Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
NUSAJAYA – Perbualan singkat antara tauke sebuah salun dengan sepasang pelanggan mengenai rawatan kecantikan berakhir tragedi apabila pengusaha premis tersebut mati dibunuh dalam kedainya di Jalan Indah 1/1 Taman Bukit Indah di sini semalam.
Kejadian bermotifkan samun pada pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan Amy Liew, 39, mati selepas penjenayah dikatakan menikam perut mangsa selain mendatangkan kecederaan di pergelangan tangan dan leher wanita terbabit.
Mangsa telah memulakan perniagaan itu sejak enam bulan lalu.
Sebelum pembunuhan berlaku, pasangan berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun tersebut masuk ke dalam salun dan berpura-pura menyamar sebagai pelanggan dengan bertanyakan mengenai rawatan kecantikan wajah.
Selain mangsa, terdapat seorang pekerja dan dua pelanggan lain di dalam premis itu ketika kejadian.
Kosmo
[Wow] - Jenayah

PONTIAN – Seorang lelaki yang gagal menahan marah selepas hajatnya untuk berkahwin lagi dihalang isterinya bertindak membelasah wanita berkenaan dengan kayu dan peralatan perabot hingga cedera dalam kejadian di Kampung Parit Wakaf, Tenggayun di sini kelmarin.
Lebih tidak berhati perut, lelaki berkenaan turut memukul anak lelakinya yang berusia 17 tahun dengan senjata yang sama hanya kerana mangsa mengajak rakan-rakannya datang beraya di rumahnya.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin (gambar) berkata, pihaknya bertindak menahan lelaki berusia 40 tahun tersebut selepas menerima aduan daripada anak perempuan pasangan itu yang berusia 18 tahun pada pukul 9.25 malam.
Isu Semasa
AZA ADNAN cukup bertuah apabila ruang untuknya menonjolkan bakat nyanyian kini terbuka luas. Dia yang merupakan anak komposer terkenal, Nan Dengkil yang pernah mencipta nama dengan beberapa naskhah nukilannya seperti lagu Biar Betul dan Keranamu Suhaila sekali gus membuka jalan singkat buat Aza untuk mencipta nama.
Biarpun menyedari kelebihan tersebut, namun pemilik nama penuh Nur Azariza Adwa Adnan itu enggan membiarkan dirinya dimanja. Dia seboleh-bolehnya mahu berdikari sementelah Aza juga diperturunkan bakat mencipta lagu.
"Saya tidak mahu menganggapnya (anak Nan) sebagai kelebihan, sebaliknya menerimanya sebagai satu peluang. Benar, ia memberi jalan pintas, tetapi saya lebih suka mengaut ilmu daripada ayah.
"Untuk melatih diri, saya belajar menghasilkan lagu sendiri. Apabila ayah mencipta melodinya, saya akan mengarang puisi untuk menghasilkan lirik. Menuntut dalam aliran sastera di sekolah memberi kelebihan buat saya untuk berkarya," kata gadis yang berumur 17 tahun itu.
Sehingga kini, Aza yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi telah menulis lirik untuk tiga buah lagu sendiri termasuklah Namun Cinta Tetap Bersemi, Kembali Bergandingan dan Taman Seribu Teman.
Mempunyai latar belakang keluarga dalam dunia seni menyebabkan ruang lebih awal diperoleh Aza untuk menonjolkan diri apabila dia pernah menjadi penyanyi latar untuk kumpulan Ways ketika berumur lima tahun.
Dia kini memiliki sebuah album mini yang mengandungi lima buah lagu. Terdapat tiga buah lagu yang ditulisnya sendiri dalam album itu, Indah Ciptaanmu dan Brader Teksi.
Biarpun memiliki kelebihan tersebut, namun pelajar Sekolah Kebangsaan Dengkil, Selangor itu turut berdepan kesukaran apabila lagu popularnya, Brader Teksi digam oleh beberapa buah stesen radio.
"Malangnya, ada stesen radio yang tidak mahu memainkan lagu itu dengan alasan penggunaan perkataan 'brader' yang tidak sesuai.
"Bagaimanapun lirik dan judulnya tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya kerana penggantian perkataan 'brader' kepada abang itu boleh mengganggu makna yang ingin disampaikan dalam lagu itu. Kami akur dengan tindakan itu," kata Aza.
Jelas Aza, lagu tersebut dicipta oleh bapanya bersama penulis lirik, Razali Talib bagi menceritakan pahit manis yang dilalui oleh pemandu teksi di negara ini.
"Mesejnya padat mengenai perjalanan dan kesukaran yang dihadapi oleh seorang pemandu teksi daripada awal pagi sehinggalah pulang pada lewat malam.
"Sebenarnya, lenggok lagu ini sukar dinyanyikan. Saya mengambil masa yang lama untuk menguasainya. Membuat persembahan secara langsung juga memberi cabaran yang sangat besar," ujar anak kedua daripada lapan beradik itu.
Kosmo
[Wow] - Hiburan
DAHULU, demi Amber Heard, Johnny Depp sanggup meninggalkan Vanessa Paradise. Namun, kini muncul pula khabar angin bahawa hubungan Johnny dan Amber sedang bermasalah.
Menurut laporan portal Showbizspy, Amber mulai bosan menjalani kehidupan bersama Johnny kerana jarang mempunyai masa bersama. Malah wanita yang mengaku dirinya biseksual itu menganggap janji-janji Johnny tidak pernah ditepati.
"Saat pertama kali menjalinkan hubungan, Johnny berjanji akan membantu Amber untuk menjadikannya pelakon hebat yang boleh menggantikan populariti Angelina Jolie.
"Bagaimanapun janji itu masih belum ditunaikan. Johnny bukannya mencari projek untuk Amber sebaliknya karier model itu semakin terbatas," kata sumber.
Malah tambah sumber itu, pada mulanya, Amber berasa selesa mengikut kehendak Johnny yang mahu dirinya sentiasa berada di rumah. Bagaimanapun, lama kelamaan wanita itu mula bosan dan rindukan kehidupan lamanya.
Hal tersebut membuatkan pasangan itu bertengkar hebat ketika berada di promosi filem lakonan terbaharu Johnny, The Lone Ranger. mStar
[Wow] - Selebriti
DIKHABARKAN putus pada Mei lalu, Kellan Lutz kini dikhabarkan kembali bersama dengan bekas kekasihnya, Sharni Vinson.
Menurut laporan portal digitalspy, pasangan itu dilihat keluar bersama-sama bagi menyambut hari jadi Sharni pada Julai lalu.
Bagaimanapun sehingga kini, Kellan dan Sharni yang telah menjalinkan hubungan selama dua tahun itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan perkara tersebut.
Malah pihak pengurus dan jurucakap mereka juga enggan mengesahkan hubungan yan dijalinkan semula itu.
Beritahu sumber, selepas menyambut hari lahir Sharni, hubungan mereka kembali hangat dan pada masa sama seperti cuba menyembunyikan daripada diketahui umum.
Sejak bercinta, pasangan pelakon ini sering putus dan sambung semula hubungan mereka.
[Wow] - Selebriti
Los Angeles – Kerajaan Amerika Syarikat kini bekerja keras bagi menghalang sarung tangan bertahtakan permata milik penyanyi pop Michael Jackson daripada jatuh ke tangan anak seorang diktaktor dari Afrika.
Sarung tangan itu telah dibeli hasil wang haram milik anak kepada Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Nguema Obiang Mangue.
Teodoro, 42, telah membeli sarung tangan berkenaan dan beberapa item lain daripada kediamannya Michael, tiga tahun lalu.
Pada April 2012, hakim di California menolak tuntutan kerajaan Amerika Syarikat dengan alasan ia gagal membuktikan bahawa Teodoro memiliki kemewahan itu menerusi kegiatan haram kerana dia tidak pernah didakwa dengan sebarang kes jenayah di negaranya.
