Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Pemandu Di Sabah Diambil Perhatian Di Jalan Raya Ini.
Satu insiden telah berlaku pada seorang pemandu Fauzi Miswan di jalan KK dan Kota Belud.
Begini ceritanya :
Kejadian berlaku pada 29/08/2012 jam lebih kurang 6.00 p.m. semasa saya, isteri ,dua orang anak saya yang berumur setahun dan 6 tahun serta seorang anak buah saya berumur 8 tahun dalam perjalanan pulang dari Kota Belud menuju ke Kota Kinabalu selepas menghantar kedua mertua dan adik ipar saya di Kg Kulambai Dundau..
Tiba-tiba saya dikejutkan oleh satu objek panjang yang berpusing menuju ke arah kereta saya dari atas sebuah bukit di lokasi Kg. Paka-Paka jalan Kota Belud - Tuaran (berhampiran bukit Tenghilan)...,oleh kerana tidak sempat mengelak ,objek tersebut terkena hadapan kereta saya betul-betul di sebelah pemandu dengan satu dentuman yang kuat..,objek tersebut melantun lalu terjatuh di seberang jalan..,saya memberhentikan kereta ditepi jalan dan mendapati bonet kereta telah kemek...,lantas terus menuju ke arah objek yg terjatuh tadi..alangkah terkejut nya saya bersama isteri apabila mendapati objek itu adalah sebatang besi keluli padu seberat lebih kurang 2 kg..
Alangkah bernasib baiknya saya kerana objek tersebut tidak jatuh mengenai cermin kereta saya lalu tembus terkena saya yang sedang memandu atau terkena anak saya yang duduk dihadapan ketika itu...dan jika itu terjadi apakah agaknya nasib isteri dan anak-anak serta anak buah saya yang ketika itu bersama di dalam kereta yang saya pandu..syukur kepada Allah s.w.t kerana semuanya selamat...,
Setelah sampai kerumah isteri saya menelefon kakaknya di Kota Belud rupa-rupanya sudah banyak kes kereta dilempar oleh pelbagai objek berlaku di kawasan sekitar tersebut..,malam ini akan membuat laporan polis..,kepada semua pemandu yang selalu lalu dikawasan tersebut plss BE ALERT..!!!....plss share kpd semua...

[Wow] - Jenayah
Justin Bieber dikatakan telah diserang oleh seorang lelaki mabuk di sebuah kelab malam di Toronto 3 pagi semalam.
Bieber yang sedang keluar dari bilik VIP tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan menarik bajunya.
Kejadian tersebut membuatkan Bieber hampir terjatuh sebelum pengawal peribadinya berjaya mengawal keadaan.
Bagaimanapun, Bieber berjaya bertindak pantas apabila dia menendang kaki lelaki tersebut.
Perlukah Bieber tukar tabiat malamnya?
Mungkin Bieber perlu mengawal dirinya daripada terus membiasakan diri menghabiskan malamnya di kelab-kelab malam.
[Wow] - Selebriti
Jarang-jarang sekali penyanyi berkonsep
urban pop Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil dengan
imej berhijab sebegini.
Memang nampak manis dan ayu kan.
Gambar ini telah dikongsikan oleh suami kesayangannya, Noh Hujan menerusi laman Instagram, pagi tadi.
Rata-rata ramai peminat memuji penampilan Mizz Nina sebegini dan berharap dia dapat mengekalkan imej tersebut di masa hadapan.
Untuk makluman pasangan romantis, Nina
dan Noh melangsungkan perkahwinan pada 1 Julai 2011 dalam satu majlis
yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Mizz Nina yang
terletak di Ampang Jaya, Selangor.
[Wow] - Kisah Artis
Selayang - Seorang kakitangan awam
terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point,
di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam
Op Zina, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa
yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel
selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan
ke biliknya.
Operasi diketuai penguat kuasa Majlis
Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis
Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten
Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan
kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.
“Ketika serbuan, mangsa dipercayai
berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh
dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya. - Harian Metro
[Wow] - Berita Tempatan
IPOH - Seorang lelaki, dipercayai bekas pegawai tentera udara ditembak mati di Taman Rishah, awal pagi Ahad.
