Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Tak lama dahulu, Shila Amzah antara artis yang kerap ‘berperang’ dengan peminat di laman sosial termasuk Twitter dan Instagram.
Semua ini biasanya berlaku apabila penyanyi bersuara merdu ini dikritik oleh peminat tidak kira melibatkan isu peribadi mahu pun pemakaian.
Antaranya, apabila dia pernah ditegur kerana memakai baju sukan yang ketat.
Terbaru, Shila sekali lagi ditegur kerana memakai pakaian ketat yang dirasakan peminatnya kurang kena memandangkan dia mengenakan tudung.
Komen-komen itu diberikan pada gambar yang dipos Shila di laman Instagram miliknya.
Selain soal baju ketat, Shila turut ditegur kerana bergambar dalam jarat rapat dengan lelaki bukan muhrim termasuk penyanyi legenda, Lionel Ritchie dan seorang lelaki yang diperkenalkan Shila sebagai kawan seislam dan peserta Top 12 Chinese Idol.
Bagaimanapun hingga sekarang, belum ada tanda-tanda Shila mahu melayan kritikan peminatnya. Mungkin, dia sudah semakin matang selepas belajar dari kes-kes silam.
Hm, sabarlah Shila ye. Inilah harga yang perlu dibayar bila menjadi artis. Sesetengah yang menegur mungkin cuba nak jadi polis moral tapi ada juga yang menegur sebab betul-betul ikhlas sayangkan anda.
[Wow] - Kisah Artis
TUXPAN, Mexico – Tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat akibat Ribut Tropika Fernand mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang di dalam negeri Veracruz, kata pihak berkuasa kelmarin.
Jurucakap pentadbiran negeri, Javier Duarte berkata, sembilan orang maut di bandar Yecuatla, tiga di bandar ini dan seorang lagi di bandar Atzalan.
Tanah runtuh membawa batu-batan dan lumpur merosakkan empat rumah di kampung Roca de Oro di Yecuatla dan mengorbankan mangsa yang sedang tidur.
“Kami sentiasa berwaspada kerana hujan masih turun,” kata Duarte.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan sekurang-kurangnya 10 bandar terputus hubungan ekoran laluan terhalang akibat 16 kejadian tanah runtuh.
Menurutnya, lebih 400 orang ditempatkan di pusat perlindungan yang disediakan oleh pemerintah.
Sementara itu, di kawasan bandar metropolitan Veracruz dan Boca del Rio, para pekerja memulihkan bekalan elektrik yang menjejaskan 40 peratus penduduk di wilayah berkenaan.
Pihak berkuasa di sini menasihatkan agar 7.7 juta penduduk di situ tinggal di rumah dan sesi persekolahan turut digantung.
Fernand berpusat sekitar 125 kilometer (km) ke barat daya Tuxpan dan bergerak menuju ke arah barat laut dengan kelajuan angin sekitar 15 kilometer sejam. – AP
[Wow] - Berita Tempatan
PENGARAH filem Yusry Abdul Halim tidak mahu filem terbaharunya iaitu The Art of Vikingdom diperbandingkan dengan mana-mana filem epik atau mempunyai persamaan dengan mana-mana cerita berdasarkan peristiwa sejarah.
Yusry, 38, berkata, filem ini merupakan filem fantasi sejarah dan aksi yang mempunyai jalan cerita tersendiri.
“Filem ini tidak boleh disamakan dengan mana-mana filem epik atau sejarah yang benar-benar berlaku.
“Setiap watak dalam filem ini adalah mengikut skrip asal dan diubahsuai mengikut apa yang saya fikirkan sesuai,” katanya pada majlis forum The Art of Vikingdom, di sini Selasa.
Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan.
Jelasnya, beberapa watak dalam filem ini seperti Thor yang diambil dari Marvel Comic juga mempunyai karakter berbeza.
“Biasanya Thor adalah adiwira yang baik dan berambut kuning tapi dalam cerita ini saya jadikan dia berwatak antagonis dan berambut perang, tidak seperti cerita biasa,” katanya.
Tambah Yusry, filem yang menelan belanja hampir RM20 juta itu menjalani proses penggambaran dan penyuntingan dengan perancangan teliti.
“Kita bukan buat penggambaran ikut suka hati, kita sudah buat perancangan yang sangat teliti. Untuk penggambaran sahaja ia ambil masa hampir 60 hari manakala penyuntingan mengambil masa hampir setahun.
“Segala peralatan, kostum atau pelakon aksi ngeri perlu disediakan awal sebelum pelakon-pelakon utama di bawa ke Malaysia.
“Pihak kami cuma ada masa dua minggu sahaja untuk penggambaran bersama pelakon-pelakon utama,” katanya.
Dalam pada itu, cabaran utamanya adalah ketika di lokasi penggambaran yang dilakukan di beberapa kawasan di negara ini.
“Penggambaran adalah seratus peratus di Malaysia, cabaran utama ialah mencari kawasan yang hampir sama dengan luar negara.
“Akhirnya kami menjumpai kawasan bukit di Puncak Alam, Selangor. Bagaimanapun cuaca sepanjang penggambaran terlalu panas. Selain itu kami juga melakukan penggambaran di Gua Tempurung, Kellie’d Castle di Perak serta di Filem Negara,” katanya.
Selain itu, katanya, pencarian pelakon tambahan berbangsa asing, set penggambaran yang direka khas dan kostum juga menjadi cabaran penting dalam proses pembikinan filem tersebut.
Sementara itu, ditanya mengapa mengambil konsep filem fiksyen antarabangsa, Yusry berkata ia adalah sebagai percubaan KRU Studio memasuki pasaran luar negara.
“Kami cuba buat filem yang lebih umum yang mana jika di sini, semua kaum boleh datang tengok dan bukan hanya kepada orang Melayu sahaja.
“Kami juga fokus untuk tembusi pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kebanyakan negara luar mahu filem menggunakan bahasa Inggeris,” katanya.
Antara ahli panel yang menghadiri forum tersebut adalah Produser, Norman Abdul Halim, Pengarah Kreatif, David Tang, Jurusolek, Monica Lee dan Pereka Kostum, Rosada Abdul Hamid.
Filem ini membariskan beberapa pelakon popular antarabangsa iaitu Dominic Purcell, Natassia Malthe, John Foo, Craig Fairbras dan Conan Stevens.
Filem The Art of Vikingdom akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 September depan. – mStar
[Wow] - Hiburan
PUTRAJAYA – Ahad ini, pihak berkuasa akan memburu kira-kira 500,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di seluruh negara menjadikan ia operasi pemutihan terbesar untuk menghantar pulang mereka kembali ke negara asal.
Operasi berkenaan melibatkan 135,000 pegawai daripada Jabatan Imgigresen, Angakatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak berkuasa tempatan.
Jabatan Imigresen akan mengetuai semua agensi tersebut.
Pihak berkuasa akan mengadakan serbuan di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang telah dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan Pati.
Sebaik sahaja ditahan, mereka akan dideportasi secepat mungkin kerana Jabatan Imgigresen tidak mahu berlaku kesesakan di semua 12 pusat tahanan seluruh negara, kerana ia hanya mampu menampung kapasiti 1,000 orang pada satu-satu masa.
Majikan yang didapati mengambil pekerja asing tanpa izin akan didakwa di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata jabatan berkenaan akan mendapatkan kerjasama daripada kedutaan asing melalui Wisma Putra untuk mengeluarkan dokumen perjalanan kepada Pati bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang mereka. - mStar Online
[Wow] - Berita Tempatan
BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam.
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.
“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.
“Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.
“Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
“Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya. –Sinar Harian Online
[Wow] - Berita Tempatan
Nairobi – Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.
Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.
Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.
Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.
Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.
“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.
Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.
“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.
Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
CHINA – Kejam..! Seorang budak lelaki berusia enam tahun yang menjadi mangsa culik sindiket penjualan organ terpaksa menderita menahan kesakitan selepas kedua-dua matanya dicungkil oleh sindiket tersebut.
Mangsa yang dikenali sebagai Binbin, diculik pada petang Isnin lalu ketika bermain di luar rumahnya di Linfen di wilayah Shanxi.
Ibu bapanya hanya menyedari kehilangan anak mereka selepas mereka menghubunginya di rumah pada pukul 8 malam namun tiada jawapan.
Mereka kemudiannya mencarinya dan terkejut selepas mendapati budak tersebut meraung kesakitan dengan mukanya berlumuran darah.
Dia dipercayai ditinggalkan di padang berkenaan selama tiga jam sebelum ditemui anggota kelurganya.
Budak tersebut juga diberikan dadah dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika matanya dikorek.
Dalam pada itu bapanya berkata, mereka tidak menyedari bahawa mata anaknya itu telah dikorek sehinggalah dimaklumkan oleh doktor.
Polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
Pihak berkuasa juga menawarkan ganjaran $16,000 yuan kepada mereka yang boleh memberikan maklumat mengenai kejadian itu.
Suspek dipercayai seorang wanita.
Pemerdagangan organ haram semakin meningkat di China susulan permintaan yang bertambah.
Dianggarkan 1.5 juta penduduknya kini berada dalam senarai menunggu untuk menjalani pemindahan organ sedangkan terdapat hanya 10,000 pembedahan pemindahan organ dijalankan setiap tahun.
Global
DUNGUN – Kematian pemilik restoran nasi kukus akibat ditembak di Paka, di sini baru-baru ini bukan berunsur dendam sebaliknya bermotifkan samun, kata Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil.
Beliau berkata, polis kini menunggu bukti kukuh untuk memberkas suspek yang telah dikenal pasti melakukan pembunuhan itu.
“Kami minta orang ramai yang tahu dan mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil untuk memberikan maklumat bagi mengukuhkan bukti pendakwaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata polis juga telah menemui beberapa petujuk positif berhubung kejadian itu
Pada 13 Ogos lepas, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui mati dengan beberapa das tembakan di tempat letak kereta di hadapan kedai miliknya selepas pemilik restoran nasi kukus itu dikatakan keluar rumah untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di sebuah bank di bandar Dungun.
Hamzah berkata, setakat ini seramai 15 saksi termasuk anggota keluarga mangsa telah dipanggil untuk siasatan lanjut. – Bernama
[Wow] - Jenayah
DUBAI – Pelakon Ashton Kutcher bakal membuka restoran di Dubai yang dinamakan sebagai Ketchup pada bulan depan.
Restoran berkenaan akan memperkenalkan masakan dengan mengggunakan kicap, selari dengan nama Ketchup dalam hidangannya.
Ia juga akan memperkenalkan hamburger klasik iaitu ‘The New Yorker’.
Ketcup akan menggunakan slogan `makan satu kilo dalam lapan minit’ untuk promosi di Dubai.
Restoran tersebut telah membuka rangkaian di Asia Barat iaitu di Arab Saudi dan Turki.
Pada setiap Sabtu pada bulan September ini, pelanggan akan menerima baucer bernilai $54.45 jika mereka makan 700 gram daging dan kentang goreng.
[Wow] - Selebriti
IPOH – Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia selepas koma akibat dipercayai didera, hadir di Sanatorium Persatuan Ku Kong Chow Perak di sini untuk upacara pengebumian anaknya itu pada Selasa.
Choong Mee Chin, 30, yang menghadapi pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia lima tahun itu, tiba di sanatorium berkenaan pada tengah hari dengan diiringi anggota polis serta pegawai kesihatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta.
Suri rumah yang mendapat pelepasan bagi menghadiri upacara itu juga berpeluang berjumpa dua anaknya yang lain, seorang lelaki berusia tujuh tahun dan perempuan berumur dua tahun, yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Wanita yang ditahan di Hospital Bahagia atas perintah mahkamah bagi pemeriksaan psikiatri itu, ketika menatap wajah anaknya untuk kali terakhir, kedengaran mengucapkan dengan suara perlahan “pergi dengan baik, pergi dengan tenang” dalam bahasa Cina.
Ketika suaminya, Ho Kok Peng, 39, dan dua anak mereka datang menghampirinya, Choong dilihat berkata sesuatu kepada anak sulungnya dengan linangan air mata.
Anak sulungnya juga dilihat mengatakan sesuatu kepada Choong yang cuba mengesat airmatanya yang bercucuran dan beberapa minit kemudian kedua-dua anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada Choong dengan melambai-lambaikan tangan ketika mereka dibawa oleh Ho ke kenderaan JKM.
Keadaan itu membuatkan suasana di sanatorium bertambah pilu malah ada yang turut menitiskan air mata.
Sejurus selepas itu, Choong dibawa dengan kereta polis untuk upacara persemadian anaknya di Krematorium Kek Look Seah di Bercham di sini.
Semalam, ibu itu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh anaknya yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Ahad lepas.
Pada 20 Ogos lepas, Choong didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak terbabit dengan memukul kepala dan seluruh badannya menggunakan rotan di kediaman mereka serta dituduh mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu di sini, pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. – BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya mengakui agak sukar untuk dia memuaskan hati peminat-peminatnya di laman sosial yang tidak memahami kedudukannya sebagai seorang selebriti.
Hanez, 28, berkata, dia mengambil pendekatan tidak membesarkan perkara remeh khususnya bahasa yang kurang enak dilemparkan peminat sehingga boleh menimbulkan perbalahan.
"Saya memang suka melayan mesej Twitter daripada peminat dan membalas komen mereka, tapi ada masanya saya tidak dapat menjawab kesemuanya.
"Terdapat segelintir peminat yang tidak faham dengan kesibukan saya dan mula menghantar mesej yang bukan-bukan serta melemparkan kata-kata kesat," katanya kepada mStar Online.
Hanez diminta mengulas perbalahannya dengan peminat di laman sosial itu apabila ada di antara mereka melemparkan kata-kata yang tidak sopan kepadanya baru-baru ini.
Tambah Hanez, dia sedar banyak akaun Twitter telah diwujudkan atas namanya untuk menarik perhatian dan menimbulkan provokasi.
"Saya tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian kepada saya. Saya lihat ada 10 akaun yang dibuat untuk membenci saya dengan mesej yang bukan-bukan,” katanya.
Bagaimanapun, Hanez berkata dia tidak melenting dan mengambil serius perkara tersebut.
"Saya tahu mereka hanya ingin perhatian sahaja, Insya-Allah kalau mereka komen denga cara yang baik, saya akan balas juga tidak perlu sehingga panggil saya dengan perkataan yang bukan-bukan," katanya.
Sementara itu, Hanez mengakui namanya meningkat seiring dengan kontroversi yang melandanya.
"Saya akui kontroversi ini kadang-kadang boleh mengangkat nama kita tetapi kadang kala boleh juga menjatuhkan.
"Bagi saya jika saya boleh tepis, saya akan tepis. Kalau dulu ketika bersama Awi Rafael saya mengambil berat banyak perkara agar setiap apa yang saya lakukan tidak terkena tempias kepada Awi," katanya.
[Wow] - Gosip Hiburan
PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Zizan Razak mengakui pengalamannya sebagai seorang pengacara belum cukup untuk melayakkannya menjadi hos program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bersiaran pada September ini.
Zizan, 29, berkata, dia bimbang tidak dapat menyaingi kehebatan pengacara terdahulu yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan rancangan realiti itu.
"Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu.
“Bagaimanapun saya berbesar hati apabila nama saya disebut-sebut sebagai pengacara bagi musim terbaharu ini," katanya kepada mStar Online.
Zizan mengulas mengenai khabar angin dia bakal menerajui program popular itu sebagai hos yang pernah disandang oleh Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim.
Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013.
Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.
Dalam perkembangan sama, Zizan berkata, dia sangat berbesar hati sekiranya pihak produksi memilihnya untuk mengacarakan program tersebut dan berjanji akan menggalas tanggungjawab berkenaan dengan baik.
Bagaimanapun sehingga kini dia masih belum menerima apa-apa untuk menyertai rancangan itu.
"AF memang terkenal dengan kejutan jadi musim ini mereka juga ingin membuat kejutan mengenai pemilihan pengacaranya. Jadi kita tunggu sahajalah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul dengan filem terbaharunya iaitu KL Zombidi samping pelakon Siti Saleha, Izara Aishah dan Faezah Elai yang bakal ditayangkan pada Khamis ini.
Selain itu, dia memberitahu bakal muncul dalam dua filem lain pada tahun ini iaitu Tokandan KL Gangster 2. mStar
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments