Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selepas hampir setahun bercerai dengan Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz.

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 30, berkata, semenjak bercerai dia masih belum menemui sebarang pengganti dan tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu buat masa ini.

"Saya belum ada pengganti dan cerita yang keluar mengenai saya itu semuanya tidak benar," katanya kepada mStar Online.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz yang juga anak kepada tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan pada 11 Disember 2011 sebelum bercerai hanya selepas 11 bulan berkahwin.

Dalam pada itu, Ana berkata, dia merasakan sekarang bukan masa yang sesuai untuknya kembali menjalinkan hubungan cinta sebaliknya mahu memberikan fokus kepada karier lakonan yang semakin berkembang.

Jelas Ana, dia bukan serik untuk bercinta dan berkahwin lagi tetapi meletakkan soal itu kepada jodoh dan ketentuan Allah buat masa ini.

"Serik itu tidak tetapi ada benda lain yang menjadi keutamaan saya buat masa sekarang dan soal jodoh itu biarlah Allah yang menentukan," jelasnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ana berkata dia kini sedang sibuk menyiapkan beberapa projek drama dan mengakui jadualnya semakin sibuk.


ANAK kepada pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes iaitu Suri Cruise dilaporkan telah mengalami patah tangan dan dipercayai terjatuh ketika sedang bermain di rumahnya di Manhattan, New York.

Suri yang tinggal bersama ibunya sejak pasangan itu bercerai pada tahun lalu kini sedang berehat dirumah sejak daripada kejadian itu.

"Masih belum diketahui apa punca sebenar dia patah tangan tetapi keadaannya kini semakin pulih," ujar sumber terdekat keluarga itu kepada majalah People.

Kali terakhir Suri dilihat di tempat awam ketika melawat bapanya di London sebelum mengikut ibunya ke lokasi penggambaran filem Miss Meadows di Cleveland, Ohio.

Dalam perkembangan sama, Tom dilaporkan sedang dalam proses membeli sebuah rumah di Nothing Hill, London untuk memudahkan anaknya itu datang ke sana untuk melancong ke Eropah.
 
PENYANYI dan pelakon terkenal Indonesia iaitu Agnes Monica bakal melebarkan karier muziknya di Amerika Syarikat dan dilaporkan akan bekerjasama dengan penerbit terkenal Russell Simmons untuk albumnya nanti.

Agnes, 28, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkhabaran terbaharu itu dan meminta supaya peminat bersabar tentang tarikh sebenar pelancaran album sulung antarabangsanya.

"Bukan saya tidak mahu memberitahu tentang album tersebut tetapi biarlah pihak pengurusan di Amerika yang membuat pengumuman itu," katanya.

Tambah Agnes, pihak pengurusannya di sana juga telah merangka pelbagai aktiviti promosi dan bertemu media bagi memperkenalkannya dikalangan peminat di sana sebelum melancarkan album tersebut.

Dalam perkembangan sama, selain dikhabarkan telah merakamkan lagu bersama beberapa penerbit terkenal termasuk Timberland, Agnes juga dilaporkan akan bekerjasama dengan bekas koreografer Lady Gaga untuk persembahan di sana nanti.

Dalam pada itu, Agnes telah pun melancarkan sebuah album berbahasa Inggeris secara digital untuk para peminatnya di Indonesia berjudul Agnes MO.

Jelas Agnes, album tersebut dilancarkan bagi membiasakan peminatnya dengan lagu-lagu bahasa tersebut sebelum dia muncul dengan album antarabangsanya.

"Saya bukan lupa diri dan tidak bangga dengan bahasa Indonesia tetapi ia untuk membiasakan peminat untuk mendengar saya menyanyi dalam bahasa Inggeris," katanya.
air-force-one
 
PESAWAT putih bergaris biru jenis Boeing VC-25 yang merupakan modifikasi dari Boeing 747-200B ini acap kali disebut sebagai Air Force One, meskipun Air Force One sendiri sebenarnya asalah 'callsign' untuk pesawat yang dinaiki Presiden AS, tanpa mengira apa pun jenisnya.
 
Ia akan diiringi atau didahului oleh C-17 Globemaster III atau C-5 Galaxy yang membawa semua kelengkapan sang presiden, seperti helikopter Marine One, limosin rasmi Presiden, dan para agen US Secret Service
 
Ketika Air Force One berada di ruang udara, lapangan terbang berhampiran perlu dikosongkan.
 
Penerbangan lain perlu ditunda atau dibatalkan, dan kawasan di sekitar tempat parkir AF I juga akan dikawal oleh agen-agen US Secret Service.
 
Presiden AS di dalam negaranya saja menerima hingga 300 ancaman setiap hari, apatah lagi bila berada di luar negara.
 
Air Force One, umumnya adalah pesawat tiga tingkat B747-200B yang telah dimodifikasi dengan keluasan 4.000 kaki persegi.
 
Pejabat atau bilik kerja presiden dan stafnya mendominasi dek tingkat dua.
 
Dek tingkat pertama atau bahagian bawah pesawat menjadi ruang kargo dan bagasi.
 
