Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Semua orang tahu bahawa Brad Pitt dan Angelina Jolie bertemu di lokasi "Mr. & Mrs. Smith" pada tahun 2003. Sekalipun pada awalnya Angelina menafikan hubungan mereka bermula dari saat itu dan berkeras mengatakan dia tidak akan jadi seperti bapanya yang memusnahkan rumah tangga orang lain, Jolie dan Pitt mengumumkan cinta mereka tidak lama selepas Pitt dan isterinya, Jennifer Aniston berpisah.
Brad Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara kisah cinta lokasi yang paling popular di Hollywood, namun tahukah anda bahawa mereka ini juga antara pasangan yang bertemu dengan cara yang sama?
Kate Capshaw & Stephen Spielberg
"Indiana Jones and the Temple of Doom" (1984) mungkin bukan filem Indiana Jones arahan Steven Spielberg yang paling berjaya, dan Spielberg sendiri mengakuinya. Namun menurut pengarah prolifik ini, "Saya mungkin tak dapat banyak keuntungan dari filem tersebut, tapi saya tetap bertuah kerana menemui isteri saya melalui filem itu!"
Kate Capshaw, pelakon yang melakonkan watak si Willie yang menjengkelkan dalam filem tersebut menarik perhatian Spielberg dan pada tahun 1991, mereka mendirikan rumah tangga.
Suzy Amis & James Cameron
James Cameron tidak jatuh cinta di lokasi hanya sekali. Dia pernah mengahwini penerbit filem Gale Ann Hurd dan pengarah tersohor Kathryn Bigelow. Dia jatuh cinta dengan pelakon Linda Hamilton hanya selepas bertemu buat kali kedua melalui filem "Terminator 2" pada tahun 1991, namun hanya bertahan seketika. Malah Hamilton menyalahkan kehancuran perkahwinan mereka di atas hubungan sulit antara Cameron dan pelakon Suzy Amis, yang ditemuinya menerusi filem arahannya, "Titanic" ketika itu.
Amis mengahwini Cameron pada tahun 2000 selepas Cameron menyelesaikan kes perceraiannya dengan Hamilton dan kini dikurniakan tiga orang anak.
Jenna Dewan & Channing Tatum
Jenna Dewan dan Channing Tatum dipertemukan dalam filem berkonsep tarian, "Step Up" pada tahun 2005 dan menjalin hubungan cinta selama tiga tahun sebelum mereka bertunang di Maui pada tahun 2008 dan berkahwin pada tahun seterusnya.
Mereka juga baru sahaja dikurniakan seorang anak perempuan bernama Everly akhir Mei lalu.
Jennifer Aniston & Justin Theroux
Selepas perkahwinannya dengan Brad Pitt musnah pada tahun 2005, Aniston pernah bercinta dengan beberapa selebriti terkenal termasuk bintang komedi Vince Vaughn yang turut berganding dengannya dalam filem "The Breakup", selain pemuzik John Mayer yang terkenal dengan sifat buaya. Namun malangnya, kedua-dua selebriti ini bukanlah jenis yang mahu mendirikan rumah tangga.
Namun begitu, ketika dia berlakon dalam filem "Wanderlust" pada tahun 2011, Aniston didekati oleh pelakon Justin Theroux yang melakonkan watak antagonis Seth dalam filem yang sama. Theroux, yang juga seorang penulis lakonlayar yang terkenal melalui hasil tulisannya seperti "Tropic Thunder" dan "Iron Man 2", kemudiannya melamar Aniston pada tahun 2012.
Natalie Portman & Benjamin Millepied
Ketika Natalie Portman sedang menjalani penggambaran untuk filem "Black Swan" pada tahun 2009, dia mula berkenalan dengan penari balet Perancis, Benjamin Millepied yang menjadi jurutari rasmi filem tersebut. Tahun berikutnya, Portman mengumumkan pertunangannya dengan Millepied sekaligus memberitahu media bahawa dia sedang hamil.
