Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks.
Laman Facebook ‘Awek melayu malaysia’ yang mula diwujudkan sejak 21 Januari 2013, mendapat sambutan hangat dan hingga ke hari ini, sudah menghimpun 19,515 pengikut.
Admin FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan.



Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak gambar mereka telah digunakan di sini.
Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti porno.
Sesuatu harus dilakukan agar FB ‘Awek melayu malaysia’ ini ditutup terus. Antaranya, marilah kita beramai-ramai membuat laporan kepada Facebook tentang salahguna laman ini dengan kandungannya yang berbaur seksual.


Seorang guru lelaki sekolah menengah telah digantung tugasnya setelah beberapa keping gambar beliau bercium dengan pelajarnya tersebar secara meluas di internet.

Zhang Tunhua, seorang guru sekolah menengah di daerah LinXia, Semenanjung Gansu, mengarahkan semua pelajar perempuan yang tamat dari kelasnya supaya mencium pipinya sebelum menerima sijil masing-masing.

Tanpa rasa malu dengan perbuatannya, beliau tersenyum ketika gambar-gambar tersebut diambil.

Pentadbir di sekolah itu memberitahu China Youth Daily bahawa guru berkenaan telahpun digantung tugasnya.Sumber

Zarina Zainuddin
PETALING JAYA – Pelakon Zarina Zainuddin menyifatkan kehidupan bermadu iaitu berkongsi kasih suami bukanlah satu perkara buruk seperti yang digambarkan oleh kebanyakan wanita.
Zarina, 43, berkata, selama 20 tahun menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan, hubungan beliau dengan madunya sentiasa baik.
“Sebagai isteri kedua, saya kena sedar bahawa kedudukan isteri pertama harus diberi keutamaan. Saya akur dengan perkara itu.
“Apa yang penting hati perlu dibersihkan agar diri kita menjadi lebih positif dalam sesuatu perkara. Saya pun tidak mahu suami pening kepala gara-gara kena melayan karenah isteri masing-masing.
“Mungkin ramai wanita menyifatkan hidup bermadu sangat buruk tetapi Alhamdulillah, kami bahagia hidup bersama dan kami tahu peranan masing-masing,” katanya.
Zarina berkata demikian selepas diminta berkongsi pengalamannya hidup bermadu sejak 20 tahun lalu.
Tambah pelakon itu, hubungan yang akrab bersama madunya membuatkan mereka turut menjadi rakan kongsi menjalankan perniagaan kecantikan bersama-sama.
“Mungkin ada yang nampak pelik tetapi saya dan madu saya benar-benar serasi malah kami membuka perniagaan bersama.
“Kami juga pernah bercuti bersama. Cuma apabila dia bersama suami, saya akan jauhkan diri dengan anak-anak untuk memberi peluang mereka bercerita.
“Kadang-kadang rasa bagus juga hidup begini kerana apabila suami bersama isteri pertama saya dapat meluangkan masa untuk diri sendiri pula,” tuturnya.
Dalam pada itu, Zarina berkata, dia juga tidak mempunyai halangan jika suaminya mahu menambah isteri ketiga.
Zarina kini memiliki empat orang anak lelaki termasuklah sepasang kembar berumur 17 tahun, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai,10 dan Muhammad Adam Azrai yang berusia tujuh tahun. – mStar Online
Nahas Bas
GENTING HIGHLANDS – Polis masih belum mengenal pasti enam mangsa daripada 37 mayat yang dibawa keluar dari bangkai bas di sini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata, 20 mayat ditemui, 19 daripadanya adalah rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia, telah dituntut oleh keluarga mereka.
“Bagi baki enam mayat, kita meneliti melalui pakaian, barang-barang berharga dan dokumen-dokumen yang terdapat dalam gaung untuk memadankan mereka. Saya menyeru kepada saudara-mara bagi mereka yang hilang di Genting untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” katanya.
Sebuah traktor yang besar telah dibawa lokasi tempat kejadian kemalangan bas di sepanjang 3.5km untuk mengangkat bangkai bas dari gaung.
Pegawai Puspakom turut menjalankan penyiasatan di lokasi untuk menentukan apakah yang boleh menyebabkan kemalangan.
Bangkai berkenaan dijangka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.
Ketika ditanya sama ada polis telah bercakap kepada mangsa-mangsa yang masih hidup daripada kemalangan itu, Supt Mohd Mansor berkata, mereka akan menunggu beberapa hari lagi.
“Ramai yang masih untuk pulih dan tidak berada dalam keadaan yang baik untuk memberi keterangan,” katanya. – mStar Online
BEIJING – Ribut Tropika Trami membadai selatan China pagi semalam sekali gus memburukkan lagi bencana banjir di negara berkenaan selepas ia mengorbankan 17 orang di Filipina.
Trami yang bermula sebagai taufan melanda Taiwan pada Rabu lalu sebelum menuju ke wilayah Fujian semalam. Kekuatannya semakin berkurang menyebabkan taufan tersebut dikategori sebagai ribut.
Ia kini menuju ke barat laut China dengan membawa hujan lebat ke beberapa kawasan yang terjejas teruk dilanda satu lagi taufan pada minggu lalu.
SEKUMPULAN polis separa tentera membantu beberapa nelayan menolak sebuah botyang terbalik selepas Ribut Tropika Trami tiba di Ningde, dalam wilayah Fujian semalam.
Banjir di China sebelum ini menyebabkan kira-kira 250 orang maut termasuk 21 pekerja pembinaan di wilayah Qinghai yang terkorban pada Selasa lalu.
Bencana tersebut menyebabkan keadaan di bahagian timur laut China terjejas teruk apabila air Sungai Heilong melimpah semalam. Setakat ini beribu-ribu orang terpaksa berpindah.
Trami mencetuskan huru-hara di Manila dan beberapa wilayah terpencil di Filipina baru-baru ini namun, ribut itu hanya menyebabkan kerosakan kecil di Taiwan. – AP
Sememangnya banyak perbezaan dari segi spesifikasi dan harga antara "Proton Suprima s" dan "Toyota Vios 2013". Anda lihat perbandingan dibawah antara kedua-dua kereta ini. Bagi pendapat blogbahni, Proton Suprima S lebih banyak kelebihan jika dibandingkan dengan Toyota Vios 2013. Apa pendapat anda?Sumber


Jantung
China – Seorang lelaki yang berusia 24 tahun yang selama hayatnya terpaksa hidup dengan jantungnya terletak di bahagian perut, akan menjalani pembedahan bagi membetulkan semula keadaan berkenaan.
Keadaan yang dialami oleh Huang Rongming yang berasal dari Henan itu menyebabkan jantungnya kelihatan terbonjol.
Ia juga menyebabkan Huang mengalami masalah untuk bernafas setiap kali dia berjalan.
Penyakit tersebut hanya berlaku kepada lima bayi daripada sejuta kelahiran dan kebanyakan pesakit akan meninggal dunia sebaik dilahirkan.
china2
Huang sebelum ini tidak mampu untuk menanggung pembedahan berjumlah 200,000 yuan bagi membetulkan semula kedudukan jantungnya.
Namun selepas berita mengenainya tersiar dalam media massa, dalam masa enam hari sahaja, dia berjaya mendapat sumbangan daripada orang ramai dan berpeluang menjalani pembedahan itu.
“Ia merupakan mimpi jadi kenyataan. Saya akan menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain,’’ katanya.
Ketika Huang dilahirkan, doktor tidak menyangka dia dapat hidup lama memandangkan jantung tersebut amat berisiko untuk mengalami kecederaan.
Hanya dengan ketukan ringan sahaja di perutnya, boleh menyebabkan Huang meninggal dunia.
Bayi
India – Kepala kedua yang tumbuh di kepala seorang bayi berusia lapan bulan, berjaya dibuang dalam satu pembedahan yang mengambil masa selama lima jam di Kolkata.
Bayi berkenaan, Tofajjal, kini semakin sembuh selepas menjalani pembedahan yang berisiko tinggi itu.
Menurut pakar perubatan, Dr Sisir Das, kepala kedua berkenaan yang seberat hampir sekilogram dan mempunyai tisu otak, merupakan kembar parasit.
“Saya tidak pernah melakukan pembedahan melibatkan ketumbuhan seperti ini. Ia merupakan pembedahan yang kritikal sebarang kesilapan kecil boleh menyebabkan kematian kepada bayi ini,’’ katanya.
Jelas Sisir, cabaran kedua selepas pembedahan ini ialah mengembalikan bayi berkenaan kepada ibu bapanya kerana mereka menetap di kawasan terpencil.
Bapa Tofajjal, Shah Alam Mia sebelum ini telah berputus asa dengan keadaan yang menimpa bayinya itu kerana ada sesetengah doktor dan saudara maranya memaklumkan bahawa bayi itu tidak akan hidup lama.
Ia menyebabkan Shah Alam yang bekerja sebagai pemandu membawa anaknya ke Kolkata.
“Tiada orang yang menyatakan bahawa anak saya akan hidup namun dengan kuasa Allah, saya akan membawa anak saya pulang ke kampung,’’ katanya.
Wentworth Miller
Los Angeles – Bintang Prison Break, Wentworth Miller akhirnya mendedahkan bahawa dia merupakan seorang gay selepas sekian lama mendiamkan diri.
Aktor berusia 41 tahun itu membuat pengakuan secara terbuka itu selepas dijemput menghadiri Festival Filem Antarabangsa St. Petersburg sebagai tetamu kehormat.
Miller terpaksa mengaku dirinya gay untuk kali pertama dan menolak jemputan berkenaan melalui sepucuk surat sebagai membantah undang-undang baru anti-gay di Rusia.
“Terima kasih atas jemputan. Sebagai seseorang yang menikmati kunjungan ke Rusia sebelum ini, saya amat gembira untuk menyatakan ya. Bagaimanapun sebagai lelaki gay, saya terpaksa menolaknya,’’ katanya.
Rusia mengharamkan hubungan homoseksual sejak 1993
Miller, yang melakonkan watak Michael Scofield dalam Prison Break dari 2005 hingga 2009, kini menjadi penulis skrip.
Dia telah menulis skrip filem Stoker, yang dibintangi oleh Nicole Kidman an Mia Wasikowska.
Rusia mengharamkan hubungan homoseksual sejak 1993.
Buaya
Miami – Pihak berkuasa daerah Volusia di Florida mendakwa seorang lelaki Sean Lewis, 45, dengan tuduhan mencuri anak buaya selepas ibunya menghubungi talian kecemasan 911 Isnin lalu untuk melaporkan perbuatannya.
Lewis bagaimanapun memberitahu polis, dia menerima anak buaya berkenaan daripada seorang kawan yang sepatutnya mengambil semula haiwan itu, tetapi tidak melakukan demikian, lapor NBC Miami. Selepas seketika Lewis memutuskan untuk menyimpan anak buaya itu dalam tab mandi di kediaman yang dikongsi bersama ibunya.
Namun, wanita terbabit tidak suka dengan tindakan anaknya itu apabila dia menjadikan tab mandi berkenaan akuarium lengkap dengan potongan kayu sebagai ganti tanah kering dan mentol lampu seolah-olah cahaya matahari.
Wanita berkenaan kemudian menghubungi polis yang tiba untuk menangkap haiwan terbabit.
Walaupun tab mandi berkenaan mempunyai ruang mencukupi untuk membolehkan anak buaya itu bergerak, tetapi petugas zoo Florida, Bonnie Breibeil berkata, ia tidak memerlukan tempoh lama sebelum haiwan itu akan bertukar menjadi ganas. – Agensi
F1
London – Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.
Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain.
Dan nombor pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta Bugatti Veyron miliknya. Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008 apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu, harga paling tinggi untuk nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain.
Tetapi ia terbukti menjadi pelaburan menguntungkan dengan nilai plat pendaftaran itu kian meningkat lebih 10 kali ganda selepas seorang hartawan menawarkan untuk mebelinya dengan harga RM30.9 juta. Sekiranya dia menerima tawaran itu, akan membolehkannya membeli enam lagi Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.
Bagaimanapun, Khan yang mempunyai syarikat Rekaan Khan di Brad- ford, menolak tawaran itu kerana percaya nilainya lebih tinggi daripada tawaran diterima.
Malah, dia tidak terdesak untuk memiliki kereta baru kerana turut mempunyai plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plet kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta). Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain.
Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’. – Agensi
Kanye West
Los Angeles – Seorang jurugambar yang mendakwa diserang Kanye West di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kelmarin menyaman penyanyi rap terbabit.
Daniel Ramos mendakwa dia diserang dan hak asasinya dicabuli dalam kes saman yang difailkannya itu. Ramos ialah anggota pasukan paparazzi yang ditugaskan di lapangan terbang itu pada 19 Julai lalu untuk mengambil gambar selebriti.
Ramos mendakwa penyanyi rap itu tiba-tiba menumbuknya dan merampas kameranya hingga jatuh ke lantai. Minggu lalu, pejabat pendakwa raya enggan mendakwa West dengan alasan Ramos tidak cedera. – AP