Sementara dek tingkat ketiga atau paling atas, hanya dikhususkan untuk kokpit, lounge, dan ruang komunikasi. 
 
Air-Force-One-28000-Main1-small 
 
Air Force One dipasang 19 televisyen yang menyiarkan hampir semua siaran televisyen seluruh dunia.
 
Disebabkan sarat dengan peralatan elektronik, sebahagian dari berat pesawat ini 'dikuasai' oleh kabel.
 
Kabel ini telah diberi pelapis khusus dan mampu bertahan dari serangan gelombang elektromagnet (EMP/Electro Magnet Pulse) yang terhasil dari ledakan nuklear.
 
Untuk rekod, hanya ada satu Air Force One yang diperuntukkan bagi presiden; jika penolongnya yang menaiki pesawat berkenaan, ia akan hanya akan dikenali sebagai Air Force Two. 
 
Fakta lain
 
Ada dua pesawat Boeing 747 Air Force One.
 
Panjang pesawat dari depan hingga ke ekor mencapai 70.4 meter. Tinggi pesawat 19.4 meter. Luas ruang kabin dalam pesawat 371.6 meter persegi. Berat pesawat 400 ton.
 
Air Force One dapat terbang dengan kelajuan maksimum 1014 km/jam (mach 0.92) 
 
Juruterbangnya mesti memiliki lebih dari 2000 jam terbang, pengalaman terbang ke seluruh dunia dan catatan penerbangan/ rekod perkhidmatan yang terbaik, Itulah syarat kalau mahu menerbangkan Air Force One.
 
Air Force One dianggap sebagai pesawat paling selamat sedunia.
 
Dari segi aturan tempat duduk, wartawan duduk di bahagian belakang, pejabat dan VIP duduk di barisan depan. Semakin penting posisi seseorang maka semakin hampir dia duduk dengan presiden.
 
Air Force One berpangkalan di lapangan angkatan udara ke 89 Airlift Wing, pangkalan udara Andrews, Maryland, kira-kira 16 km dari White House.
 
43469410



Spesis ikan jerung terbaru ditemui di dasar lautan di sini apabila ikan tersebut dikatakan menggunakan siripnya untuk 'berjalan', jelas salah sebuah organisasi alam sekitar pada Jumaat.

Jerung berwarna perang keputihan itu dijumpai ketika sedang mencari anak-anak ikan kecil yang berenang di celah-celah terumbu karang di Kepulauan Maluku.

Menurut wakil Konservasi Antarabangsa, jerung tersebut boleh membesar hingga 80 sentimeter panjang dan tidak beracun kepada manusia.

Jerung buluh atau dikenali sebagai jerung ekor panjang adalah antara spesis jerung terkecil jika dibandingkan dengan spesis jerung lain yang boleh mencecah hingga 120 sentimeter.

Apa yang lain pada jerung ini adalah pada bahagian ekornya yang bersaiz lebih besar daripada anggota badan lain di mana spesis tersebut boleh ditemui di perairan Indonesia, Australia dan Papua New Guinea.

Wakil Konservasi Antarabangsa (Indonesia), Ketut Sarjana Putra berkata dengan penemuan tersebut yang kini mula mendapat liputan media, kawasan-kawasan selaman yang kurang mendapat perhatian pelancong akan mula menjadi tumpuan.

Tambah beliau, pelancong akan mula tertarik dengan spesis tersebut kerana ia tidak beracun dan tidak merbahaya kepada manusia jika dibandingkan dengan spesis-spesis jerung yang lain.

Spesis tersebut mula menjadi bahan kajian saintis apabila pihak kerajaan Indonesia telah meningkatkan usaha melindungi jerung-jerung.


Sasha Grey

SAO PAULO: Bekas bintang filem lucah Amerika Syarikat, Sasha Grey, bercita-cita membuka laluan baru dalam pembikinan novel bertujuan mengukuhkan lagi emansipasi wanita. Grey, 25, berada di sini untuk mempromosi buku erotik pertamanya berjudul 'The Juliette Society.' 

Dia disambut kira-kira 1,000 peminat ketika melancarkan bukunya dan menyatakan harapan dapat mengikut jejak langkah penulis Britain, E.L James yang mendapat sambutan hebat menerusi buku '50 Shades of Grey.' 

Studio 20th Century Fox sudahpun menawarkan untuk membeli hak menyiarkannya ke layar perak. 


Harap dapat sambutan seperti '50 Shades of Grey' 

'The Juliette Society' mengisahkan watak Catherine, seorang pelajar filem yang terbabit dalam hubungan asmara di kalangan ahli sebuah kelab orang berpengaruh. 


Ahlinya yang membabitkan kalangan pegawai bank, pemilik media, penyeludup senjata, bekas pegawai tentera dan pemimpin Kristian terbabit dalam hubungan seks rambang di kalangan mereka. 


“Catherine tahu bagaimana mengawal keadaan dan memegang kuasa," kata Grey yang nama sebenarnya ialah Marina Ann Hantzis dari California. 