2009 sehingga 2012 merupakan tahun yang bahagia buat Portman. Dia menerima pujian untuk lakonannya dalam "Black Swan", memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik anugerah Oscar untuk watak Nina, dikurniakan seorang anak dan seterusnya mengahwini Millepied, mengikut susunan tersebut.
Liev Schreiber & Naomi Watts
Schreiber bertemu bintang jelita kelahiran Australia, Naomi Watts ketika mereka sama-sama membintangi filem "The Painted Veil" (2006), ketika Watts baru berpisah dengan teman lelakinya Heath Ledger. Mereka terus bersama sejak itu, malah Watts melahirkan anak pertama mereka, Alexander Pete pada tahun 2007, dan Samuel Kai pada tahun 2008.
Namun tiada siapa yang pasti sama ada mereka berdua sudah pun mendirikan rumah tangga, sekalipun Watts pernah mengatakan bahawa Schreiber pernah menghadiahkan cincin kepadanya pada tahun 2010. Jelas Watts, mereka berdua masih belum tergesa-gesa untuk merasmikan hubungan tersebut.
Hugh Jackman & Deborra Lee Furness
Dia antara pelakon terseksi Hollywood, tapi ramai yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa bintang Australia ini telah pun berumah tangga sebelum membuat kemunculan di Hollywood. Jackman bertemu dengan isterinya, pelakon, pengarah dan penerbit Deborra Lee Furness ketika dia belum dikenali di serata dunia, ketika sama-sama membintangi drama TV Australia yang berjudul "Corelli".
Jackman dan Furness melangsungkan perkahwinan mereka di Melbourne pada tahun 1996 selepas setahun bercinta dan kini membela dua orang anak angkat, Oscar Maximillian dan Ava Eliot.
Jennifer Connelly & Paul Bettany
Bintang jelita Jennifer Connelly mungkin melakonkan watak Alicia, isteri kepada Profesor John Nash yang menderita penyakit skizofrenia dalam filem "A Beautiful Mind". Tapi ibu kepada seorang anak lelaki ini akhirnya jatuh cinta kepada pelakon Inggeris Paul Bettany yang memainkan watak 'rakan imaginasi' Nash yang bernama Charles Herman.
Dua tahun kemudian, pada 1 Januari 2003, pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis tertutup di Scotland, dan melahirkan anak pertama mereka Stellan pada tahun yang sama. Anak perempuan mereka, Agnes Lark dilahirkan tujuh tahun kemudian.
Goldie Hawn & Kurt Russell
Bintang jelita Goldie Hawn pernah berkahwin dua kali dengan penari Gus Trikonis dan pemuzik Bill Hudson. Namun begitu, selepas perceraian keduanya dengan Hudson, Goldie Hawn mula serius dengan pelakon terkemuka, Kurt Russell, yang sebelum ini pernah berganding dengan Hawn dalam filem "The One and Only", "Genuine" dan "Original Family Band".
Mereka mula bercinta selepas dipertemukan dalam filem keempat mereka bersama, "Swing Shift" pada tahun 1983. Russell ketika itu pula sedang dalam proses perceraian dengan isteri pertamanya, pelakon Season Hubley. Malah selepas mereka bersama, Hawn dan Russell sekali lagi berganding dalam filem "Overboard". Sekalipun mereka tidak pernah berkahwin, Hawn dan Russell mempunyai anak bersama, Wyatt Russell, malah anak-anak Hawn; Oliver dan Kate juga menganggap Russell seperti bapa kandung mereka.
Sarah Michelle Gellar & Freddie Prinze, Jr
Gellar dan Prinze bertemu kali pertama ketika bekerjasama dalam filem seram remaja, "I Know What You Did Last Summer" pada tahun 1997, sekalipun tidak melakonkan watak sebagai pasangan kekasih. Namun percintaan mereka hanya bermula pada tahun 2000, sebelum mendirikan rumah tangga di Mexico dua tahun kemudian.
Selepas berkahwin, mereka digandingkan semula sebagai pasangan kekasih Fred dan Daphne dalam filem "Scooby Doo" dan "Scooby Doo 2: Monsters". Gellar dan Prinze juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka – Charlotte Grace dan Rocky James.
Will Smith & Jada Pinkett
Berbeza dengan yang lain, sekalipun Smith dan Pinkett bertemu di lokasi, mereka tidak berlakon bersama. Pada tahun 1990, mereka bertemu di set sitkom popular Smith, "The Fresh Prince of Bel-Air" apabila Pinkett muncul untuk ujibakat watak Lisa Wilkes, teman wanita karakter Smith.
Malangnya, Pinkett gagal mendapat watak tersebut apabila ia diberikan kepada pelakon Nia Long. Tapi dia lebih bertuah dari itu, kerana sejak itu, Pinkett dan Smith menjadi semakin rapat dan mula bertemujanji pada tahun 1995, selepas Smith dan isteri keduanya, Sheree Zampino berpisah. Pada tahun 1997, mereka melangsungkan perkahwinan di Baltimore, Maryland. Mereka kini ibu bapa kepada dua orang anak, pelakon popular Jaden, dan penyanyi popular, Willow. Pinkett turut menerima anak pertama Smith, Trey seperti anaknya sendiri.
[Wow] - Selebriti
Penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael yang digosipkan menjalin hubungan cinta dengan Sasha Saidin baru-baru ini menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka hanya sebagai kawan biasa.
"Saya bercinta dengan Sasha? Tak betullah. Saya dengan dia tidak ada sebarang hubungan istimewa. Kami hanya kawan sahaja.
"Takkanlah setiap kali saya keluar dengan kawan perempuan, orang hendak kata saya bercinta. Nanti orang kata saya kaki perempuan pula," ujar pelantun "Kalau Aku Kaya" itu seperti dipetik dari sebuah portal hiburan.
Tambah bekas kekasih kepada pelakon jelita, Hanez Suraya, dia tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana gusar akan timbul salah faham kelak.
"Maaf, saya tak mahu mengulas banyak sangat. Cukup saya katakan saya dan dia tiada apa-apa. Tapi saya tak nafikan, kami berkawan dan saya ada meminta pendapat dia tentang kerja.
"Saya ada projek girl band dan Sasha orang yang sesuai untuk dijadikan rujukan kerana dulu dia bersama kumpulan Elite," akhirinya.
[Wow] - Gosip Hiburan
Di India budaya menilik adalah sangat popular. Contohnya sebelum berkahwin tilikan jodoh dan keserasian dua orang mempelai harus dilakukan. Kalau anda dah tengok cerita Sivaji The Boss anda pasti ada tengok scene Sivaji tak dibenarkan kahwin kerana takut nyawa pendek. Obsesi orang India dengan tilikan sudah berlaku selama ribuan tahun kerana orang India adalah bangsa paling awal mendalami ilmu astrologi dan kajian jasad samawi.
Biasanya tilikan dilakukan oleh ahli nujum dengan mengambil tarikh lahir dan waktu kelahiran orang yang ingin ditilik. Kemudian seekor burung akan memilih tilikan secara rawak. Tetapi kini sudah ada nujum robot di India. Anda memasukkan sendiri tarikh lahir dan waktu kelahiran anda kepada nujum robot dan ia akan memberikan tilikan berbentuk audio secara automatik.
Laporan asal Oddity Central
Pelbagai
PETALING JAYA – Pelakon Diana Amir mengakui selesa walaupun jarang bertemu dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman.
Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 27, berkata, status mereka sebagai tunangan orang bukanlah alasan untuk mereka sentiasa menghabiskan masa bersama sebaliknya harus menjaga batasan sehinggalah sah bergelar suami-isteri.
“Memang kami jarang berjumpa dan rasanya lebih baik begitu bagi mengelakkan sebarang fitnah dan pada tahap ini batas-batas pergaulan perlu dijaga.
“Kami tiada masalah tentang perkara itu malah lebih selesa tidak terlalu kerap berjumpa dan hanya akan bertemu sekiranya mempunyai urusan,” katanya kepada mStar Online.
Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perkahwinan, Diana berkata, mereka masih belum menetapkan sebarang tarikh kerana sibuk dengan urusan kerja masing-masing.
Bagaimanapun kata Diana, mereka akan tetap berkahwin pada tahun ini dan akan berbincang mengenai soal itu dalam masa terdekat.
“Sepatutnya kami berkahwin setahun selepas bertunang namun kesibukan dengan kerjaya masing-masing telah menyebabkan ia tertangguh. Pun begitu, kami tetap akan berkahwin dalam tahun ini dan Insya-Allah kami akan beritahu perkara baik itu kepada semua nanti,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Diana berkata, selain sibuk menguruskan perniagaan pakaian Muslimah miliknya iaitu ‘Diana Amir Exclusive’ dia juga masih menerima tawaran berlakon sekiranya watak bersesuaian dengan imejnya. – mStar Online
[Wow] - Gosip Hiburan
KUALA LUMPUR – Sebagai seorang ahli perniagaan yang berkecimpung dalam dunia penerbitan drama televisyen, Datin Zaiton Mohd Jiwa turut dikelaskan setaraf selebriti yang tidak dapat lari daripada terpalit kontroversi mengaitkan dirinya atau syarikatnya, Global Station Sdn Bhd.
Apatah lagi apabila ramai mengetahui mengenai statusnya sebagai kakak kepada ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu suami kepada penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza, membuatkan Zaiton atau Kak Ton turut mendapat perhatian media.
Selain majlis rumah terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang berlangsung pada Sabtu lalu, Zaiton turut mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya, Zetty Adila Ramly yang berlangsung pada sebelah petang hari yang sama, 17 Ogos lalu.
Zetty Adila yang pernah dikatakan rapat dan menjadi teman wanita kepada aktor Fahrin Ahmad, telah mengikat tali pertungan dengan jejaka pilihan hatinya. Pihak Murai telah berjaya mendapatkan komen Zaiton mengenai majlis pertunangan ini.
“Memang dahulu anak saya pernah dikaitkan dengan pelakon Fahrin Ahmad kerana mereka sering dilihat bersama dan sebagainya. Tetapi anak saya sendiri sebenarnya tiada memberitahu mengenai sejauh mana hubungannya dan Fahrin jadi saya anggap mereka rapat atas urusan kerja.
“Anak saya turut terlibat di dalam produksi dan bertindak sebagai eksekutif produser. Mungkin perhubungan mereka yang pada asalnya melibatkan pelakon dan wakil produser itu disalah anggap bila sering dilihat bersama kerana komitmen Fahrin dengan syarikat kami.
“Tiada perkara untuk saya ulaskan kerana ini pilihan anak saya, cuma jejaka itu bukanlah berstatus selebriti,”ujar Zaiton ketika ditanya mengenai status hubungan anaknya Zetty Adila yang pernah digosipkan dengan Fahrin Ahmad. – Murai
[Wow] - Gosip Hiburan
GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki dan menemui semula dua kenderaan yang dilapor hilang di Queensbay dan Pulau Tikus di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, hasil risikan dan maklumat awam, polis berjaya menjejaki dan menahan suspek yang berumur 31 tahun di rumahnya di Jalan Penanti, Bukit Mertajam pada pukul 1 pagi.
“Dengan penahanan lelaki itu, kita berjaya menjumpai semula kereta jenis Toyota Camry yang dilapor hilang di Queensbay petang semalam dan sebuah lagi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang hilang di Pulau Tikus dua bulan lepas,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Butterworth dan dia ditahan reman mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(A)(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA
[Wow] - Jenayah
Apabila media sosial dikenalpasti mampu menaikkan reputasi produk yang diniagakan, penggodam mengambil kesempatan menggunakan skil mereka untuk mereka penilaian palsu seperti bilangan ‘likes’ dan ‘followers’.
