sejak tiga dekad lalu.
Insiden berprofil tinggi tahun ini termasuk haiwan mati yang dibuang ke dalam sungai, meningkatkan kebimbangan umum dan kecurigaan terhadap tahap keselamatan air yang mereka minum.
“Insiden terbaru itu menjejaskan perkampungan nelayan di Huanghualao, dihuni kira-kira 1,600 nelayan yang bergantung hidup daripada sumber perikanan,” kata setiausaha Parti Komunis di kampung berkenaan, Wang Sanqing.
Beliau berkata ikan yang mati terapung di sepanjang sungai sehingga kelihatan seperti salji.
“Penduduk di kampung ini mempunyai kira-kira 150 bot dan boleh mengalami kerugian hingga 70,000 yuan (RM37,568) sehari,” katanya.
Jabatan kesihatan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memakan ikan terbabit tetapi berkata, air minuman tidak terjejas.
Ia juga mengesahkan bahawa operasi syarikat berkenaan sudah digantung sehingga masalah yang berlaku dapat diatasi.
Agensi berita Xinhua melaporkan kira-kira 100,000kg ikan mati sudah dibersihkan di sepanjang 40 kilometer aliran sungai itu tetapi tidak menyatakan jumlah ikan yang mati. - AP
[Wow] - Berita Dunia
Terbaru, semakin banyak yang mengeluarkan telefon pintar nipis. Boleh dikatakan setiap bulan telefon pintar ternipis dikeluarkan.
Paling baru Vivo X3, yang memperkenalkan telefon pintar ternipis dunia dengan ukuran ketebalan 5.75 Milimeter. Telefon Vivo X3 tersebut berhasil mengalahkan telefon pintar tipis lainnya seperti Huawei Ascend P6.
Namun tidak semua telefon pintar daripada model ini memiliki ketebalan 5.75 milimeter. Untuk telefon pintar warna putih, hadir dengan ukuran sedikit lebih tebal, yakni sebesar 5.95 milimeter.
Mempunyai skrin berukuran 5 inci HD 720p dan bahagian dalamnya, tersemat prosesor quad core MediaTek 1.5GHz yang ditunjang dengan RAM sebesar 1GB.
Terdapat pula kamera 8MP di bahagian belakang dan kamera 5MP di depan. Untuk sumber tenaga, terdapat bateri berkapasiti 2000 mAh.
[wow] - Teknologi
PENYANYI Cakra Khan tidak mahu mencari kekasih yang dicungkil dari mana-mana pertandingan ratu cantik.
Kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Harus Terpisah ini, dia tidak mahu kekasihnya itu menjadi buruan jejaka lain kerana perkara itu akan membuatkannya sakit hati.
"Tidak, saya tidak mahu wanita cantik kerana takut tertekan dengan lelaki yang cuba menghampirinya.
"Kalau boleh yang biasa-biasa sahaja dan yang penting dia seorang yang setia," katanya seperti dipetik kapanlagi.com.
Jelas Cakra, wanita pilihannya perlu memahami pekerjaan dia sebagai seorang artis dan menjadi penjaga rumah tangga yang baik dan setia. mStar
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)

















Recent Comments