Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Kek ini terlalu menarik dan unik untuk dimakan! Apabila anda meraihkan hari jadi anda dengan kek yang sebegini rupa, saya pasti anda akan keberatan hati untuk memotong kek tersebut. Dibawah terdapat beberapa gambar. Bikin stress lah kek nih....


Anda pernah lihat wajah Pelakon kontroversi Indonesia iaitu Julia Perez sewaktu beliau belum popular seperi sekarang? inilah rupa Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati. Memang jauh berbeza.. 



RAKAMAN video menunjukkan guru wanita (membelakangkan kamera) menampar seorang daripada muridnya.

BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali. Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit – cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. 


Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10. Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan. – DM
Wahhhhh.. Biar betul nih? sesiapa yang masuk tandas ini semestinya akan menjadi STRESS kerana perlu bayar dengan harga yang tidak berpatutan. Apa yang menarik perhatian admin tentang gambar ini ialah apa bayaran juga akan dikenakan kepada pelanggan yang hendak bercermin. Tandas ini terletak di bandar Sandakan. Sumber

Adda Butterfly
KL – Pada minggu lalu, Murai Batu tengok industri hiburan kecoh sebentar mengenai cerita pelawak, Mamat Sepah yang secara terbuka telah mendedahkan cinta hati barunya. Syafiqa kepada pihak umum. Amboi selepas pelakon Rafidah Ibrahim, Mamat temui kekasih baru yang merupakan seorang pelajar di sebuah pengajian tinggi swasta.
Manis dan cantik juga Murai Batu lihat kekasih Mamat itu yang bernama Syafiqa. Dengarnya, mereka serius dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Haa baguslah kalau begitu, tak perlu berkawan lama-lama kan.
Tapi, hari ini Murai Batu bukanlah nak cerita pasal Mamat tetapi mengenai bekas kekasihnya dulu iaitu ahli kumpulan Butterfly iaitu Adda. Ada seorang teman Murai Batu menghantar sekeping gambar di majlis pertunangannya.
Wah nampaknya cepat juga Adda bertemu pengganti selepas perkahwinnya dulu tidak menjadi dan hanya bertahan selama 17 hari sahaja pada tahun lalu.
Menerusi gambar yang dikirmkan itu, hanya ada gambar Adda di sebuah majlis tunang baru-baru ini yang berselendang dan sedang disarungkan cincin oleh seorang wanita yang difahamkan ibu kepada tunangnya itu.
Tahniahlah Murai Batu ucapkan tetapi Murai Batu tertanya-tanya dengan siapa pula Adda bertunang? Jika dulu difahamkan suami orang, kali ini Murai Batu tidak pula diberitahu dengan siapa Adda bertunang.
Tak mengapalah, apa-apa pun, Murai Batu harap agar pertunangan Adda itu berpanjang hinggga bawa ke jinjang pelamin serta dapat menjalani alam rumahtangga bersama pilihan hati. - Murai
Pepsi
Kebiasaannya, kita mandi menggunakan air bersih, namun berlainan pula buat lelaki ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Nate Nielsen, berusia 27 tahun ini menjadi terkenal selepas memuat naik video dirinya sedang mandi dalam tab yang mengandungi beberapa liter air yang bersamaan dengan 300tin air minuman jenama popular Pepsi.
Nielsen memgambil keputusan untuk berendam dengan menggunakan air berkarbonat itu selepas menerima ratusan tin minuman pepsi daripada pelanggannya.
Buntu untuk menghabiskan minuman sebanyak itu, dia kemudiannya nekad mandi menggunakan air tersebut.
Menurut Nielsen, mandi dengan air pepsi sangat menyegarkan kerana rasanya seperti duduk dalam tab air panas.
Malah, dia turut mencadangkan agar penonton yang melihat videonya itu untuk turut sama meniru perbuatannya itu.
Kes Rogol
Di India, lima lelaki dipercayai telah merogol seorang jurufoto wanita secra bergilir-gilir menurut sumber Polis hari ini.
Laporan AFP menyebut kejadian terbaru itu yang berlaku pada kelmarin kembali menghantui warga India selepas kes rogol beramai-ramai lapan bulan lalu sehingga mencetuskan protes awam.
Menurut polis, kejadian rogol terbaru itu berlaku di kawasan daerah mewah di Mumbai di mana jurufoto berusia 23 tahun itu sedang menulis artikel majalah berkaitan bangunan lama bersama seorang rakan lelaki.
“Sekumpulan lelaki bertindak memukul rakan wanita itu, mengikatnya kemudian merogol wanita itu di ruang terpencil di kawasan Shakti Mills,” kata pegawai polis yang enggan namanya disiarkan.
“Kes rogol terbaru sudah didaftarkan tetapi tiada tangkapan dibuat sehingga hari ini, beberapa orang suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan,” kata pegawai itu.
Insiden rogol terbaru ini menjejaskan reputasi bandar itu yang dikenali sebagai “Bandar Paling Selamat Untuk Wanita di India”
Mangsa sedang menerima rawatan di hospital dan mengecam dua perogolnya melalui nama pertama mereka, apabila mendengar mereka memanggilnya ketika kejadian.
Menurut pegawai itu, laporan perubatan awal menunjukkan wanita itu mengalami beberapa kecederaan dalaman.
Pada Disember lalu, seorag wanita juga berusia 23 tahun diserang dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi.
Mangsa kemudian mati akibat kecederaan dan rakan lelaki mangsa juga dipukul teruk.
Perbicaraan kes di New Delhi sedang berjalan dan kini orang ramai mendesak untuk kerajaan menggubal satu undang-undang lebih baik dan ketat berkaitan jenayah rogol.
Sumber : AFP
Hatijah Am
Polis berjaya mendapatkan perintah untuk menahan reman balu kepada bekas pengasas al-Arqam, Hatijah Aam selama empat hari bagi siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana rumah amal anak yatim.
Laporan Berita Harian menyebut, Hatijah pada awalnya ditahan selepas melaporkan diri di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan mengikut Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Syed Ismail Syed Azizan dalam laporan itu mengesahkan bahawa pasukannya menahan Hatijah pada jam 12.20 tengah hari semalam.
“Kita mengambil keterangan Hatijah berhubung dakwaan terhadapnya. Kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan dijalankan. Polis memandang serius kes penyelewengan dana anak yatim kerana ia membabitkan kepentingan awam,” katanya seperti dipetik akhbar harian itu.
Akhbar berkenaan turut menyebut mengenai dakwaan penyelewengan akidah Hatijah dalam laporan sebelum ini.
Menurut Berita Harian lagi, laporannya turut mendakwa Hatijah terlbat dalam kes penyelewengan dana anak yatim.
Al-Arqam diharamkan pada 1994. Susulan itu, anggota keluarga dan saki baki pengikut kumpulan tersebut menubuhkan kumpulan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd.
Menurut laporan Berita Harian, bekas ahli syarikat tersebut turut tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan sama.
Macam tidak percaya.. Untuk mencapai impian mendapat ukuran pinggang yang paling kecil di dunia, Michelle Kobke, gadis 24 tahun dari Jerman telah menggunakan korset untuk 3 tahun. 

Mari lihat gambar sebelum VS selepas di bawah ini. 




Ben Affleck
Pelakon berusia 41 tahun, Ben Affleck telah diumumkan oleh pihak Warner Bros sebagai aktor yang akan menjayakan watak adiwira terkenal Batman dalam filem sekuel terbarunya.
Filem terbaru itu bakal mengandingkan dua superhero hebat, Batman dan Superman dalam satu naskhah yang sama.
Affleck bakal digandingkan dengan Henry Cavill yang membawa watak Superman selain Amy Adams kekal dengan peranannya sebagai Lois Lane.
Sebelum ini, kesemua tiga filem Batman yang diarahkan oleh Christopher Nolan telah dijayakan oleh aktor berbadan sasa, Christian Bale namun Bale telah menolak untuk membintangi filem terbaru ini kerana merasakan sudah puas dengan watak tersebut menerusi filem-filemnya sebelum ini.
Rody (Kristal)
Gitaris kumpulan Kristal, Rody terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang inspektor polis wanita pada Rabu lalu dan mengarahkannya segera menyerah diri di balai polis atas dakwaan menyamar dan menipu duit orang ramai.
Menurut Rody, dia dituduh telah menipu beberapa individu dengan cara menjual gadjet jenama Samsung menerusi online dan kononnya hasil jualan gadget tersebut akan disumbang kepada sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Samsung dan kumpulan Kristal.
“Saya dapat panggilan telefon dari seorang Inspektor. Dia arahkan saya menyerah diri. Kalau tidak, katanya dia sendiri akan datang ke rumah dan menangkap saya. Saya pun terkejut sebab saya tak tahu apa salah saya. Kemudian inspektor tu marah saya, dia kata dah lah saya menipu, lepas tu ‘lalok’ pulak. Lagilah saya terpinga-pinga. Tak pasal-pasal saya dituduh lalok?”, katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.
Tambah Rody lagi dia pada mulanya tidak menghiraukan arahan pegawai polis tersebut. Tetapi keadaan jadi rumit apabila hal tersebut sampai ke pengetahuan bapanya. Atas nasihat dari anggota-angota bandnya, dia pergi juga ke balai dan memberikan kerjasama.
“Pada mulanya saya memang tak mahu ke balai polis sebab petang tu saya bersiap nak pergi menyaksikan konsert Metallica. Tapi Inspektor tersebut menelefon bapa saya. Bapa saya telefon saya dan mengamuk suruh saya ke balai. Sampai di balai saya terus di soal siasat. Saya siap tunjuk tiket Metallica lagi pada polis tu, bukti yang saya nak ke konsert.
“Rupanya baru saya tahu yang ada individu lain menyamar sebagai saya. Individu tersebut telah menjaja nama Samsung dan nama Kristal. Dia telah menjual 3 tablet Samsung dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan hasil jualan tersebut untuk acara amal anjuran kami dan Samsung. Ikut logik mana ada orang jual tiga gadget sekaligus dengan harga sebegitu.
“Saya difahamkan kalau saya tak serah diri, mangsa tersebut juga mahu mendedahkan perkara ini kepada pihak media. Sejujurnya saya memang tak pernah jual apa-apa barang. Tak pernah pula kami (Kristal) rancang nak buat apa-apa acara dengan Samsung”, katanya.
Sebagai membersihkan namanya dan kumpulan Kristal, Rody turut membuat laporan polis. Dalam pada itu Rody tidak mengesyaki mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya dan kumpulan Kristal.
” Ini pertama kali saya berdepan dengan tuduhan sebegini. Saya tak tahu dan tak syak siapa-siapa yang nak aniaya saya. Orang ramai pun di harap jangan lah mudah percaya walaupun didatangani individu yang mengenalkan diri mereka sebagai artis, apa lagi nak jual barang.
“Saya harap hal ini akan selesai segera. Saya pun dah buat laporan polis. Sekarang ni tengah tunggu siasatan polis”, katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, kelmarin. – Malaysian Digest
Kilafairy Nafi Tak Pakai Seluar Dalam Video Klip
Aktres dan penyanyi yang sering dikenali dengan imej seksi, Kilafairy memberitahu kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa pihak ekoran videonya yang mencetuskan kontroversi kononnya dia tidak memakai seluar, sikit pun tidak memberi kesan buruk terhadap kerjaya mahupun perniagaan fesyennya.
“Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaan saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar”,
“Kepada pihak yang tersinggung dan yang rasa terganggu dengan video tu, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya pun dah padamkan video itu dari Instagram saya”, jelasnya kepada Malaysian Digest.com mengenai isu tersebut, ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga 33,335 persegi, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.
Pada Ramadan lalu, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 21 memuat naik sebuah video menerusi laman Instagram miliknya. Video tersebut menunjukkan dia sedang memakai baju-T sambil menunjukan beberapa gaya. Apa yang mencetuskan isu panas, baju-t berwarna putih yang pakainya itu menampakkan pehanya yang gebu. Sekali tengok, seperti dia tidak memakai seluar.
Namun Kila berkata, isu tersebut memberi pengajaran kepadanya malah selepas ini dia akan lebih berhati-hati. Tidak mahu perkara sama berulang, kata Kila, berkemungkinan selepas ini dia tidak lagi menjadi model kepada koleksi jenamanya, iaitu Rack. Sebaliknya akan mendapat khidmat model lain untuk satu-satu promosi jenama fesyennya itu pada masa akan datang.
“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model saja”, katanya.
Dalam pada itu anak bongsu kepada penyanyi popular 80-an, Rohana Jalil ini mengakui sejak muncul dalam industri hiburan, dia sinonim dengan jolokan ‘artis simbol seksi’ kerana penampilannya ditambah pula dengan bibir mungilnya mirip Angelina Jolie dan liuk lekuk tubuhnya yang melentik. Bahkan gara-gara ‘label’ sebegitu, dia sering ditawarkan watak-watak yang memerlukan dia tampil seksi.
Bagaimanapun dia kini secara pelahan-lahan cuba mengkikis persepsi tersebut dengan lebih memilih dari segi tawaran juga mengubah penampilan.
“Saya dilabelkan sebegitu mungkin sebab setakat hari ini tak ada lagi lakonan saya yang benar-benar memberi impak dan dapat mengukuhkan nama saya. Tapi saya percaya semua itu perlukan masa untuk saya buktikan pada orang ramai yang saya benar-benar berbakat.
“Saya akui banyak tawaran lakonan terutama untuk filem, memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang. Tapi saya tolak secara baik tawaran tersebut.
“Dan untuk mengikis persepsi tu, sekarang ni saya cuba ubah penampilan misalnya make up saya lebih nipis dan tampil dengan pakaian yang lebih sedap mata memandang”, katanya yang baru empat tahun bergelar anak seni.
Dalam perkembangan lain, Kila dalam proses menyiapkan single keduanya. Selain itu, dia bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie Beranak Dalam Kubur arahan Michael Ang, pada September ini. – Malaysian Digest