Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Pada 1881, ribut petir di Worcester, England telah rnembawa turun bertan-tan ketam!

Pada 1877, beberapa ekor buaya jatuh dari langit di kawasan ladang rnilik J.L Smith's di Selatan Carolina. Buaya tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, malah merangkak menuju ke sungai berhampiran.

Jika rnengikut rekod, Singapura juga pernah mengalami hujan ikan pada 22 Januari 1861. Tetapi kejadian tersebut berlaku di kawasan yang agak hampir dengan kawasan pantai dan disusuli dengan kejadian gempa bumi. Jadi ada percanggahan pendapat yang mengatakan bahawa peristiwa itu bukanlah hujan ikan, sebaliknya ia adalah amaran daripada haiwan seperti yang berlaku ketika tsunami tahun 2004.

Satu peristiwa yang sangat mengejutkan telah berlaku apabila hampir 1,000 keping wang syiling telah jatuh diwilayah Meschera. Russia 1940. Tapi sayang, wang tersebut adalah syiling yang digunakan pada abad ke-16.

Pada 2 haribulan Ogos 1991, Oakville, Washingston seramai 445 orang penduduk telah dihujani dengan hujan yang meninggalkan gel misteri berwarna hijau di halarnan rumah rnereka.

Penduduk di Kerala, India, gempar apabila menyangka mereka akan dihujani dengan meteor tetapi ia sebenarnya adalah air yang dipenuhi dengan spora rnerah (biji benih tumbuhan.tak berbunga seperti cendawan, paku-pakis dan sebagainya). Kejadian tersebut berlaku pada Julai 2001.

Di Conventry West Midlands pada 16 Disernber 2011, sekitar pukul 6:45 petang bukan berupa titisan air seperti kelaziman.tetapi pada hari kejadian penduduk dikejutkan dengan fenomena hujan tumbuhan berupa buah epal. 

ejak dahulu lagi burung merpati dikenali sebagai haiwan yang cerdik dan pandai. Ini berdasarkan kebolehan yang dimilikinya untuk mencari destinasi yang ingin dituju. 
Dipercayai, burung merpati telah berkhidmat sebagai penghantar surat sejak 2000 tahun dahulu. Burung merpati juga turut digunakan sebagai penyampai pesanan rahsia dalam perang dunia pertama dan kedua.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, penyelidikan terbaru mendapati haiwan jinak ini bukan sahaja mempunyai ingatan yang kuat tetapi turut pandai mengira. Menurut pakar haiwan dari Universiti Otago, New Zealand, Dr. Damian Scarf, hasil kajiannya mendapati, burung merpati sebenarnya mampu membezakan beberapa nombor iaitu daripada nombor satu sehingga sembilan. Apa yang mengagumkan, haiwan ini juga bijak menyusun nombor-nombor tersebut mengikut aturan yang betul. 

Menurut Dr. Scarf lagi, sebelum ini hanya manusia dan beberapa spesies primer mamalia diketahui mampu mengira. Antaranya seperti primat daripada keluarga Ape iaitu monyet dan kera hutan. 

Berdasarkan laporan jurnalnya di persidangan sains antarabangsa, Dr. Scarf menjelaskan, burung merpati bukan sahaja boleh mengira, tetapi turut menunjukkan kemampuan yang sama seperti monyet yang sememangnya diketahui boleh mengira dangan baik.

Apabila menjelang Aidilfitri, pastinya pelbagai persiapan dibuat terutama dari segi persiapan makanan.
Namun, rakyat Malaysia yang boleh dikatakan ramai mengalami masalah diabetik masih lagi mengamalkan cara hidup yang tidak sihat.
Pengambilan gula berlebihan sepanjang Aidilfitri mungkin menyebabkan anda ‘tersadai’ di dalam wad hospital sedangkan umat Islam lain sedang bergembira menyambut Syawal.
Adakah anda adalah salah seorang daripada golongan yang tidak mengamalkan cara hidup sihat?
Beberapa fakta nutrisi yang akan kami kongsikan ini bakal mengejutkan anda.
Perlukah kami menerangkan ini? Gula = merbahaya.
Awas! Jika kandungan gula terlalu tinggi dalam darah anda, anda mungkin boleh koma dalam keadaan serta merta.
Bukan itu sahaja, pengambilan gula-gula atau candy dalam kuantiti yang banyak serta dalam tempoh yang lama juga mampu mereputkan gigi anda.
Malah, ia juga penyumbang kepada penyakit diabetik (kencing manis).
Sebaik-baiknya anda mengawal pengambilan gula serta makanan manis atau mengambilnya dalam kadar sederhana.
Tahukah anda bahawa ‘candy’ mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
Secara umum, pengambilan candy selalunya hanya sekadar untuk merasa bukan sesuatu yang boleh mengenyangkan.
Ini bermakna anda akan berasa lapar selepas memakan candy. Maka, anda akan mengambil candy dalam kuantiti yang banyak untuk membuatkan anda rasa kenyang.
Ingat, anda mempunyai pelbagai pilihan makanan berkhasiat untuk menambah kandungan kalori dalam badan anda.
Lemak tepu. Lemak tepu adalah penyumbang kepada kolestrol yang tinggi.
Lemak tepu boleh menyebabkan pembekuan darah di salur arteri dan penyumbang kepada tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.
Sebaik-baiknya anda hanya perlu mengambil sebanyak 10% sahaja kandungan lemak tepu daripada jumlah kalori yang diambil dalam sehari.
Entri ini adalah sebagai perkongsian buat anda dalam menjaga kesihatan terutama kepada umat Islam yang bakal menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Jangan sampai orang lain sedang bergembira, anda menangis di katil hospital.
Apabila gambar seorang lelaki berada dalam perut jerung dengan sebelah tangannya dikeluarkan memegang pisau bagi melepaskan diri daripada haiwan karnivor tersebut dipamerkan, ramai tertanya-tanya sama ada ia benar-benar gambar asli.


Jawapannya, gambar yang ditangkap oleh nelayan Australia dan dipamerkan di Hotel Metung, Victoria itu memang asli.
Tetapi yang tak betulnya adalah, jerung itu sudah ditangkap dan mati.
Nelayan yang mendapat jerung ini kemudiannya mengeluarkan isi perut ikan tersebut lalu melakukan aksi seperti dalam gambar.
Bagaimanapun di sebalik elemen berani dan lucu yang ditampilkan nelayan terlibat, ada juga yang merasakan tindakan ini tidak betul dan wajar. Mereka adalah para pencinta haiwan yang bengang melihat cara jerung itu diperlakukan. 
Rihanna
Penyanyi terkenal, Rihanna telah berjaya memenangi kes tuntutan saman terhadap rangkaian jenama terkemuka dunia, Topshop di Britain yang telah menggunakan wajah penyanyi itu tanpa kebenarannya menerusi salah satu produk terbaru mereka.
Topshop telah menggunakan wajah Rihanna pada rekaan T-shirt terbaru mereka.
Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Colin Birss, peminat mungkin telah terpedaya dan menyangka Rihanna telah bersetuju dengan produk tersebut.
“Rihanna merupakan ikon fesyen. Ramai akan beli baju itu kerana menyangkakan dia (Rihanna) sendiri telah bersetuju dengan produk tersebut. Dalam kes ini kedua-dua mereka (Rihanna dan peminat) telah ditipu,” katanya.
Walaupun bagaimanapun jumlah saman yang dimenangi oleh penyanyi Diamond itu tidak dinyatakan.
Penampilan terkini Lana Nordin dan Zarina Anjoulie telah membuat ramai peminat mereka di laman Instagram hampir muntah dan terasa geli.
Bukan kerana aksi Lana Nordin yang menjadi penyumbang utama tetapi kerana gaya penampilan Zarina yang dikatakan terlalu over terutamanya make-up pada mukanya. Ada antara peminat yang tersalah pandang hingga menyangkakan Zarina adalah Jehan Miskin yang dipakaikan make-up ala-ala pondan

Hari ini ‘viral’ di laman sosial Facebook dan Twitter berkenaan sekeping gambar lukisan yang seolah-olah memerli kreadibiliti Polis DiRaja Malaysia.
Gambar tersebut menunjukkan bagaimana sepasukan polis yang menaiki trak mengacukan pistol ke arah seorang lelaki bersama tiga ekor anjing.



Manakala di sebelah polis menunjukkan beberapa orang penjenayah yang memakai topi keledar mengacukan pistol ke arah orang awam.
Bukan itu sahaja, gambar itu turut menunjukkan yang penjenayah itu seperti bebas membunuh orang awam. Asal usul gambar tersebut masih belum dipastikan.
Apa yang dipersoalkan adalah kewajaran gambar tersebut.
Jika kita lihat kebelakangan ini, seringkali berlaku kes pembunuhan orang awam menggunakan senjata api.
Terbaru, seorang peniaga cedera terkena tembakan ketika kereta yang dipandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat lebih kurang jam 8.45 pagi di Pandan Indah.
Sebelum ini turut berlaku beberapa kes tembakan yang meragut nyawa guru sekolah, pengasas sebuah bank terkemuka dan pemerhati antijenayah dan beberapa lagi kes.
Seolah-olah Malaysia ini merupakan sebuah negara yang bebas untuk membeli dan menggunakan senjata tersebut.
Mungkin pelukis gambar tersebut merasakan sudah tiba masanya untuk PDRM menyedari hakikat yang sebenarnya.
Justeru, pihak PDRM boleh melihat gambar tersebut dari kaca mata berbeza serta mengikut logik.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Nilaikan sendiri.

mynewshub
Tomok
Penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mengakui anak sulungnya Arrian Shah Akid lebih popular daripada dirinya.
Ini berikutan ke mana-mana sahaja mereka berdua berada, kebanyakan peminat lebih teruja berjumpa dengan Arrian berbanding dirinya.
Anak Tomok mula popular selepas penyanyi itu sering memuat naik gelagat comel Arrian di laman sosial Keek.
Menerusi Astro Awani, walaupun Tomok sering berkongsi video dengan peminatnya namun dia juga menghadkan serta sentiasa berhati-hati dengan kandungan video yang akan dipaparkan kepada umum.
Dalam perkembangan lain, Tomok kini sedang sibuk dengan pembikinan album Manifesto selain bakal muncul dengan album solo terbarunya tahun hadapan.
abby
Semakin hari semakin bahagia tengok kehidupan Abby Abadi sejak dia mendirikan rumahtangga pada awal Julai lalu.
Terbaru, Abby, 36, sempat berkongsi gambarnya dan suami, Noor Farhan Che Bakar, 24, sedang mengedarkan kad jemputan majlis resepsi mereka di laman Instagram baru-baru ini.
Untuk makluman, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala majlis pihak lelaki akan diadakan pada 6 September depan di Tumpat, Kelantan. mynewshub
aa
Semoga perkahwinan Abby kali ini akan kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel untuk menyerikan lagi kehidupannya selepas ini.
Restoran
Anda mahu merasa pengalaman makan di dalam sungai. Kita mungkin biasa melakukan perkara itu apabila berkelah dengan keluarga di air terjun ataupun kawasan jeram.
Sebuah restoran di Chongqing di Selatan China memang unik kerana namanya pun Kafe Sungai. Pengusaha restoran ini memiliki idea yang kreatif dalam menarik pelanggan dengan meletakkan meja makan di dalam air.
RestoranSungai03
Ia membolehkan para pelanggannya makan sambil menikmati bunyi aliran sungai dan juga merendamkan kaki di dalam air sungai yang nyaman.
Biasanya di sana, suhu ketika musim panas boleh mencecah 40 darjah celsius menyebabkan ramai warga China mencari cara baru dalam memastikan mereka sentiasa sejuk.
Kafe Sungai Chongqing menjemput warga tempatan dan pelancong untuk menanggalkan kasut mereka untuk makan di meja di dalam sungai di bawah pohon yang rendang.
Sudahlah air sungai itu kelihatan tidak bersih, dengan botol minuman hanyut dari entah di mana. Tetapi ia tetap mampu menarik pelanggan dek kerana tahap kepanasan melampau akibat musim panas.
Rupa restoran Chongqing ini menyerupai sebuah restoran air terjun di Filipina iaitu Vila Escudero. – mynewshub.my
Sumber rujukan : odditycentral
Elly Mazlein
KUALA LUMPUR – Bermacam-macam cerita yang didengar mengenai Elly Mazlien. Ada kata pelakon cantik ini telah putus tunang dengan Azmi Hatta setelah lebih kurang dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka itu. Ada yang mengatakan kesibukan mereka di lokasi antara punca keretakan hubungan itu.
Ada juga yang meniupkan cerita mengatakan Elly Mazlien kuat cemburu dan membuatkan pengarah drama berusia 37 tahun itu tidak tahan dengan karenah tunangnya yang juga penyanyi itu. Ketiak ditemui, Elly Mazlein yang pernh popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu hanya memberikan jawapan sinis kepada andaian peminat mengenai statusnya kini.
Dia menyatakan bahawa hubungan mereka masih seperti biasa cuma dia masih belum menemukan masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Elly Mazlien ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran album sempena Aidilfitri oleh KRU Music di Hotel Peninsula, Damansara baru-baru ini.
“Kepada yang membuat andaian dan lebih tahu mengenai hal peribadi saya sekarang, saya hanya boleh cakap kepada mereka adalah ‘anda boleh cuba lagi’. Apa sahaja hal peribadi saya kalau saya mahu kongsi, saya akan cerita. Tetapi kalau sekadar andaian dan bukan saya cakap sendiri, jawapannya adalah ‘anda boleh cuba lagi’.
“Hubungan saya dan dia(tunang) masih seperti biasa. Kami berdua sibuk mencari duit dan masing-masing memahami kerjaya masing-masing. Semasa masih kuat saya mahu cari rezeki untuk masa hadapan saya, begitu juga dengan dia.
“Semuanya okay dan tiada apa-apa masalah. Insyallah, jika sudah ada masa yang sesuai dan kami sudah bersedia, saya akan beritahu anda-anda semua yang berada disini (media) untuk datang ke hari bahagia saya nanti.
“Maaflah kepada mereka yang membuat andaian dan sekadar meneka status saya kerana jawapan saya adalah ‘anda boleh cuba lagi’,”ucap Elly dalam nada sinis dan berjenaka ketika ditanyakan mengenai statusnya dengan pengarah drama itu setelah bertunang pada Mei 2011. – Murai
Jonathan Allen Yabut
Peserta dari Filipina, Jonathan Allen Yabut telah dipilih pemenang musim pertama rancangan realiti The Apprentice Asia sekali gus mengalahkan pesaing terdekatnya, seorang peguam dari Singapura, Andrea Loh.
Kemenangannya itu bermakna Jonathan bakal memulakan kerjayanya dengan syarikat tambang murah terkemuka Air Asia yang dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes.
Pada episod terakhir program tersebut, Jonathan dan Andrea telah diberikan tugasan menganjurkan ‘black tie event’ untuk Yayasan Air Asia dan akhirnya Tony sebulat suara memilih jejaka berusia 27 tahun itu sebagai perantisnya.
Sebanyak 12 peserta terpilih bagi musim pertama ini yang terdiri dari pelbagai negara Asia seperti India, Singapura, Filipina, China dan Indonesia.
Malaysia telah diwakili oleh tiga peserta iaitu suami kepada selebriti Sazzy Falak, Nazril Idrus, Nik Aisyah Amirah dan Ng Kian Tat (Hanzo).