Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

..
 
Konflik rumah tangga antara aktres Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan yang sekian lama berlarutan, kini dikhabarkan sudah berakhir. Namun berita ini belum dapat disahkan dari mana-mana sumber yang sahih tetapi pada sebuah laman hiburan popular menyebut stesen berita radio Malaysia melaporkan Aidil sudah pun melafazkan cerai terhadap isterinya itu.
 
Pemain bola sepak kebangsaan itu atau nama sebenarnya Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak dilaporkan telah menceraikan Rita dengan talak satu menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
 
Tidak pula dinyatakan bila dan kenapa Aidil Zafuan mengambil tindakan drastik sebegitu terhadap Rita Rudaini sedangkan kes rumahtangga mereka masih berjalan di mahkamah.
 
Semalam, Rita Rudaini menerusi Berita Harian meluahkan rasa bengang terhadap sikap Aidil Zafuan yang mempunyai kini hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Zarema.
 
“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil.
 
“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya”, ujar Rita Rudaini. MalaysianDigest
Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Kehadiran Syawal yang bakal tiba tiga hari saja lagi ini bakal menjadi momen istimewa buat penyanyi Farawahida kerana tahun ini adalah tahun terakhir dia menyambut Aidilfitri sebagai anak dara.
 
"Raya tahun ini saya akan pulang ke Taiping, Perak. InsyaAllah saya akan pulang seminggu sebelum raya. Saya bercuti dalam dua, tiga hari saja dan akan berada di Utara kerana memenuhi undangan persembahan.
 
"Istimewanya raya tahun ni sebab tahun terakhir saya akan beraya sebagai bujang", kataya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui baru-baru ini.
 
Pelantun lagu Jangan Tanya Aku Lagi ini bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya pada Disember depan. Memilih untuk tidak melalui acara merisik juga ikatan pertunangan, sebaliknya Fara dan lelaki yang dikenali sebagai A itu terus saja akan bernikah namun buat masa ini tarikh pernikahan mereka masih belum ditentukan lagi. 
 
"Kesempatan pada raya tahun ni, pihak keluarga sebelah kekasih saya akan datang dan kami akan mengadakan satu perbincangan yang lebih serius mengenai majlis pernikahan kami", katanya.
 
Fara telah menjalinkan hubungan cinta dengan pemuda yang berkerja dengan pakar jantung itu selama 8 tahun. Ketika sesi temubual diadakan, Fara juga memberitahu dia belum lagi sempat menghadiri kursus kahwin kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seni. 
 
Bakal mengadakan sebuah majlis berkonsepkan 'kenduri kendara di kampung', menurut gadis berkulit hitam manis ini, majlis pernikahan akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah akan diadakan pada sebelah siang dan malam pula majlis resepsi.
 
Dalam perkembangan lain, Fara kini sedang mencari material untuk single terbarunya. Malahan dia juga bersedia membuka peluang kepada komposer baru untuk menyumbangkan kretiviti mereka. 
 
"Saya sedang mencari material untuk singe kedua. Lama juga dah tak rakamkan lagu. Kali terakhir lagu Jangan Tanya Aku Lagi yang saya rakamkan setahun lalu. Jadi sekarang ni tengah cari lagu baru. Saya buka peluang pada sesiapa saja tak kira walaupun individu itu komposer baru", tuturnya. Malaysiandigest
 
..
Dengan imej mahu menjadi pesaing kepada kapal mewah milik bilionair Arab Saudi dan Russia, kapal Nirvana berharga RM982.3 juta mencetuskan perang bidaan di antara hartawan dunia.
Setakat ini hanya ada beberapa kapal saja dijual pada harga lebih mahal daripada Nirvana menjadikan ia kapal persiaran paling mewah di dunia. 
Dibina syarikat Oceanco dari Afrika Selatan setahun lalu, Nirvana yang sepanjang 88.5 meter itu lahir hasil ilham pereka Australia, Sam Sorgiovanni. 

Walaupun kewujudan Nirvana itu menggiurkan ramai orang setakat ini belum ada yang benar-benar bersedia mengumpulkan wang bagi mendapatkannya. Jurucakap syarikat yang menjual Nirvana berkata, kapal itu dianggap satu daripada binaan paling elit dan mengagumkan di dunia.

“Setiap inci badan kapal ini dihasilkan dengan amat teliti dan tidak banyak kapal yang dapat menyamai Nirvana,” katanya. 

Seseorang yang menaiki Nirvana bakal melalui pe­ngalaman amat unik. 

Sebaik tiba dari kawasan renang, tetamu boleh berehat di dek luas yang dilengkapi kolam sepanjang 7.5 meter serta kawasan berjemur. 

Lantai di situ dibina meninggi untuk membentuk dek besar sebagai kawasan berlibur keluarga atau rakan-rakan, atau sekadar untuk menunjuk-nunjuk. 

Tidak jauh dari situ ialah ruang utama menempatkan sebuah bar serta taman reptilia eksotik yang memisahkan ia dengan ruang makan. 

Semua tetamu kabin ditempatkan di dek utama dengan hiasan dari lantai hingga ke siling dilengkapi tingkap, selain bilik tetamu, selain bilik peribadi termewah. Nirvana juga me­nyediakan perkhidmatan lif yang dihiasi ukiran perak ­di setiap tingkat dan ­boleh membawa tetamu kepada dek pemiliknya yang boleh diubah suai menjadi kawasan tertutup. 

Kamar pemilik yang tersendiri menguasai lebih separuh daripada dek atas dengan kawasan berjemur terpisah serta jakuzi. 

Ia juga dilengkapi koridor menghadap laut dan kawasan makan malam bertutup. Untuk mengeluarkan peluh Nirvana turut menyediakan ruang gimnasium. Jika kemewahan itu di­ang­gap membosankan, ada tingkat khas untuk tetamu berendam dalam kolam renang, panggung wayang 3D di sebelah garaj ber­kembar untuk menyimpan kereta mewah, bot ski atau 10 jet ski. 

Atau jika pengalaman meluncur ombak tidak cukup menarik pemilik­nya boleh menerbangkan helikopter peribadi dari tapak pendaratan di atas Nirvana.
Foto
Ketika kebanyakan remaja lain asyik bermain permainan komputer, Shandor Larenty meminati perkara yang jauh berbeza menjinak singa.
Remaja berusia 18 tahun itu sudah menjalin hubungan baik dengan Zavu, singa seberat 250 kilogram. Dia tidak takut untuk membelai, memeluk dan bermain bersama haiwan itu di kediamannya di Johannesburg, Afrika Selatan. 
Hubungan kedua-duanya kini amat akrab sehinggakan Larenty tidak takut mengurut kaki haiwan berkenaan.

Remaja yang berasal dari Chipping Norton, Oxfordshire itu berkata: “Saya membesar dengan bermesra dengan singa sesuatu yang amat menggembirakan hati saya.

“Ada kawan sebaya berkata saya gila kerana bermain dengan singa dewasa.”
Larenty, pelatih singa generasi ketiga menunjukkan tanda-tanda awal mewarisi tradisi keluarganya apabila dia dapat berinteraksi de­ngan gajah ketika masih berusia 13 bulan.

Pendedahan pertamanya dengan haiwan liar ialah bersama harimau bintang ketika berusia 11 tahun dan sejak itu, dia tidak pernah berpaling ke belakang.

“Kebanyakan singa yang saya latih ketika mula-mula menceburi kegiatan ini baru dilahirkan. Saya membesar dengan mereka,” katanya.

“Zavu singa yang istimewa kerana ia sukakan saya dan kami kawan baik. Ia gemar dipeluk dan sentiasa mahu diberikan perhatian. Yang paling ia gemar ialah apabila saya mengurut kakinya.”
Foto

Dia mewarisi kepakaran menjinakkan hidupan liar daripada bapanya, Alex, 54.

Alex yang berpindah ke Afrika Selatan menurunkan kemahiran menjinakkan singa kepada Larenty supaya dia dapat meneruskan perniagaan keluarga itu membekalkan haiwan liar untuk rancangan televisyen dan filem.

“Bapa saya selalu meng­galakkan saya menggemari bidang ini. Dia guru saya. Semua kepakaran melatih haiwan saya pelajari ialah daripadanya,” kata Larenty.

Walaupun berdepan risiko, dia tidak takut berdepan dengan haiwan yang antara paling berbahaya itu dan hanya menggunakan kayu untuk perlindungan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Singa sangat berkuasa. Singa jantan boleh mencapai berat sehingga 250 kilogram dan mempunyai tekanan rahang satu tan seinci persegi. Giginya sangat panjang dan tajam, boleh memusnah­kan apa saja yang dibahamnya.

“Haiwan boleh meng­khianati dan saya mung­kin boleh mati, tetapi berdasarkan pengalaman bapa ia tidak berlaku seperti itu. Saya kini begitu yakin untuk bermain dengan singa. Rahsia utama jangan tunjukkan anda takut kerana haiwan itu akan mengambil kesempatan jika anda takut,” katanya.
Foto
Alex yang bangga de­ngan kemahiran anak­nya berkata: “Anda tidak tahu sama ada anak anda akan mengikut jejak lang­kah anda, tetapi saya rasa cukup baik jika dia mengikutnya. Kini Larenty melakukan apa yang saya saya telah lakukan sejak puluhan tahun lalu.

“Kadangkala saya bimbang dengan keselamatannya. Kerana saya masih di sini. Anda melatih singa untuk melakukan pelbagai perkara tetapi anda tidak akan dapat melatihnya supaya tidak membaham anda.

“Walaupun masih belajar, dia dapat melakukan perkara ini de­ngan baik berbanding orang lain seusianya,” kata ALex.
Los Angeles: Cubaan sekumpulan penuntut kolej menghasilkan filem amatur nyaris menyebabkan mereka terbunuh apabila disangka penjenayah oleh polis.
Mereka pada asalnya merakamkan aksi rompakan di sebuah kedai kopi di pinggir bandar.
Bagaimanapun, ketika ‘perompak’ terbabit meninggalkan premis itu lapan anggota polis yang kebetulan lalu di situ menyangka ia adalah kejadian sebenar. Polis kemudian mengejar penuntut kolej yang bertopeng itu sambil sebelum memberhentikan mereka.

Polis juga memaksa pelakon terbabit meletakkan senjata yang dibawa. Seorang daripada pelakon itu meletakkan raifal palsunya tetapi seorang lagi tetap menggenggam pistol mainannya, memaksa polis melepaskan tembakan ke tangannya. Pegawai polis Glendora, Tim Staab, berkata kejadian itu membuktikan betapa bahayanya pembuatan filem tanpa membuat makluman kepada pihak berkuasa. “Saya tidak dapat memikirkan situasi yang lebih bahaya daripada memegang pistol di tangan,” katanya.

London: Semuanya bermula gara-gara sepasang anjing milik dua individu cacat penglihatan, Venice dan Rodd.
Kedua-dua anjing itu dibawa pemilik mereka menghadiri latihan selama dua minggu dan akhirnya haiwan berkenaan menjadi rapat.

Keadaan itu kemudian mendorong pemilik Venice, Claire Johnson, 50, berkenalan dengan tuan Rodd, Mark Gaffey, 52.
Dalam tempoh dua minggu menghadiri kursus berkenaan, bukan saja Venice dan Rodd menemui pasangan, sebaliknya Claire dan Gaffey saling berkenan dan mula bercinta.
Foto
GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka.
Sebelas bulan kemudian, pasangan Claire dan Gaffey akhirnya memutuskan untuk berumah tangga.
Media semalam melaporkan, Gaffey mengesyaki Venice dan Rodd mengetahui sesuatu yang tidak mereka sangka. “Venice dan Rodd sentiasa bermain bersama-sama dan jurulatih kami memberitahu, anjing peliharaan kami sedang bercinta,” katanya ketika ditemui.
Dalam keadaan begitu, kata Gaffey, dia juga terdorong untuk mengenali Claire dengan lebih dekat.
Sementara itu Claire berkata ketika dia tidak akan melupakan detik ditunangkan dengan Gaffey, peristiwa yang menemukan mereka berdua juga akan kekal dalam ingatannya.
“Kami tidak akan bersama tanpa Venice dan Rodd,” katanya. Di rumah, kata Claire, mereka berkongsi kegembiraan dengan anjing masing-masing.
“Venice dan Rodd berkongsi katil, sama seperti saya dan Gaffey.
“Apabila kami dikahwinkan nanti, Venice dan Rodd akan mengiringi kami untuk disahkan sebagai suami isteri,” katanya dalam temu bual. - Agensi
Kanye West.
PENYANYI rap Kanye West dilaporkan sedang dalam proses pembelian rumah milik mendiang Elvis Presley untuk kekasihnya Kim Kardashian.
Daily Star melaporkan Rumah mewah yang terletak di Memphis, Tennessee itu dimiliki oleh anak bintang Rock 'n' Roll itu iaitu Lisa Marie Presley dan ia sedang dalam proses penjualan.
Sumber terdekat Kanye memberitahu, walaupun telah memiliki rumah tersebut nanti dia akan tetap membuka kediaman itu kepada orang ramai untuk datang melawat rumah bintang terkenal berkenaan.
Rumah yang dibina atas tanah berkeluasan 14 hektar itu dilaporkan bernilai lebih hampir RM200 juta.
Lady Gaga (kiri) dan Madonna
PENYANYI Lady Gaga dan Madonna sedang menghadapi tuduhan melanggar undang-undang imigresen Rusia.
Pihak negara tersebut memberitahu bahawa Madonna dan Lady Gaga tidak menggunakan visa yang tepat untuk masuk ke negara tersebut.
Seperti dipetik daripada The Guardian, Madonna yang berkunjung ke negara itu pada bulan Ogos 2012, sementara Lady Gaga pada Disember lalu dengan menggunakan visa pertukaran budaya.
Visa tersebut sepatutnya digunakan untuk kunjungan dalam rangka kebudayaan. mStar
Liza Hanim bersama suaminya, Shah.
PETALING JAYA: Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000.
Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun.
"Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil.
"Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad," katanya.
Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar.
Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah.
"Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi.
"Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut 'trend' terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang," ujarnya.
Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4.
Haliza Misbun
PETALING JAYA: Pelakon Haliza Misbun enggan menerbitkan filem atau drama kerana tidak mempercayai potensi pelakon-pelakon baharu yang boleh dijadikan teraju dalam karyanya.
Haliza, 40, berkata, dia kecewa dengan kualiti pelakon-pelakon ketika ini yang hanya bersandarkan kecantikan semata-mata tanpa memiliki kualiti sebagai seorang pelakon.
"Saya kecewa melihat kualiti pelakon-pelakon baru sekarang yang tidak tahu etika sebagai pelakon.
"Pada saya pelakon-pelakon lama yang seangkatan dengan saya seperti Umie Aida belum ada lagi pelapis.
"Disebabkan faktor itu juga saya tidak yakin untuk menerbitkan filem atau pun drama lagi," katanya ketika ditemui mStar Online.
Sementara itu, ditanya tentang bidang lakonan, Haliza berkata, dia sudah lama tidak mendapat apa-apa tawaran drama mahupun filem.
"Mungkin pengarah takut untuk panggil saya berlakon sebab title saya sebagai penerbit filem.
"Jadi mungkin mereka fikir saya sudah tidak mahu lagi berlakon. Bagi saya terpulang kepada skrip dan watak juga, kalau bagus kenapa tidak," katanya yang pernah menerbitkan filem Andartu Terlampau pada 2009. mSTar

Xu Desheng, datuk berusia 53 tahun ini ditemui mati di dalam kereta trucknya setelah meneguk ubat pembasmi hama dan membiarkan kenderaanya dipenuhi asap.


Alasan di sebalik bunuh diri disebabkan oleh rasa takut kehilangan keluarganya yang bergantung dengan teknologi.

Dalam surat yang ditinggalkan, Xu menjelaskan bahawa ia sangat menyayangi cucu-cucunya namun tak mampu memperolehi perhatian mereka akibat ketagihan bermain telefon pintar.

Lelaki yang berasal dari kota Changhua ini merasa keluarganya terlalu sibuk dengan peranti masing-masing, sehinggakan menggunakan komputer untuk berinteraksi.

Cuba menyeimbangi, Xu bahkan terpaksa mempelajari sendiri cara menggunakan aplikasi video chat di telefon bimbitnya namun sukar baginya untuk memahami dan menggunakannya.

Dalam suratnya tertulis, "Saya tak mampu melakukan apa pun sekarang, komputer atau pun telefon bimbit. Saya sangat jarang membeli barangan baru dan tak banyak yang dapat saya lakukan. Hidup seperti ini lebih menakutkan daripada mati. Kerana itu, saya memutuskan mengakhiri hidup saya. "

Perisitiwa ini dapat menjadi renungan bagi para pecinta teknologi, jangan sampai peranti kesayangan mengorbankan orang kesayangan anda.

Dilahirkan pada tahun 1860, Fanny Mills adalah anak English immigrants yang menetap berhampiran Sandusky, Ohio. Dia mempunyai keadaan yang dipanggil penyakit Milroy, yang menyekat pembangunan saluran limfa di kaki dan menyebabkan penumpukan cairan. Fanny adalah seorang wanita genit yang seberat £ 115, namun dia memakai saiz 30 kasut, setiap pasangan yang dibuat daripada tiga kulit kambing, dengan sarung bantal sebagai stoking. Setiap kaki dikatakan 19 inci panjang dan 7 inci, walaupun gambar jelas menunjukkan bahawa kakinya tidak sama saiz.


Fanny menawarkan $ 5000 dan "ladang yang lengkap" untuk sesiapa yang bersedia untuk berkahwin dengannya 'gadis besar berkaki'. Akhirnya dia berkahwin, William Brown, adik kepada pembantu beliau. Apabila dia telah mula mendapat penyakit yang tidak diketahui pada tahun 1892, beliau bersara daripada showbusiness, kembali ke ladang keluarganya dengan suaminya. Beliau meninggal dunia pada tahun yang sama.

Penyakit Milroy penyakit Nonne-Milroy ) pertama kali dijelaskan pada tahun 1891 dan menyebabkan banyak anomali selain daripada lymphedema, termasuk sista tulang belakang, kuku kuning, bulu mata dua kali dan kehilangan pendengaran. Ia adalah yang paling biasa di kalangan wanita (70-80% daripada pesakit wanita) dan merupakan sifat dominan autosomal.