“Seperti juga Catherine, saya suka berangan-angan mengenai detik asmara," katanya yang menyifatkan penulisan membabitkan sesuatu yang lebih kreatif berbanding filem lucah. 

Grey yang setinggi 1.70 meter dan berambut hitam, mula menceburi filem lucah di Los Angeles sebaik berusia 18 tahun. 

Dia mulanya mahu menggunakan nama Anna Karina, seorang aktres Perancis sebelum menggunakan namanya sekarang. 

Pada 2011, Grey bersara daripada bidang filem lucah atas alasan sudah mencapai semua yang dihajatinya sebelum membuka syarikat produksi sendiri tetapi ia meneui kegagalan.

Wahhhhh... Mahal Siooott Seluar jeans nih.. nampak elok je kan? Tapi sebenarnya, seluar jeans ini sudah berusia 64 Tahun~!!! Seluar jeans ini antara yang paling RARE dan paling MAHAL dijual semasa KK BUNDLE FEST yang berlansung di Karamunsing Kota Kinabalu, Sabah. Agak-agaknya, ada tak orang nak beli jeans nih??
Paris - Mendapat pendidikan di sekolah seni berprestij di Paris rupanya membuat anak Perdana Menteri New Zealand, John Key, tidak teragak-agak untuk tampil penuh "seni" walau terlihat topless. Bahkan, taraf sebagai anak dari orang ternama di New Zealand sedikit pun tidak membuatnya gentar.

"Potret diri Stephanie Key dengan pelbagai pose sensual muncul sebagai gerbang promosi Paris Design Week yang diadakan bulan depan," tulis Daily Mail, Minggu, 27 Ogos 2013. Gadis berusia 20 tahun ini tampil begitu bersahaja, walau dengan pose yang terlampau sensual.

Gambar yang paling kontroversi menunjukkan Stephanie tengah berpose topless dengan buah ceri di mulutnya sambil memegang pistol di satu tangan. Ada pula pose berbaring dengan burger McDonald yang menutupi payudaranya. Selain itu, ada juga pose Stephanie yang telanjang dengan sushi di payudaranya dan sotong yang menutupi bahagian bawah tubuhnya.

Dalam satu kenyataan, seorang jurugambar fashion di New Zealand menuturkan, Stephanie mempunyai bakat dalam hal ini. Namun ia mengakui, karya Stephanie kali ini sangat berani, memandangkan latar belakangnya sebagai anak sang perdana menteri.



Pelakon cantik Korea Selatan, Go Jun Hee sedang menjadi sorotan. Jun Hee membuat sejumlah penggemarnya terkejut kerana foto-foto seksinya menghiasi dunia maya.

Sebelumnya, foto-foto seksi Jun Hee memang lebih dulu beredar. Namun, foto-foto yang kembali beredar, dinilai lebih seksi dari sebelumnya. Ia berpose menggunakan lingerie dan juga pakaian dalam saja. Ia tampil seksi dan menggoda dalam setiap posenya.

Seperti dikutip dari Allkpop, foto-foto tersebut untuk majalah Grazia. Gambar-gambar tersebut diambil di sebuah hotel di Manhattan, New York.

"Jun Hee langsung mengambil bahagian dalam konsep dan fotonya. Ia memperlihatkan profesionalnya, menunjukkan minatnya. Ia mempunyai tubu seperti manekin sehingga kita tak perlu mengeditnya lagi," ujar wakil bintang siri The Chaser ini.

Artis berusia 27 tahun ini, terpilih sebagai model Calvin Klein 2013, untuk pakaian dalam dan koleksi pakaian.
268346 210759225641364 488826 n 

SEKALI imbas mungkin tiada apa yang peliknya dengan papan tanda ini.
 
Sekali baca, tuan kedai mungkin mahu pelanggannya menimbang dulu telur ayam yang hendak mereka beli sebelum membuat bayaran. Tetapi kalau baca 'dua kali', tiba-tiba terbit rasa lucu pulak.
 
Macam 'double meaning' pun ada juga.
Isteri Tua

Seorang wanita yang juga merupakan isteri pertama telah bertindak di luar batasan apabila menyerang madunya di tepi jalan yang dipenuhi dengan khalayak umum di China, baru-baru ini.

Tindakan wanita itu dipercayai akibat ketidakpuasan hatinya terhadap suaminya yang tetap ingin berkahwin dengan madunya itu.

Menurut si isteri muda, suaminya yang sangat tergila-gilakannya sehingga mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Menerusi gambar-gambar di bawah ini dapat dilihat kedua-dua wanita itu saling tarik-menarik dan bergaduh sambil disaksikan pejalan kaki di situ.

Menurut kepercayaan orang Cina, lelaki tidak dibenarkan untuk berkahwin dua, tetapi tak tahulah pula kan untuk situasi ini.

Isteri Tua1
Kembar Barbie Dunia Nyata Dari Korea, Adakah Mereka Benar?
Adakah mereka ini lelaki atau memang gadis yang comel? Tapi apa-apapun, mereka memang sangat comel dan menawan.Sumber