Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



baby 22

Kejam! Inilah mayat bayi yang ditemui di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu. Ia ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, awal pagi kelmarin.
Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut.

Mayat bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama.

Pemeriksaan awal mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan pada bahagian badan, lengan dan tengkorak kepala pecah dan ia berkemungkinan berusia dalam tempoh 48 jam.
Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian berpagar dan dipercayai tidak berkunci semasa kejadian.

Mayat berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hosital Dungun untuk pemeriksaan lanjut serta dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika mengesahkan kes berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci daripada pelbagai sudut termasuk melihat rakaman kamera tertutup (CCTV) serta menyoal siasat beberapa saksi yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

Menurut Ismail, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Rektor UiTM Dungun, Profesor Madya Dr Abdol Samad Nawi ketika dihubungi berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis.

"Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis siasat dahulu kes ini kerana ia adalah kes polis,” katanya. Sinar Harian

Robin Gutheridge 

New York - Demi mengelak ditangkap seorang suspek rompakan bank nekad melompat melalui saluran sampah apartmen dari ketinggian kira-kira 61 meter sebelum terjatuh ke dalam tong sampah, kata polis semalam.

Robin Gutheridge, 26, menggelongsor dari tingkat 21 apartmen Plaza Clinton yang terletak hanya beberapa blok dari cawangan sebuah bank yang dirompaknya sebelum itu.
Pegawai polis Tom Connellan berkata, Gutheridge bernasib baik kerana tidak terbunuh akibat tindakannya itu.

Katanya, Gutheridge masih sedarkan diri dan boleh bercakap ketika ditahan polis sejurus kemudian. “Dia terselamat kerana dapat memperlahankan kelajuan jatuhan itu dengan berpaut pada pemegang pelongsor dan sampah yang ada dalam tong pula menahan hentakan tubuhnya ketika dia tercampak,” katanya.

Anggota bomba dihubungi bagi mengalihkan tong sampah berkenaan dan mengeluarkan Gutheridge.

Gutheridge kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Universiti New York akibat kecederaan dalaman dan patah tulang. - AP
Ada banyak cara untuk mengingatkan orang betapa pentingnya keselamatan memandu. Namun hal yang dilakukan oleh wanita-wanita ini nampaknya cukup nyeleneh. Mereka rela tampil topless untuk mengingatkan penunggang betapa bahayanya mengebut.

Di sebuah jalan di wilayah Nizhniy Novgorod, timur Moscow, Rusia ada wanita-wanita yang rela hanya memakai seluar dalam tanpa menutup bahagian atas tubuh mereka.

Dari sebuah video kelihatan 2 orang wanita cantik yang hanya menggunakan ling * erie bahkan sesekali terlihat telanjang dada membawa papan rambu lalu lintas bertuliskan 40 dan 60 km / jam.

Aksi tersebut diselenggarakan oleh LSM Autodvijenie dan didukung oleh polisi setempat. Mereka menganggap aksi ini sukses. Tentu saja karena tiap pengemudi melambat ketika melihat aksi mereka.

Kampanye keselamatan berkendara sendiri dilakukan karena menurut polisi setempat ada 203.597 kecelakaan di jalan Rusia pada tahun 2012. Dari jumlah tersebut, 27.991 orang tewas dan 258.618 terluka. Dan salah satu pelanggaran yang paling sering adalah ngebut.

Sebuah inisiatif serupa terjadi baru-baru ini di Denmark dimana sekelompok wanita topless yang menyebut diri mereka Speed Control Bikini Bandits juga memegang rambu batas kecepatan lalu lintas dengan menggunakan pakaian seksi.

KANADA – Menjijikkan. Bekas mangsa taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat beberapa tahun lalu, Joshua Clark dikenal pasti sebagai individu yang menelan jari kaki yang disimpan di dalam balang, selepas menyertai cabaran Sourtoe Cocktail.
Selepas menelan jari kaki itu, dia menghulurkan wang sebanyak $500 dolar sebagai bayaran denda kerana berbuat demikian.
Clark mengambil bahagian dalam cabaran Sourtoe Cocktail iaitu satu acara tradisi penduduk Dawson City.
Ia diperkenalkan pada 1973.
Peraturan permainan Sourtoe Cocktail itu ialah jari kaki akan dimasukkan ke dalam gelas bir.
Mereka yang menyertai cabaran itu perlu menyentuh bibir pada jari kaki berkenaan yang telah direndam dengan garam dan alkohol dan perlu membayar sebanyak $5 dolar.
Peserta kemudiannya akan mendapat sijil sebagai anggota  Sourtoe Cocktail yang setakat ini sudah mempunyai 100,000 anggota.
Namun Clark telah melakukan sebaliknya apabila dia menelan ibu jari kaki berkenaan, menyebabkan penganjur cabaran Sourtoe Cocktail terpaksa mencari jari kaki yang baru.
Selain itu, denda yang dikenakan kerana menelan jari kaki berkenaan juga dinaikkan kepada $2,500 dolar.
Jari kaki berkenaan dipercayai milik Steve White, yang telah dipotong pada Januari 2000.
White menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum mendermanya pada bulan April 2002.
jesstin
ATLANTA – Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan meninggal dunia selepas bapanya secara tidak sengaja telah tertembaknya dengan senapang di kediaman mereka, awal pagi tadi.
Mangsa, Jesstin meninggal dunia ketika dibawa dalam keadaan berlumuran darah dengan ambulans ke hospital.
Bapanya,  Jesse Sellers, dikatakan mengacukan senapang itu ke arah anaknya kerana mahu menakutkan kanak-kanak berkenaan tanpa menyedari ia berisi peluru.
Polis secara rasmi tidak memaklumkan siapa yang menembak kanak-kanak malang itu namun mereka dijangka mendakwa Sellers atas tuduhan membunuh.
Ketika kejadian, terdapat tiga orang dewasa dan tiga kanak-kanak dalam apartment tersebut.
Sellers mempunyai empat anak berusia antara dua hingga lima tahun.
Dalam pada itu, saksi memberitahu, ibu mangsa cuba memberikan rawatan CPR kepada anaknya ketika dia dibawa ke hospital.