Bagaimanapun kerajaan Amerika Syarikat dibenarkan untuk memfailkan pindaan terhadap aduannya itu.
Dalam pada itu, peguam Teodora berkata, kerajaan Amerika Syarikat tidak mempunyai hak untuk menghalang anak guamnya daripada memiliki sarung tangan milik raja pop itu.
“Mereka masih tidak dapat mengenalpasti bahawa anak guam saya terlibat dalam kes rasuah dan hanya bertindak berdasarkan spekulasi,’’ katanya.
Teodoro telah berpindah ke Amerika Syarikat pada 1991 dan hidup mewah di negara tersebut.
Jutawan tersebut juga memiliki kereta mewah Rols-Royce, Ferrari dan Lamborghini, pesawat peribadi bernilai $38 juta dolar dan kediaman mewah berharga $30 juta dolar di Malibu.
Bagaimanapun pada 2011, asetnya telah disita selepas didakwa terlibat dalam penggubahan wang haram di seluruh dunia.
Selain Amerika Syarikat, Perancis juga telah menyita harta milik Teodoro termasuk rumah agamnya yang bernilai $68 juta dolar di Paris.
Rumah agam itu mempunyai 101 bilik termasuk bilik salon, kelab malam dan panggung wayang.
Lebih 70% daripada penduduk Equatorial Guinea hidup dalam kemiskinan namun Presidennya, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo bersama anak-anak dan kaum kerabatnya hidup dalam kemewahan.
Ia diperolehi menerusi rasuah.
[Wow] - Selebriti
Kabul – Selebriti wanita dari Afghanistan, Aryana Sayeed yang dipilih sebagai juri untuk program reality The Voice, hidup dalam ketakutan selepas menerima beberapa ugutan bunuh kerana menjadi penyanyi.
Malah ketika Aryana menjalani rakaman untuk program The Voicen di Kabul bagi stesen TV Tolo, beberapa pengawal bersenjata diarah berkawal dan bersiap sedia jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.
“Saya menerima banyak mesej daripada orang ramai bahawa mereka mahu membunuh saya atau mencurahkan asid ke muka saya.Mereka meminta saya berhenti menyanyi.
“Culik adalah perkataan yang sering bermain di minda saya. Lebih baik mati daripada diculik,’’katanya.
Bagaimanapun Aryana yang berusia 28 tahun itu, enggan mengalah sebaliknya mahu menjalani kehidupan dengan melakukan aktiviti harian secara bebas.
“Saya mahu membuat perubahan kepada kaum wanita. Saya mahu wanita juga mempunyai hak untuk bersuara, bergerak dan boleh membeli belah jika mereka mahu.
“Saya tidak maksudkan agar mereka membuka tudung namun mereka sepatutnya bebas untuk hidup sebagai manusia,’’ katanya.
Aryana turut memberitahu, ketika menjadi juri The Voice di Kabul, dia terpaksa berhati-hati ketika memberikan komen kerana bimbang ia akan menjadi satu isu yang besar.
“Saya harus berhati-hati kerana semua pergerakan dan pertuturan saya diperhatikan.
“Jika saya memberi komen ` saya cintakan kamu kerana kamu sangat hebat’ kepada remaja lelaki berusia 15 tahun, maka ia pasti akan mengundang masalah kerana ia bukan sesuatu yang normal di Afghanistan,’’ katanya.
Aryana dilahirkan di Afghanistan sebelum berpindah ke Pakistan ketika kanak-kanak sebelum berhijrah ke Eropah.
Dia kini membahagikan masanya antara Kabul dan London.
[Wow] - Selebriti
MIAMI – Sebuah agensi yang di Florida Keys mungkin menjadi pihak berkuasa pertama menggunakan pesawat kawalan jauh atau ‘dron’ bagi mengesan tempat pembiakan nyamuk dalam usaha menghapuskan serangga itu.
“Ini kerana pulau kecil yang ada di sini semuanya berhutan,” kata Pengarah Eksekutif Daerah Kawalan Nyamuk Florida Keys, Michael Doyle.