Lelaki berkenaan dipercayai ditembak sebanyak tiga kali di kepala pada pukul 7.15 pagi.
Lelaki berkenaan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Sumber
mengatakan tiga suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Vios
selepas terlibat dengan kejadian tembakan tersebut.
[Wow] - Jenayah
Copenhagen - Migrain atau sakit kepala yang teruk boleh menyebabkan kerosakan otak secara kekal, lapor penyelidikan terbaru.
Pakar mendapati
migrain, yang menjejaskan 10 hingga 15 peratus penduduk dunia,
meningkatkan risiko luka otak, kecacatan jirim putih dan perubahan isi
padu otak berbanding mereka yang tiada penyakit itu.
"Keputusan menunjukkan
migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan
68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34
peratus, berbanding mereka tanpa migrain.
Penulis kajian, Dr Messoud Ashina dari Universiti Copenhagen, berkata:
“Secara tradisinya, migrain dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak.
“Secara tradisinya, migrain dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak.
“Kajian kami dan
analisis meta mencadangkan bahawa gangguan itu mungkin secara kekal
mengubah struktur otak dengan pelbagai cara.”
Dr Ashina melakukan 19
kajian untuk melihat sama ada mereka yang mengalami migrain mempunyai
risiko peningkatan luka otak, kecacatan senyap atau perubahan isi padu
otak dalam imbasan otak MRI berbanding mereka tanpa keadaan itu.
Keputusan menunjukkan
migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan
68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34
peratus, berbanding mereka tanpa migrain.
Kecacatan otak meningkat
Risiko untuk kecacatan
otak meningkat kepada 44 peratus bagi mereka yang menghidap migrain
dengan tanda amaran berbanding tanpa aura.
Perubahan isi padu otak
juga lebih biasa di kalangan mereka dengan migrain dan migrain dengan
aura berbanding mereka tanpa migrain.
Dr Ashina berharap kajian itu dapat memberi sedikit pemahaman mengenai kesan berkekalan penyakit migrain ke atas otak.
Katanya: “Migrain
menjejaskan kira-kira 10 hingga 15 peratus penduduk awam dan boleh
menyebabkan beban ketara peribadi, pekerjaan dan sosial.
“Kami harap menerusi
lebih banyak kajian, kami dapat menjelaskan kaitan perubahan struktur
otak dengan kekerapan serangan dan jangka masa penyakit.
“Kami juga mahu mencari bagaimana luka itu mungkin mempengaruhi fungsi otak.”
Sementara itu, satu
lagi kajian turut diterbitkan dalam jurnal Neurology, menyokong
penyelidikan sebelum ini yang menunjukkan migrain kerap menyerang mereka
yang berpendapatan rendah.
Sebagai contoh, bagi
wanita berusia 25 hingga 34 tahun, 20 peratus daripada mereka dengan
pendapatan tinggi isi rumah mendapat migrain, berbanding 29 peratus yang
berpendapatan sederhana dan 37 peratus berpendapatan rendah. - AGENSI
[Wow] - Informasi
TIDAK dinafikan, rata-rata kita pasti berasa bangga dan syahdu setiap kali tarikh keramat 31 Ogos muncul.
Sesungguhnya bukan sedikit pengorbanan
melibatkan masa, tenaga, wang ringgit, air mata dan darah orang dahulu
yang mengalir demi kesenangan kita pada hari ini.
Begitu pun, tidak semua generasi muda dapat menghayati semangat kemerdekaan ini.
Sikap itu dapat dilihat daripada cara
sesetengahnya menyambut malam merdeka. Apa yang terlintas dalam fikiran
mereka, malam semalam adalah malam untuk keluar berhibur dan berpesta.
Lihat sajalah tindakan segelintir mereka
yang memilih untuk merempit, melakukan aksi bahaya lagi bodoh atas
motosikal, sambil ditenggek oleh remaja perempuan yang berpakaian tidak
senonoh.
Apa yang menyakitkan hati, apabila mereka melibatkan Jalur Gemilang seperti dilakukan perempuan dalam gambar ini.