Orang selalu kata, lelaki selagi tak cukup kuota 4, selagi tu mencari-cari. Maknanya, kalau dah cukup kuota 4, laki tu akan setia kepada yang 4 tu jelah ek? Mungkin.

Kes-kes curang yang berlaku samaada di Malaysia mahupun di negara-negara lain selalu dikaitkan dengan lelaki. Kenapakah lelaki ni selalu je buat pasal dan cari pasal walaupun dah punyai bini/awek yang baikhati, suci, mantap, dan masih lagi bergetah-getah.

Beberapa punca telah dikenalpasti dan diolah menjadi satu bentuk artikel mudah oleh |Skuad Pencarian Sebab Munasabab|

1) Kaya

- curang selalunya dikaitkan dengan berharta. Lelaki yang kaya lebih cenderung untuk curang kerana kebanyakan perempuan mudah ditekel dengan handbag Gucci dan juga kasut Padini.

2) Handsome

- muka yang jambu dijadikan faktor curang. Walaupun miskin, papa, kedana, sengkek, tapi asal ada rupa, mak-mak datin senang dijadikan mangsa.

3) Bosan
- perhubungan selama 5tahun akhirnya diakhiri ditamatkan kerana bosan. Tiada aktiviti yang menyeronokkan seperti mula-mula bercinta.

4) Menyampah

- mungkin dah penat melayan kerenah bini/awek yang terlalu mengada-ngada atau demand lebih, akhirnya curang menjadi penyelesaian. Selama ini, selalu menipu untuk menjaga hati pasangan, tetapi hakikatnya, ...

5) Counter-Curang

- si pasangan perempuan memulakan langkah curang, akhirnya lelaki juga mulai mencari ruang-ruang kosong untuk counter-curang. Konsep ini diberi nama fair and square.

6) Terlanjur
- kegiatan lelaki perampas dara perempuan. Apabila sudah mencapai target untuk terlanjur bersama pasangan, maka mangsa seterusnya dicari.

7) Queen Control

- lelaki yang selalu menjadi mangsa kepada bini/awek selalunya akan bertindak secara senyap-senyap. Walaupun pada fizikalnya nampak biasa, tetapi adanya satu perasaan ingin memerintah di dalam hati.

8) Selekeh

- sama seperti perempuan, imej adalah satu perkara penting di dalam hidup. Bini/awek yang selekeh juga boleh menjadi faktor lelaki curang.

9) Cinta lama

- sama seperti drama-drama TV indonesia yang selalu ditayangkan di media prima, awek lama yang muncul kembali juga boleh menjadikan seorang lelaki itu curang kepada pasangannya. Lebih-lebih lagi, jika si awek lama bagi greenlight

10) Sangap lebih

- nafsu lelaki yang tak dapat dikawal juga menjadi punca berlakunya curang. Lebih-lebih lagi, jika tuntutan nafsunya tidak dapat dilayan oleh pasangan.
Seorang pengantin remaja, Sahar Gul yang baru berusia 15 tahun telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis di Baghlan, Afghanistan selepas menerima laporan dari jirannya yang mendengar tangisan Gul. Gul dikatakan telah didera, dipukul dan dikurung di dalam tandas untuk lima bulan kerana tidak ingin mengikut arahan keluarga suaminya untuk menjadi pelacur. 

Selain itu, Gul juga membakar kulitnya dengan puntung rokok dan mengorek dagingnya dengan playar. Gul memberitahu dia telah dikurung oleh keluarga suaminya terutamanya mak mertua. Polis telah berjaya menahan mak mertua dan kakak ipar tetapi bapa mertua serta suaminya dalam perlarian tetapi sedang diburu polis.






