Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Aidil Zafuan
Tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri, peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian aktres jelita Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak. Lafaz cerai tersebut dilafazkan oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi SMS gara-gara Aidil dikatakan hilang sabar ekoran artikel luahan Rita dalam sebuah akhbar.
Selepas lebih kurang dua minggu mendiamkan diri, akhirnya Aidil tampil membuat kenyataan menerusi Berita Harian hari ini, mendakwa Rita berbohong. Aidil yang enggan mengesahkan tindakannya menghantar SMS untuk meneceraikan Rita bagaimanapun dia mengaku sudah hilang sabar terhadap ibu dua anak itu.
Selama ini Rita menyatakan sepanjang tidak tinggal bersama, Aidil gagal memberi nafkah kepada dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin (4 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun). Aidil menegaskan dia menjalankan tanggungjawabnya malah katanya, dia ada menyimpan semua bukti pemberian nafkah tersebut.
Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil
“Tiada siapa yang pengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia (Rita) tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini lahir dari hati saya. Buat apa saya hidup dengan orang yang pentingkan diri sendiri seperti dia? Saya juga mengimpikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.
“Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak ernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban
“Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika ibu bapa saya tidak terima saya, takkan lah mereka datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, saya terpaksa beraya seorang diri. Tapi bila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi, berapa lama lagi saya harus bersabar?, katanya.
Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu. - Malaysian Digest
Maya Karin
PELAKON cantik, Maya Karin Roelcke menegaskan dia tidak kisah hidup sendiri biarpun usianya kini sudah menjangkau usia 33 tahun.
Mengakui tidak pernah terlepas dan sudah lali dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai kehidupan peribadinya.
Malah adakala Maya mengakui berasa lucu apabila orang lain lebih risau tentang dirinya yang masih belum menemui pengganti sejak berpisah dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah, tiga tahun lalu.
“Kadang kala memang ramai yang mahu mengetahui kisah cinta saya, bila saya mahu berkahwin dan sebagainya.
“Tapi sejujurnya saya belum terdesak untuk hidup berpasangan dan saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang serta tenang hidup bersendirian.
“Mungkin selama 10 tahun ni tumpuan saya hanya pada kerjaya. Sekarang saya lebih fokus diri sendiri, buat aktiviti yang saya suka. Saya gemar melancong. Sambil melancong, saya mencari siapa diri saya. Misalnya, bila duduk dalam kereta api selama 5 jam saya dapat berfalsafah dan muhasabah diri.
“Kalau boleh saya nak kongsi kegembiraan dan kebahagiaan saya ini kepada seluruh wanita di seluruh dunia sebab seperti mana yang kita tahu tak semua wanita bertuah,” ujarnya yang ditemui ketika majlis sidang media
Dialog Inspirasi Kepada Wanita, L’oreal, baru-baru ini.
Mengakui pernah memikirkan baik buruk hidup sendiri, Maya berkata, dia berasa bersyukur dengan kehidupannya sekarang.
“Ramai berfikiran kita kena kahwin, kena ada anak barulah hidup kita lengkap. Tapi beberapa bulan ini saya ada berfikir adakah saya kurang lengkap kalau saya tak kahwin dan tak ada anak? Kurang lengkapkah saya sebagai wanita?
“Apa yang saya ada sekarang dari segi personaliti, pengetahuan, pengalaman, apa yang saya buat dan jalani, cara saya menolong orang, juga cara saya bawa diri dalam kerjaya. Saya bukan saja seorang wanita tapi saya adalah seseorang. Adakah itu masih tak cukup lagi? Masih tak sempurna lagikah saya sebagai wanita?
“Tapi saya tak nak panik dengan tanggapan-tanggapan orang lain. Saya seronok hidup sebagai wanita single. Alhamdulillah saya ada karier yang sangat menakjubkan,” katanya yang sudah tujuh tahun diberi kepercayaan sebagai duta L’Oreal Paris.
Akui fobia
Dalam pada itu, Maya mengakui masalah rumah tangga masyarakat yang mendapat perhatian umum seperti kes seorang suami memukul isterinya dalam sebuah lif di Pulau Pinang tempoh hari benar-benar menarik perhatiannya.
Insiden berkenaan membuatkan dia lebih yakin dengan pendiriannya iaitu tidak perlu risau menjalani kehidupan solo sehingga kini.
“Baru-baru ni saya ada tengok video seorang lelaki memukul dan menerajang isterinya di dalam lif. Masa saya tengok video tu, saya ingatkan hanya saya dan beberapa orang saja di Facebook yang tahu tentang insiden tu. Tapi rupanya di Twitter ramai yang bercakap tentang insiden tersebut.
“Bila saya tengok kejadian seperti itu, saya terkejut dan tentunya saya berasa kasihan pada wanita berkenaan. Tergamak suaminya lakukan sebegitu padanya. Ia membuatkan saya berfikir, sebagai wanita kita harus berdikari dan punya kepercayaan diri. Kalau ada kemahiran mempertahankan diri, misalnya karate dan muay thai pun bagus juga.
“Jangan lah terlalu bergantung penuh pada suami atau lelaki. Kalau si suami atau teman lelaki tu dapat memberi kebahagiaan pada isteri atau teman wanitanya, baguslah.
“Tapi kalau dalam situasi didera dan membahayakan nyawa seperti yang dialami wanita tersebut, saya rasa lebih baik kita hidup single,” katanya.
Elak cinta selebriti
Ditanya adakah dia tidak kisah bertemu cinta sesama rakan selebriti, pelakon yang terkenal dengan watak Izzah menerusi filem Ombak Rindu ini menjelaskan, dia lebih selesa untuk berkasih atau bercinta dengan seseorang lelaki yang luar dari bidang hiburan ini.
“Saya lebih berminat atau seboleh-bolehnya mengelak untuk bercinta sesama artis kerana industri kita kecil dan apabila kita putus ianya akan menjadi satu bahan ketawa orang.
“Bila sudah tidak bersama saya juga terfikir akan terserempak di mana-mana acara anugerah dan juga apabila digandingkan untuk photoshoot dan juga dalam lakonan,” jelasnya.
Buah tangan baru
Menyentuh perkembangan karier seninya, Maya berkata, dia barangkali tidak akan tercalon dalam sebarang anugerah tahun ini kerana tidak mempunyai sebarang produk.
Jelas Maya, empat filem lakonannya sudah siap menjalani penggambaran dan sudah siap disunting, namun mungkin tidak akan ditayangkan atas sambutan dingin penonton terhadap filem tempatan tahun ini.
“Ada penerbit mengatakan mahu menyimpan terlebih dahulu filem tersebut dan ditayangkan tahun depan. Memandangkan syarat pencalonan mana-mana anugerah adalah seseorang artis itu perlu mempunyai produk pada tahun dicalonkan, jadi kemungkinan saya tidak tercalon.
“Ini adalah kali kedua saya tidak akan dicalonkan dan tahun ini juga saya banyak menumpukan pembikinan album saya.
“Sudah sebulan saya melalui proses rakaman dan minggu ini ada tiga lagi rakaman lagu yang perlu saya selesaikan,” katanya yang pernah memiliki dua buah album, Erti Cinta dan Bukan Qalamaya, di mana dia juga telah dicalonkan sebagai Penyanyi Baru Terbaik dan Video Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2002. - Sinar Harian Online
Samseng
SUNGAI NIBONG – Seramai lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04 mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah pangsapuri dekat Jalan Pantai Jerejak di sini, pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4:45 pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan sidang media pada jam 3.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang(IPK). - Sinar Harian Online
Jovian
Ramai sedia maklum hubungan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dengan Sabrina (Nina) iaitu kakak kepada penyanyi Dafi apabila masing-masing tidak menyorok hubungan percintaan yang terpampang di Instagram. Malah nampaknya keluarga kedua-dua belah pihak juga turut merestui hubungan mereka.
Setelah menyulam cinta lebih kurang dua tahun, Jovian akhirnya bakal menikahi kekasihnya itu yang juga merupakan anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Ismail Sbari Yaacob.