Penggunaan ‘dron’ bertujuan memudahkan usaha menghapuskan sarang nyamuk.
Pada 26 Ogos, ketua syarikat Condor Aerial berpejabat di Carolina Utara akan menunjukkan keupayaan dron Maveric berharga AS$65,000 (RM195,000) dalam usaha itu.
Ia berharap dapat menjualnya kepada pihak berkuasa Florida Keys, antara destinasi pelancongan utama di Florida.
Kawasan penuh dengan pulau itu bermula dari selatan Miami hingga Teluk Mexico sejauh 1,494 kilometer manakala selatannya di Key West hanya 672 kilometer dari Cuba.
Ketua Pegawai Eksekutif Condor Aerial, Fred Culbertson berkata dron itu boleh terbang selama 90 minit.
Untuk mengawal nyamuk, ia akan dilengkapi kamera pengesan yang dapat menunjukkan di mana nyamuk bertelur.
Pegawai perlu menjalani kursus pengesan juruterbang dan pegawai tempatan perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan bagi melakukan penerbangan dron itu.
“Pesawat itu tidak akan digunakan untuk memantau manusia,” tegas Culbertson.
Agensi berkenaan mempunyai 40 pegawai penyiasat untuk meninjau 42 pulau dalam kawasan seluas 225 kilometer persegi.
Agensi berkenaan mempunyai 40 pegawai penyiasat untuk meninjau 42 pulau dalam kawasan seluas 225 kilometer persegi.
Nyamuk ‘Salt Marsh’ sering memberi masalah kerana membiak pantas hingga berjuta-juta selain boleh terbang setinggi 9.5 kilometer tetapi sasaran utama ialah Aedes aegypti yang menyebarkan denggi.
Pada 2010, penyakit itu menjangkiti 63 orang, kata Pusat bagi Kawalan Penyakit (CDC). REUTERS
[wow] - Teknologi
Los Angeles – Penyanyi Chris Brown diarahkan melakukan khidmat masyarakat selama 1,000 jam selepas melanggar tempoh percubaannya yang diputuskan ke atasnya kerana didapati bersalah memukul bekas kekasihnya, Rihanna pada 2009.
Dia disahkan melanggar tempoh percubaan itu selepas terlibat dalam kes langgar lari dan memandu tanpa lesen yang sah pada 21 Mei lalu..
Brown diarahkan menjalani khidmat masyarakat itu, iaitu tambahan kepada tempoh 180 hari yang telah dikenakan kepadanya.
Hakim Mahkamah Agung Los Angeles, James Brandlin menetapkan khidmat masyarakat itu dilaksanakan dalam empat langkah.
Ia termasuk program membersihkan lebuhraya, pantai dan pemindahan graffiti.
Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mempersoalkan sama ada Brown telah menamatkan tempoh 180 hari yang dijatuhkan ke atasnya.
Bagaimanapun peguam bela penyanyi berkenaan mencabar dakwaan berkenaan dan menyifatkan pendakwaraya tidak mempedulikan bukti-bukti atau kesungguhan untuk mencari mereka yang boleh mengesahkan bahawa Brown telah melaksanakan kerja-kerja berkenaan.
[Wow] - Selebriti
London – Pelbagai cara dilakukan wanita untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh menarik, namun tindakan Marlene Beltran, 20, dan Lysander Lanusa, 27, boleh dianggap ekstrem.
Kedua-dua mereka menjalani pembedahan menjahit lidah bagi mengekang selera makan yang besar.
“Ia bukan pembedahan menjahit lidah biasa, sebalik sejenis peranti daripada plastik dipasang di atas lidah dan dijahit untuk mencegah makanan berat daripada ditelan.
“Walaupun berasa sakit dan tidak selesa, mereka melakukannya dengan gembira kerana hasil yang diperoleh juga tidak mengecewakan,” lapor akhbar Daily Mail.
