Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Beijing: Seorang anggota polis menyelamatkan nyawa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan menggari dirinya dan mangsa sebelum membuang kuncinya.

Wanita terbabit memanjat ke atas papan iklan di tepi dinding konkrit dekat bandar raya ini semalam.

Bagaimanapun, tindakannya itu segera menarik perhatian orang ramai sebelum polis dihubungi. Selepas gagal memujuknya seorang anggota polis bertindak menggari sebelah tangan wanita itu dengan tangannya bagi mengelak wanita itu terjun.

Dia berbuat demikian ketika wanita itu mencangkung di atas papan iklan berkenaan.
Anggota polis terbabit kemudian mencampakkan kunci gari ke bawah bagi menyedarkan wanita itu bahawa dia serius untuk menyelamatkannya.


“Wanita itu tahu jika dia mati, maka dia turut membawa bersama seseorang dan sebab itulah dia berubah fikiran,” kata seorang anggota polis. 

Polis kemudian menggunakan tali panjang untuk menarik naik wanita itu.

“Ia tindakan yang berani. Kami tidak tahu apa akan terjadi jika dia nekad ingin terjun juga,” kata jurucakap polis selepas kejadian.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan mengapa wanita itu mahu membunuh diri. - Agensi

Shah Alam: Hajat dua lelaki warga Colombia yang dipercayai adik-beradik untuk melakukan jenayah pecah rumah di kawasan Putra Permai, Putra Height, Subang Jaya, tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan, Rabu lalu.

Suspek yang berusia 31 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam selepas kelibat mereka yang menaiki kereta Honda Accord di kawasan berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Menyedari kehadiran mereka dikesan polis, suspek yang panik terus memandu laju menghala jalan utama dan dikejar kereta peronda polis beberapa kilometer sehingga ke Seksyen 28, Shah Alam.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata, selepas dikejar kira-kira 45 minit, suspek kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum melarikan diri.

Menurutnya, tindakan pantas anggota polis yang bertugas akhirnya berjaya menahan suspek di kawasan berhampiran selepas berlaku pergelutan antara mereka.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta berkenaan menemui beberapa peralatan pecah rumah termasuk topeng ski dan sarung tangan.

“Semakan juga mendapati, kereta yang digunakan itu disewa daripada individu tertentu, tetapi suspek menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Katanya, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen, kedua-dua suspek masuk ke negara ini Julai lalu menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata, polis mengalami kesukaran untuk menjalankan siasatan kerana suspek tidak boleh berbahasa Inggeris menyebabkan polis terpaksa memanggil jurubahasa bagi membantu siasatan.

“Polis akan menyiasat sama ada suspek terbabit dengan kegiatan pecah rumah yang dilakukan warga Columbia seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah dan kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes juga akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen,” katanya.

Hmetro

Gombak: Seorang lelaki Orang Asli yang sibuk mencari pokok pisang untuk pelanggannya terkejut selepas menemui tengkorak manusia dan pakaian reput dalam sebuah beg pakaian di hutan Batu 16, Jalan Gombak Lama, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 34 tahun pergi ke kawasan hutan berkenaan yang jarang dilalui orang ramai untuk mencari pokok dan buah pisang.

Sumber polis berkata, lelaki itu yang tinggal di perkampungan Orang Asli berdekatan pada mulanya terkejut menemui sebuah beg berwarna hitam di bawah sebuah pokok jenis Boyah yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama.


Menurutnya, lelaki berkenaan mendekati beg itu dan membukanya sebelum terkejut melihat tengkorak dan rangka manusia berada dalam beg berkenaan.

“Rangka berkenaan dipercayai sudah lama ditinggalkan dalam beg itu dan turut ditemui pakaian lelaki yang sudah reput.

Lahad Datu: “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.
Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu. Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.
“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal. Hmetro
Foto
Kuala Lumpur: “Sejak pagi tadi, sudah beberapa kali saya keluar masuk tandas sehingga badan terasa panas dan sangat lemah, " kata pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Mohamed Nizarfarid Shamsudin, 17, yang disyaki keracunan makanan.

Dia seorang daripada 54 pelajar sekolah berasrama penuh berkenaan mengadu sakit perut selain ada yang demam sejak awal pagi semalam, menyebabkan mereka dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 9 malam tadi. 

Difahamkan, pelajar terbabit dihantar ke hospital dengan bas sekolah kerana mengalami kesan keracunan yang agak serius bagi pemeriksaan lanjut. 

Menurut Mohamed Nizarfarid, dia kurang sihat sejak pagi semalam dan mengalami cirit-birit sebelum mengadu perkara berkenaan kepada guru.


Kuala Lumpur: “Sejak pagi tadi, sudah beberapa kali saya keluar masuk tandas sehingga badan terasa panas dan sangat lemah, " kata pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Mohamed Nizarfarid Shamsudin, 17, yang disyaki keracunan makanan.

Dia seorang daripada 54 pelajar sekolah berasrama penuh berkenaan mengadu sakit perut selain ada yang demam sejak awal pagi semalam, menyebabkan mereka dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 9 malam tadi. 

Difahamkan, pelajar terbabit dihantar ke hospital dengan bas sekolah kerana mengalami kesan keracunan yang agak serius bagi pemeriksaan lanjut. 


Menurut Mohamed Nizarfarid, dia kurang sihat sejak pagi semalam dan mengalami cirit-birit sebelum mengadu perkara berkenaan kepada guru.

Hmetro
'Jumaat Kemarahan' disimbah bedilan gas

KAHERAH - MESIR. Hari yang digelar "Jumaat Kemarahan" menyaksikan Mesir terus bergolak dengan tembakan gas pemedih mata dan terus dilepaskan ke arah penyokong Mohamed Mursi.

Al-Jazeera melaporkan gas pemedih mata dilepaskan ke arah penunjuk perasaan di Medan Ramsis.

Mesir Kini turut memuatnaik perkembangan di laman Facebook menyatakan, para penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka syahid.

Menurut Mesir Kini, rakyat Mesir hari ini dihidangkan dengan paparan muka hadapan akhbar yang cuba mengelirukan rakyat.
Antaranya ;

Al-Ahram Al- Masai :
Tentera militia Ikhwan menjalankan skrip lakonan (bumi terbakar). Kerajaan membongkar jenayah terancang oleh Ikhwan untuk membakar pejabat-pejabat dan hospital-hospital bagi menghuru-harakan negara

Al-Ahram:
Kabinet: Jenayah terancang untuk meranapkan negara. Mangsa yang terbunuh telah meningkat hingga 578 orang dan seramai 4,201 orang telah cedera. Dan pihak keselamatan telah kehilangan seramai 47 orang anggotanya.

Al-Fajr:

As-Sisi kepada Adly Mansour: Aku bersedia untuk memberi pertolongan dan kita tidak akan menunggu lain waktu.

Muka hadapan akhbar di Mesir Versi 2 (16 Ogos 2013 ).

Al-Misr Al-Youm:
Tentera militia Ikhwan memusnahkan harta benda awam

Al-Watan:
Al-Ikhwan: Hari ini (Jumaat pembunuhan)

Al-Shrouk:
Malam serangan ke atas gereja-gereja di Mesir. Lebih daripada 20 gereja telah dibakar dalam masa satu hari. Tempat kediaman orang-orang kristian di wilayah-wilayah turut dirompak.

Al-Youm Al-Sabi': Organisasi rahsia memulakan perancangan huru-hara di bawah naungan Obama. Ikhwan melaksanakan skrip (lakonan) membakar wilayah-wilayah dan pejabat-pejabat serta menyekat jalan-jalan. Amerika mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik.

*inilah surat khabar yang terhidang kepada rakyat Mesir setiap hari, majoriti tidak bebas berpihak kepada kerajaan kudeta. Bagaimana rakyat yang tiada akses internet boleh mendapatkan berita sebenar yang bebas dari sebarang pengaruh? - Sumber : wartawan Mesir Kini


Dalam perkembangan terbaru, dilaporkan langit di Medan Ramsis dihujani dengan gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah perhimpunan anti kudeta.

Paling menyayat hati, sumber Mesir Kini melaporkan 45 orang mati syahid di Medan Ramsis ekoran bedilan peluru pasukan keselamatan.


Sinarharian
Angelina Jolie dan Brad Pitt
PASANGAN pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt menghadiahkan sebuah gitar Fender Stratocaster berwarna hitam dan putih kepada anak mereka, Maddox sempena hari lahir ke 12 pada 5 Ogos lalu.
"Maddox ingin jadi seorang pemain gitar, dia sudah mengikuti kelas gitar beberapa bulan lalu," katanya seperti dipetik showbizspy.
Sebagai bapa, Brat Pitt menyokong sepenuhnya hobi Maddox.
Malah Brad Pitt turut pernah memasang impian untuk menjadi pemuzik suatu masa dahulu.
"Brad Pitt dan Angelina yakin gitar merupakan hadiah yang tepat untuk Maddox, malah Brad Pitt bangga dengan anaknya itu," kata sumber tersebut.
Tomok
PETALING JAYA: Penyanyi Tomok merasakan sudah tiba masa untuk dia mengubah gaya nyanyian sebagai usaha menaik taraf kualiti vokalnya.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 29, berkata, sebagai seorang penyanyi, menjadi tanggungjawabnya untuk memvariasikan gaya nyanyian agar peminat tidak cepat berasa bosan.
"Menaik taraf diri dalam sesuatu kerja amatlah perlu dalam menempa sesebuah kejayaan.
"Begitu juga dengan saya yang ingin mengubah cara nyanyian dan lenggok vokal agar kelihatan berbeza berbanding sebelum ini," katanya kepada mStar Online.
Tambah Tomok, perubahan itu juga akan dilakukan menerusi lagu-lagu yang ditampilkan dalam projek khas bersama kumpulan Manifesto.
Manifesto
Malah Tomok bersama Manifesto bakal muncul dengan sebuah album baharu khas buat peminat-peminat yang mengundi mereka ketika menyertai pertandingan Versus 2 terbitan TV9 pada Jun lalu.
"Sebagai permulaan kami muncul dengan sebuah single lagu sebelum tampil dengan album.
"Sehingga kini, kami masih sibuk dengan kerja-kerja produksi pembikinan album baharu Manifesto," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Tomok juga bakal muncul dengan album solonya pada tahun depan.
Dia juga masih bersama dengan kumpulan New Boyz.
Shuib Sepah dan Siti Sarah
PETALING JAYA: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 30, tidak akan melakukan kerja menjaga dua anaknya jika pulang ke rumah ibu mertua.
Isteri kepada Pelawak Shuib (Sepah) ini berkata, dia akan memberi peluang kepada ibu mertuanya iaitu Nooraini Mohamed untuk menjaga cucu-cucunya itu.
"Kami jarang balik ke Johor dan setiap kali balik, memang saya tidak akan jaga anak -anak saya dan tugas itu saya serahkan kepada ibu mertua saya.
"Ibu memang mahu buat semua kerja-kerja seperti mandikan anak, beri makan dan melayan kenakalan mereka," katanya kepada mStar Online.
Tambah Siti Sarah, biarpun sibuk dengan kerja seharian namun dia dan Shuib akan cuba untuk pulang ke Johor Bahru sekerap mungkin memandangkan suaminya merupakan anak tunggal.
"Kalau ada masa memang kami akan balik sekerap mungkin, kerana keluarga suami saya tidak ada cucu lain melainkan anak-anak kami," katanya.
Kata Siti Sarah, jika mereka terlalu sibuk, keluarga mertua akan datang melawat.
"Saya bersyukur dapat keluarga mertua yang memahami, walaupun Shuib anak tunggal namun mereka tidak pernah mendesak atau meminta kami balik kampung selalu kerana mereka faham situasi kerja kami.
"Selain itu dengan adanya ruang bertemu keluarga mertua, saya juga dapat melepaskan rasa rindu terhadap arwah ibu saya yang meninggal dunia baru-baru ini," katanya
Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alqarni yang kini berusia setahun tujuh bulan dan Dzahira Talita Zahra berusia tiga bulan.
PETALING JAYA: Pelakon Arja Lee terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon bagi menghormati pemergian ibunya, Salmah Aziz yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.
Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat sementara bagi menguruskan segala hal berkaitan arwah ibunya.
"Selepas menghabiskan penggambaran drama Ramadhan Yang Hilang dan Misiku Kuzasebelum Hari Raya lalu, saya memang tidak ambil apa-apa tawaran.
"Saya ingin selesaikan beberapa urusan ibu dan buat kenduri arwah, Insya-Allah selepas Hari Raya Aidiladha mungkin saya akan kembali berlakon," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Dalam pada itu, Arja berkata sambutan Syawal kali ini diselubungi perasaan sedih tanpa ibunya.
"Kehilangan ibu masih lagi terasa kerana selalunya setiap kali Syawal, dialah insan paling sibuk.
"Pada Hari Raya pertama sehingga seminggu raya kami adik beradik menziarahi kuburnya di Tanah Perkuburan Cheras Perdana (Kuala Lumpur). Selepas itu saya pulang ke kampung arwah ibu saya di Pulau Pinang untuk uruskan beberapa perkara," katanya.
Sementara itu bercerita soal lakonan, Arja berkata, dia mendapat maklum balas yang memberangsangkan terhadap lakonannya dalam drama Misiku Kuza yang ditayangkan di Astro dan Ramadhan Yang Hilang di TV3 pada Ramadan lalu.
"Alhamdulillah selepas drama tersebut ditayangkan, saya dapat banyak maklum balas positif,” katanya.
KUALA LUMPUR:Filem Istanbul Aku Datang mengungguli Anugerah Lawak Warna (ALW) bagi mengiktiraf kerja-kerja pelawak anjuran Astro Warna yang diadakan di Istana Budaya di sini malam Jumaat.
Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, Istanbul Aku Datang meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).
Filem arahan Mamat Khalid iaitu Rock Oo pula memenangi kategori Skrip Komedi Filem Terbaik.
Drama 7 Dulang Asam Pedas mendapat dua anugerah menerusi kategori Lakon Layar Komedi TV Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik TV (Azizi Chunk Adnan).
Begitu juga dengan drama Kampung Semarah Padi yang meraih dua anugerah iaitu bagi kategori Skrip Komedi Terbaik (Megat Fauzi Sukarnain) dan Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Sabri Yunos).
Manakala Anugerah Khas Juri pula yang dianugerahkan kepada pengarah Othman Hafsham.
Dalam pada itu, pelakon Allahyarham S.Shamsuddin yang meninggal dunia pada 4 Jun lalu turut diberi penghormatan Anugerah Khas Sepanjang Zaman yang diterima oleh dua anaknya iaitu Arif dan Ariffin.
Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh pelawak veteran Datuk Aziz Satar.
Kesemua setiap pemenang menerima hadiah sebuah trofi beserta wang tunai sebanyak RM3,000.
Proses pengadilan ALW dilakukan seratus peratus oleh juri profesional sementara hanya empat kategori popular sahaja ditentukan oleh khidmat pesanan ringkas (SMS) peminat iaitu Artis Lawak Lelaki paling popular, Artis Lawak Wanita Paling Popular, Segmen Komedi Radio Paling Popular dan Video Viral Original Paling Popular.
ALW disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika.
Datuk AC Mizal dan Neelofa pula merupakan pengacara bagi anugerah tersebut.
Berikut ini senarai penuh pemenang Anugerah Lawak Warna.
KATEGORI TERBAIK
1. FILEM KOMEDI TERBAIK
- Istanbul Aku Datang
2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)
- Zizan (Hantu Kapcai)
3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)
- Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)
- Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)
- Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)
6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)
- Maharaja Lawak Mega 2012
7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK
- Keluarga Iskandar
8. SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK
- Oh! My English
9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)
- Warna Raya 2012
10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)
- Istanbul Aku Datang
11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)
- 7 Dulang Asam Pedas
12. SKRIP KOMEDI TV TERBAIK
- Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
13. SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK
- Rock oo
14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)
- Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)
15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)
- Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
KATEGORI POPULAR
1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR
- Jep Sepah
2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR
- Didie Alias
3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR
- Sketsa JoHaRa
4. VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR
- matluthfi90 - Drama-Drama Sebelum Kahwin
5. ANUGERAH KHAS JURI
- Othman Hafsham

mStar

Siapakah terkaya? Apakah yang termahal? Apakah yang terbesar? Semua jawapannya ada pada negara Arab. Berikut merupakan fakta mengenai negara-negara Arab.. Memang menakjubkan~!



Laporan asal Istizada