Maklumlah, bilangan ‘likes’ dan ‘followers’ ini sememangnya mampu mempengaruhi pembeli untuk turut menyelusuri sesebuah laman yang menjual produk mereka. Ibaratnya jika ramai yang suka, tentulah kita akan menyangka ia produk yang bagus.
Justeru penggodam mencipta Virus Zeus, yang mampu mewujudkan ‘likes’ dan ‘followers’ daripada pengguna akaun palsu di Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain media sosial.
Virus yang diubahsuai untuk mengawal komputer yang dijangkiti dari server utama seterusnya memaksa komputer untuk post ‘like’ kepada pengguna tertentu ini turut dikesan digunakan untuk mencuri data kad kredit.
‘Likes’ palsu boleh dibeli di forum-forum penggodam, pada harga cuma USD15 untuk 1,000 ‘followers’ Instagram atau USD30 untuk 1,000 ‘likes’ di Instagram beserta info lain termasuk nombor kad kredit yang dicuri.
Pakar-pakar pemasaran online mengatakan, terdapat banyak pihak sanggup berbelanja demi memastikan produk yang dijual mereka di laman maya mewujudkan kejutan dan kelihatan sensasi.
Jurucakap Facebook, Michael Kirkland, menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dengan aktiviti, pautan dan aplikasi mencurigakan.
Jurucakap Facebook, Michael Kirkland, menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dengan aktiviti, pautan dan aplikasi mencurigakan.
“Kami bekerja keras untuk menghadkan spam dan menghalang penciptaan akaun melalui cara yang tidak dibenarkan,” kata Kirkland.
Menurutnya, Instagram yang telah dibeli Facebook tahun lalu pada harga USD1 bilion akan turut ditingkatkan langkah keselamatannya sama seperti jaringan sosial popular tersebut.
Menurutnya, Instagram yang telah dibeli Facebook tahun lalu pada harga USD1 bilion akan turut ditingkatkan langkah keselamatannya sama seperti jaringan sosial popular tersebut.
Sumber: Reuters
Isu Panas
Mungkin sudah bosan dengan pertanyaan dari segelintir pihak mengenai bilakah dia bakal menimang cahaya mata, Scha Al-Yahya sempat berseloroh mengatakan dia dan suaminya sibuk dengan kerjaya mereka yang semakin menyinar sejak kebelakangan ini.
Menerusi Keek yang dirakam oleh pengarah popular, Micheal Ang ini dapat dilihat Scha secara bergurau berkata, “sibuklah sebab suami I bila malam je dia selalu tak ada, dia kerja kat lorong”.
Mungkin belum rezeki Scha dan suaminya, Awal Ashaari untuk dikurniakan cahaya mata.
Sebagai peminatnya sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka dan semoga rumah tangga mereka akan semakin berseri-seri kelak dengan kehadiran Scha dan Awal Junior!
Untuk makluman, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 4 Mei tahun lalu di Hotel Pullman, Putrajaya dan majlis resepsi diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
[Wow] - Kisah Artis
Tidak ketahui apakah penyebab pelakon terkenal Adi Putra terpaksa ditahan di wad hospital.
Gambar-gambar ketika aktor itu berada dalam ambulans dan terbaring di katil hospital telah dikongsikan oleh isterinya, Aida Yusof melalui akaun Instagramnya, baru-baru ini.
Namun, keadaan kesihatan Adi dikatakan sudah semakin beransur pulih dan pelakon itu juga turut mengucapkan rasa penghargaan di Twitter terhadap peminat yang sentiasa mendoakan kesihatan dirinya.
Mungkin Adi terlalu sibuk bekerja sehingga keadaan kesihatannya merudum tanpa disedarinya.
