Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Polis Buru Lelaki Buang Ular Dalam Bandar
Portsmouth – Pihak berkuasa di sini sedang melancarkan operasi memburu seekor ular boa selepas seorang lelaki membuang ular tersebut di celah pokok, kerana pemandu teksi enggan membenarkannya menaiki teksi dengan membawa ular berkenaan.
Ketika itu, lelaki tersebut membawa ular tersebut di lehernya.
Usaha mengesan ular tersebut dijalankan dengan kerjasama polis dan bomba.
Gerakan memburu ular itu dijalankan selepas polis menerima laporan mengenainya.
Pihak berkuasa yakin, ular tersebut masih berada di dalam semak di kawasan berkenaan.
Kamera kecil kini terpaksa digunakan bagi merakam dan mengesan ular terbabit.
Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas seekor ular membunuh dua kanak-kanak di Kanada.
Connor, 6 dan adiknya, Noah Barthe yang berusia empat tahun sedang tidur di sebuah pangsapuri yang terletak di atas kedai binatang, ketika mereka diserang oleh seekor ular sawa sepanjang 14 kaki.
Ular berkenaan telah membelit kanak-kanak itu hingga mati.

Mexico City – Hanya kerana tidak boleh mengira sehingga 10, seorang budak berusia empat tahun, telah dipukul hingga mati oleh bapa dan ibu saudaranya, di sebuah kawasan di pinggir bandar di Ecatepec.
Mayat Raúl Antonio kemudiannya telah dibuang.
Ibu dan bapa saudaranya,  MarÃŒa Guadalupe Tovar Hernández, 33, serta Guillermo Delgadillo Becerra, 43, telah ditangkap selepas mengaku membunuh kanak-kanak malang itu.
Dia menetap bersama ibu dan bapa saudaranya selepas ditinggal oleh ibunya.
Ibu saudaranya sebelum itu memberikan keterangan palsu dengan mendakwa Raul telah lari dari rumah.
Mereka kemudiannya membuat laporan polis mengenai kehilangan Raul sehingga memaksa polis menjalankan gerakan memburunya.
Bagaimanapun pihak berkuasa mula curiga selepas kenyataan ibu saudaranya itu bercanggah dengan penemuan bukti, dan akhirnya barulah mereka mengaku memukul Raul hingga mati kerana tidak tahu mengira sehingga 10.
Pasangan itu mengaku memukul Raul untuk mendisiplinkannya sehinggalah budak itu rebah, barulah mereka mengetahui bahawa dia telah meninggal dunia.
Eydie Gorme

PENYANYI, Eydie Gorme meninggal dunia pada usia 84 tahun, semalam.

Gorme meninggal di Las Vegas dan punca kematiannya tidak didedahkan kepada umum.

Suaminya, Steve Lawrence, anak lelaki dan ahli keluarga lain turut berada disisinya ketika itu.

"Gorme telah menjadi pasangan saya di pentas dan dalam hidup lebih dari 55 tahun. Saya jatuh cinta dengannya pada saat saya melihatnya," kata Lawrence.

Tambahnya, "ketika saat kehilangannya, saya tidak dapat menggambarkan dunia saya dan dunia pula telah kehilangan seorang penyanyi pop yang terbaik."

Gorme mula menyanyi sebaik menamatkan sekolah tinggi tetapi kemunculan mula mendapat perhatian selepas menyertai uji bakat, "The Tonight Show" pada tahun 1953.


Sinar Harian
Ulama cipta aplikasi telefon pintar Islam

Bantu amal budaya Islam dalam kehidupan

RIYADH: Satu telefon pintar bercirikan Islam, “Peace Mobile” yang dilancarkan pada minggu terakhir Ramadan lalu, adalah satu aplikasi media berguna yang menggabungkan al-Quran dengan sains moden.

Telefon pintar itu dicipta Dr Zakir Naik, seorang penceramah umum Islam dan perbandingan agama terkenal di peringkat antarabangsa. Permintaan untuk telefon bimbit Islam meningkat di kalangan masyarakat Islam di Arab Saudi. Ribuan penduduk sudah membuat pesanan aplikasi itu secara online, sementara beratus-ratus yang lain bercakap mengenainya di pelbagai landasan media. 



Satu inisiatif teknologi penemuan itu oleh Naik, pengasas dan presiden IRF (Yayasan Penyelidikan Islam), telefon itu akan membantu pelaksanaan budaya Islam dalam kehidupan sehari-hari.

Peace Mobile disesuaikan sepenuhnya dengan aplikasi Islam yang sahih dan perisian serta membantu masyarakat Islam yang mengamalkannya terus berhubung dengan dunia Islam.

Naik berada di sini baru-baru ini bercakap dalam satu forum Ramadan dianjurkan Pusat Budaya Islam India (IICC).
Ulama berkenaan sentiasa menegaskan keperluan untuk kedua-dua pendidikan agama dan moden, menganggap kedua-duanya sebagai penting.

IRF adalah sebuah organisasi tanpa keuntungan yang memiliki saluran Peace TV, sebuah rangkaian televisyen satelit Islam yang baru-baru ini melebihi tontonan rekod global sebanyak 200 juta.

Okasha Mujahid, pengurus perniagaan antarabangsa di Darussalam, sebuah rumah penerbitan Islam berpusat di sini, mengalu-alukan telefon pintar itu dan berkata:

“Darussalam bersungguh-sungguh bekerja untuk menyebarkan kata-kata Islam menerusi penerbitannya. Peace Mobile boleh membantu lanjutan untuk ini.” - Agensi

BH
Foto

Kuala Lumpur: “Daging jari kaki kanan saya dihiris setiap hari manakala tangan kanan dan belakang badan ditoreh dengan pisau apabila keluarga enggan memberikan wang kepada mereka,” kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Am, 23, yang menjadi mangsa culik kenalannya sendiri menceritakan pengalaman ngeri dialaminya ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri.
Am mendakwa diculik kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu oleh sekumpulan lima penjenayah berusia 22 dan 31 tahun yang mahukan wang tebusan RM3,000 sebelum dikurung dalam beberapa rumah sekitar ibu negara termasuk di Jalan Pahang, di sini, dan diseksa sepanjang dijadikan tawanan. 
Penderitaan tiga hari Am berakhir apabila dia dapat diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Setapak, di sini, diketuai Asisten Superintendan Shan Gopal kira-kira jam 9 malam kelmarin. 

Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, Am berkata, dia mengenali tiga daripada lima suspek melalui kenalannya sejak beberapa bulan lalu.

Hmetro

Amar Asyraf
PETALING JAYA: Pelakon Amar Asyraf berasa teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini sebagai seorang ketua keluarga.
Amar, 27, yang baru mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu dengan wanita bernama Arna Salleh berkata, sambutan Syawal kali ini lebih bermakna buatnya.
"Kalau ketika bujang dulu sambutan ala kadar sahaja tiada apa yang membuatkan saya tidak sabar dan teruja untuk sambut raya.
"Tapi kali ini, saya sudah ada isteri dan kami sudah melakukan pelbagai persiapan. Hidup saya kini lebih teratur," katanya kepada mStar Online.
Bercerita tentang pengalaman raya, Amar yang berasal dari Melaka mengakui pernah terlibat dengan permainan meriam buluh bersama rakan-rakannya.
Amar dan isterinya
"Saya dulu, bila sudah besar baru tahu tentang permainan meriam buluh. Masa kecil-kecil ibu saya tidak bagi keluar bercampur dengan orang lain sangat.
"Bila sudah sekolah menengah dan mengenali rakan-rakan daripada kampung sebelah barulah saya belajar bermain meriam buluh. kiranya saya antara yang terlambat buat aktiviti ‘jahat’ ini," katanya.
Kata Amar ketika kecil ibunya lebih banyak menggalakkannya membaca buku-buku ilmiah.
"Saya suka baca buku tentang dunia dan dokumentari walaupun ketika itu saya masih terlalu kecil untuk tahu tentang dunia luar.
"Tapi ibu banyak beri pendedahan jika saya tidak tahu atau keliru, hidup saya hanya dengan buku bacaan ilmiah sahaja," katanya.
Sementara itu kata Amar, dia akan bercuti selama tiga minggu sebelum memulakan penggambaran drama terbarunya.
Dia dan isteri pulang beraya di Masjid Tanah Melaka serta kampung sebelah isteri di Bidor, Perak. mStar
Dunia obses sambut bayi diraja
'HISTERIA'... itu adalah perkataan mudah untuk difahami dan sesuai untuk menggambarkan keghairahan rakyat serta media antarabangsa mengenai berita kelahiran pewaris ketiga diraja Britain, George Alexander Louis pada 22 Julai lalu.

Setiap masa, media tempatan mengerumuni perkarangan Hospital St Marry, London, melaporkan berita mengenai perkembangan anak yang dikandungi Duchess of Cambridge.

Tidak ketinggalan pula, laman internet turut mengeluarkan ramalan nama, jantina dan khabar angin mengenai anak yang bakal dilahirkan isteri Putera William itu.

Laman berita, Daily Mail sebagai contoh mengeluarkan berita penuh perihal kandungan Kate Middleton, CNN dan MSNBC pula memberikan siaran langsung tanpa henti ucapan rakyat jelata terhadap kelahiran Putera George dan ibunya.

Lebih meriuhkan keadaan, apabila kumpulan pengamal media khasnya juru foto yang setia menunggu di pintu hadapan Hospital St. Marry, London berbalas apabila pasangan diraja popular itu bermurah hati untuk menayangkan putera sulung mereka selepas beberapa jam dilahirkan.

Sementara itu, sebilangan pengamal media veteran melabelkan, keterujaan detik kelahiran Putera George sebagai satu daripada kelekaan media massa untuk mengasingkan fakta sebenar daripada fiksyen yang tidak berkepentingan.

"Ia memperlihatkan media massa khasnya di Britain seolah-olah agak bodoh dan membelakangi pembacanya semata-mata mahu mengejar siapakah yang akan mendapat berita pertama mengenai kelahiran bayi diraja itu," kata seorang pengamal media.

Rata-rata media dikhabarkan, menyiarkan berita dan isu mengikut permintaan paling popular dan bukannya sebagai pengatur agenda yang perlu diterbitkan secara global.

"Saya faham bahan berita sebegini amat mudah, senang serta disukai ramai kerana mencetuskan cerita dongeng terhadap kelahiran seorang putera yang dinanti-nantikan untuk meneruskan takhta diraja sedia ada.

"Suka atau tidak, institusi berbentuk monarki ini akan terus memimpin negara selain mendapat kepatuhan jutaan rakyatnya. Namun kelahiran Putera George bukanlah satu berita yang perlu diagungkan," kata Editor Stanford Daily, Aaron Sekhri kepada Al-Jazeera.

Jelas beliau, nilai berita adalah bukan kepada bayi diraja itu tetapi membabitkan persoalan yang rumit seperti peperangan yang berlaku di negara bergolak disebabkan campur tangan Barat.

"Saya faham kenapa media begitu mengetengahkan berita sebegini? Sekurang-kurangnya ia dapat melariskan surat khabar dan mempopularkan lagi sesebuah agensi berita itu," kata Sekhri.

Menurut rekod, stesen ITV berjaya menaikkan kedudukan mereka dengan menerima 7 juta penonton ketika menyiarkan berita kelahiran Putera George dan BBC pula ditonton lebih 3 juta orang seluruh dunia.

"Mereka hanya bertindak mengikut kuasa pasaran selain landskap media yang sentiasa berdaya saing. Detik-detik kritikal ini wajib untuk mendapatkan lonjakan angka penonton yang lebih tinggi," katanya.


Sinar Harian
Jenama ice blended pertama diiktiraf halal

PEPATAH menyebut, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Itulah situasi terpaksa dihadapi pengeluar minuman jenama Cool Blog ekoran beberapa pengeluar minuman ice blended lain menggunakan bahan mengandungi asid maleik.

"Kami merasai tempias itu, dan kesannya lebih kurang 40 peratus jualan merudum. Namun, ingin saya jelaskan pembekal Cool Blog tidak tersenarai dalam pembekal terlarang itu.

"Kami melakukan ujian makmal setiap tiga bulan ke atas bahan Cool Blog. Setakat ini semua minuman kami selamat dan bebas kandungan asid maleik,” jelas Pengurus Operasi
Perniagaan CoolBlog Dessert Sdn Bhd, Muhammad Daniel Koh Abdullah berkaitan isu penggunaan bubble tea dari Taiwan dalam minuman ice blended.

Isu itu menjadi perbualan hangat apabila Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari syarikat Wang Tai di Taiwan menarik balik produk makanan tersebut daripada pasaran Malaysia kerana mengandungi asid maleik yang boleh merosakkan buah pinggang.

Dilancarkan pada 2005 di Singapura, Cool Blog dibangunkan sebagai kedai minuman, pencuci mulut dan minuman berperisa teh serta muncul penyedia ice blended pertama mendapat persijilan halal di Malaysia

"Kami fokus dalam perniagaan kerana 80 peratus pelanggan kalangan Muslim, dan ia mencerminkan kesungguhan kami untuk menerajui industri minuman dan pencuci mulut di Malaysia," katanya.

Hebatkan promosi

Jenama Cool Blog mempunyai lebih 250 cawangan seluruh negara dan akan menggenapkan kepada 300 cawangan sehingga akhir tahun ini. 

"Kami dalam pengembangan yang baik dengan sasaran 400 cawangan dibuka menjelang 2014 menggunakan modal permulaan RM120,000 meliputi sewaan kios, pengurusan, pekerja terlatih, peralatan, ramuan, lesen dan latihan," katanya.

Dianggarkan lapan hingga 10 cawa- ngan dibuka setiap bulan manakala dua juta cawan minuman dijual sebulan, menguasai 10 peratus daripada populasi Malaysia yang menikmati minuman itu.

"Kami menambah cawa- ngan secara ketara kerana ingin mewujudkan jurang antara pesaing, justeru, diperuntukkan sejumlah dana untuk memperhebatkan bahagian promosi dan pengiklanan, "jelasnya.

Dalam soal pemilihan tapak, Cool Blog tidak mengehadkan kepada pusat membeli-belah sahaja dan pemegang lesen yang merancang membuka di kawasan tumpuan ramai seperti berdekatan bank, pasar raya dan kolej dipertimbangkan.

"Kami meneliti lokasi yang dipilih sekurang-kurangnya seminggu sekali agar tempat itu sesuai dan tepat dalam menjamin kestabilan jualan," tegasnya. 

Diberi kepercayaan

Jenama ini juga mengadakan usaha sama dengan pihak Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) untuk membuka 25 kios bawa pulang dalam tempoh dua tahun dari sekarang. 

"Kami, jenama pertama diberi kepercayaan memulakan operasi seperti itu sekali gus dapat meningkatkan imej agar lebih terkenal seluruh Malaysia, "ujarnya.

Selain itu, syarikat juga mendapat penghargaan dari taman tema, Legoland di Nusajaya, Johor untuk membuka dua kios dalam taman tema tersebut.

Kehadiran Cool Blog di pasaran terus diberi perhatian apabila turut mendapat tempat di JB CIQ, pintu masuk laluan ke kota Singa.   

Meneruskan strategi pengembangan, Cool Blog juga menerima pertanyaan untuk mengkomersialkan jenama ini ke Thailand, Filipina, dan negara Timur Tengah beberapa tahun lalu.   

"Kami baru sahaja menandatangani perjanjian persefahaman dengan wakil perniagaan di Indonesia untuk membawa masuk jenama ini ke Sumatera yang dimuktamadkan akhir tahun ini.

"Populasi Muslim ramai, antara faktor jenama ini mudah dibawa masuk ke sana.

"Selain itu, tawaran minuman Cool Blog pelbagai perisa menjadikan jenama ini terus dipercayai," katanya. SinarHarian
Aleya bersama anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena
PETALING JAYA: Personaliti radio iaitu Aleya mengakui ada masanya dia keliru untuk membezakan anak kembarnya yang mana satu Aza Ameena dan Asha Ameena.
Aleya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 30, berkata, wajah anak kembarnya yang berusia empat tahun itu turut menimbulkan masalah kepada ibu dan ayahnya kerana mereka juga sukar mengenalinya.
"Kekeliruan bukan hanya berlaku pada orang yang pertama kali melihat anak-anak saya, tetapi juga saya sendiri dan keluarga yang lain.
"Susah nak membezakan anak kembar saya lebih-lebih lagi apabila karakter mereka tidak jauh berbeza.
"Tetapi ada sahabat baik saya memanggil mereka 'sunshine' dan 'moony' di mana apabila kita fikirkan cahaya matahari, ia lebih kepada Asha kerana sikapnya yang ceria tetapi panas.
“Manakala Aza pula ‘moony’. Dia hanya beri sedikit saja ruang untuk mengenalinya," kata Aleya.
Sementara itu, bercerita mengenai sambutan Hari Rata pula, seperti biasa Aleya akan menyambutnya bersama anak-anak sebelum membawa mereka berjumpa dengan bekas suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.
"Alhamdulillah, saya dan bekas suami tidak pernah mempunyai krisis dan ini memudahkan kami dalam hal pengurusan anak.
"Macam biasa pada hari pertama Aidilfitri, Asha dan Aza beraya bersama saya sekeluarga. Kemudian di sebelah petang pula Ashraf akan membawa mereka pulang ke kampungnya di Jeram, Perak," tuturnya. mStar
Zul mahu memperbaiki dirinya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin mahu memperbaiki dan memantapkan ilmu agama terlebih dahulu sebelum melamar kekasihnya, penerbit filem Tayangan Unggul iaitu Gayatri Su-Lin Pillai.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 27, berkata, dia merasakan perkara itu lebih penting kerana selepas berkahwin kelak dia perlu membimbing bakal isterinya itu mendalami ilmu agama Islam.
"Saya yang ingin memantapkan terlebih dahulu pengetahuan saya kerana jika ada jodoh di antara kami tanggungjawab saya untuk mendidiknya mendalami ilmu agama Islam.
"Bagaimana saya ingin mendidiknya sedangkan ilmu saya juga tidak mencukupi?," katanya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Zul berkata, Gayathri sangat terbuka soal agama dan pengetahuan asasnya mengenai Islam sangat baik.
Gayatri.
Bagaimanapun kekasihnya itu masih belum membuat keputusan untuk memeluk Islam buat masa ini dan membiarkan wanita itu menukar agamanya dengan kerelaan hati dan bukannya paksaan.
"Pengetahuan asasnya tentang Islam bagus dan Gayatri sendiri sudah seperti orang Melayu kerana pergaulannya meliputi pelbagai bangsa malah kadang-kadang saya rasa dia lebih 'Melayu' daripa saya," ujarnya.
Sementara itu, Zul tidak menafikan ada berbincang tentang soal perkahwinan dengan kekasihnya itu namun ia adalah perbualan biasa dan tidak merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya dalam masa terdekat.
"Sudah tentu kami mahu membawa hubungan itu ke tahap lebih serius tambahan pula keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui.
“Bagaimanapun buat masa ini kami belum ada apa-apa perancangan. Insya-Allah, doakan kami," jelasnya. mStar
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mula mengajar anaknya iaitu Engku Aleesya Engku Emran yang berusia empat tahun untuk belajar membuat keputusan sendiri dalam sesuatu perkara.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 39, berkata, dia ingin mendidik anaknya itu sebagai seorang yang berdikari dengan membuat keputusan bijak apabila besar kelak.
"Kalau boleh saya mahu Aleesya tahu erti berdikari dan pandai membuat keputusan dalam hidupnya.
"Jadi pada awal usia muda sebegini saya sudah mengajar dia membuat keputusan sendiri. Tetapi tidaklah mengajarnya secara drastik.
"Sebagai contoh dalam pemilihan baju yang dipakai, saya memberi dia dua atau tiga pilihan, kemudian dia yang akan pilih baju apa yang diinginkannya," katanya kepada mStar Online..Tambah Erra, sehingga kini dia cukup gembira apabila melihat Aleesya semakin faham dengan setiap tindakan yang dibuatnya.
Sementara itu, mengenai sambutan Hari Raya pula, Erra hanya menyambut secara sederhana.
"Raya saya setiap tahun sederhana sahaja. Cuma Aleesya saja yang lebih teruja, biasalah kanak-kanak.
"Tetapi apa yang menggembirakan saya, perniagaan hamper yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
"Alhamdulillah, ia adalah peningkatan saya dalam perniagaan ini dan mungkin akan dikembangkan lebih meluas lagi pada tahan depan, Insya-Allah," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Erra telah pun berangkat ke beberapa negara Eropah pada sambutan raya ketiga lalu bagi menjalani beberapa penggambaran drama dan telefilem arahan Erma Fatima.
Erra bersama Umie Aida, Elfira Loy dan Baim Wong akan berada di sana selama dua minggu.

mStar
Wowwww... Memang peliklah perangai Pelajar Sekolah Jepun nih.. Macam-macam idea yang tercungkil.. Fuhhhh...Nampaknya kegilaan Kame Hame Ha sudah digantikan dengan fenomena Attack on Titan. Attack on Titan ialah anime yang sangat popular sekarang dan pelajar sekolah melakukan aksi mereka menjadi gergasi atau mangsa serangan gergasi. 



Laporan asal Kotaku