Persoalannya, adakah kita sudah benar-benar meredeka meskipun penjajah sudah balik negeri mereka?
Isu Panas
IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki
ditinggalkan bapanya di kaunter Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) Daerah Kinta, kelmarin.
Pegawai JKM Daerah Kinta, Mohd Mahir
Mohd Tahir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.02 pagi, kanak-kanak
berusia empat tahun dan membahasakan dirinya 'Abang Saiful' itu tiba di
kaunter pejabat berkenaan bersama seorang lelaki.
Menurutnya, lelaki yang dipercayai bapa
kepada kanak-kanak terbabit dilihat keluar daripada pejabat berkenaan 15
minit kemudian sejurus menerima satu panggilan telefon.
“Melalui rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) kami melihat mereka berdua hadir ke pejabat sebelum lelaki
terbabit tiba-tiba ‘hilang’.
“Pegawai di kaunter mula mengesyaki ada
sesuatu yang tidak kena dan bertindak mencari lelaki terbabit namun
gagal. Sewaktu kejadian, keadaan di luar pejabat agak sibuk memandangkan
raptai penuh perbarisan Hari Kemerdekaan sedang dijalankan,” katanya
pada sidang media, semalam.
Beliau berkata pihaknya membawa
kanak-kanak terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk
membuat laporan polis sebelum ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi mendapat
hak jagaan sementara seperti yang termaktub dalam Seksyen 15 Akta
Kanak-Kanak 2001.
Menurutnya, setakat ini pihaknya belum
menerima maklum balas daripada polis berhubung kanak-kanak berkenaan.
Kanak-kanak terbabit kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di
Kuala Kangsar.
Katanya, pemeriksaan kesihatan ke atas kanak-kanak itu mendapati dia sihat dan tidak didera.
“Malah, dia mudah dijaga dan tidak takut dengan orang. Selain itu, dia memberitahu mempunyai seorang abang bernama Kimi dan seorang adik perempuan.
“Dia akui rakaman lelaki di dalam CCTV yang dilihat adalah bapanya,” katanya.
Berikutan itu, Mohd Mahir meminta orang
ramai mengenali kanak-kanak tersebut tampil memberi maklumat supaya dia
boleh pulang semula ke pangkuan keluarga.
Bagi mereka yang mempunyai maklumat
boleh menghubungi Pejabat JKM Daerah Kinta di talian 05-2418860 atau
Mohd Mahir di talian 019-3291176. - SINAR HARIAN
[Wow] - Berita Tempatan
TIDAK ramai yang tahu, di sebalik kehidupan glamor, aktor Daniel Radcliffe mempunyai masalah kesihatan yang agak membimbangkan.
Menurut laporan portal TheSun, salah
seorang sumber yang cukup rapat dengannya mula risau apabila bintang
filem Harry Poter itu 'tenggelam' dengan keseronokan berpesta alkohol
dan dadah sehingga melupakan kesihatannya.
"Teman-temannya mula bimbang dengan cara
kehidupan Daniel yang sudah mula hilang arah akibat sering mengambil
ganja secara berlebihan dan mungkin dia akan terjebak dengan dadah pula.
"Malah dia juga mengambil alkohol secara
berlebihan. Daniel sempat mendekatkan diri dengan beberapa wanita namun
belum bertemui dengan wanita yang benar-benar dicintai.
"Kerana itu Daniel bersifat lebih terbuka berpesta bersama wanita-wanita yang tidak dikenalinya," kata sumber.
Keadaan Daniel juga membuatkan orang di
sekelilingnya risau kehidupan aktor itu mungkin akan menjadi seperti
Macaulay Culkin, pelakon yang pernah popular pada zaman kanak-kanak
dahulu yang kini hidup terumbang-ambing gara-gara alkohol dan dadah.
"Daniel telah bekerja tanpa henti sejak
berusia 11 tahun dan sekarang ini dia perlu membersihkan diri. Tiada
siapa yang mahu melihatnya berakhir seperti Macaulay," tambah sumber itu
lagi. - mStar Online
[Wow] - Selebriti
Kejam!
Inilah mayat bayi yang ditemui di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Dungun, Terengganu. Ia ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej
Redang, awal pagi kelmarin.
Mayat
bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap
tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik
syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di
kumbahan tersebut.
Mayat
bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama
dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran
najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama.
Pemeriksaan
awal mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan pada bahagian badan,
lengan dan tengkorak kepala pecah dan ia berkemungkinan berusia dalam
tempoh 48 jam.
Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian berpagar dan dipercayai tidak berkunci semasa kejadian.
Mayat
berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hosital Dungun untuk
pemeriksaan lanjut serta dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Bagaimanapun,
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah
ketika mengesahkan kes berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan
terperinci daripada pelbagai sudut termasuk melihat rakaman kamera
tertutup (CCTV) serta menyoal siasat beberapa saksi yang boleh dikaitkan
dengan kes berkenaan.
Menurut
Ismail, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan
kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan mereka yang
terlibat boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau
kedua-duanya sekali.
Sementara
itu, Rektor UiTM Dungun, Profesor Madya Dr Abdol Samad Nawi ketika
dihubungi berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan
menyerahkan kes itu kepada pihak polis.
"Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis siasat dahulu kes ini kerana ia adalah kes polis,” katanya. Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
New York - Demi mengelak ditangkap
seorang suspek rompakan bank nekad melompat melalui saluran sampah
apartmen dari ketinggian kira-kira 61 meter sebelum terjatuh ke dalam
tong sampah, kata polis semalam.
Robin Gutheridge, 26, menggelongsor dari
tingkat 21 apartmen Plaza Clinton yang terletak hanya beberapa blok
dari cawangan sebuah bank yang dirompaknya sebelum itu.
Pegawai polis Tom Connellan berkata, Gutheridge bernasib baik kerana tidak terbunuh akibat tindakannya itu.
Katanya, Gutheridge masih sedarkan diri
dan boleh bercakap ketika ditahan polis sejurus kemudian. “Dia
terselamat kerana dapat memperlahankan kelajuan jatuhan itu dengan
berpaut pada pemegang pelongsor dan sampah yang ada dalam tong pula
menahan hentakan tubuhnya ketika dia tercampak,” katanya.
Anggota bomba dihubungi bagi mengalihkan tong sampah berkenaan dan mengeluarkan Gutheridge.
Gutheridge kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Universiti New York akibat kecederaan dalaman dan patah tulang. - AP
[Wow] - Berita Dunia
Ada banyak cara untuk mengingatkan orang betapa pentingnya keselamatan memandu. Namun hal yang dilakukan oleh wanita-wanita ini nampaknya cukup nyeleneh. Mereka rela tampil topless untuk mengingatkan penunggang betapa bahayanya mengebut.
Di sebuah jalan di wilayah Nizhniy Novgorod, timur Moscow, Rusia ada wanita-wanita yang rela hanya memakai seluar dalam tanpa menutup bahagian atas tubuh mereka.
Dari sebuah video kelihatan 2 orang wanita cantik yang hanya menggunakan ling * erie bahkan sesekali terlihat telanjang dada membawa papan rambu lalu lintas bertuliskan 40 dan 60 km / jam.
Aksi tersebut diselenggarakan oleh LSM Autodvijenie dan didukung oleh polisi setempat. Mereka menganggap aksi ini sukses. Tentu saja karena tiap pengemudi melambat ketika melihat aksi mereka.
Kampanye keselamatan berkendara sendiri dilakukan karena menurut polisi setempat ada 203.597 kecelakaan di jalan Rusia pada tahun 2012. Dari jumlah tersebut, 27.991 orang tewas dan 258.618 terluka. Dan salah satu pelanggaran yang paling sering adalah ngebut.
Sebuah inisiatif serupa terjadi baru-baru ini di Denmark dimana sekelompok wanita topless yang menyebut diri mereka Speed Control Bikini Bandits juga memegang rambu batas kecepatan lalu lintas dengan menggunakan pakaian seksi.

[Wow] - Sakit Mata
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments