Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Hari ini, akhbar memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri untuk menjalankan operasi besar-besaran kepada warga asing. Baguslah tu. Yang saya faham, sesiapa orang asing yang tak ada pasport atau tinggal lebih masa dari sepatutnya atau lain-lain kes imigresen, kena cekuplah. Kes-kes lain termasuk penglibatan warga asing dalam jenayah saya tak mahu ceritalah sebab saya tak berapa pakar nak cerita.



Tapi kes maksiat, banyak episod saya boleh cerita, pengalamanlah katakan. Bukan saya nak mengata sesiapa tetapi hakikatnya, peningkatan maksiat antaranya kerana orang asing.
Bangla Goda Wanita Tempatan
Suatu hari tu, penguatkuasa Jabatan Agama dapat aduan dari pengadu yang dah tentu dirahsiakan. Kalau tak dirahsiakan, bimbang kena sumbat kari dalam mulut dengan Bangla ler pengadu ni. Pengadu tu kata, di sebuah rumah kedai yang dijadikan hostel pekerja Bangla ada 9 orang lelaki Bangla. Katanya waktu itu datang seorang wanita ke hostel berkenaan. Pengadu minta dibuat pemeriksaan kalau-kalau berlaku kes maksiat di situ.
Maka tak lama lepas tu, penguatkuasa bertindaklah berdasarkan maklumat yang diterima tu. Sampai saja di lokasi, nampaknya pintu bawah rumah kedai itu tidak berkunci dan penguatkuasa dapat naik ke tingkat atas. Pintu rumah kedai itu pun tak kunci dan penguatkuasa dapat masuk ke dalam. Di ruang tamu itu ada banyak katil dan tilam serta barang lain kepunyaan Banglalah. Ada dua bilik yang berkunci dan penguatkuasa ketuk bilik pertama. Terus dibuka dari dalam dan didapati ada dua orang lelaki Bangla dalam bilik tu. Keadaannya macam baru bangun tido.
Penguatkuasa ketuk pula bilik satu lagi dan lambat dibuka sampai bergegar pintu itu diketuk dan hampir nak roboh. Maklumlah, pintu tu bukanlah kukuh sangat. Pintu kemudiannya dibuka dari dalam oleh lelaki Bangla 30-an dan didapati juga seorang perempuan umur 30-an. Terpinga-pinga Bangla ni macam cicak mabuk kapur bila dia tahu pihak berkuasa datang nak tangkap dia.
Bayar RM 30 Sekali Projek
Hasil soal siasat, lelaki Bangla ini kerja di sebuah kilang kayu, patutlah badan dia berketul macam batang ubi. Katanya dia bujang, tapi malah kita tahu kalau dia ada Minaci kat Bangla sana. Perempuan ini pula katanya dia janda anak dua dan tidak bekerja. Dia mengaku sudah beberapa kali datang ke bilik Bangla ini dengan mengenakan bayaran RM 30 sekali game. Bila ditanya, kenapa murah sangat 30 ringgit tu, dia kata, mula-mula dulu kenakan bayaran RM 50 tapi sekarang Bangla tu mintak diskaun, jadi bersetujulah dia dengan bayaran RM 30 tu.
Layan Ramai Ker? Nak Kawin Ker? Banyak Kali Ker?
Bila ditanya, ramai ke lelaki Bangla yang dia layan? Katanya, seorang saja iaitu ‘Abang Sayang’ dia tulah. Bila ditanya, nak kawin ker dengan Abang Laa tu, dia kata taknak kawin pun. Bila ditanya, dah banyak kali ker datang tempat Bangla tu, dia kata, taklah banyak kali, cuma 18 kali saja. Wahhhh…ingat dia yer 18 kali, entah-entah ada buku Tiga Lima kot yang dia catat setiap kali datang.
Seorang jurugambar Jerman, Michael Wolf telah mengambil siri gambar apartment super kecil di tengah bandaraya Hong Kong. Gambar-gambar ini menunjukkan gaya hidup rakyat di salah sebuah negara yang paling padat di dunia.

 Menurut SoCo, lebih 100,000 penduduk Hong Kong tidak mampu untuk memiliki rumah yang selesa dan hanya mampu menyewa bilik seluas 40 kaki persegi seperti di dalam gambar-gambar ini.



Inilah beberapa gambar Neelofa yang paling cantik dimilikinya. Walaupun seorang wanita itu memang memiliki kecantikan semulajadi namun tidak semua posisi gambar yang diambil akan memperlihatkan tahap kecantikan itu. 

Begitu juga dengan Neelofa, bukan semua posisi gambarnya yang diambil memperlihatkan kecantikannya yang sepatutnya. Jadi, beberapa gambar di bawah yang dipaparkan adalah antara gambar Neelofa yang paling cantik dan sesuai dengan posisinya bergambar.





Jennifer Lopez
NEW YORK – Polis menahan seorang lelaki yang menceroboh rumah agam penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dan menetap di sebuah pondok di kediaman berkenaan selama enam hari, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Menurut polis di bandar Southampton, di sini, suspek yang berusia 49 tahun, John M. Dubis dipercayai tinggal di kediaman bernilai AS$10 juta (RM33.1 juta) antara 3 hingga 9 Ogos lalu.
Suspek yang merupakan seorang pesara jabatan bomba dilaporkan bergerak bebas di sekitar kawasan rumah tersebut.
Kehadirannya juga dilihat dan disedari oleh jiran-jiran Lopez.
Dubis turut memuat naik sejumlah gambar yang dirakam di persekitaran rumah Lopez ke akaun laman sosial Facebooknya.
Namun, pihak berkuasa berjaya memberkasnya pada 9 Ogos lalu.
Lopez, 44, membeli rumah tersebut pada tahun 2006 – Agensi
Gila
ujian – Selama 30 tahun Dong Hai telah dikurung di dalam `gua’ oleh ibu bapanya selepas dia menunjukkan tanda-tanda menghidap masalah mental ketika remaja pada 1983.
Kini, Dong Hai yang berusia 46 tahun, tidak lagi menjejak kaki keluar dari kurungan diperbuat daripada batu bata itu, kerana ibu bapanya bimbang dia mungkin akan mencederakan orang lain.
Kurungan seluas lima meter persegi itu dibina di belakang rumahnya dan semua makanan disalurkan kepadanya menerusi lubang yang ditebuk di dinding batu bata itu.
Jika ingin mandi, ibunya akan menyemburkan air melalui lubang berkenaan.
Bapanya, Dong Watou dan ibunya, Xiao Hong kini sudah berusia 70 tahun, mulai bimbang dengan keadaan anak mereka itu.
Mereka sebelum ini pernah merayu kepada pihak hospital untuk membantu anak tunggal mereka, namun ditolak oleh hospital.
Selepas semua simpanan mereka dibelanjakan untuk rawatan Dong Hai, ibu bapanya tiada pilihan lain kecuali menghentikan rawatan tersebut.
Dong Watou Xiao Hong kini bekerja kampung untuk menyara kehidupan.
Tahun lepas, Dong Watou berkerja sebagai pengawal di tapak pembinaan namun dia bernasib malang apabila dipukul oleh pemandu mabuk.
Kejadian itu menyebabkan dia tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.
Miss World
Jakarta – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengecam keputusan kerajaan Indonesia untuk menganjurkan pertandingan Miss World bulan depan, kerana perbuatan mendedahkan aurat wanita adalah haram.
Bantahan itu disuarakan selepas MUI menegaskan ia menentang penganjuran pertandingan ratu cantik di negara berkenaan.
“Wanita yang mendedahkan aurat di khalayak ramai adalah haram.
“Walaupun tiada pemakaian bikini pada penganjuran kali ini namun peserta masih memakai pakaian ketat dan mendedahkan,’’kata pegawai tinggi MUI, Muhyiddin Junaidi.
Beliau berkata, MUI telah membuat keputusan mengenai pertandingan berkenaan, justeru terserah kepda kerajaan sama ada mereka mahu membatalkannya.
MUI turut menggesa supaya penduduk Islam di negara berkenaan tidak menonton pertandingan berkenaan yang akan disiarkan melalui kaca televisyen.
Seramai 130 wanita akan mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Word ini.
Ia akan diadakan di Bali dan Bogor.
Senyuman
Seoul –Satu prosedur pembedahan bibir bagi menjadikan senyuman seperti watak `The Joker’ dalam filem Batman telah diperkenalkan kepada penduduk di Korea Selatan.
Melalui prosedur pembedahan itu, ia akan membentuk senyuman kekal di hujung bibir.
Prosedur dikenali sebagai `Smile Lipt’ diperkenalkan oleh sebuah klinik, AONE.
Selepas prosedur itu dilakukan, mulut akan kelihatan seperti tersenyum biarpun pesakit sebenarnya tidak senyum.
muka 3
Namun terdapat risiko yang akan dialami pesakit iaitu kesan parut malah prosedur pembedahan itu berisiko tinggi dan menyakitkan.
Dalam pada itu, satu rakaman video Youtube yang dimuatnaik oleh klinik berkenaan menyatakan secara umumnya, `orang barat’ mempunyai senyuman yang lebih luas dan ruang tepi bibir yang lebih tinggi berbanding penduduk Korea.
Justeru, sesiapa sahaja di kalangan penduduk di negara tersebut boleh memiliki senyuman berkenaan.
Tidak diketahui sama ada senyuman The Joker ini akan mendapat perhatian atau tidak namun tidak dinafikan Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik paling tinggi di dunia.
Ikat Diri Sendiri
Tokyo – Seorang wanita muda mengikat dirinya di rumah kerana tidak mahu pergi bekerja.
Wanita berusia 20-an itu ditemui dengan tangan dan kakinya terikat dengan tali dan tali pinggang di kediamannya di barat Tokyo kelmarin.
Akhbar Sankei Shimbun melaporkan, tuan rumah itu menemui wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi tidak cedera.
Dia menelefon polis dan ambulans kerana bimbang wanita itu menjadi mangsa rompakan.
Bagaimanapun, penyiasat sangsi terhadap dakwaan wanita muda itu apabila mereka gagal menemui bukti ada kejadian pecah masuk.
Ketika disoal siasat, dia menangis dan mengaku tidak ada orang lain yang terlibat.
“Saya malas nak kerja. Kerana itu saya mengikat diri saya supaya saya tidak perlu bekerja tanpa memberi notis lebih awal,” katanya kepada polis. – AFP
Sudah lumrah menjadi seorang artis, setiap foto mahupun video yang dimuat naik menerusi laman sosial pasti akan mendapat perhatian, kritikan, pujian serta respon daripada peminat-peminat.



Terbaru, seorang pelakon kecil molek, Ika Nabila difahamkan telah bercuti ke Thailand, di mana sepanjang berada di negara tersebut, pelakon wanita itu telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya dilaman akaun Instagram untuk dikongsikan bersama pengikut-pengikutnya dilaman sosial tersebut.
Apa yang menariknya, dalam banyak-banyak foto yang dikongsikan itu, Ika telah memuat naik dua keping foto yang menunjukkan seekor anjing dan ikan-ikan di dasar laut dengan caption berbunyi :
Bagaimanapun OHBULAN! kurang pasti mengapakah pelakon wanita tersebut memuat naik status seperti itu.
Apakah mungkin foto-foto yang dikongsikan oleh Ika mendapat kritikan serta respon negatif daripada segelintir peminat-peminatnya di laman sosial tersebut? – Ohbulan
Anda semua pasti kenal dengan Tiffany SNSD . Beliau merupakan seorang ahli kumpulan K-Pop wanita yang sangat terkenal di Korea Selatan. Gambar di bawa ini diambil semasa beliau bertemu dengan Presiden Negaranya kerana mereka dipilih menjadi Ambassador untuk mempromosikan Pelancongan Negara mereka. Sudah menjadi Trend untuk memakai Fesyen sebegini di Korea Selatan .Sumber





Ibu Muat Naik Gambar Dia Bagi Bayi Minum Bir Singapura. Ibu ini kelihatan memberi anaknya minum Carlsberg dan dimuat naik ke dalam FB.. Memang seorang ibu yang sangat prihatin, mendidik anak minum bir dan bakal menggantikan tabiatnya itu apabila anaknya sudah besar. Sumber



“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Seorang perempuan menyumpah-nyumpah seorang lelaki. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu? Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?

This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well as for your safety, pakai la fesyen-fesyen yang lapang dan labuh sikit.

Aku tahu, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok, tetapi tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan juga mempunyai tanggungjawab dengan menjaga Aurat tubuh badan mereka dengan memakai fesyen yang sopan dan menutup aurat, barulah adil.

     

Isteri pakai sendat, suami tak tegur. Anak pakai sendat, ayah tak tegur. Adik pakai sendat, abang tak tegur. Awek pakai sendat, boyfren tak tegur, sebaliknya suka. Kawan pakai sendat, kawan satu lagi tak tegur. Nampak wanita pakai sendat tepi jalan, kita tak berani tegur.

Sebab itulah wanita-wanita sendat di Malaysia semakin ramai dan semakin degil! Sebab kita dan anda semua tidak menegur mereka dan hanya membiarkan.

Fesyen SENDAT Inspirasi MAKSIAT

Sumber: Uptodaysabah