Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

nora danish, pelakon, artis, hiburan, love bite
Nora Danish pernah kena bash dengan peminat kerana mesra dengan Nadeem anak kepada menteri Dato Seri Mohamed Nazri Aziz. Kini Nora dilanda kontroversi sekali lagi kerana gambar yang memperlihatkan kesan seperti “Love Bite” pada lengan kanannya. Adakah betul itu “Love Bite” atau kesan lain? Itu kena tanya kepada Nora Danish sendiri. Walaupun banyak komen negatif yang dilemparkan kepadanya, Nora Danish tetap memilih untuk berdiam diri sebagai langkah meredahkan keadaan. Sekian artikel “Love Bite Nora Danish Dikritik Peminat”.
nora danish, pelakon, artis, hiburan, love bite
nora danish, pelakon, artis, hiburan, love bite

Sumber: Perihalnegara.blogspot
Buaya
DARWIN – Buaya sepanjang 4.8 meter membaham perenang berusia 26 tahun di sungai terkenal di Australia sambil orang ramai meraikan hari lahir rakan mereka, kata polis.
Mangsa dan seorang lagi lelaki sedang berenang di Sungai Mary dan berpatah balik apabila buaya itu menyerang.
“Beberapa orang dalam kumpulan ketika majlis hari lahir berkenaan menjadi saksi mangsa dibaham reptilia terbabit selama beberapa ketika dan kemudiannya hilang dari pandangan,” katanya. – AP
Rebat Telefon Pintar RM200 Disambung 3 September
HULU TERENGGANU – Kerajaan akan menyambung semula pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 September ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata sebelum ini program itu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya.
“Kita akan agih semula baki pada 3 September ini,” katanya kepada pemberita ketika mengagihkan Jalur Gemilang di Manir dekat sini semalam.
Katanya kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas.
Kerajaan menganggarkan seramai 1.5 juta belia berumur antara 21 dan 30 tahu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan berpeluang menikmati kemudahan itu. – BERNAMA
Noorshila Amin Cedera Disambar Gas Bocor
HAMPIR seluruh bahagian kiri tubuh penyanyi Noorshila Amin disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong pada Sabtu lalu.
Noorshila, 49, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.
“Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.
“Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Tambah Noorshila, dia terus ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan dan kejadian itu juga membuatkan dia terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malamnya (hari yang sama).
noorshila 2
Ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Noorshila masih lagi sukar untuk menggerakkan bibirnya namun mengambil sikap positif dengan melakukan aktiviti harian dan bercakap seperti biasa.
“Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.
“Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan,” ujarnya.
Sementara itu, Noorshila berkata, kejadian yang telah berlaku memberikan pengajaran yang besar buatnya agar sentiasa berhati-hati dengan memeriksa tong gas dahulu sebelum memasak.
“Kita memang perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang ingin dilakukan, termasuklah memeriksa tong gas sebelum memasak.
“Selain itu, ia juga sedikit sebanyak menginsafkan diri saya yang dapat merasai derita orang lain yang ada diantaranya, tubuh badan mereka terbakar lebih teruk daripada apa yang berlaku pada diri saya.
“Mujurlah api yang disambar tidak terlalu kuat. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan jadi,” ujarnya.
Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana tidak berasa trauma dan hanya menjalankan rutin hariannya seperti biasa
Selain Admiena, 29, Noorshila turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurrul Nadia, 27, Mohd. Daniel Durrany, 20, dan Mohd. Banni Basyishar, 18. – mStar
Kelly Clarkson Nafi Hamil
SELAIN dikhabarkan bakal berkahwin, Kelly Clarkson turut digosipkan sedang hamil anak kekasihnya, Brandon Blackstock.
Menurut laporan E!Online, khabar angin itu tersebar selepas salah seorang deejay di sebuah stesen radio tersalah faham dengan ucapan Kelly.
Bagaimanapun stesen radio berkenaan telah meminta maaf kepada Kelly secara umum. Namun berita tersebut membuatkan ramai yang bertanyakan sekali lagi mengenai kehamilannya itu.
Hal tersebut membuatkan Kelly mengeluarkan satu lagi kenyataan menerusi laman Twitter miliknya menegaskan dia masih lagi belum hamil.
“Untuk pengetahuan semua, saya dan Brandon akan berkahwin dalam masa terdekat ini dan saya tidak hamil. Kami akan menyimpan semua rahsia peribadi dengan satu alasan sahaja iaitu kami ingin menikmati semua kegembiraan ini secara privasi,” ujar Kelly.
Pasangan tersebut akan berkahwin pada Oktober depan dan menyatakan ingin mengadakan sebuah majlis yang sederhana dan mengundang orang yang penting dalam hidupnya sahaja. - mStar
Kim Makan Plasenta Untuk Kembali Langsing
SELEPAS melahirkan puteri sulungnya, North West, Kim Kardashian kini fokus untuk mengembalikan tubuh badannya menjadi ramping.
Menerusi rakaman salah satu eppisod Keeping Up With the Kardashians, Kim menyatakan hasratnya akan mengambil plasenta bayinya bagi menjaga kesihatan dan kecantikan wajahnya.
“Adakah kamu pernah memasak plasenta? Kata orang ia boleh dimakan,” kata Kim kepada tukang masaknya.
Bagaimanapun tukang masak keluarga Kardashian itu membalas persoalan Kim menyatakan isterinya pernah berbuat demikian.
Topik tersebut membuatkan keluarga Kardashian seperti tidak bersetuju dengan cadangan Kim dan kemungkin besar Kim tetap akan meneruskan hasratnya dengan mengambil plasenta sebagai menu dietnya untuk langsing seperti dahulu. – mStar
Gadis Tukang Urut Lari Berbogel
SHAH ALAM – Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.
Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.
Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.
Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.
Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.
Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – Sinar Harian
Komen Hanez Bila Dilabel 'Babi' Oleh Peminat
SEJAK namanya semakin dikenali ramai menerusi drama-drama lakonannya, seiring itu juga Hanez Suraya tidak habis-habis dihimpit kontroversi. Daripada isu seluar sendat hinggalah ke kisah dia berperang dengan seorang artis senior di Twitter. Tak kurang, dia dikatakan antara artis yang dibenci peminat apabila ada segelintir peminat yang mewujudkan akaun ‘Haters Hanez Suraya’ dilaman Twitter.
Sebut soal dibenci peminat, terbaru bintang Autumn di Hatiku ini sekali lagi dipalit isu panas dan kali ini dia teruk dihentam peminat hanya kerana dia tidak membalas komen di Twitter. Peminat berkenaan telah menempelak Hanez dengan melemparkan gelaran babi terhadap aktres ini.
Bertemu empunya diri di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad baru-baru ini, Hanez berkata isu itu bukanlah hal besar cuma disebabkan rasa tidak berpuas hati peminat berkenaan menjadikan ia semakin serius.
“Sebenarnya kalau ada masa lapang, saya suka ‘reply’ dan ‘retweet’ semula komen-komen peminat di Twitter. Tapi hari itu kebetulan, tweet yang datang dari peminat terlalu banyak. Masa itu Hanez memang tidak boleh balas semuanya jadi Hanez dahulukan ‘tweet’ yang mana penting dari teman-teman rapat dan pihak media.
“Tidak sangka pula ada peminat yang marah dan tanpa usul periksa dia kata Henez hanya balas ‘tweet’ pada peminat lelaki sahaja,” jelasnya
Bagaimanapun Hanez tidak melenting malah menghadapi situasi tersebut dengan tenang. Tidak mahu perkara yang disifatkan remeh itu belarutan, Hanez tidak mengendahkan sikap peminat berkenaan.
“Saya memang tidak layan ‘tweet’ dari peminat tu sebab bila dilayan mungkin keadaan akan bertambah teruk. Bagi saya orang seperti itu hanya mahukan perhatian,” jelasnya.
Dalam pada itu Hanez mengakui kehadiran kontroversi sedikit sebanyak membantu kerjanya sebagai seorang pelakon semakin bertambah baik. Pun begitu, dia masih menitik beratkan bakat untuk terus bertahan dalam industri hiburan ini.
“Alhamdulillah, perjalanan karier saya lebih baik tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Saya banyak terima tawaran berlakon. Saya rasa kontroversi-kontroversi yang mengaitkan saya tu pun membantu juga tapi mana yang boleh saya tepis, saya tepis”, katanya.
Selain itu, Hanez juga turut mengesahkan sejak berpisah dengan penyanyi Awi Rafael beberapa bulan lalu, dia kini masih belum bertemu pengganti. Tambahan buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal percintaan sebaliknya tumpuan hanya diberikan pada kerjaya.
“Berkawan-kawan tu ada lah. Tapi untuk lebih serius, saya rasa belum lagi. Masih terlalu awal. Lagipun yang lebih penting sekarang saya mahu fokus pada kerjaya dulu”, ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri untuk TV3 berjudul, Mr. Arrogant. – malaysiaDigest
Comel tak kucing? Macam rasa simpati jer bila tengok muka kucing nih.. Hehehe.. Anda bagaimana? Adakah anda mempunyai perasaan yang sama seperti admin apabila melihat wajah kucing ini? Perasaan kasihan jer dengan kucing nih.. hehee..



Rumah berhantu yang terletak di France ini telah dilelong dengan harga 1 Euro di e-bay. Menurut pemiliknya, satu pembunuhan terlah berlaku di rumah ini yang menyebabkan roh jahat telah menghuninya. Berlaku kejadian seperti bunyi ketukan pintu, bunyi suara aneh dan juga barang bergerak dengan sendirinya di dalam rumah ini. 





Pope Francis telah membawa seramai tiga juta orang belia untuk menyambut Hari Belia Sedunia 2013 untuk penganut Roman Catholic di Pantai paling terkenal Rio, Copacabana. Presiden dari Brazil, Argentina, Bolivia dan Suriname juga hadir untuk upacara terakhir Hari Belia Sedunia yang berlangsung sepanjang tiga hari di Rio. Jutaan peserta itu telah dikhabarkan berkhemah di pantai itu demi untuk berdoa untuk semua belia di dunia ini.



Apabila berhadapan dengan keputusan mahkamah untuk membayar kepada bekas suaminya sebanyak US$50.12 sebagai sebahagian daripada kos perceraian, wanita yang terkilan ini telah telah menghantar wang berkenaan dalam bentuk syiling 1 sen di dalam bekas plastik Tupperware bersama dengan beras dan kacang.

Bagi menambahkan lagi penghinaan kepada bekas suaminya itu, dia turut menulis sepucuk surat yang mengandungi nota selamat tinggal yang sangat berbisa. Di bawah merupakan kandungan tulisan yang ditulis wanita itu:

‘Andy, Here's forty seven dollars and twelve cents in pennies,’ the missive read. ‘The other three dollars paid for the containers that I used. Receipt is included if you want to return them... 

‘Oh! one last thing, I added beans and rice to remind you that you married a beaner : ) I hope you have a fab life! B/C I know mines 20x better without you in it!’ 

Gambar yang menunjukkan duit syiling yang diletakkan di dalam tiga bekas plastik berlainan telah dihantar oleh si suami pada hari Selasa lalu yang hanya hanya mahu dikenali sebagai Andy dari Omaha, Nebraska.

Bekas suami menjelaskan bahawa 'beaner' yang ditujukan merujuk kepada satu penghinaan perkauman yang digunakan untuk menggambarkan orang dari bangsa Mexico. Ia juga menunjukkan kecenderungan bekas isterinya untuk menganggap dirinya sebagai satu persembahan 'kebanggaan.'

Kisah ini telah menimbulkan minat di kalangan pengguna laman web, dengan banyak komentar yang menyebelahi Andy dan mengutuk aksi bekas isterinya itu.


Sekurang-kurangnya seorang peguam juga telah menawarkan diri untuk pergi ke rumah wanita berkenaan bagi menuntut semula US$3 yang diganti dalam bentuk Tupperware, bahawa wanita itu tidak mempunyai hak untuk membayar kepada bekas suaminya dalam bentuk Tupperware.

Punca perceraian pasangan tersebut berlaku apabila si suami mendapati bekas isterinya bermain kayu tiga dengan lelaki lain dan pernah mengandung anak kepada lelaki tersebut sebelum mendakwa kandungannya hilang.

Si suami juga pernah memeriksa akaun Facebook bekas isterinya dan mendapati mereka telah menjalinkan hubungan sulit dalam satu tempoh yang agak lama. Selain itu, si suami juga berjaya memecahkan tembelang si isteri apabila si isteri telah merancang untuk tidur bersama lelaki berkenaan 2 minggu lebih awal.

Hubungan mereka menjadi semakin rengang dan mula mengambil keputusan untuk bercerai apabila si isteri mula bersikap ganas sehingga membaling beberapa buah objek ke arahnya dan terlepas beberapa inci dari mengenainya serta memecahkan barangan lain di rumah.


Walaubagaimana pun, Andy turut menyatakan bahawa bukan isterinya sahaja yang perlu dipersalahkan dalam krisis rumah tangganya bahkan ia turut berlaku ada kesilapannya sendiri yang kerap bermain permainan video seharian.