Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Anda semua pasti kenal dengan Tiffany SNSD . Beliau merupakan seorang ahli kumpulan K-Pop wanita yang sangat terkenal di Korea Selatan. Gambar di bawa ini diambil semasa beliau bertemu dengan Presiden Negaranya kerana mereka dipilih menjadi Ambassador untuk mempromosikan Pelancongan Negara mereka. Sudah menjadi Trend untuk memakai Fesyen sebegini di Korea Selatan .Sumber





Ibu Muat Naik Gambar Dia Bagi Bayi Minum Bir Singapura. Ibu ini kelihatan memberi anaknya minum Carlsberg dan dimuat naik ke dalam FB.. Memang seorang ibu yang sangat prihatin, mendidik anak minum bir dan bakal menggantikan tabiatnya itu apabila anaknya sudah besar. Sumber



“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Seorang perempuan menyumpah-nyumpah seorang lelaki. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu? Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?

This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well as for your safety, pakai la fesyen-fesyen yang lapang dan labuh sikit.

Aku tahu, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok, tetapi tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan juga mempunyai tanggungjawab dengan menjaga Aurat tubuh badan mereka dengan memakai fesyen yang sopan dan menutup aurat, barulah adil.

     

Isteri pakai sendat, suami tak tegur. Anak pakai sendat, ayah tak tegur. Adik pakai sendat, abang tak tegur. Awek pakai sendat, boyfren tak tegur, sebaliknya suka. Kawan pakai sendat, kawan satu lagi tak tegur. Nampak wanita pakai sendat tepi jalan, kita tak berani tegur.

Sebab itulah wanita-wanita sendat di Malaysia semakin ramai dan semakin degil! Sebab kita dan anda semua tidak menegur mereka dan hanya membiarkan.

Fesyen SENDAT Inspirasi MAKSIAT

Sumber: Uptodaysabah


Kek ini terlalu menarik dan unik untuk dimakan! Apabila anda meraihkan hari jadi anda dengan kek yang sebegini rupa, saya pasti anda akan keberatan hati untuk memotong kek tersebut. Dibawah terdapat beberapa gambar. Bikin stress lah kek nih....


Anda pernah lihat wajah Pelakon kontroversi Indonesia iaitu Julia Perez sewaktu beliau belum popular seperi sekarang? inilah rupa Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati. Memang jauh berbeza.. 



RAKAMAN video menunjukkan guru wanita (membelakangkan kamera) menampar seorang daripada muridnya.

BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali. Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit – cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. 


Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10. Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan. – DM
Wahhhhh.. Biar betul nih? sesiapa yang masuk tandas ini semestinya akan menjadi STRESS kerana perlu bayar dengan harga yang tidak berpatutan. Apa yang menarik perhatian admin tentang gambar ini ialah apa bayaran juga akan dikenakan kepada pelanggan yang hendak bercermin. Tandas ini terletak di bandar Sandakan. Sumber

Adda Butterfly
KL – Pada minggu lalu, Murai Batu tengok industri hiburan kecoh sebentar mengenai cerita pelawak, Mamat Sepah yang secara terbuka telah mendedahkan cinta hati barunya. Syafiqa kepada pihak umum. Amboi selepas pelakon Rafidah Ibrahim, Mamat temui kekasih baru yang merupakan seorang pelajar di sebuah pengajian tinggi swasta.
Manis dan cantik juga Murai Batu lihat kekasih Mamat itu yang bernama Syafiqa. Dengarnya, mereka serius dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Haa baguslah kalau begitu, tak perlu berkawan lama-lama kan.
Tapi, hari ini Murai Batu bukanlah nak cerita pasal Mamat tetapi mengenai bekas kekasihnya dulu iaitu ahli kumpulan Butterfly iaitu Adda. Ada seorang teman Murai Batu menghantar sekeping gambar di majlis pertunangannya.
Wah nampaknya cepat juga Adda bertemu pengganti selepas perkahwinnya dulu tidak menjadi dan hanya bertahan selama 17 hari sahaja pada tahun lalu.
Menerusi gambar yang dikirmkan itu, hanya ada gambar Adda di sebuah majlis tunang baru-baru ini yang berselendang dan sedang disarungkan cincin oleh seorang wanita yang difahamkan ibu kepada tunangnya itu.
Tahniahlah Murai Batu ucapkan tetapi Murai Batu tertanya-tanya dengan siapa pula Adda bertunang? Jika dulu difahamkan suami orang, kali ini Murai Batu tidak pula diberitahu dengan siapa Adda bertunang.
Tak mengapalah, apa-apa pun, Murai Batu harap agar pertunangan Adda itu berpanjang hinggga bawa ke jinjang pelamin serta dapat menjalani alam rumahtangga bersama pilihan hati. - Murai
Pepsi
Kebiasaannya, kita mandi menggunakan air bersih, namun berlainan pula buat lelaki ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Nate Nielsen, berusia 27 tahun ini menjadi terkenal selepas memuat naik video dirinya sedang mandi dalam tab yang mengandungi beberapa liter air yang bersamaan dengan 300tin air minuman jenama popular Pepsi.
Nielsen memgambil keputusan untuk berendam dengan menggunakan air berkarbonat itu selepas menerima ratusan tin minuman pepsi daripada pelanggannya.
Buntu untuk menghabiskan minuman sebanyak itu, dia kemudiannya nekad mandi menggunakan air tersebut.
Menurut Nielsen, mandi dengan air pepsi sangat menyegarkan kerana rasanya seperti duduk dalam tab air panas.
Malah, dia turut mencadangkan agar penonton yang melihat videonya itu untuk turut sama meniru perbuatannya itu.
Kes Rogol
Di India, lima lelaki dipercayai telah merogol seorang jurufoto wanita secra bergilir-gilir menurut sumber Polis hari ini.
Laporan AFP menyebut kejadian terbaru itu yang berlaku pada kelmarin kembali menghantui warga India selepas kes rogol beramai-ramai lapan bulan lalu sehingga mencetuskan protes awam.
Menurut polis, kejadian rogol terbaru itu berlaku di kawasan daerah mewah di Mumbai di mana jurufoto berusia 23 tahun itu sedang menulis artikel majalah berkaitan bangunan lama bersama seorang rakan lelaki.
“Sekumpulan lelaki bertindak memukul rakan wanita itu, mengikatnya kemudian merogol wanita itu di ruang terpencil di kawasan Shakti Mills,” kata pegawai polis yang enggan namanya disiarkan.
“Kes rogol terbaru sudah didaftarkan tetapi tiada tangkapan dibuat sehingga hari ini, beberapa orang suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan,” kata pegawai itu.
Insiden rogol terbaru ini menjejaskan reputasi bandar itu yang dikenali sebagai “Bandar Paling Selamat Untuk Wanita di India”
Mangsa sedang menerima rawatan di hospital dan mengecam dua perogolnya melalui nama pertama mereka, apabila mendengar mereka memanggilnya ketika kejadian.
Menurut pegawai itu, laporan perubatan awal menunjukkan wanita itu mengalami beberapa kecederaan dalaman.
Pada Disember lalu, seorag wanita juga berusia 23 tahun diserang dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi.
Mangsa kemudian mati akibat kecederaan dan rakan lelaki mangsa juga dipukul teruk.
Perbicaraan kes di New Delhi sedang berjalan dan kini orang ramai mendesak untuk kerajaan menggubal satu undang-undang lebih baik dan ketat berkaitan jenayah rogol.
Sumber : AFP
Hatijah Am
Polis berjaya mendapatkan perintah untuk menahan reman balu kepada bekas pengasas al-Arqam, Hatijah Aam selama empat hari bagi siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana rumah amal anak yatim.
Laporan Berita Harian menyebut, Hatijah pada awalnya ditahan selepas melaporkan diri di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan mengikut Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Syed Ismail Syed Azizan dalam laporan itu mengesahkan bahawa pasukannya menahan Hatijah pada jam 12.20 tengah hari semalam.
“Kita mengambil keterangan Hatijah berhubung dakwaan terhadapnya. Kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan dijalankan. Polis memandang serius kes penyelewengan dana anak yatim kerana ia membabitkan kepentingan awam,” katanya seperti dipetik akhbar harian itu.
Akhbar berkenaan turut menyebut mengenai dakwaan penyelewengan akidah Hatijah dalam laporan sebelum ini.
Menurut Berita Harian lagi, laporannya turut mendakwa Hatijah terlbat dalam kes penyelewengan dana anak yatim.
Al-Arqam diharamkan pada 1994. Susulan itu, anggota keluarga dan saki baki pengikut kumpulan tersebut menubuhkan kumpulan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd.
Menurut laporan Berita Harian, bekas ahli syarikat tersebut turut tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan sama.
Macam tidak percaya.. Untuk mencapai impian mendapat ukuran pinggang yang paling kecil di dunia, Michelle Kobke, gadis 24 tahun dari Jerman telah menggunakan korset untuk 3 tahun. 

Mari lihat gambar sebelum VS selepas di bawah ini.