KOTA KINABALU: Harga rumah di Sabah kini merupakan yang kedua paling mahal di negara ini, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Abdul Rahman Dahlan.
Menurutnya, kedudukan nombor dua itu disebabkan oleh peningkatan mendadak kos pembinaan rumah di Sabah sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Ekspo Hartanah anjuran Persatuan Pemaju-Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) di Pusat Perdagangan Sabah di Likas dekat sini semalam.
Menurut Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (NAPIC) purata kenaikan harga rumah tahunan Malaysia adalah antara 9.96 peratus dan 12.3 peratus, manakala kenaikan harga rumah bagi Sabah sahaja ialah 8.05 peratus pada 2011 dan 13.11 peratus pada 2012.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, purata harga rumah di Sabah sekarang pula ialah RM382,160 seunit.
“Kebimbangan kita ialah peningkatan pendapatan di Sabah tidak berkembang seiring dengan kenaikan mendadak harga rumah,” katanya bagi menggambarkan semakin ramai yang tidak mampu memiliki rumah di Sabah.
Beliau berkata antara penyebab utama kenaikan mendadak harga rumah di Sabah ialah kos buruh dan alat pembinaan terus meningkat, semakin kurangnya kawasan tanah di kawasan perbandaran sedangkan pendapatan isirumah tidak meningkat seberapa.
“Di Sabah di mana sebenarnya terdapat keluasan tanah yang mencukupi sepatutnya harga rumah-rumah ini tidak meningkat mendadak sebegini.
“Sehubungan ini saya merayu kepada SHAREDA agar memberi kerjasama dan sokongan untuk melancar dan mempercepat pembinaan rumah-rumah mampu milik bernilai kos rendah dan sederhana,” katanya.
Tanggungjawab sosial
Katanya, para pemaju hendaklah juga memikirkan tanggungjawab sosial dan tidak hanya mengejar keuntungan semata-mata.
Menurutnya, pihak kerajaan pusat memang sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat dan bagi belanjawan tahun 2013 ini telah memperuntukkan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Pembinaan rumah mampu milik ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Kebangsaan, PRiMA dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
“Dari 2001 hingga 2012, kementerian saya telah pun membangunkan 91 Projek Perumahan Rakyat yang terdiri daripada 68,886 unit di seluruh negara, sama ada untuk sewaan pada kadar RM144 sebulan atau dijual terus pada harga RM42,000 seunit.
“Dari jumlah ini, sebanyak 11,531 unit dibina di Sabah yang merupakan penerima kedua terbesar projek perumahan rakyat selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” jelasnya.
Abdul Rahman juga menjelaskan sebanyak 12 projek perumahan rakyat melibatkan 6,235 unit masih sedang dibina di Sabah.
Statistik menteri itu menunjukkan kerajaan persekutuan hanya dapat membina purata 6,262 unit rumah rakyat setahun bagi tempoh 11 tahun dari 2001, dan itupun seperti diakui menteri berkenaan sebahagiannya masih lagi belum siap sehingga kini.
Berlaku di negara china dimana seorang pemandu lori sanggup membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain. Well, ONLY IN CHINA~!




Di China seorang wanita yang membuang sampah sesuka hati menerima balasan yang sadis dari seorang penyapu sampah di Hunan, Zhou Ting (22) putus jari hantunya selepas dikelar oleh Guo Nengfang (33) kerana membuang sampah dari kenderaan yang dinaikinya. Menurut laporan NetEase Guo Nengfang bengang apabila melihat kawasan yang baru disapunya dikotorkan semula oleh Zhuo. Guo menyuruh Zhuo mengutip sampah yang dibuangnya tadi tetapi Zhuo enggan. Guo naik hangin dan mengelar tangan Zhuo dalam sebuah pergelutan. Jari Zhou berjaya disambung dan Guo kini ditahan polis. Yang menarik tentang insiden ini ialah Gio Nengfang kembali menyapu jalan selepas mencederakan Zhuo Ting. Beliau hanay berhenti bekerja dan melarikan diri keatas bangunan apabila cuba ditangkap polis. 






Satu petak tempat letak kereta individu dijual pada harga AS$166,666 (RM509,190) di Hong Kong, menurut beberapa laporan semalam. Petak itu kini menjadi salah satu cara untuk para pelabur memperoleh keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi.

Pada minggu lalu, seorang hartawan Hong Kong, Li Ka-shing menjual 514 petak tempat meletak kereta dan memperoleh sebanyak AS$77 juta (RM235.24 juta), menurut akhbar South China Morning Post dan The Standard.

Petak tempat meletak kereta di Hong Kong boleh disewa pada harga AS$490.30 (RM1,497) hingga AS$606.43 (RM1,852) sebulan.





Marshanda
PENYANYI Indonesia, Marshanda mempunyai cara yang pelik untuk menidurkan anaknya Sienna Ameerah Kasyafani yang berusia tujuh bulan iaitu dengan menyanyikan lagu Beyonce Knowles iaitu Single Ladies.
"Kalau saya nyanyi lagu Beyonce iaitu Single Ladies anak saya baru boleh tidur, saya juga pelik kenapa jadi begitu.
Tambah Marshanda, dia kini menikmati kehidupan berkeluarga yang sangat bermakna.
"Penat jadi ibu tapi aku sangat gembira menjalani kehidupan ini," katanya seperti dipetik portal kapanlagi.com