Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Bhubaneswar, India – Seorang wanita yang merasa jatuh cinta dengan seekor ular dilaporkan menikahi reptilia tersebut pada sebuah upacara perkawinan tradisional Hindu dan dihadiri 2000 tamu di Orissa, India.
Bimbala Das, nama wanita tersebut, mengenakan kain sari berbahan sutera pada upacara yang dilakukan Rabu keLmarin di desa Atala dekat Orissa, ibu kota Bhubaneswar. Pendeta yang memimpin upacara melantunkan mantra-mantra untuk menyatukan ikatan pengantin tersebut.
Sayangnya sang ular enggan muncul di sarang semut, tempat si ular tinggal. Sebagai gantinya, sebuah patung ular dari kuningan dipakai untuk mewakili “mempelai lelaki” yang malu-malu itu.
“Meski ular tidak boleh bicara, tapi kami memiliki cara sendiri untuk berkomunikasi,” kata Das, yang berusia 30 tahun. “Setiap masa saya meletakkan susu di dekat sarang semut tempat ia tinggal, ia pasti muncul dan meminumnya. Saya sering mengunjunginya setiap kali saya lalu daerah situ dan ia sama sekali tidak pernah menyakiti saya,” tutur Das.
Para penduduk desa menyambut gembira pernikahan tersebut, kerana mereka percaya pernikahan ini akan membawa kemakmuran. Mereka menyemarakkan pesta pernikahan tersebut dengan nyanyian. Ular, khususnya kobra adalah haiwan yang dimuliakan dalam simbol agama India.
Das yang berasal dari kasta rendah, masuk dalam sekte Vaishanv, sebuah sekte pencinta binatang dan vegetarian. Para tokoh sekte itulah yang memberi izin kepada Das untuk menikahi kobra, salah satu reptilia berbisa yang panjangnya boleh mencapai lima meter.
“Saya bahagia,” kata ibu Das, Dyuti Bhoi, yang memiliki dua anak perempuan lain dan dua anak laki-laki yang belum menikah. “Bimbala Das sebelumnya menderita penyakit dan kami tidak memiliki wang untuk berobat. Lalu ia mulai memberikan susu kepada ular dan penyakitnya sembuh. Hal itulah yang membuatnya jatuh cinta,” kata Bhoi.
Setelah pernikahan, Das pindah ke pondok yang baru dibangun di dekat sarang semut. Di awal tahun ini, seorang gadis pedalaman menikahi anjing di daerah pedalaman dekat Bhubaneswar.
Sumber Foto : www.ngobrolaja.com
[Wow] - Kisah Hidup
Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.
“Saya anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.
Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.
Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.
Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.
Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.
Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.
Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.
Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.
Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.
Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.
Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.
Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.
Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.
Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.
Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.
Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.
Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.
Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.
Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.
Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.
Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.
Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.
Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.
Nauzubillah min Zalik
[Wow] - Kisah Hidup
Seorang bayi berusia 13 bulan ini sedang bermain-main di sekitar kawasan mesin pengadun kuih di sebuah kilang. Bayi ini dikatakan mengikut ibunya pergi bekerja tetapi ibunya sudah melarang beberapa kali agar menjauhi mesin tersebut. Namun malang tidak berbau apabila dirinya didapati tersepit dan membuatkan ibunya cemas.
MUAR – Seorang bayi berumur 13 bulan terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kirinya tersepit di mesin pengadun ketika mengikut ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, semalam.
Berikutan kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli bengkak tangan kiri serta berdarah dan bengkak di bahagian mulutnya.
Ibunya, Maznah Osman, 37, berkata, sebelum kejadian Mohd Uqshah bermain-main berhampiran mesin itu yang diletakkan di atas lantai dan dikendalikan olehnya.“Melihat perbuatannya, saya beberapa kali melarangnya daripada bermain berdekatan mesin itu.
“Tiba-tiba saya dikejutkan dengan tangisan serta jeritannya dan mendapati tangan kirinya tersepit di mesin tersebut yang sedang bergerak,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya, dia cuba membantu menyelamatkan anaknya tetapi tidak berjaya. Badan Mohd Uqshah bergerak sama mengikut mesin itu yang sedang berpusing sehingga menyebabkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.
“Seorang pekerja bertindak pantas menutup suis mesin, namun tangan anak yang tersepit antara bekas tepung dan badan mesin berkenaan masih tidak dapat ditarik keluar.
“Tiga anggota bomba yang datang membantu terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka skru sebelum tangan anak berjaya ditarik keluar,” katanya.
Maznah berkata, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan segera.
Sementara itu, pemilik kilang berkenaan, Norhadidah Harun, 43, berkata, semasa kejadian dia berada dalam tandas di tingkat atas sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit.
“Mujur salah seorang pekerjanya bertindak pantas menutup suis mesin dan jika tidak dikhuatiri keadaan lebih buruk boleh berlaku,” katanya.
[Wow] - Berita Tempatan
Ini adalah gambar-Gambar adegan hukum gantung pelaku pembunuhan Presiden AS, Abraham Lincoln. Mereka dihukum gantung pada 7 Julai 1865. Mereka adalah Lewis Powell, David Herold, George Atzerodt, dan Mary Surratt.
Mereka dihukum gantung di Fort McNair, Washington DC.
George Atzerodt
Mary Surratt
Lewis Powell
David Herold
peti mayat yang sudah disiapkan
Misteri Sejarah
Satu kejadian yang cukup menyayat hati bagi admin apabila seorang wanita yang mengandung anak pertama maut serta-merta selepas memakan lemang ketupat berperisa bangkai ular tedung yang dibeli di sebuah lokasi Bazar.
Kejadian ngeri ini memang benar-benar berlaku berdasarkan pengakuan kawan kepada wanita itu menerusi laman Instagram yang dikenali dengan nama Norish.
Diharap, semua umat Islam atau bukan agar berhati-hati ketika membeli apa-apa makanan di Bazar. Pastikan lemang ketupat yang dibeli dibelah terlebih dahulu untuk memastikan tidak ada bahan campuran berbahaya termasak sekali. Sumber
[Wow] - Kisah Hidup
Wowwww!!!! Inilah dia cedera-cedera terparah dalam sejarah bola sepak, yang terjadi pada pemain bintang saat berlawan bersama pasukannya dan terakam oleh kamera. Sangat mengerikan, tapi itulah risiko dalam bersenam, khususnya adalah bola sepak.. Sebab tu lah gaji pemain bola nih mahal..
Kieron Dyer

Alan Smith

Hendrik Larsson

Djibril Cisse

Ewald Lienen

Jacob Olesen

Eduardo Da Silva

Djibril Cisse lagi..

Luc Nilis

David Busst

(Bonus) Francesco Totti

[Wow] - Biar Betul
Warga Thailand panik setelah menemukan makhluk jadi2an di pedalaman hutan, walaupun sudah mati namun warga sekitarnya masih merasa kesulitan untuk menjelaskan sebenarnya ini makhluk apa. Sekarang makhluk itu menjadi tontonan warga dan disembah oleh penduduk sekitar.
Masyarakat thailand berkumpul dan sembayang untuk mahluk aneh dari hutan. Sumber
[Wow] - Biar Betul
Ayesha Farooq, 26 tahun, duduk di kokpit pesawat jet pejuang F-7pg di pangkalan udara Mushaf, Sargoda, Pakistan (6/6). Ia adalah satu-satunya pilot perempuan pesawat jet berkelayakan pejuang di Tentera Udara Pakistan. REUTERS / Zohra Bensemra
Ayesha Farooq saat menghadiri briefing bersama rakan-rakannya sesama pilot jet pejuang di pangkalan udara Mushaf, Sargodha, Pakistan (6/6). Jumlah tentera perempuan di Pakistan semakin meningkat seiring perubahan persepsi terhadap wanita di negara ini. REUTERS / Zohra Bensemra
Ayesha Farooq (kanan), pilot jet pejuang perempuan pertama di Pakistan, berbincang dengan Anam Hassan (24 tahun) seorang juruteknik penerbangan di pangkalan udara Mushaf, Sargodha (7/6). Dalam sepuluh tahun terakhir, hanya ada 19 pilot wanita yang tergabung dalam angkatan udara Pakistan. REUTERS / Zohra Bensemra
Ayesha Farooq bersiap menerbangkan pesawat jet pejuang F-7pg di pangkalan udara Mushaf, Sargodha, Pakistan (6/6). Selain Ayesha, ada lima pilot perempuan juruterbang jet pejuang lain yang akan menjalani test kelayakan pejuang akhir. REUTERS / Zohra Bensemra
Jet pejuang F-7pg buatan negara China mengangkasa dipandu oleh oleh Ayesha Farooq di Pangkalan udara Mushaf, Sargodha, Pakistan (7/6). Ayesha Farooq adalah pilot jet pejuang berkelayakan pertama di Tentera Udara Pakistan. REUTERS / Zohra Bensemra
Ayesha Farooq tersenyum saat diwawancara oleh media disela-sela kesibukannya sebagai pilot pesawat jet pejuang perempuan pertama Pakistan di pangkalan udara Mushaf, Sargodha (6/6). REUTERS / Zohra Bensemra
[Wow] - Kisah Hidup
Jacqueline Samuel, 29 dari New York telah membuka satu perniagaan yang dipanggil The Snuggery. Dengan harga US$ 60 atau RM184, pelanggan boleh memeluk dan tidur bersamanya tanpa hubungan seks. Beliau percaya bahawa dengan pelukan dan sentuhan ia dapat mengurangkan stress pelanggan.
[Wow] - Biar Betul
WANITA dan kecantikan bagaikan aur dengan tebing, memang tidak boleh dipisahkan, jika dipisahkan, pincanglah lagu, pincanglah irama.Begitulah perumpamaan yang mengaitkan wanita dengan kecantikan.
Laporan yang mengatakan wanita menghabiskan sebahagian besar gaji untuk membeli kosmetik dan memberi fokus yang istimewa terhadap diri untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sumber

[Wow] - Macam macam
Subscribe to:
Posts (Atom)






























Recent Comments