Buat Adi, semoga cepat sembuh dan kembali cergas seperti sedia kala.
[Wow] - Kisah Artis
Isteri Ustaz Don Daniyal, Husna Mohd Zahry, 25, kini dilaporkan sedang hamil anak sulung pasangan itu selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Penceramah popular yang merupakan seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) walau bagaimanapun tidak mendedahkan berapa usia kandungan isterinya itu.
“Kini saya sedang menanti kelahiran anak sulung, pada saya sepanjang pengalaman perubahan kehidupan ini, rupa-rupanya menjadi ketua keluarga adalah susah. Bukan senang kerana itu di sini saya ingin
melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.
“Saya sendiri rasa takut sama ada saya boleh atau tidak mendidik anak saya sama seperti ayah saya mendidik saya sehingga menjadi begini. Apapun, seikhlas hati saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada bapa-bapa yang mendidik anak mereka cintakan Rasul dan Allah SWT,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Pasangan ini diijabkabulkan pada 23 Ogos tahun lalu di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya.
[Wow] - Kisah Artis
Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah malam kelmarin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai perang terhadap individu atau suspek jenayah.
Operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Akta Ordinan Darurat (EO) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, anggotanya menjalankan pemeriksaan dan siasatan menyeluruh berdasarkan maklumat orang awam dan risikan.
“Melalui cara ini, kita yakin dapat mengatasi kes jenayah seperti samun, curi kenderaan dan pecah rumah, termasuk menghandar berlakunya sebarang cubaan untuk melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti kes bunuh,” tambah beliau lagi.
Sementara agensi berita nasional Bernama melaporkan seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun berkumpulan, adalah antara lapan ditahan dalam Ops Cantas di sekitar Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata pemeriksaan ke atas lelaki terbabit mendapati dia memiliki empat rekod dikehendaki polis, termasuk satu kes samun berkumpulan di Hulu Klang.
“Ketika ditahan, lelaki terbabit menaiki sebuah motosikal yang dilapor hilang di Pudu bulan lepas. Selain motosikal itu, kami turut merampas dua telefon bimbit dan wang tunai daripada lelaki terbabit,” katanya kepada Bernama semalam.
Dalam operasi khas bersama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu, polis turut menahan dua lelaki di Ukay Perdana dalam sekatan jalan raya kerana disyaki melakukan jenayah pecah rumah.
“Di dalam kereta terbabit, kami menemui pemutar skru, sepasang sarung tangan, dua walkie-talkie, satu pisau lipat panjang, alat semburan dan dadah jenis syabu dan eramin 5,” katanya.
Amiruddin berkata seramai 10 pegawai dan 43 anggota dari ibu pejabat polis daerah itu terlibat dalam operasi selama enam jam berakhir pukul 6 pagi ini yang merangkumi sekatan jalan raya dan pemeriksaan terhadap individu mencurigakan di restoran 24 jam di sekitar Ampang.
“Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 20-an yang terlibat dalam pelbagai kesalahan antaranya samun, curi kenderaan dan dadah,” katanya.
Beliau berkata operasi bersepadu itu melibatkan kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor sebagai perintis, sebelum ia diperluas ke seluruh negara.
Amiruddin berkata dalam operasi itu polis turut memeriksa 83 individu dan 55 kenderaan.
[Wow] - Berita Tempatan
Bekas ahli kumpulan Fabulous Cats, Adeep Nahar atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya pada Jumaat lalu.
Gambar-gambar majlis pernikahan dan persandingannya itu dikongsikan oleh rakan baiknya, bekas anggota kumpulan Ruffedge, Zain di laman Instagramnya, yang hadir pada majlis tersebut bersama-sama
ahli keluarganya dan juga penyanyi Aqasha.
Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan buat Adeep dan isterinya, semoga hubungan yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya.
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)



















Recent Comments