Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Mumia sinonim dengan Mesir, tetapi ternyata anda juga boleh melihatnya di Jepun. Kalau biasanya mumia dipelihara dengan diawetkan, tidak dengan yang ada di sana. Melihat dan mendengar ceritanya dijamin membuat anda meremang bulu roma.

Mumia milik Negeri Matahari Terbit ini biasa disebut dengan nama Sokushinbutsu. Jika diertikan, Sokushinbutsu bererti 'living Buddha'.


 Yang menarik, mumia ini tidak dipelihara dengan pengawet. Mereka punya cara sendiri yang berbeza dan boleh membuat meremang bulu roma.
Sebelum menjadi mumia, orang-orang ini adalah seorang sami. Sepanjang hidupnya, mereka selalu melakukan pertapaan. Para sami ini dilatih hanya bergantung pada air, kekacang dan meditasi sepanjang hari. Automatik, gaya hidup seperti ini membuat dirinya kehilangan berat badan.


Setelah dirasa telah siap untuk bertapa menuju Sokushinbutsu, mereka dikebumikan di dalam kotak kayu untuk meditasi. Pertapaan ini pun berakhir pada kematian.

Dikutip dari laman web rasmi pelancongan Jepun, setelah 1,000 hari sejak dikubur, keranda para sami ini akan digali oleh muridnya. Jika penampilan mereka tetap sama dan tidak ada perubahan, maka sami ini akan diberi status Sokushinbutsu.

Kedengaran amat mengerikan. Tapi ada alasan lain mengapa para sami ini rela berbuat demikian.Salah satunya adalah untuk mengatasi kebuluran.

Saat itu di Jepun sedang terkena wabak kebuluran. Untuk membantu orang dari kemiskinan dan kelaparan, mereka pun berkorban dengan melakukan hal demikian.

Amalan Sokushinbutsu yang telah ada sejak abad 11 hingga 19 ini telah dilarang oleh undang-undang.Alasannya kerana kegiatan ini sama saja dengan amalan bunuh diri.

Sampai saat ini, mumia tersebut masih dianggap oleh beberapa penduduk tempatan sebagai dewaatau tuhan.


Jika  ingin melihatnya, pelancong boleh datang ke Wilayah Yamagata di utara Jepun. Ada kira-kira 6 mumia yang tersimpan di kuil tersebut.

Salah satu yang paling terkenal adalah Ryusui-ji di Kuil Dainichibou di Bandar Tsuruoka. Ini adalah mumia sami Daijuku Bosatsu Shinnyokai-Shonin (1687-1783). Selepas 70 tahun hidup sebagai pertapa, ia menjadi Sokushinbutsu pada usia 96.

Mumia lain juga boleh dilihat di Kuil Nangaku-ji juga di Tsuruoka. Yang ketiga di Kuil Zoukou-in di Bandar Shirataka, dan yang keempat di Kuil Kaikou-ji di Bandar Sakata.




SINGAPURA: Kenyataannya, kecantikan akan membuka banyak pintu peluang kepada seseorang itu.

Penulis blog tempatan, Peggy Heng, 23, tanpa segan silu mengaku membuat pembedahan kosmetik untuk meningkatkan kariernya sebagai seorang model dan peserta pertandingan kecantikan.  
Sebelum ini, dia sering mengkritik mereka yang sanggup melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik.

Perubahan sikapnya jelas. Seperti ramai yang dipengaruhi oleh kecantikan, dia turut terikut-ikut kerana mahu menjadi terkenal dan kaya melalui kecantikan wajah. 
Malah, dia menjadi seorang mata duitan, sekali lagi tanpa segan silu.

Sebelum perjalanannya ke Seoul untuk pembedahan kosmetik Julai lalu, dia menawarkan The New Paper, paparan eksklusif untuk apa yang dilalui ketika pembedahan itu. 

Minggu ini, Heng mahu berkongsi mengenai perjalanan menjadi seorang yang cantik.  
“Saya rasa sangat gembira sekarang malah lebih yakin daripada dulu,” katanya. 

Katanya, “Sebelum ini saya bimbang sudut mana untuk kelihatan cantik di depan kamera tetapi sekarang saya tidak bimbang lagi dan sangat gembira dengan hasilnya.” 
Pembedahan mata dan hidung, menelan belanja 16 juta won (RM45,000 dan ditaja oleh syarikat pembedahan kosmetik Korea, Item Clinic. 

Katanya, tidak semua orang nampak perbezaan sebelum dan selepas pembedahan kosmetik itu dan hanya anggota keluarga terdekat dapat melihat bahagian mana yang melalui pembedahan kosmetik. 

Ini kerana orang ramai perlu melihatnya tanpa mengenakan alat mekap. 
Antara kekurangan yang tidak disukainya sebelum pembedahan termasuk mata yang kecil, hidung bulat, dagu lebar. - TNP

Takziah diucapkan buat keluarga bekas suami kepada penyanyi Atilia Haron, Ariff Johan Abdul Jalil yang dilaporkan sudah meninggal dunia akibat penyakit kanser.
Berita kematian Ariff dikongsikan oleh Atilia menerusi laman Instagramnya dan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara, petang ini.
Pasangan ini pernah mendirikan rumahtangga pada 18 Disember 1998 namun bercerai selepas 10 tahun bersama.
Sepanjang bersama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Atilia dan Ariff pernah menjayakan rancangan Sehati Berdansa musim pertama pada 2007.
Diana Danielle
Sebelum ini pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil pernah memaklumkan bahawa putera sulungnya yang dilahirkan pada 2 Julai lalu masih belum diberikan nama, ini kerana dia ingin mendaftarkan nama bayinya itu di Malaysia.
Susulan daripada kenyataan tersebut, terdapat segelintir peminat yang bertanya bagaimanakah pasangan ini akan membawa pulang bayi tersebut sedangkan namanya belum didaftarkan dan sekaligus tiada passport untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Diana-Danielle-1
Bagi menjawab pertanyaan tersebut, Diana Danielle menjelaskan bahawa anaknya boleh menggunakan passport ekspres dan tiada masalah untuk dia mendaftarkan nama anaknya itu di Malaysia kelak.
Diana-Danielle-2
Untuk makluman, Diana Danielle akan membawa pulang putera sulungnya itu ke Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri nanti dan buat masa ini dia dan Farid Kamil telah menyediakan beberapa nama yang sesuai buat bayi comel tersebut. - Ohbulan
Maut
SERDANG – Gurauan seorang remaja lelaki yang memberitahu ibunya dia tidak mahu ke pusara ayahnya 1 Syawal nanti rupanya petanda akhir sebelum mangsa maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), awal pagi kelmarin.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar baju Melayu dibeli kepada abangnya yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan.
Sumber berkata, ibu mangsa sebelum itu memintanya supaya tidak ke mana-mana pada pagi hari raya pertama nanti dan mengajak mangsa ke pusara bapanya.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak mahu mengikut perancangan ibunya dan bercadang ke pusara ayahnya bersendirian.
Mangsa, Muhammad Firdaus Ahmad Zahir, 15, kemudian dikatakan keluar dari rumah dan memberitahu ingin membeli keperluan pakaian hari raya.
Selesai membeli baju Melayu, mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak mahu memakai pakaian itu dan mahu memberikan kepada abangnya.
Kata sumber, mangsa yang menetap bersama ibunya di Balakong kemudian menunggang motosikal bersendirian dipercayai menuju ke rumah abangnya kira-kira jam 3.30 pagi.
Nasib tidak menyebelahinya apabila dia dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 307.8, Lebuhraya Plus dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban berhampiran Hentian R&R Serdang di sini.
“Akibat rempuhan itu mangsa terpelanting ke atas jalan dan disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.
Saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan. -Sinar Harian Online
Fara Fauzana
PETALING JAYA – Pengacara Nona, Fara Fauzana merancang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan mengumpulkan kira-kira 40 orang ahli keluarga bagi membolehkan mereka bercuti bersama ke Raub, Pahang.
Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia akan membawa seluruh keluarganya itu ke sebuah hutan sebagai aktiviti riadah sambil melakukan pelbagai aktiviti yang telah pun dirancangnya.
“Saya rancang membuat perjumpaan bercuti di dalam hutan pula. Selain itu, saya juga bercadang mahu menjemput kawan-kawan rapat pada aktiviti itu nanti.
“Macam-macam aktiviti boleh dilakukan pada acara itu seperti barbeku, mandi sungai, sambil makan dan minum kami boleh berborak-borak panjang bertanya khabar masing-masing.
“Mungkin kami akan bercuti beramai-ramai pada sambutan Hari Raya minggu kedua,” katanya.
Tambah anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu, aktiviti bercuti bersama keluarga sudah menjadi amalan dan perkara wajib yang harus dibuat bagi mengeratkan lagi hubungan mereka.
“Memang sejak dari dahulu lagi saya akan menjadi pengurus acara dengan memanggil seluruh keluarga untuk berkumpul dan merancang bercuti ke mana-mana setiap kali sambutan raya.
“Contohnya sebelum ini, kami pernah berkumpul di Port Dickson, Negeri Sembilan sambil menginap di sana. Malah, empat tahun lalu kami juga telah ke London (United Kingdom).
“Lebih seronok ketika itu, adik saya yang bekerja di Philadelphia (Amerika Syarikat) turut terbang ke London dan beraya bersama-sama kami di sana,” ujarnya. – mStar Online
Hafiz Suip
PETALING JAYA – Penyanyi Hafiz Suip tidak pernah melupakan peristiwa dimalukan oleh seorang peminat kecil yang datang bertandang ke rumahnya di Kuching, Sarawak pada Aidilfitri tahun lalu.
Hafiz berkata, kejadian itu berlaku gara-gara duit raya yang diberikan hanya berjumlah RM2 sahaja.
“Budak-budak sekarang sudah pandai menilai duit. Mereka pula kalau dapat sampul duit raya, terus sahaja buka depan kita.
“Bila buka hanya ada RM2 mereka pandai beritahu kita kenapa artis hanya mampu beri jumlah itu sahaja,” katanya kepada mStar Online ketika bercerita tentang Hari Raya.
Hafiz berkata, dia sentiasa menyediakan bajet duit raya kepada peminat-peminat yang datang beraya di rumahnya terutama kanak-kanak.
“Setahun hanya sekali sahaja kita sambut Hari Raya ini dan kanak-kanak merupakan golongan paling gembira jadi biarpun tidak banyak nilai duit raya namun ianya dapat menggembirakan mereka,” katanya.
Tambah Hafiz, seperti tahun sebelumnya, dia akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan dan bertemu peminatnya yang berada di Sarawak.
“Saya jarang balik kampung sebab keluarga semua sudah berpindah di Kuala Lumpur, jadi pada Hari Raya sahaja saya dapat bertemu peminat di kampung halaman.
“Seperti biasa juga saya akan adakan rumah terbuka di rumah lama saya di Kuching kerana ramai peminat yang sudah tahu rumah tersebut,” katanya. – mStar Online
Ular Sawa
Montreal – Seekor ular sawa yang terlepas dari kurungan membunuh dua kanak-kanak yang lena tidur.
Kanak-kanak berkenaan, Connor dan Noah Barth berusia lima dan tujuh tahun tidur di apartmen seorang rakan ibu mereka Jean-Claude Savoie yang juga pemilik kedai yang menjual haiwan eksotik di bawah apartmen berkenaan di bandar Cambellton di New Brunswick.
Kedai itu turut menjual haiwan eksotik lain, termasuk buaya, monyet, kura-kura serta pelbagai jenis ular.
“Siasatan awal menunjukkan seekor ular besar terlepas dari kurungan di kedai itu pada tengah malam, merayap masuk ke dalam sistem udara sebelum menyusur ke tingkat atas.
“Kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai dibelit oleh reptilia berkenaan,” menurut kenyataan polis.
Media tempatan melaporkan, reptilia itu jenis ular sawa batu Afrika itu berukuran antara 4.2 hingga 4.8 meter dan disifatkan oleh pemiliknya Savoie sebagai ganas menyebabkan ia jarang dipegang.
Pihak berkuasa masih menanti keputusan bedah siasat untuk menentukan kematian kanak-kanak berkenaan.
Bagaimanapun, pakar reptilia menyuarakan kesangsian mereka terhadap kejadian itu dengan berkata, jarang ular sawa membelit dua mangsa sekali gus.
“Sukar dipercayai,” kata David Rogrigue, Pengarah Zoo Ecomuzium Montreal.
Menurutnya, ular jenis itu biasanya menggigit untuk membela diri dan hanya membelit mangsa yang hendak mereka makan.
Sementara itu, seorang jiran, Diane Fournier menyifatkan kanak-kanak itu sebagai periang dan memang suka bermain dengan binatang.
Savoie berkata, dia menyangka Connor dan Noah, anak rakan baiknya, Mandy Trecartin sedang tidur sehingga dia melihat lubang di atas siling bilik mereka.
“Saya menyalakan lampu dan melihat keadaan yang mengerikan itu,” katanya. – Agensi
Mengikut perancangan, pertandingan Ratu Cantik Hong Kong akan diadakan secara format realiti Tv.

Sedari awal siaran program tersebut, salah seorang daripada 20 pesertanya, Tammy Ouyang telah menerima beberapa laporan yang tidak enak daripada pihak media. Daripada kritikan membuat pembedahan plastik hinggalah sikapnya di ruang media sosial Tammy menjadi tumpuan media.

Media seperti ingin menjatuhkan maruah Tammy apabila menyebar gambar bogelnya! Dengan aksi yang keterlaluan dimana telah tersebar secara atas talian, foto berkenaan memperlihatkan beliau sedang dipeluk oleh "kemungkinan-besar" teman lelakinya dari belakang.

Apabila disoal oleh pihak media, Tammy menafikan gambar tersebut miliknya malah bersumpah bahawa beliau tidak bersalah! 





Sam Parnia, 41, doktor saintis di Perubatan Universiti Stony Brook, New York, Amerika Syarikat mengaku boleh menghidupkan orang yang baru saja meninggal.


Dalam bukunya Menghapus Kematian dia berkata: Kita boleh menyelamatkan orang dari kematian selama beberapa jam, atau bahkan lebih lama setelah mereka benar-benar meninggal, "seperti dipetik dari majalah Der Spiegel, dua hari lalu.

Menurut Parnia, dalam satu dekad terakhir ilmu perubatan telah menunjukkan banyak kemajuan. Dengan ubat-ubatan ketika ini, manusia boleh dihidupkan selama dua jam, bahkan lebih lama selepas jantung mereka berhenti berdenyut. "Di masa hadapan kita boleh menyuntik ubat yang boleh melambatkan proses kematian sel di otak atau organ lain," katanya.

Ketika Parnia masih mahasiswa 20 tahun lalu, seorang pesakit yang dia kenali telah meninggal. Peristiwa itu mendorong dia untuk mengetahui proses kematian dan cuba melawannya.
Gambar hiasan

Seorang lelaki 22 tahun dari Amerika yang bernama Brad mempunyai kelainan aneh. Dia akan terangsang jika mendengar dan mencium bau kentut orang.

Pada umumnya orang tidak suka jika mendengar orang kentut apa lagi jika bau kentutya sanagt busuk. Namun tidak dengan Brad, dia malah akan terangsang ketika mendengar kentut dan mencium bau kentut.

Kelainan yang dialami Brad ini disebut sebagai eproctophilia yang membuat orang mampu terangsang oleh aroma kentut.

"Pertama kali aku mendengar gadis yang aku suka di sekolah. Dia kentut ketika tengah belajar dan aku seolah menjadi ghairah kerana bunyi dan aroma kentutnya, "papar Brad, seperti yang dipetik dari Metro.co.uk.

 Awalnya Brad tidak percaya dia boleh terangsang jika mencium bau kentut namun ujian kecil yang dilakukan olehnya ternyata membuktikan dia benar benar terangsang ketika cium bau kentut.

Sementara itu, Profesor Mark Griffiths dari Nottingham Trent University menulis kes eproctophilia dalam jurnal Archives of Sexual Behaviour.

"Ramai orang mungkin mengira bahawa eproctophilia adalah perilaku yang aneh, menjijikkan, dan menyimpang. Tetapi orang yang mengalaminya justru menganggapnya sebagai sesuatu yang normal, "papar Profesor Griffiths

palingseru.com

Wowwww!!! Mari melawat kilang Ningbo Yamei di Fenghua, provinsi Zhejiang. Tahukah anda China mengeluarkan 70% barang mainan seks dunia dengan nilai jualan tahunan melebihi USD 2 Billion?! Mesti korang tak tahu nih kan? hehe.. Pa pe pun, jom kita lihat gambar-gambar kat bawah nih...