Sebagai contoh, Lysander yang pada awalnya mempunyai berat kira-kira 90.7 kilogram berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10,4 kilogram dalam tempoh sebulan.
Marlene yang mempunyai berat badan 70 kilogram pula berjaya mengurangkan lapan kilogram dalam tempoh sama.
Kaedah menjahit lidah diperkenalkan pakar bedah plastik dari Beverly Hills, Nikolas Chugay pada 2009. Peranti yang dilekatkan pada lidah memerlukan enam jahitan.
Pembedahan hanya mengambil masa 10 minit untuk diselesaikan dan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak AS$2,000 (RM6,550).
Hilang deria rasa
Jahitan terbabit menyebabkan cubaan untuk mengambil makanan keras menjadi begitu menyakitkan sehingga terpaksa mengehadkan pengambilan makanan cair hanya kepada 800 kalori setiap hari.
Pembedahan itu juga menyebabkan lidah kehilangan deria rasa dan mereka akan berasa sakit jika makan apa juga makanan kecuali cecair.
“Rasa sakit pada lidah menyebabkan saya tidak boleh makan,” kata Lysander.
Marlene pula berkata beliau mendapat perhatian daripada pakar sebelum membuat keputusan.
Pakar penurunan berat badan Dr Robert Huizenga berpendapat, kaedah yang digunakan Beltran dan Lysander adalah primitif tetapi beliau yakin ia boleh menjadi kaedah berkesan.
“Pendekatan digunakan sangat primitif. Ia seolah-olah anda mengupah seseorang memegang pistol yang diacu di kepala setiap kali anda makan,” katanya. – AGENSI
[Wow] - Macam macam
Montreal – Kurang daripada seminggu selepas seekor ular sawa membelit dua kanak-kanak hingga mati, polis semalam menemui 40 ular berkenaan dari bilik sebuah hotel.
Reptilia itu ditemui dalam beberapa tong plastik di sebuah bilik hotel di Brantford, Ontario, tempat sepasang kekasih yang melarikan diri dari rumah menginap, kata polis.
Polis melancarkan siasatan terhadap kes itu, tetapi mereka tidak menyatakan di mana pasangan terbabit berada ketika ular itu ditemui atau sama ada mereka akan didakwa kerana melanggar undang-undang melarang memiliki ular sawa.
Ular berkenaan yang panjang antara 30 sentimeter dan 1.4 meter berada dalam keadaan tidak sihat.
Ia kemudian diambil Persatuan Perlindungan Haiwan Kanada untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
Penemuan itu berlaku 11 hari selepas Connor dan Noah Barthe yang berusia enam dan tujuh tahun mati di bandar Campbelton, New Brunswick apabila seekor ular sawa Afrika terlepas dari kurungan dan membelit mereka hingga mati.
Siasatan polis mendapati ular itu terlepas dari kurungannya sebelum menjalar melalui ruang pengalihan udara yang menuju ke bilik kanak-kanak terbabit. – AFP
[Wow] - Berita Dunia
Di St Louis Missouri terdapat monumen yang diberi nama St Louis Gateway Arch. Monumen gerbang gergasi ini dibina bagi mengiktiraf St Loius sebagai bandai pintu gerbang pembukaan bahagian barat benua Amerika Utara. Gerbang setinggi 190 meter ini dibina pada tahun 1963 dan direka oleh Eero Saarinen. Ianya siap sepenuhnya pada tahun 1965 dan bagi membawa pelawat ke puncak gerbang, sebuah sistem lif yang unik digunakan.
Lif untuk gerbang ialah sebuah pod berbentuk bulat dan berputar seperti sebuah roda Ferris. Setiap pod mampu memuatkan 5 orang pada satu-satu masa dan bergerak pada landasan yang dibina di dalam gerbang. Lapan buah pod ini akan bergerak pada satu-satu masa dan perjalanan naik mengambil masa lebih kurang lima minit.
Laporan asal Wikipedia , Interesting America
Pelancongan
Subscribe to:
Posts (Atom)





Recent Comments