Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Wowww!!! Tiga Pasangan Gay Bercium Di Tempat Awam Untuk Perhatian

Di Guangzhou! Ketiga-tiga pasangan ini telah bercium di tengah orang ramai untuk mencuri perhatian mereka. Pasangan ini cuba meminta simpati orang ramai mengenai perkahwinan homoseksual serta layanan ke atas mereka.Mereka juga meminta kerajaan untuk mansuhkan undang-undang yang melarang mereka untuk berkahwin sejenis.



Kissing In The Car
DUBAI – Seorang lelaki berusia 31 tahun dan rakan sekerjanya yang berusia 19 tahun, telah dihukum penjara sebulan selepas mereka ditangkap sedang bercium di dalam kereta bercermin gelap, di belakang masjid Al Muhaisna.
Mereka didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 21 Januari lalu.
Pasangan itu mengaku tidak bersalah.
Mereka ditangkap selepas seorang lelaki melihat kereta wanita itu diletakkan di antara dua buah trak dalam keadaan enjin dihidupkan.
Dia mendakwa melihat pasangan berkenaan  dalam keadaan mencurigakan sebelum menghubungi polis.
Menurut  laporan polis, gadis itu memberitahu mereka berbual kosong sebelum bercium.
“Secara tiba-tiba sebuah kereta diletakkan di tepi kereta saya dan lima minit kemudian polis pun tiba. Saya mengaku kami bercium dalam kereta namun tidak melakukan hubungan seks.
“Saya mengenalinya sejak setahun lalu kerana kami rakan sekerja,’’ katanya.
Gadis itu juga mendakwa enggan memberikan kad pengenalannya kepada anggota polis itu kerana dia berpakaian baju biasa dan tidak menunjukkan kad pengenalan.
Pasangan Ditahan Biarkan Anak Angkat Mati Lapar
Los Angeles – Sepasang suami isteri telah dipenjarakan di Doha, Qatar selepas didapati bersalah menyebabkan kematian anak angkat mereka dengan membiarkan budak berusia lapan tahun itu kebuluran.
Matthew dan Grace Huang ditangkap selepas Gloria, meninggal dunia pada 15 Januari lalu.
Gloria berasal dari Ghana dan dipelihara oleh pasangan itu ketika dia berusia empat tahun.
Pasangan berkenaan berpindah ke Qatar, tahun lepas kerana Matthew Huang bekerja sebagai jurutera untuk dua projek mega infrastruktur.
Anak mereka, yang sudah berdepan masalah kurang zat sejak awal pembesaran dikatakan enggan makan selama beberapa hari.
Dia juga akan menyelongkar tong sampah atau meminta makanan daripada orang asing, iaitu satu tabiat pelik yang cuba diatasi oleh ibu bapa angkatnya itu.
Gloria juga dikatakan cuba keluar dari rumah pada waktu malam dan ujian darah yang dijalankan menunjukkan dia mengalami darah rendah serta menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin D dan menghadapi masalah tulang sum sum
Mereka juga mempunyai dua anak angkat yang lain yang diambil dari Afrika.
Kanak-kanak itu dilarang daripada meninggalkan negara berkenaan dan kini dijaga oleh nenek mereka yang menetap bersama keluarga tersebut.
Ketika Gloria meninggal dunia, dia menghidap anorexic dan tidak makan selama empat hari.
Dalam pada itu, sekumpulan aktivis kini sedang berusaha membawa kes itu ke Amerika Syarikat dengan alasan pasangan berkenaan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dan tangkapan ke atas mereka juga disifatkan sebagai tidak adil -Mynewshub.my
Lelaki Patahkan Jari Patung Berusia 600 Tahun
ROME – Tindakan seorang pelancong dari Amerika Syarikat yang mematahkan jari patung berusia 600 tahun di muzium, telah membangkitkan kemarahan penduduk di negara berkenaan.
The New York Daily News melaporkan lelaki berusia 55 tahun dari Missouri telah secara tidak sengaja telah terhentak jari patung yang digelar Annunciazione di  Florence’s Museo dell’Opera del Duomo.
Lelaki itu dikatakan cuba mengukur patung berkenaan dan meletakkan tangannya di situ.
Ketika perbuatan itu disedari oleh pengawal, ia telah terlambat.
Pelancong itu melawat muzium berkenaan bersama tiga yang lain.
Dia dilaporkan telah meminta maaf dan amat kecewa dengan kejadian berkenaan.
“Peraturan asas melawat muzium  iaitu `Jangan Sentuh’ telah dilupakan,’’ kata ketua muzium berkenaan, Timothy Verdon yang juga seorang rakyat Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, pihak muzium tidak mengetahui berapa lama usaha memulihkan semula jari patung itu akan dilakukan, namun ia merupakan prosedur yang ringkas.
' Saya Selamatkan Anak Perempuan Daripada Jadi Pelacur '
Gambar Hiasan
MELAKA –  Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur.
Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada.
Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.
Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah.
Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripad menyelamatkan anak perempuannya.
Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya.
Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran.
“Saya mahu bertanya mengapa dia terlibat dengan dadah. Saya telah banyak kali memberitahu dia supaya tidak bercampur dengan budak jahat,” katanya semalam sambil mengakui yang dia tidak boleh tidur sejak insiden tersebut berlaku.
“Saya tidak percaya yang perkara ini sedang berlaku. Saya masih trauma.”
“Anak perempuan saya berkata bahawa dia terlibat dengan dadah dan menerima RM20 setiap kali dia mengadakan hubungan seks bersama teman lelakinya, yang juga membawa dia ke hotel,” tambahnya
“Hati saya hancur ketika saya melihat anak perempuan saya selain berasa malu apabila diberitahu jiran bahawa dia adalah seorang daripada remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di kawasan tersebut.”
Bapa remaja tersebut berkata bahawa insiden 26 Julai itu adalah kali ketiga anaknya lari dari rumah.
Bapa kepada empat orang anak yang berumur 46 tahun itu memberitahu, anak perempuannya sering mendapat keputusan cemerlang sehinggalah dia mula bercampur dengan rakan yang ‘tidak baik’ selepas peperiksaan UPSR.
Usahawan tersebut berkata, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang melacurkan “anak kesayangannya’ itu.
Mengimbas kembali insiden melibatkan anaknya itu, lelaki berkenaan mendakwa, anaknya lari dari rumah untuk pertama kali bersama teman lelaki berumur 26 tahun pada bulan Oktober tahun lalu.
Pihak polis kemudiannya berjaya menjejaki remaja tersebut setelah bapanya membuat laporan dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia telah dirogol.
Dia kemudiannya lagi sekali lari bersama teman lelakinya dalam masa beberapa jam setelah dijumpai. Kali ini, mereka didapati pergi ke Ampang, Kuala Lumpur.
Keluarga remaja tersebut kembali mencari dan pada masa yang sama memeriksa akaun Facebook anak perempuannya itu.
Apa yang memeranjatkan, teman lelaki anaknya itu telah menawarkan perkhidmatan seks – lengkap dengan butir anak perempuannya dalam laman sosial tersebut.
Sementara itu, pihak polis Melaka telah melancarkan operasi untuk menjejaki seorang lelaki yang berumur 26 tahun, yang dipercayai telah melacurkan remaja tersebut kepada sembilan orang lelaki.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata bahawa seorang lelaki berumur 36 tahun yang dipercayai adalah salah seorang pelanggan remaja tersebut kini telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 2 Ogos lalu.
Beliau juga berkata bahawa pihak polis kini sedang menjejaki baki lapan lelaki yang terlibat. – The Star

PETALING JAYA –  Ramai yang tidak percaya apabila melihat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah memegang gambar suspek kes bunuh, Kong Swee Kwan pada Selasa semuanya gara-gara gambar mereka berdua nampak seiras.
Ku yang memakai cermin mata dengan misai nipis, sementara Kong juga dilihat mempunyai potongan rambut yang hampir serupa turut memakai cermin mata, membuatkan muka mereka benar-benar nampak seiras.
Ketika dihubungi pada Rabu untuk mengulas mengenai isu berkenaan, Ku memberi penerangan yang lebih jelas.
“Saya lebih kacak!,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada The Star Online, yang turut disertakan dengan ikon senyum.
Terdahulu pagi Rabu, ramai pengikut twitter menulis mengenai wajah Ku dan Kong yang hampir serupa.
@tengfoong mentweet: “Lihat wajah yang seriras?”. Turut disertakan pautan kepada artikel dan gambar berkenaan.
Thomas Chin @thomaschin239 mengulas: “Kelakar bagaimana suspek dan SAC Datuk Ku Chin Wah nampak sangat seiras.”
Peguam Michelle Yesudas @chelle_yesudas pula menyatakan rasa tidak percayanya: “Serius, Ku Chin Wah tidak peduli untuk menukar cermin matanya dengan gambar suspek yang dikehendaki…”
Nikolai @NikolaiAF geli hati: “Haha, dia menyorok dalam terang! Bagaimana liciknya dia!”
@Hellioz666 juga melihat wajah yang seiras itu: “Adakah ‘Slim Shady’ sebenar akan muncul? Saya ulangi.”
Polis sedang memburu, Kong,44, dalam kes pembunuhan pengasas Bank Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi.
Pada 29 Julai, Najadi, 75, mati ditembak selepas seorang melepaskan tembakan kepada beliau dan isterinya di tempat letak kereta di luar kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon.
Isteri Najadi, Cheong Mei Kuen yang terselamat dalam serang tersebut mengalami kecederaan di bahagian lengan.
Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya. –The Star
Kemalangan Di Kolam, Anak Usher Masuk ICU
ANAK penyanyi Usher, Usher Raymond V telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas mengalami kecederaan yang agak parah dalam kolam renang di rumahnya.
Menurut sumber TMZ, anak Usher berumur lima tahun itu sedang bermain dalam kolam renang dan kemudiannya cuba untuk menyelam ke bawah untuk mengambil permainannya yang terjatuh di saliran air di kolam tersebut.
Pada ketika itulah anak lelakinya tersekat di saliran air dan hanya berjaya menariknya keluar selepas melakukan beberapa percubaan.
Ketika kejadian berlaku, Usher, 34, dikatakan tiada di rumah dan sejurus mengetahui mengenai insiden itu, dia terus bergegas ke hospital di Atlanta.
Mawi Gemar Laksa Johor Di Pagi Raya
PENYANYI dan usahawan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mengatakan dia kini sangat menyukai hidangan Laksa Johor kerana walaupun dia anak jati Johor namun dia tidak pernah merasai hidangan itu sebelum ini.
“Walaupun saya orang Johor, tapi saya tak makan Laksa Johor. Saya sendiri tidak pandai nak makan laksa itu kerana ia menggunakan spageti.
“Maklumlah, saya ni kan orang Felda, mana biasa dengan makanan seperti itu.  Namun, setelah merasai hidangan yang dibuat ibu mertua, saya jadi gian nak makan,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.
Mawi dan isterinya, Ekin Rahmat akan beraya di Johor Bahru terlebih dahulu sebelum bergerak ke Felda Taib Andak selepas itu.
Kehadiran Aidilfitri menjadi lebih bermakna buat pasangan ini selepas mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Cahaya Malaika yang kini sudah berusia dua tahun.
Gambar Miranda Kerr Hiasi Katalog Mango
SUPERMODEL terkenal, Miranda Kerr, 30, telah dipilih menjadi muka baru bagi katalog jenama pakaian terkemuka, Mango untuk musim luruh tahun ini.
Kerr, anak jati kelahiran Australia merupakan model pakaian dalam terkenal, Victoria’s Secret dilihat menggayakan pelbagai pakaian yang boleh didapati daripada rangkaian butik tersebut.
Supermodel berambut brunette ini adalah isteri kepada pelakon Orlando Bloom dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn Christopher Bloom, dua tahun.
Desktop146_01Desktop146_02Desktop146_03Desktop146_04Desktop146_05
Gambar Lea Di Set Glee Tanpa Cory
PELAKON yang juga kekasih kepada mendiang Cory Monteith, Lea Michele berkongsi gambar terbarunya di set penggambaran musim kelima siri popular Glee.
Lea menulis di laman Twitternya, “rasa seronok dapat kembali ke set penggambaran Glee musim kelima”.
Menerusi gambar itu Michelle, 26, kelihatan termenung, mungkin memikirkan ketiadaan Monteith yang memegang watak Finn Hudson pada musim kali ini.
Monteith ditemui mati akibat pengambilan alkohol dan dadah berlebihan di Hotel Pacifim Rim, Kanada pada 13 Julai lalu.
Sebelum ini, Monteith, 31, dan Michelle dikhabarkan sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga dua minggu selepas kematian mengejut itu berlaku.
Pabila Suami Nana Dibandingkan Dengan Faizal Tahir
SEBENARNYA sudah agak ramai mengatakan wajah penyanyi Faizal Tahir dan suami kepada Nana Mahazan ini kelihatan agak sama dan serupa.
Nana bagaimanapun berkongsi dengan peminatnya berhubung perkara itu di laman Instagramnya, sebentar tadi.
Malah dia juga menyatakan suaminya, Muhammad Raqeem Brian lebih kacak daripada penyanyi tersebut.
Apa pula kata anda?
Adakah rupa paras mereka seiras ataupun tidak?
NANANA

Mynewshub
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan kaya, yang memiliki beberapa restoran dan kelab malam di Lembah Klang, terselamat daripada maut apabila kereta mewah yang dinaikinya tiba-tiba meletup.  Dia dan pemandunya, kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan kaya, yang memiliki beberapa restoran dan kelab malam di Lembah Klang, terselamat daripada maut apabila kereta mewah yang dinaikinya tiba-tiba meletup.
Dia dan pemandunya, kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Sebutir bom dilekatkan di bahagian bawah kenderaan tersebut tiba-tiba meletup menyebabkan bebola bearing terkoyak daripada but kereta Jaguar berkenaan.
Ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri, dan pemandunya sedang melalui Taman Taynton View di Cheras pada malam Isnin ketika alat peranti itu meletup.
Bagaimanapun, ahli perniagaan itu merupakan bekas tahanan di bawah Akta Darurat dan pernah ditahan di Simpang Renggam lebih daripada setahun.
Menurut laporan yang dibuat oleh pemandunya, mereka sedang melalui Jalan Nadchantiram di kawasan berkenaan pada pukul 8.45 malam ketika bonet belakang kereta berkenaan tiba-tiba meletup.
Dia segera memberhentikan kereta tersebut dan berlari meninggalkan tempat kejadian.
Ketika mereka memeriksa kerosakan yang dialami, mereka mendapati terdapat bearing bebola dalam but dan belakang kereta berkenaan musnah dengan kesan letupan.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Datuk Ku Chin Wah berkata letupan tersebut memusnahkan bahagian belakang kereta dan tiada ada sesiapa termasuk pemandu mahupun pengguna jalan raya lain mengalami kecederaan.
Polis percaya insiden berkenaan berlaku disebabkan oleh tindakan sabotaj.
Difahamkan Datuk Seri, tersebut mendapat gelarannya daripada Pahang dan pernah ditahan di bawah Akta Darurat pada 2005 dan dibebaskan 17 bulan kemudian.
Ada juga khabar angin yang menyatakan dia mungkin terlibat dengan kegiatan kongsi gelap yang menyebabkan berlakunya serangan ke atas beliau dan keretanya.