Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Kemaluan Suami Dipotong
SAO PAULO – Seorang wanita warganegara Brazil bertindak memotong kemaluan suaminya akibat curang kepadanya.
Tambah mengejutkan apabila suami wanita itu dikatakan curang bersama seorang lelaki.
Akibat tindakan kurang bijak suaminya, wanita itu bertindak untuk memerangkap suaminya dengan mengajak untuk bermain permainan seks (sex game).
Apabila berada di bilik tidur, wanita itu menyuruh suaminya berbaring sambil tangan dan kakinya diikat pada katil.
Memetik laporan AFP, wanita itu bertindak nekad memotong kemaluan suaminya menggunakan pisau bergerigi.
Kejadian balas dendam itu berlaku di Santos kira-kira 77 kilometer selatan Sao Paulo.
Organ tersebut tidak boleh disambung semula kerana sudah terlewat untuk menjalani pembedahan.
Namun, keadaan tersebut tidak mengancam nyawa lelaki itu.
Wanita tersebut ditahan oleh pihak berkuasa Sao Paulo untuk siasatan lanjut serta dihadapkan ke muka pengadilan.
H
Bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk menarik pelanggan mencuba sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.
Seorang pengusaha restoran di Latvia telah mewujudkan sebuah restoran, Hospitalis yang memaparkan imej dan tema unik di hospital sebagai teraju utama di restorannya itu.
Restoran ini mengolah 100 peratus hiasan dalamannya seperti suasana dalam hospital dan kesemua pelayannya turut berpakaian seperti seorang jururawat.
Alat-alat yang digunakan pun menyerupai peralatan hospital seperti gunting perubatan, kerusi yang digunakan di klinik gigi serta stetoskop menyerlahkan lagi suasana hospital dalam restoran tersebut.
Malah, pelanggan turut dipakaikan jaket yang sering kali digunakan oleh orang kurang siuman selain ada ketika pelayan akan menyuntik masuk makanan yang dipesan ke dalam mulut anda sendiri.
Unik bukan!
Hospital
HospitalHospital1
Nur Fathia
Pelakon cantik, Nur Fathia Latif mengakui kini sedang dilamun cinta dengan pasangannya dalam telefilem Diandra, pelakon tinggi lampai, Aiman Hakim Ridza
Sebelum ini memang sudah terdengar ura-ura mengatakan pasangan pelakon ini sedang menganyam cinta, namun kedua-duanya ketika itu mengunci mulut mengenai kesahihan perkara terbabit.
“Memang kami tidak bercinta sepanjang pembikinan telefilem itu, tapi tidak dinafikan ia menjadi permulaan untuk kami mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik,” katanya yang dipetik menerusi Metro
Ahad, hari ini.
Fathia mengatakan dia membuat pengakuan sedemikian kerana enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana gosip mengatakan dirinya sedang bercinta dengan orang kenamaan sedangkan perkara itu
adalah tidak benar sama sekali.
Semoga hubungan pasangan sama cantik sama padan ini akan mekar sehingga ke jinjang pelamin hendaknya.
Shila
Gemersik suara serta kelantangan vokal Shila Amzah tidak memang dapat dinafikan lagi.
Walaupun Shila dikatakan sibuk memenuhi undangan persembahan di China, tetapi Shila tetap cuba untuk mendekati peminatnya di Malaysia.
Rabu lalu Shila telah memuat naik sebuah video nyanyian akustiknya bertajuk Kepadamu Kekasih menerusi laman video Youtube.
Lagu nyanyian asal oleh Jamal Abdillah, Hattan dan M.Nasir itu dibawa dengan penuh emosi oleh Shila.
Bait-bait lirik lagu itu seperti ada mesej yang cuba disampaikan oleh Shila.
‘Kekasih’ lagu dalam lagu tersebut boleh membawa kepada banyak makna seperti Tuhan, kekasih hati, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang dikasihi.
Rata-rata peminat Shila memberi pandangan positif dengan penyampaian Shila yang penuh emosi itu.
Adakah Shila cuba menyampaikan sesuatu kepada bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad?
Percintaan Shila dan Sharnaaz gagal ke jinjang pelamin apabila perhubungan mereka tidak berjalan seperti yang dirancang.
Konflik antara Sharnaaz dengan keluarga Shila terutama melibatkan ND Lala mendapat perhatian seluruh negara dan keadaan menjadi hangat apabila Shila melarikan diri bersembunyi di Terengganu.
Namun, di sebalik semua kemelut antara keluarga itu, Shila kini dilihat telah bangkit daripada kekecewaan.
Dengarkan gemersik vokal Shila yang pastinya akan membuat anda terpukau.
Che Ta
DI saat seluruh umat Islam meraikan kedatangan Aidilfitri, pasangan popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, berdepan pula dengan kontroversi baru.
Tidak pernah terlepas dari kontroversi liar mengenai hubungan mereka, kini timbul pula kisah pasangan ini mengadakan majlis pertunangan pada 3 Syawal lalu.
Perkara ini mula menjadi perbualan hangat apabila seorang daripada peminatnya yang menghadiri majlis rumah terbuka pelakon itu di Alor Setar, menyebarkan cerita mengenai majlis pertunangan mereka.
Terkejut dengan tindakan peminatnya itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 40, tampil menafikan dakwaan mengenai pertunangannya tu.
“Memang dari awal lagi, saya sudah perasan kehadirannya. Malah, dia menjadi tetamu yang paling lama berada di rumah saya.
“Saya mula rasa pelik apabila dia banyak sangat mengambil gambar saya, Zain dan adik saya, Ayu Raudhah.
Namun, kerana menghormati peminat, kami menurut saja. “Saya sendiri tak tahu apa motif dia, mungkin sekadar bergurau ataupun tujuan lain. Saya tak marah, mungkin dia sendiri tak tahu yang majlis itu hanyalah majlis rumah terbuka.
“Mungkin dia keliru kerana saya dan Zain berpakaian sedondon berwarna hijau. Jadi, dia ingat itu adalah majlis kami,” katanya sambil tergelak kecil.
Belum pilih tarikh
Sebelum ini, Che Ta, pernah memberitahu bahawa mereka akan mengumumkan tarikh perkahwinan selepas sambutan Aidilfitri.
Namun, ketika ditanya lagi, Che Ta berkata, sehingga kini masih tiada pemilihan tarikh yang dibuat. “Saya dan Zain memang dah sepakat untuk tidak mengadakan majlis pertunangan. Kami akan terus berkahwin kerana saya sendiri takut nak bertunang ni.
Orang kata, sepanjang tempoh bertunang tu, banyak sangat dugaan. “Mengenai tarikh, kami masih belum pilih kerana masing-masing sedang sibuk lagi. Tambahan pula, pengurus saya kini sedang bercuti di Bali.
“Saya pula akan kembali sibuk dengan penggambaran drama dan rancangan realiti, Pencarian Ratu Rania. Zain pula sudah kembali ke set penggambaran. Jadi, memang tak sempat nak bincang lagi.
“Insya-ALLAH, kalau tiada aral melintang, kami akan berkahwin pada tahun ini juga. Bila dah pilih tarikh nanti, kami akan umumkan kepada semua,” katanya yang mengimpikan perkahwinan sederhana berkonsepkan taman.
Jual biskut tampung majlis?
Bertanya mengenai cemuhan peminat mengenai tindakan kekasihnya yang mempromosikan biskut raya secara peraduan itu, Che Ta, enggan berbicara dengan lebih serius kerana ianya hanyalah perkara remeh.
Menurut Che Ta, dia sendiri sudah lali dengan persekitaran itu malah, lumrah sebagai artis, apa sahaja yang dilakukan, pasti dilihat ‘sumbing’.
Tegasnya, mereka tidak pernah terdesak untuk melakukan pelbagai cara mendapatkan perbelanjaan bagi menampung kos perkahwinan.
“Kadang-kadang, kelakar juga mereka yang bercakap ni. Takkanlah kami terdesak nak jual biskut raya semata-mata nak cari duit lebih untuk kahwin.
“Malah, sehingga kini, sudah ada pihak yang sudi menaja perkahwinan kami. Istilah terdesak itu tidak perlu timbul. “Nampaknya, cara Zain untuk memberi penghargaan kepada peminat telah disalah ertikan.
Saya tidak nampak sebarang kecacatan dalam usaha Zain untuk mempromosikan perniagaannya. Ia lebih kepada penghargaan.
“Saya pun ada buat perniagaan tudung dan hamper juga di bulan Ramadan. Tapi, apa nak buat, masyarakat kita suka melihat dari sudut negatif. Saya tak kisah, asalkan kami tahu apa yang kami buat,” katanya.- Sinar Harian
Gadis Korea
Seorang gadis Korea, Yeonyun mempunyai ketagihan pelik apabila dia dikatakan obses menjadikan bikini sebagai pakaian hariannya.
Menurut sumber AsiaOne, walaupun tinggal bersama bapa dan neneknya, Yeonyun tidak segan silu untuk berbikini di rumahnya selain ke pusat membeli belah dengan mengenakan pakaian ‘two piece’ itu.
Malah almari pakaiannya dipenuhi dengan koleksi bikini yang menjadi kegemarannya dalam berfesyen.
Mungkin Yeonyun berasa gembira dan teruja menonjolkan asetnya kepada umum, tetapi ibu bapanya tidak berapa suka dengan ketagihan pelik anak mereka itu.
Kedua-dua adik perempuan Yeonyun juga sudah jemu dan meluat dengan kegilaan kakak mereka dan berharap Yeonyun akan segera menghentikan perangai peliknya itu dalam masa terdekat.
Gadis Korea 1
Gadis Korea 2
Gadis Korea 3
Gadis Korea 4

KULIM - Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan berhadapan jana kuasa itu.

“Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja perempuan  pula keluar dari tempat sama.

"Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan.

Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula terkawal.

"Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.

Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi hanya bertahan 1 minggu saja tanpa rehat. Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dgn tidur organ-organ tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosakkan organ dan otak kita.


1. Jangan Tidur Pakai Jam Tangan
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.
2. Jangan Tidur Pakai Coli (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.
3. Jangan Tidur Bersama Handphone
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita
4. jangan Tidur Ketika Memakai Make-Up
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas
5. Jagan Tidur Dengan Isteri Orang (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin tidak bangun-bangun lagi (dibunuh oleh Husband nya..:P) Gurau je.


Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli.
Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata, ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan koktel tersebut.
“Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak.
“Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat koktel,” katanya kepada Sinar Harian.
Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu. “Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan,” katanya.

Kita akui Albert  Einstein antara manusia yang dianggap pintar kerana berjaya menyelesaikan masalah sukar. Namun pada hari ini, seorang guru membuat kenyataan bahawa terdapat seorang pelajarnya yang didapati berjaya menjawab soalan IQ dengan baik dan diiktiraf paling pandai di dunia
Difahamkan gadis pintar ini juga baru sahaja berusia 16 tahun. Itulah keistimewaan yang dimiliki olehnya.
Lauren Marbe, 16, memeranjatkan gurunya apabila mencatatkan markah 161 pada ujian IQ Mensa selepas menduduki ujian itu secara suka-suka.
Markah ujian IQ dicatatkan anak pemandu teksi itu bermakna dia kini lebih pintar daripada Professor Stephen Hawking, Bill Gates, malah Albert Einstein yang semuanya mempunyai IQ 160.
Lauren kini tersenarai dalam persatuan Mensa yang bermakna dia secara rasmi berada dalam kelumpuk satu peratus orang paling pandai di dunia.
Pelajar Sekolah Menengah Roding Valley itu yang diramal mencatatkan semua A dalam peperiksaan GCSE berkata, dia teruja dengan pencapaiannya.
Lauren menduduki ujian IQ itu awal bulan ini.
Ibunya, Sue Marbe, pengetua sebuah sekolah rendah di Essex berkata: “Meskipun Lauren berambut blonde seperti gadis Essex lain, dia berjaya mengikis tanggapan semua pelajar perempuan Essex bodoh.”
Einstien tidak pernah menduduki ujian IQ kerana peperiksaan itu tidak wujud pada zamannya. Bagaimanapun, pakar percaya dia memiliki IQ 160.
Ujian IQ bertujuan menguji keupayaan kecerdikan pelajar. Di Britain, purata markahnya ialah 100.

Rendam empat sudu makan daun teh di dalam segelas air panas sehingga kembang. Setelah itu minum air teh tersebut dua kali sehari sehingga cirit-birit sembuh.


Minum air tepung gandum ( Rendam tepung dalam air masak.bila tepung dah mendap di belah bawah, amik air ia dan minum.

Ambil beberapa biji ciku muda dan rebus. Setelah mendidih, rebusan ciku muda tadi.
Selain daripada itu, anda boleh mengambil daun atau pucuk jambu batu dan rebuskannya. Air rebusan tadi boleh boleh dijadikan penawar

JAGA KEBERSIHAN PERSEKITARAN DAN PEMAKANAN ANDA. SELAMAT MENCUBA!!
Alaaahaaaii.. Apa sudah Jadi? Wanita bertudung, Berbaju lengan panjang , Tutup aurat lah katakan..TAPI? bergambar sambil tunjukkan isyarat lucah.. 


Laaaa ni lagi satu.. Bukan main bergaya lagi bergambar dengan 'STYLE" hisap rokok.. alahaaaiiii.. macam-macam hal weeiii..