Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Lagu untuk bakal isteri
Black Hanifah tetap keluar belanja sendiri untuk majlis kahwin 13 September 

Kerana inginkan majlis perkahwinannya lebih bermakna dan meninggalkan kenangan terindah buat tetamu serta bakal isteri, bekas juara Mentor musim kedua, Black Hanifah meminta komposer Ajai menciptakan sebuah lagu khas sempena hari bersejarahnya. 


Lagu berjudul Si Merah Si Putih itu bakal dirakamkan Black bersama rapper, RJ, minggu depan. 

“Ia bukan lagu cinta, tetapi lebih kepada lagu kahwin. Liriknya juga ditulis oleh Ajai dan mengikut cadangan, ia akan dijadikan single terbaru saya,” cerita pemilik nama penuh Hanifah Md Hanafiah pada majlis mengumumkan majlis perkahwinannya di ibu kota, semalam. 

Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan 8 Unit, Datin Jacynta Au Yong; dan ibu dan bapa Black Hanifah, Md Hanafiah Che Din dan Muslamah Othman. 

Untuk majlis perkahwinannya nanti, 8 Unit bakal bertindak sebagai perunding perkahwinan untuk dua acara berasingan iaitu pernikahan pada 13 September dan resepsi (14 September). Kedua-dua majlis bakal diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. 

Pada 15 September pula Black akan mengadakan majlis terbuka besar-besaran buat peminatnya. 
“Majlis itu akan diadakan di Padang PPRT Kerinchi bermula tengah hari. Saya mengadakannya di situ kerana mahu meraikan bekas jiran tetangga kami. Sebelum ini setiap kali berjumpa mereka, saya akan ditanya soalan mengenai majlis perkahwinan ini. 

“Untuk majlis itu nanti, saya akan import tukang masak dari kampung saya di Baling, Kedah,” ujarnya. 

Rahsia kos tajaan 

Apabila penyanyi Aku Rindu Sayang Kamu ini mengumumkan majlis perkahwinannya bakal mendapat penajaan beberapa pihak tertentu, pasti ada yang akan bersuara mempertikaikan dari sudut kewangan. 

Biasalah, mulut orang bukannya seperti mulut tempayan yang boleh ditutup. Ada saja yang tidak kena pada mata mereka. Justeru, tidak hairanlah jika Black Hanifah sedikit berahsia apabila ditanya soal kos dikeluarkan serta nilai tajaan diterimanya. 

“Biarlah perkara ini saya seorang saja yang tahu. Tak mahu nanti, bila saya sebut nama sesuatu penaja, ada pihak lain yang terasa. Lagipun tidak semua perkahwinan saya ditaja. Saya juga mengeluarkan perbelanjaan sendiri. 

“Apa yang boleh saya kongsikan, untuk majlis ini saya memang teruk bekerja. Sangat teruk,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini. 

Bagaimanapun, sebelum ini Black Hanifah pernah mengadu ditipu sekitar RM30 ribu oleh perunding perkahwinan terdahulu apabila wang pendahuluan yang diberikan tidak langsung menampakkan hasil. 

Mengenai wang hantaran diberikan kepada bakal isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi, 28, dia berkata, perkara itu akan hanya didedahkan pada majlis pernikahan nanti. 

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu. 

Panggil saya Black Hanifah 

Ditanya mengapa gadis yang lebih mesra disapa Cira Khairi itu yang menjadi pilihan, Black memberitahu, kesanggupan menerima dirinya seadanya membuatkan dia terpaut sekali gus melamar wanita itu selepas dua bulan berkenalan. 

“Kami diperkenalkan oleh teman wanita rakan saya. Ketika itu dia langsung tidak tahu saya seorang artis. Sikapnya yang sederhana dan boleh menerima saya sebagai seorang penyanyi membuatkan saya yakin, dialah wanita saya cari selama ini,” katanya yang sudah bersedia memikul tugas sebagai suami. 

Pada majlis itu, penyanyi ini turut mengumumkan penjenamaan semula namanya dan kini, dia mahu dikenali sebagai Black Hanifah. 

“Nama Black Hanifah ialah gabungan nama saya dalam industri seni dan juga kawan-kawan lama. Dengan nama itu nanti saya harap akan mendapat lebih keberkatan,” jelasnya.
Lady Gaga
PENYANYI Lady Gaga meminta peminat-peminatnya supaya berhenti membuat ugutan bunuh terhadap individu yang tinggal berhampiran rumahnya iaitu Perez Hilton.
Perez merupakan seorang penulis blog hiburan yang tinggal berdekatan rumah penyanyi tersebut. Perez dalam laman blognya menulis tentang perasaan tidak senang terhadap kelakuan Gaga.
Dalam pada itu, Gaga turut meminta peminat yang digelarnya sebagai ‘Little Monster’ supaya lebih bersabar.
"Membuat segala bentuk ancaman dan ugutan dengan menggunakan bahasa kebencian yang kasar dan memprovokasi pengguna Internet yang lain adalah salah dan saya tidak menyokong tindakan sebegitu," tulis Gaga di laman blog miliknya.
Gaga juga berkata, dia hanya memperjuangkan kesejahteraan dan kasih sayang antara manusia. mStar
Shah Rukh Khan
KUALA LUMPUR: Bintang popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan bakal menggegarkan pentas Stadium Bukit Jalil pada 11 Oktober depan menerusi konsertnya Temptations Reloaded.
Konsert tersebut merupakan anjuran Hitman Solutions Sdn Bhd dengan kerjasama 2 Spicy Entertainment Sdn Bhd.
Menurut pengarah urusan Hitman Solutions Sdn Bhd iaitu Ruhit Rampal, Temptations Reloaded akan menjadi sebuah konsert yang berprestij kerana ia bukan sahaja menampilkan persembahan bintang filem itu, tetapi turut memperkenalkan teknologi terkini daripada segi teknikalnya.
"Penonton bukan sahaja melihat persembahan Shah Rukh Khan tetapi juga kepuasan melihat penggunaan lampu berteknologi 'diod pemancar cahaya' (LED)
"Malah pentas juga diiringi dengan persembahan grafik mengikut lagu-lagu yang dibawakan," katanya pada sidang media konsert ‘Temptations Reloaded’ yang diadakan di Menara Kuala Lumpur di sini petang Selasa.
Tambah Ruhit, persembahan Shah Rukh Khan akan mengikut arahan dan skrip agar ia kelihatan lebih tersusun.
"Saya ibaratkan konsert itu seperti sebuah filem yang dipersembahkan secara langsung. Apatah lagi ia akan berlangsung selama tiga jam tanpa henti," ujarnya.
Dalam pada itu, beberapa selebriti Bollywood turut hadir sebagai tetamu undangan termasuklah aktres jelita Madhuri Dixit.
Tiket konsert berharga RM99 hingga RM1999 boleh dibeli menerusi laman web www.vip.my atau boleh didapati di mana-mana kaunter kedai Rock Corner . mStar
Aksi Fizo sebelum menggunakan litar Sepang.
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar memperluaskan hobinya sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan menunggangnya di litar Sepang, dekat sini.
Fizo, 28, berkata, dia mula mempelajari teknik berlumba di litar dengan cara yang betul bersama pelumba-pelumba sebenar.
"Saya belajar menunggang motosikal di litar Sepang dengan kawan-kawan saya yang memang seorang pelumba motosikal profesional. Ia hanyalah sekadar suka-suka dan tiada niat saya untuk menyertai mana-mana perlumbaan.
"Apa yang saya dapat adalah satu kepuasan yang berbeza berbanding menunggang motosikal dia jalan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Fizo Omar segak dengan pakaian perlumbaannya.
Tambah Fizo, cabaran terhadap aktiviti tersebut iaitu perlu memberikan fokus yang tinggi ketika berada di litar menjadikan dia seorang yang lebih berdisiplin.
"Banyak yang saya belajar tentang teknik berlumba dan perkara paling penting ialah tumpuan yang lebih ketika berada di litar.
"Dengan itu juga ia sedikit sebanyak menjadikan diri saya seorang yang sentiasa peka dan berhati-hati," katanya.
Tambah Fizo lagi, sejak menyertai aktiviti tersebut beberapa bulan lalu, dia meluangkan masa hampir setiap minggu untuk menunggang di litar. mStar
Hans Isaac
PETALING JAYA: Penerbit filem Hans Isaac bukan menepis tuduhan kononnya dia produser pengecut kerana enggan menerbitkan filem selepas kegagalan karya terbaharunya Lemak Kampung Santan.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, berkata, selama ini penerbit-penerbit filem sering dilanda pelbagai masalah bukan sahaja kerana mendapat kutipan filem yang rendah tetapi juga isu-isu sistem penayangan di pawagam yang dirasakan perlu dirombak semula.
"Orang luar tidak akan tahu bagaimana susahnya kami (pihak penerbit) berusaha untuk selamatkan industri perfileman walaupun pada dasarnya ia sukar mendapat pulangan yang memberangsangkan.
"Tetapi apabila orang memberi respons negatif kononnya saya enggan bikin filem lagi kerana takut filem gagal, itu tuduhan mengarut.
"Sebelum ini banyak filem saya gagal tetapi saya tetap teruskan terbit filem. Dan sayang sekali sistem penayangan filem kita tidak pernah diperbetulkan sejak dahulu lagi,"katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.
Pada minggu lalu Hans telah meluahkan perasaan menerusi Twitter yang dia enggan menerbitkan filem lagi selepas Lemak Kampung Santan hanya mengutip RM100,000 dan telah ditarik daripada tayangan selepas empat hari di pawagam.
Produser itu kecewa dengan sistem apabila pihak panggung menarik balik tayangan kerana kutipan yang perlahan.
Kos produksi Lemak Kampung Santan menelan belanja RM1.7 juta.
Filem itu bertembung dengan Adnan Sempit 3 yang mencatat kutipan setakat ini kira-kira RM1.76 juta (rekod Finas sehingga 12 Ogos lalu).
Kedua-dua filem berkenaan ditayangkan serentak pada 8 Ogos lalu iaitu hari pertama Syawal.
Tegas Hans lagi, sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu untuk memperbetulkan sistem wajib tayang yang sebenarnya telah menyusahkan pihak penerbit.
"Selagi sistem penayangan filem tempatan kita tidak diperbetulkan, saya tidak akan menghasilkan filem lagi.
"Jika anda perasan, pengarah seperti Erma Fatima, Aziz M Osman dan Afdlin Shauki tidak lagi menghasilkan filem kerana mereka serik dengan sistem yang ada.
"Lebih baik kita terbitkan bidang seni lain seperti teater atau drama. Semua orang akan menonton.
"Dan jika sistem sudah diperbetulkan, laku atau tidak saya akan kembali menghasilkan filem macam biasa," tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Hans menerusi syarikat produksinya Tall Order Productions bakal muncul dengan sebuah karya bercirikan autobiografi mengenai legenda pemain bola sepak negara, Mokhtar Dahari, berjudul SuperMokh The Musical dan Lawak Ke Der 3yang bakal dipentaskan di Istana Budaya. mStar
        
Menurut tt.mop, seorang gadis yang bernama Xiao Ping (alias) telah dikurung di dalam sebuah flat oleh teman lelakinya yang berusia 29 tahun untuk lebih dari sebulan. Gadis ini didapati didera sehingga terdapat kesan hirisan pisau, lebam teruk sera luka pada dagu, kaki, tangan serta belakang. Xiao Ping juga didapati tulang betis patah. Xiao Ping sebenarnya lahir di Hubei tetapi dia telah pergi ke Quanzhou untuk bekerja sebagai waitress setahun yang lalu. Dia telah bertemu dengan lelaki ini semasa tengah bekerja selepas diperkenalkan oleh rakannya. 

Selain daripada kerja di situ, Xiao Ping juga dikatakan bekerja di sebuah kelab malam. Jadi segalanya bermula dari situ apabila teman lelakinya tahu yang dia juga bekerja di kelab malam. Teman lelaki ini terus mensyaki yang Xiao Ping curang dengan dia setiap kali ada orang menelefonnya. Disebabkan terlampau cemburu dan tak tahan dengan kehidupan Xiao Ping, dia mengurung Xiao Ping dalam rumah untuk menderanya menggunakan tali pinggang, kayu serta ashtray. Dia juga menggunakan pisau serta beberapa senjata tajam untuk mencederakannnya. 

Selepas itu, Xiao Ping akan dipaksa mandi dalam tub air panas. Kemudian, teman lelaki ini memaksa Xiao Ping memberi nombor akaun dan password. Teman lelaki ini berjaya mengeluarkan semua duit Xiao Ping tetapi selepas itu dia tetap menderanya. Akhirnya Xiao Ping berjaya melepaskan diri semasa lelaki tersebut keluar bermain kad dengan rakannya. Xiao Ping berjaya menghubungi rakannya di kawasan tersebut yang kemudian membawanya ke balai polis. Polis terkejut melihat kecederaan pada tubuh Xiao Ping. Polis berjaya menahan lelaki tersebut di flat tersebut. Kalau anda polis, mungkin anda juga terkejut selepas tengok gambar di bawah ini.






Alahaaiiii Mak Cik nih.. Bergaya sungguh sampai tak kisah fesyen apa yang dipakainya.. Admin tak pasti pulak kalu mak cik nih sedar yang dia pakai dress lutsinar sampai menampak seluar dalam. Kejadian ini berlaku suatu ketika dulu di Singapura. Dia nak mengalahkan Selena Gomez kot.

Fuhhhh... mata admin yang silap atau gambar nih yang silap? Kurang senonoh betul lah GF dia nih. Masukkan tangan dalam seluar BF tanpa rasa segan silu pun. Dia tak kisah orang sekeliling? macam-macam hal... 


Percintaan dan Perkahwinan yang mengharukan. Cinta tidak mengenal harta dan usia.... ini pepatah lama. Tetapi bagi Li Kangyu (38) dan Yan Shuying percintaan mereka juga tidak mengenal jarak dan kecacatan fizikal. Li Kangyu yang berasal dari Hebei Tangshan mengidap penyakit rheumatoid arthritis sejak kecil dan sudah terbaring selama 31 tahun. 

Beliau berkenalan dengan Yan Shuying yang berasal dari Kuala Lumpur memalui internet. Selepas berkenalan semalam dua tahun Yan Shuying nekad berkahwin dengan Li Kanyu walaupun pada awalnya menerima tentangan dari keluarga. Yan Shuying berkata beliau jatuh hati dengan Li Kanyu kerana hatinya yang baik. Sungguhpun tidak pernah bersekolah, Li Kangyu seorang lelaki yang bijak dan Yan Shuying percaya suaminya ini dapat mendidiknya. Yan Shuying akan berhijrah ke China dan menjaga suami beliau. 





Penggunaan komputer atau gajet elektronik berlebihan dan kurang tidur adalah salah satu penyebab mata anda menjadi cepat letih atau lesu, timbul lingkaran hitam dan bengkak. 

Sememangnya ia boleh dilindungi dengan solekan yang betul di bahagian mata, tetapi pada masa yang sama, anda juga perlulah mengambil berat dalam penjagaan mata yang betul. 

Ikuti tips-tips berikut: 

Bersihkan solekan mata sebelum tidur 


Pastikan solekan di bahagian mata anda dibersihkan terlebih dahulu sebelum tidur atau ia akan mengakibatkan pori-pori kulit tersumbat. Bersihkan mata dengan menggunakan pembersih khusus untuk bahagian mata kerana kawasan tersebut amat sensitif jika dibandingkan dengan bahagian wajah yang lain. Pastikan anda sapu krim khas bagi merawat mata anda ketika tidur. 

Kaedah tradisional hilangkan lingkaran hitam 


Boleh dikatakan hampir semua orang akan mengalami masalah ini dek kerana satu sahaja penyebabnya – kurang tidur. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata atau tekanan ini. Antaranya adalah meletakkan hirisan timun, tomato atau kentang di atas kelopak mata dan dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit setiap malam sebelum masuk tidur. Selain daripada itu, penggunaan ais batu juga dikatakan berkesan untuk merawat masalah ini kerana ia akan melancarkan peredaran darah di sekitar mata. Walaupun terdapat beberapa produk yang lebih moden seperti krim kosmetik dalam bentuk roll-ondijual di pasaran, tiada yang lebih baik dan mudah daripada menyelesaikannya dengan kaedah tradisional. Jimat dan mudah! 

Amalkan pengambilan makanan berkhasiat 


Memang benar, pengambilan dalam makanan berkhasiat sememangnya bukan sahaja baik untuk mata, malah untuk kesihatan kita. Kandungan mineral dan vitamin dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiat dan kelebihan untuk kecantikan mata. Kebanyakan buah-buahan berwarna ungu seperti prun dan beri sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanidin yang memberi manfaat kepada mata. Malah pengambilan sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi, lobak merah, tomato dan labu mengandungi beta karotin yang tinggi juga baik untuk mata. Begitu juga buah-buahan seperti limau, betik dan mangga. Kandungan vitamin C mampu membantu pembentukan kolagen yang menambah keanjalan kulit di sekeliling mata. Selain makanan, pengambilan air masak juga memberi manfaat. Minum air masak yang banyak terutama sekali ketika cuaca terlalu panas atau ketika anda berada di tempat berhawa dingin. Ia mampu mencegah kedutan di bahagian mata, sekaligus mengelak kulit daripada menjadi kering. 

Kurangkan tekanan di bahagian mata 


Ya, mata anda juga memerlukan senaman dan ianya sangat mudah dan tidak memerlukan wang atau sebagainya. Anda hanya perlu mengerdipkan mata dan memejamkan mata kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata. Sememangnya senaman ini sangat bersesuaian kepada mereka yang bekerja atau menggunakan komputer kerana seperti sedia maklum, ia akan membuatkan mata anda berasa cepat letih. Bagi yang memakai kaca mata, cabut sebentar bagi merehatkan mata anda dan lakukan senaman tersebut. Manakala bagi yang memakai kanta lekap, pastikan anda tidak memakainya melebihi tempoh lapan jam kerana ia akan membuatkan mata anda bertambah letih dan lesu. Pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu! 

Lindungi mata anda dari sinaran UV 


Jika anda adalah seorang yang seringkali terdedah kepada matahari, pastikan anda menyapu gel mata atau krim pelindung matahari sebelum keluar rumah melakukan kerja seharian anda. Sinaran UV secara berlebihan mempercepatkan kedutan kulit di bahagian mata. Oleh itu, anda boleh menggunakan payung atau kaca mata yang mempunyai penapis sinar UV agar mata anda dilindungi. 



Sebut sahaja mesin ATM, ramai yang tahu mesin ATM ialah sebuah mesin khas untuk mengeluarkan wang. Tetapi, lain pula halnya dengan mesin ATM di kedai kek Sprinkles yang terletak di Beverly Hills, California di Amerika Syarikat.

Ini kerana mesin ATM berwarna merah jambu yang diletakkan di hadapan kedai bukanlah untuk mengeluarkan duit, tetapi memberi kelebihan kepada pelanggan Sprinkles untuk membeli kek cawan pada bila-bila masa sahaja kerana ia merupakan mesin yang beroperasi 24 jam! 

Kedai kek terkemuka ini sememangnya menerima ramai pelanggan dengan lebih 1000 kek cawan terjual pada setiap hari. Jadi, Vineet Pilot yang bertanggungjawab dalam menghasilkan mesin ini telah memastikan mesin tersebut beroperasi dengan jayanya.

Pelanggan tidak perlu merasa khuatir dengan kualiti kek yang dijual melalui ATM Sprinkles kerana ia dibuat hanya beberapa jam sebelum dijual. Malah, anda boleh menikmati lapan pilihan kek cawan dengan harga $4 (RM13) sebiji.

Sementara itu, Sprinkles juga kini merancang mencari tiga lokasi lagi yang sesuai untuk meletakkan mesim ATM kek cawan mereka.

Mesin ATM yang beroperasi 24 jam yang menjual kek cawan kepada pelanggan.
Mesin ATM kek cawan 
Terdapat pelbagai pilihan kek cawan untuk dipilih pelanggan.

Muzium Okultus Warren ialah muzium barangan angker milik Ed danLorraine Warren. Dua orang pemburu hantu dan pengkaji paranormal ini ada dipaparkan di dalam filem The Conjuring yang kini ditayangkan di pawagan. Muzium ini merupakan koleksi barangan yang mempunyai entiti yakni berpenunggu yang disimpan oleh pasangan Warren sejak memulakan kareer mereka pada tahun 1952. Antara yang dipamerkan ialah patung Annabelle yang dikatakan sangat angker ia terpaksa disimpan di dalam bekas kacanya sendiri. Menurut cerita seorang lelaki mati ditikam oleh Annabelle yang dihuni makhluk halus. Barangan lain yang dipamerkan ialah keranda pontianak, papan Ouija dan barangan pemujaan setan. Muzium ini terletak diMonroe Connecticut Amerika Syarikat. 



Laporan asal Bloody Disgusting