Menurut laporan Harian Metro, sepatutnya tarikh nikah mereka dirancang lebih awal namun disebabkan tuntutan kerja mereka berdua tarikh nikah terpaksa ditangguhkan dan memilih tarikh yang senang untuk diingati pada 11.12.2013. Tahniah Jovian dan Nina!
Angel Mendez dan Jennifer
Los Angeles –Sepasang suami isteri yang sebelum ini hidup dalam kesusahan dan menjadi gelandangan, kini menjadi jutawan selepas mereka dibayar pampasan sebanyak RM13.4 juta oleh pihak berkuasa.
Pampasan itu diberikan setelah Angel Mendez dan Jennifer, yang sedang sarat mengandung anak keempat, telah ditembak sebagai 15 kali oleh polis, tiga tahun lalu.
Ketika kejadian, kedua-duanya sedang tidur di dalam bangsal milik rakan mereka di California, disangka sebagai orang buruan pihak berkuasa
Polis tidak mengeluarkan sebarang waran dan tidak memperkenalkan diri kepada pasangan itu yang sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan.
Ketika itu Angel membawa bersama senjata BB yang digunakan untuk menembak tikus.
Angel ditembak sebanyak 14 kali manakala Jennifer pula ditembak di belakang dan luka di bahagian tangan.
Tembakan itu menyebabkan Angel cedera parah manakala kakinya pula terpaksa dipotong.
“Saya menjerit supaya mereka berhenti menembak kerana Jennifer sedang hamil,’’ katanya.
Pasangan itu dibayar pampasan RM13.4 juta selepas hakim mendapati hak mereka telah dicabul sementara anggota polis yang terlibat pula telah dibebaskan selepas siasatan dalaman dijalankan.
Diana
London – Scotland Yard semalam berkata mereka kini menilai kredibiliti maklumat baru berkait dengan kematian Puteri Diana dan Dodi Fayed, termasuk dakwaan mereka dibunuh oleh seorang anggota tentera Britain.
Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada perbicaraan kedua mahkamah tentera terhadap Sarjan Danny Nightingale, penembak tepat pasukan khas tentera Britain (SAS) yang disyaki menyembunyikan sepucuk pistol dan 338 peluru dalam bilik tidurnya.
Dakwaan itu terkandung dalam sepucuk surat daripada ibu bapa mentua bekas rakan serumah Nightingale yang dihantar kepada pegawai pemerintah SAS pada September 2011.
Ia difahamkan bahawa maklumat berkenaan diserahkan kepada Polis Metropolitan London menerusi Polis Tentera Diraja.
Akhbar Sunday People melaporkan, surat itu menyatakan Nightingale mendakwa SAS bertanggungjawab terhadap kematian Diana dan ia ‘dirahsiakan.’
“Perkhidmatan Polis Met- ropolitan menyiasat maklumat yang diterima baru-baru ini berkait dengan pembunuhan itu dan kini menilai hubungan serta kredibilitinya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Scotland Yard.
Penilaian berkenaan akan dilakukan oleh pegawai Markas Jenayah dan Operasi Khas.
Polis berkata, mereka tidak bersedia untuk membincangkan masalah itu lebih lanjut sementara seorang jurucakap keluarga diraja berkata, tidak ada kenyataan akan dikeluarkan mengenai perkara itu, termasuk daripada Putera William, Harry mahupun istana.
Diana, Dodi dan pemandu mereka, Henri Paul mati selepas Mercedes yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di sebuah terowong di Paris pada pagi 31 Ogos 1997 selepas mereka meninggalkan Hotel Ritz.
Siasatan mengenai kematian Diana dan Dodi mengambil masa lebih 90 hari dengan 250 saksi memberi keterangan.
Inkues berkenaan berakhir pada 27 April 2008 dengan juri merumuskan bahawa ‘Puteri Rakyat’ dan teman lelakinya terbunuh akibat kelalaian dalam pemanduan kereta.
Selepas perbicaraan berakhir, Polis Metropolitan berkata, mereka membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk inkues itu dan siasatan yang dilakukan dari 2004 hingga 2006. – AFP
Fuhhyooooo... Anggaran sebuah komik ini mencecah RM1.8 juta. Mahal siot! Tapi Tidak rugi kot beli benda nih sebab setiap tahun nilai akan bertambah. Komik Legend lah katakan..



Selepas peperiksaan berakhir, seramai 200 pelajar akhir tahun telah menyertai Prom Night. Ini adalah acara terakhir mereka selepas berpisah dengan rakan-rakan yang lain. Untuk pengetahuan readers semua, perbelanjaanevent ni sahaja dah mencecah ratusan ribu dollar. 





Oprah mengakui pernah mengambil dadah jenis marijuana.
PENGACARA terkenal, Oprah Winfrey mengakui beliau pernah menghisap dadah jenis marijuana pada tahun 1982 semasa ditemubual oleh Andy Cohen dalam program Watch What Happens Live baru-baru ini.
New York Daily News melaporkan, Oprah membuat pengakuan itu selepas menjawab pertanyaan Andy dalam segmen Plead the Fith yang mana wanita berkenaan perlu menjawab soalan dengan jujur tentang dirinya.
Andy turut berjenaka tentang jawapan Oprah itu dengan mengajak selebriti terkenal itu menghisap dadah selepas rancangan itu berakhir.
Oprah muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan filem pertama lakonannya selepas 15 tahun iaitu The Butler arahan Lee Daniels.
Selain Oprah filem yang ditayangkan pada 16 Ogos di Amerika Syarikat itu turut dibintangi oleh Forest Whitaker, Cuba Gooding Jr., David Oyelowo, Lenny Kravitz dan Mariah Carey. mStar

Pasha ingin memiliki sebuah keluarga besar.
PENYANYI kumpulan Ungu iaitu Pasha berharap akan dikurniakan seorang anak perempuan pada masa hadapan selepas memiliki dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya dengan Adelia Wihelmina.
Kapan Lagi melaporkan, isteri Pasha baru sahaja melahirkan anak kedua mereka yang diberi nama Sakha Dyandra Sultan Yusuf beberapa minggu lalu.
"Saya bersyukur dengan kurniaan dua anak lelaki dan berharap pada masa hadapan akan dapat anak perempuan pula bagi memeriahkan rumah tangga kami," katanya.
Selain Sakha Dyandra, Pasha dan Adelia mempunyai seorang lagi anak iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
Dalam pada itu, Pasha berkata, dia berhasrat untuk memiliki ramai anak kerana sukakan keluarga yang besar dan mengakui tidak melakukan sebarang proses perancangan keluarga.
"Jika ada rezeki saya terima dan tidak perlu rancang-rancang untuk dapatkan anak," katanya. mStar
Siti Nurhaliza beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada rumah terbukanya di Bukit Antarabangsa pada Ahad.
AMPANG: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak melihat kemuncalannya dalam banyak program sempena Syawal pada tahun ini sebagai keterlaluan sebaliknya bagi memenuhi permintaan produksi dan peminat.
Siti, 34, berkata, dia hanya menyertai sebuah program sahaja untuk setiap stesen televisyen selain terpaksa menolak banyak tawaran lain kerana sibuk dengan proses rakaman album terbaharunya.
"Wajah saya nampak banyak muncul pada Hari Raya tahun ini mungkin kerana ada stesen TV yang mengulang tayang program yang pernah saya buat sebelum ini.
"Saya juga banyak memenuhi undangan pihak produksi pada tahun ini kerana pada tahun lalu saya tidak muncul dalam sebarang program raya," jelasnya kepada mStar Online.
Siti ditemui pada majlis rumah terbukanya di Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.
Dalam pada itu, Siti berkata, selain sibuk merakamkan album terbaharunya, dia juga sedang rancak mengadakan persiapan untuk konsert tradisional sulungnya di Panggung Sari, Istana Budaya yang akan diadakan pada 20 hingga 22 September depan.
Jelas Siti, dia sangat teruja dengan konsert berkenaan kerana telah lama mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert tradisional disamping Orkestra Tradisional Kebangsaan (OTK).
"Ramai peminat yang bertanya tentang konsert tradisional dan akhirnya ia bakal terlaksana dan persiapan sedang dilakukan," jelasnya.
Sementara itu, Siti berkata, rumah terbuka yang diadakannya adalah untuk meraikan para pekerjanya di SimplySiti selain turut menjemput rakan niaga, sahabat dan keluarga terdekat. mStar
Adam Corrie Lee Abdullah
PETALING JAYA: “Dia kawan yang busuk hati kerana nak tutup rezeki saya!” Kenyataan itu cukup menggambarkan kekecewaan hati pelakon antagonis, Adam Corrie Lee Abdullah yang sedih apabila mendakwa ‘ditikam’ kawan baik sendiri.
Adam Corrie, 45, berkata, seorang pelakon lelaki yang pernah memenangi anugerah telah menabur pasir dalam periuk nasinya dengan menyebarkan cerita buruk agar dia tidak diambil berlakon dalam mana-mana produksi filem menyebabkan peluangnya tertutup.
“Saya benar-benar kecewa dan sedih. Kenapakah pelakon itu sanggup berbuat demikian kepada saya? Apa salah saya? Dia lebih hebat daripada saya kerana telah menang anugerah. Kenapa hendak dengki dan busuk hati dengan saya?” ujarnya kepada mStar Online.
Adam yang juga seorang koreografer berkata, pada mulanya dia tertanya-tanya kenapakah tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan sehinggalah ada pihak memberitahu, terdapat seorang pelakon cuba mempengaruhi pengarah dan produser agar tidak mengambilnya berlakon.
Katanya, cerita berkenaan disampaikan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan sikap pelakon berkenaan kerana cuba membawa budaya tidak baik dalam produksi.
Malah katanya, ketika nama dia dimasukkan dalam senarai bagi watak antagonis, individu tersebut berjaya meyakinkan pengarah dan pihak produksi supaya menggugurkan namanya tanpa sebab yang munasabah.
“Lebih menyedihkan pelakon itu sanggup kata ‘kenapa nak ambil Cina ni (berlakon)’ bila dia nampak nama saya. Saya memang sedih,” jelasnya.
Ditanya adakah dia mempunyai apa-apa masalah peribadi dengan pelakon itu Corrie berkata, dia tidak pernah bermusuhan dengan individu tersebut malah mereka adalah kawan baik.
Corrie (tengah) dalam filem KL Gengster.
Katanya, pelakon itu juga tidak menunjukkan sifat membencinya malah cuba berpura-pura baik setiap kali mereka bertentang mata.
“Apabila jumpa saya, dia selalu tepuk bahu saya dan berborak macam biasa. Tapi apabila di belakang saya dia cuba buat perkara yang tak elok. Mungkin dia cemburukan saya,” katanya.
Walaupun begitu kata Corrie, dia bersyukur kerana Allah telah membuka jalan dengan memperluaskan rezekinya dalam bidang lain iaitu sering dijemput dalam majlis-majlis agama yang tidak melibatkan politik.
Corrie dijemput untuk berkongsi rahsia bagaimana hatinya terbuka iaitu untuk memeluk Islam.
“Saya dapat banyak undangan ceramah agama. Sebelum menerima pelawaan, saya akan pastikan jemputan untuk saya itu tiada kaitan dengan apa juga elemen politik,” katanya.
Pelakon ini memberitahu, hasratnya untuk berlakon tidak pernah padam dan berharap agar mana-mana produser terus memberi ruang untuknya aktif semula dalam dunia seni.
Malah dalam masa yang sama dia meminta agar mereka tidak terus terpedaya dengan kata-kata buruk individu tertentu mengenai dirinya.
“Jika ada pengarah hendak tahu sesuatu cerita yang benar mengenai saya, tanyalah saya sendiri. Jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap orang,” rayunya.
Corrie yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 telah berkahwin dengan wanita Melayu iaitu Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008.
Selain aktif sebagai pereka tari, Corrie telah berlakon lebih 10 buah filem yang kebanyakannya untuk watak antagonis ataupun gengster Cina.
Antara filem lakonan beliau ialah Paloh, Spinnng Gasing, KL Gangster, KL Gangster 2, Libas, Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam, Gangster Celop dan Darah Panas.
Pada 25 April lalu Corrie membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas.