Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Johnny Depp dan Amber Heard
DAHULU, demi Amber Heard, Johnny Depp sanggup meninggalkan Vanessa Paradise. Namun, kini muncul pula khabar angin bahawa hubungan Johnny dan Amber sedang bermasalah.
Menurut laporan portal Showbizspy, Amber mulai bosan menjalani kehidupan bersama Johnny kerana jarang mempunyai masa bersama. Malah wanita yang mengaku dirinya biseksual itu menganggap janji-janji Johnny tidak pernah ditepati.
"Saat pertama kali menjalinkan hubungan, Johnny berjanji akan membantu Amber untuk menjadikannya pelakon hebat yang boleh menggantikan populariti Angelina Jolie.
"Bagaimanapun janji itu masih belum ditunaikan. Johnny bukannya mencari projek untuk Amber sebaliknya karier model itu semakin terbatas," kata sumber.
Malah tambah sumber itu, pada mulanya, Amber berasa selesa mengikut kehendak Johnny yang mahu dirinya sentiasa berada di rumah. Bagaimanapun, lama kelamaan wanita itu mula bosan dan rindukan kehidupan lamanya.
Hal tersebut membuatkan pasangan itu bertengkar hebat ketika berada di promosi filem lakonan terbaharu Johnny, The Lone Ranger. mStar
DIKHABARKAN putus pada Mei lalu, Kellan Lutz kini dikhabarkan kembali bersama dengan bekas kekasihnya, Sharni Vinson.
Menurut laporan portal digitalspy, pasangan itu dilihat keluar bersama-sama bagi menyambut hari jadi Sharni pada Julai lalu.
Bagaimanapun sehingga kini, Kellan dan Sharni yang telah menjalinkan hubungan selama dua tahun itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan perkara tersebut.
Malah pihak pengurus dan jurucakap mereka juga enggan mengesahkan hubungan yan dijalinkan semula itu.
Beritahu sumber, selepas menyambut hari lahir Sharni, hubungan mereka kembali hangat dan pada masa sama seperti cuba menyembunyikan daripada diketahui umum.
Sejak bercinta, pasangan pelakon ini sering putus dan sambung semula hubungan mereka.
Michael Jackson
Los Angeles – Kerajaan Amerika Syarikat kini bekerja keras bagi menghalang sarung tangan bertahtakan permata milik penyanyi pop Michael Jackson daripada jatuh ke tangan anak seorang diktaktor dari Afrika.
Sarung tangan itu telah dibeli hasil wang haram milik anak kepada Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Nguema Obiang Mangue.
Teodoro, 42, telah membeli sarung tangan berkenaan dan beberapa item lain daripada kediamannya Michael, tiga tahun lalu.
Pada April 2012, hakim di California menolak tuntutan kerajaan Amerika Syarikat dengan alasan ia gagal membuktikan bahawa Teodoro memiliki kemewahan itu menerusi kegiatan haram kerana dia tidak pernah didakwa dengan sebarang kes jenayah di negaranya.
Bagaimanapun kerajaan Amerika Syarikat dibenarkan untuk memfailkan pindaan terhadap aduannya itu.
Dalam pada itu, peguam Teodora berkata, kerajaan Amerika Syarikat tidak mempunyai hak untuk menghalang anak guamnya daripada memiliki sarung tangan milik raja pop itu.
“Mereka masih tidak dapat mengenalpasti bahawa anak guam saya terlibat dalam kes rasuah dan hanya bertindak berdasarkan spekulasi,’’ katanya.
Teodoro telah berpindah ke Amerika Syarikat pada 1991 dan hidup mewah di negara tersebut.
Jutawan tersebut juga memiliki kereta mewah Rols-Royce, Ferrari dan Lamborghini, pesawat peribadi bernilai $38 juta dolar dan kediaman mewah berharga $30 juta dolar di Malibu.
Bagaimanapun pada 2011, asetnya telah disita selepas didakwa terlibat dalam penggubahan wang haram di seluruh dunia.
Selain Amerika Syarikat, Perancis juga telah menyita harta milik Teodoro termasuk rumah agamnya yang bernilai $68 juta dolar di Paris.
Rumah agam itu mempunyai 101 bilik termasuk bilik salon, kelab malam dan panggung wayang.
Lebih 70% daripada penduduk Equatorial Guinea hidup dalam kemiskinan namun Presidennya, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo bersama anak-anak dan kaum kerabatnya hidup dalam kemewahan.
Ia diperolehi menerusi rasuah.
Aryana-Sayeed
Kabul – Selebriti wanita dari Afghanistan, Aryana Sayeed yang dipilih sebagai juri untuk program reality The Voice, hidup dalam ketakutan selepas menerima beberapa ugutan bunuh kerana menjadi penyanyi.
Malah ketika Aryana menjalani rakaman untuk program The Voicen di Kabul bagi stesen TV Tolo, beberapa pengawal bersenjata diarah berkawal dan bersiap sedia jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.
“Saya menerima banyak mesej daripada orang ramai bahawa mereka mahu membunuh saya atau mencurahkan asid ke muka saya.Mereka meminta saya berhenti menyanyi.
“Culik adalah perkataan yang sering bermain di minda saya. Lebih baik mati daripada diculik,’’katanya.
Bagaimanapun Aryana yang berusia 28 tahun itu, enggan mengalah sebaliknya mahu menjalani kehidupan dengan melakukan aktiviti harian secara bebas.
“Saya mahu membuat perubahan kepada kaum wanita. Saya mahu wanita juga mempunyai hak untuk bersuara, bergerak dan boleh membeli belah jika mereka mahu.
“Saya tidak maksudkan agar mereka membuka tudung namun mereka sepatutnya bebas untuk hidup sebagai manusia,’’ katanya.
Aryana turut memberitahu, ketika menjadi juri The Voice di Kabul, dia terpaksa berhati-hati ketika memberikan komen kerana bimbang ia akan menjadi satu isu yang besar.
“Saya harus berhati-hati kerana semua pergerakan dan pertuturan saya diperhatikan.
“Jika saya memberi komen ` saya cintakan kamu kerana kamu sangat hebat’ kepada remaja lelaki berusia 15 tahun, maka ia pasti akan mengundang masalah kerana ia bukan sesuatu yang normal di Afghanistan,’’ katanya.
Aryana dilahirkan di Afghanistan sebelum berpindah ke Pakistan ketika kanak-kanak sebelum berhijrah ke Eropah.
Dia kini membahagikan masanya antara Kabul dan London.
Pesawat
MIAMI – Sebuah agensi yang di Florida Keys mungkin menjadi pihak berkuasa pertama menggunakan pesawat kawalan jauh atau ‘dron’ bagi mengesan tempat pembiakan nyamuk dalam usaha menghapuskan serangga itu.
“Ini kerana pulau kecil yang ada di sini semuanya berhutan,” kata Pengarah Eksekutif Daerah Kawalan Nyamuk Florida Keys, Michael Doyle.
Penggunaan ‘dron’ bertujuan memudahkan usaha menghapuskan sarang nyamuk.
Pada 26 Ogos, ketua syarikat Condor Aerial berpejabat di Carolina Utara akan menunjukkan keupayaan dron Maveric berharga AS$65,000 (RM195,000) dalam usaha itu.
Ia berharap dapat menjualnya kepada pihak berkuasa Florida Keys, antara destinasi pelancongan utama di Florida.
Kawasan penuh dengan pulau itu bermula dari selatan Miami hingga Teluk Mexico sejauh 1,494 kilometer manakala selatannya di Key West hanya 672 kilometer dari Cuba.
Ketua Pegawai Eksekutif Condor Aerial, Fred Culbertson berkata dron itu boleh terbang selama 90 minit.
Untuk mengawal nyamuk, ia akan dilengkapi kamera pengesan yang dapat menunjukkan di mana nyamuk bertelur.
Pegawai perlu menjalani kursus pengesan juruterbang dan pegawai tempatan perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan bagi melakukan penerbangan dron itu.
“Pesawat itu tidak akan digunakan untuk memantau manusia,” tegas Culbertson.
Agensi berkenaan mempunyai 40 pegawai penyiasat untuk meninjau 42 pulau dalam kawasan seluas 225 kilometer persegi.
Nyamuk ‘Salt Marsh’ sering memberi masalah kerana membiak pantas hingga berjuta-juta selain boleh terbang setinggi 9.5 kilometer tetapi sasaran utama ialah Aedes aegypti yang menyebarkan denggi.
Pada 2010, penyakit itu menjangkiti 63 orang, kata Pusat bagi Kawalan Penyakit (CDC). REUTERS
Chris Brown
Los Angeles – Penyanyi Chris Brown diarahkan melakukan khidmat masyarakat selama 1,000 jam selepas melanggar tempoh percubaannya yang diputuskan ke atasnya kerana didapati bersalah memukul bekas kekasihnya, Rihanna pada 2009.
Dia disahkan melanggar tempoh percubaan itu selepas terlibat dalam kes langgar lari dan memandu tanpa lesen yang sah pada 21 Mei lalu..
Brown diarahkan menjalani khidmat masyarakat itu, iaitu tambahan kepada tempoh 180 hari yang telah dikenakan kepadanya.
Hakim Mahkamah Agung Los Angeles, James Brandlin menetapkan khidmat masyarakat itu dilaksanakan dalam empat langkah.
Ia termasuk program membersihkan lebuhraya, pantai dan pemindahan graffiti.
Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mempersoalkan sama ada Brown telah menamatkan tempoh 180 hari yang dijatuhkan ke atasnya.
Bagaimanapun peguam bela penyanyi berkenaan mencabar dakwaan berkenaan dan menyifatkan pendakwaraya tidak mempedulikan bukti-bukti atau kesungguhan untuk mencari mereka yang boleh mengesahkan bahawa Brown telah melaksanakan kerja-kerja berkenaan.
Wanita
London – Pelbagai cara dilakukan wanita untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh menarik, namun tindakan Marlene Beltran, 20, dan Lysander Lanusa, 27, boleh dianggap ekstrem.
Kedua-dua mereka menjalani pembedahan menjahit lidah bagi mengekang selera makan yang besar.
“Ia bukan pembedahan menjahit lidah biasa, sebalik sejenis peranti daripada plastik dipasang di atas lidah dan dijahit untuk mencegah makanan berat daripada ditelan.
“Walaupun berasa sakit dan tidak selesa, mereka melakukannya dengan gembira kerana hasil yang diperoleh juga tidak mengecewakan,” lapor akhbar Daily Mail.
Sebagai contoh, Lysander yang pada awalnya mempunyai berat kira-kira 90.7 kilogram berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10,4 kilogram dalam tempoh sebulan.

Marlene yang mempunyai berat badan 70 kilogram pula berjaya mengurangkan lapan kilogram dalam tempoh sama.
Kaedah menjahit lidah diperkenalkan pakar bedah plastik dari Beverly Hills, Nikolas Chugay pada 2009. Peranti yang dilekatkan pada lidah memerlukan enam jahitan.
Pembedahan hanya mengambil masa 10 minit untuk diselesaikan dan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak AS$2,000 (RM6,550).
Hilang deria rasa
Jahitan terbabit menyebabkan cubaan untuk mengambil makanan keras menjadi begitu menyakitkan sehingga terpaksa mengehadkan pengambilan makanan cair hanya kepada 800 kalori setiap hari.
Pembedahan itu juga menyebabkan lidah kehilangan deria rasa dan mereka akan berasa sakit jika makan apa juga makanan kecuali cecair.
“Rasa sakit pada lidah menyebabkan saya tidak boleh makan,” kata Lysander.
Marlene pula berkata beliau mendapat perhatian daripada pakar sebelum membuat keputusan.

Pakar penurunan berat badan Dr Robert Huizenga berpendapat, kaedah yang digunakan Beltran dan Lysander adalah primitif tetapi beliau yakin ia boleh menjadi kaedah berkesan.
“Pendekatan digunakan sangat primitif. Ia seolah-olah anda mengupah seseorang memegang pistol yang diacu di kepala setiap kali anda makan,” katanya. – AGENSI
Ular Sawa
Montreal – Kurang daripada seminggu selepas seekor ular sawa membelit dua kanak-kanak hingga mati, polis semalam menemui 40 ular berkenaan dari bilik sebuah hotel.
Reptilia itu ditemui dalam beberapa tong plastik di sebuah bilik hotel di Brantford, Ontario, tempat sepasang kekasih yang melarikan diri dari rumah menginap, kata polis.
Polis melancarkan siasatan terhadap kes itu, tetapi mereka tidak menyatakan di mana pasangan terbabit berada ketika ular itu ditemui atau sama ada mereka akan didakwa kerana melanggar undang-undang melarang memiliki ular sawa.
Ular berkenaan yang panjang antara 30 sentimeter dan 1.4 meter berada dalam keadaan tidak sihat.
Ia kemudian diambil Persatuan Perlindungan Haiwan Kanada untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
Penemuan itu berlaku 11 hari selepas Connor dan Noah Barthe yang berusia enam dan tujuh tahun mati di bandar Campbelton, New Brunswick apabila seekor ular sawa Afrika terlepas dari kurungan dan membelit mereka hingga mati.
Siasatan polis mendapati ular itu terlepas dari kurungannya sebelum menjalar melalui ruang pengalihan udara yang menuju ke bilik kanak-kanak terbabit. – AFP

Di St Louis Missouri terdapat monumen yang diberi nama St Louis Gateway Arch. Monumen gerbang gergasi ini dibina bagi mengiktiraf St Loius sebagai bandai pintu gerbang pembukaan bahagian barat benua Amerika Utara. Gerbang setinggi 190 meter ini dibina pada tahun 1963 dan direka oleh Eero Saarinen. Ianya siap sepenuhnya pada tahun 1965 dan bagi membawa pelawat ke puncak gerbang, sebuah sistem lif yang unik digunakan. 

Lif untuk gerbang ialah sebuah pod berbentuk bulat dan berputar seperti sebuah roda Ferris. Setiap pod mampu memuatkan 5 orang pada satu-satu masa dan bergerak pada landasan yang dibina di dalam gerbang. Lapan buah pod ini akan bergerak pada satu-satu masa dan perjalanan naik mengambil masa lebih kurang lima minit. 






Laporan asal Wikipedia , Interesting America

Pelakon Neelofa dan Lana Nordin ibarat seperti pelanduk dua serupa apabila sering mendapat kritikan peminat gara-gara penampilan yang pelbagai dan seksi.
Terbaru, Neelofa menjadi perbualan hangat peminat lelakinya di Instagram kerana memuatnaik sekeping gambar sedang memeluk seorang lelaki berbaju oren. Ekoran itu, segelintir peminat yang berfikiran negatif melemparkan komen kritikan yang tidak tentu pasal.  Sumber

Ehem, surfing-surfing intenet tiba-tiba pula jumpa gambar ni. Gambar apakan? gambar screenshot facebook. 

Gambar Komen-Komen Fb yang menyakitkan akal dan fikiran. 
Tapi ni bukan pasal bangsa ka apa, ni pasal statement-statement pedas yang sesetengah budak-budak Mesia ni post di Facebook tanpa berfikir panjang. Pasal Apa? pasal issue pakai Tudung atau tidak.
Mo explain satu-satu pun admin nda tau dari mana mo start, kamu cek it daut la gambar screenshot tu :)

Bagi admin Kalau ada nda puas hati, lebih baik bediam diri jak la, jangan la post2 di Facebook ayat2 yang boleh buat orang rasa kecil hati ataupun sakit hati. Kalau nda sia-sia kena ceramah sampai checkmate.

Admin nda juga mau trip2 alim, mau jadi buyers untuk mana-mana pihak pun nda juga. Bagi admin issue ni bergantung kepada individu tu sendiri. Berkemungkinan dorang ni masih lagi sedar kepentingan tudung tu cuma mungkin tunggu masa untuk menunaikan tanggungjawab dorang sebagai wanita muslim, orang bilang sendiri mau ingat la.

P/s Sembarangan jak admin ambil gambar-orang, tapi cute kan tu ni cewek. nah admin kasi lagi hahahaha.

SUMBER PANAS: UptodaySabah


Kejadian ini berlaku sewaktu hadi bekerja pada shiff malam. Hadi yg di tugaskan menghantar barang-barang keperluan untuk tetamu yg menginap di bilik hotel tersebut ,hanya bertugas seorang diri pada malam itu.. Kebetulan pula supervisor yg sama shiff dgn hadi ketika itu telah mengambil cuti sakit.. Terpaksalah dia yg menjalankan segala urusan pada malam tersebut.
Bunyi deringan telefon yg tidak putus di bilik department housekeeping itu memecah kesunyian malam.. Hadi dengan penuh sabar menjawab semua panggilan tersebut, Walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada malam itu, Akan tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai pekerja yg berdidikasi.. Mungkin sebab kerana itulah jugalah dia sering mendapat kepujian dan anugerah pekerja terbaik selama 3 tahun berturut-turut.
Jam yg di pakai oleh Hadi sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Bermakna Hanya setengah jam saja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia yg sedang berdiri di balkoni luar offis tingkat 4 itu khayal melihat permandangan ke arah theme park yg menempatkan kolam mandi serta bermacam permainan khas buat pelanggan-pelanggan yg menginap di hotel tersebut.. terlihat beberapa pekerja sedang sibuk mengemas kawasan theme park yg beroperasi sedari pagi tadi..
Suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin kerana tetamu sudah mula masuk ke dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri.. Hadi yg masih berkhayal itu tiba-tiba tersentak apabila bunyi talifon berdering kuat dari dalam office, Dia terus masuk dan menjawab panggilan itu. ganggang talifon di lekapkan pada telinganya, Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan sedang menangis, hadi berasa pelik, dan tertanya-tanya, mengapa tetamu itu menangis.. di skrin talifon pula terpapar nombor bilik pemanggil.. setelah pertanyaan demi pertanyaan Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya di jawab dengan esak tangis berterusan. Hadi, Tanpa berfikir panjang terus keluar menuju ke bilik tetamu yg agak jauh dari office nya itu.. fikir Hadi, mungkin tetamu itu berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan darinya..
Entah kenapa Jantung Hadi berdegup kencang, kini dia telah tiba di hadapan pintu bilik yg bernombor 3318 itu, dia yg terlalu risau terus menekan loceng bilik tersebut berkali-kali.. tapi malangnya tiada jawapan yg di berikan, dadanya mula berdebar-debar memikirkan apa yang berlaku di dalam bilik tersebut sehingga membuatkan tetamu itu menangis.. setelah puas dia memanggil dan langsung tiada jawapan yg di terima, dengan segera hadi menyeluk koceknya mengambil master key yg sememangnya di bawa kemana saja dalam waktu kerja pada malam itu, Hadi nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu salah kerana dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu.. tapi semua itu tidak penting baginya, niatnya hanya ingin membantu..
Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di dalam bilik gelap gelita, seakan tiada tetamu yg menyewa bilik itu, Hadi memetik suis lampu, perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam bilik itu, sah!! memang tiada siapa.. bilik tersebut masih dalam keadaan kemas.. Hadi seperti tidak percaya, hatinya tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi?? bulu roma hadi sudah mula meremang, fikirannya sudah mula menangkap apa yg berlaku sebenarnya, kisah seram yg di sampaikan oleh rakan-rakannya mula berlegar-legar di fikiran Hadi..barulah dia teringat, bilik yg dia berada sekarang ini pernah digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya.. mereka sering terdengar suara orang memita tolong dari arah bilik ini, dan ramai tetamu yg menginap di bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang di baling dengan kuat..
Tiba-tiba Hadi tersentak!! dia terkejut apabila merasakan seolah-olah telinganya di hembus dengan nafas yg kuat.. serta merta badannya mengigil dan perasaan takut menyelubungi dirinya, tanpa berlengah Hadi terus berlari ke arah pintu, di pulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya pintu tersebut tidak boleh di buka, serentak itu jelas kedengaran di telinga hadi suara seseorang sedang menangis dan hadi terus menoleh ke belakang…

Alangkah terkejutnya Hadi apabila mendapati susuk tubuh di balut kain kafan yg lusuh di tambah dengan wajah yg cukup menyeramkan sedang berdiri beberapa meter sahaja di hadapannya.. dan kini lembaga itu semakin menghampiri hadi, tubuh hadi menjadi kaku tidak bergerak, kakinya seperti di gam pada lantai. kini wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya, bau hanyir menusuk hidung hadi, jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu, amat mengerikan di tambah lagi ketika lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu menerkamnya, dia yg sudah ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang di rasuk histeria, dan Hadi terus rebah di tepi pintu bilik tersebut..
Tepat pukul 12 malam, pak kasim yg bertugas sebagai pakcik guard memulakan tugasnya meronda kawasan hotel, setiba di blok 3 pak kasim terpandang pada satu pintu bilik yg terbuka luas, dan bilik tersebut terang menderang dengan limpahan cahaya lampu. pak kasim yg berasa pelik dan curiga terus menuju ke bilik tersebut, terkejut pak kasim bila mendapati Hadi terbaring di sisi pintu bilik yg terbuka luas itu.. sekali lagi pak karim terkejut bila mendapati, terdapat tanah bertaburan di atas lantai bilik tersebut… dan bau yg meloyakan tekaknya..
Keesokkan harinya, Seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian yg menimpa Hadi.. Sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap insiden yg menimpa hadi pada malam itu, Bilik 3318 itu pula tiba-tiba di tutup serta merta supaya tidak di sewakan kepada tetamu buat sementara waktu, berita penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan tindakan itu, pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja di situ, akan tetapi pihak atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya sehingga kini..
Selepas kejadian itu Hadi demam selama seminggu, pengalaman itu menjadi kenangan pahit yg tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya.. akan tetapi hadi tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut, dia kini telah di naikkan pangkat menjadi supervisor department housekeeping. Setiap kali dia melalui bilik 3318, hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi di tutup. Misteri bilik 3318 itu hanya terus tinggal misteri sehingga kini dan mungkin sehingga ia di buka semula untuk tetamu baru, adakah tetamu itu anda?