Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Jimmy Shanley
Diam tak diam anak perempuan Jimmy Shanley, Zahrah Rania Shanley sudah pun berusia dua tahun.
Walaupun jodoh di antara Jimmy dan bekas isterinya Nursuhaila Suhaimy tidak berpanjangan namun pelakon dan pengacara ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada puteri tunggalnya itu.
Jimmy Shanley1
Baru-baru ini, Jimmy ada berkongsi gambar terbaru permata hatinya itu di laman Twitternya dan Zahrah kelihatan semakin comel persis wajah bapanya.
Diharapkan semoga anak Jimmy membesar dengan bijak dan sihat serta menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya.
Akur dengan permintaan para pelajar mereka yang tidak mahu berbual atau sembang kosong semasa makan tengahari , universiti di Kyoto dan Kobe, Jepun menggantikan meja biasa di kafetaria mereka dengan sejenis meja dengan penghadang setinggi 50 cm di tengah-tengah meja.


Dalam kebanyakan budaya, pergi makan tengahari dengan rakan sekelas, sepejabat adalah satu cara untuk melepaskan tekanan dan berehat.
Bagi pelajar di universiti-universiti ini, ia adalah satu perkata yang perlu dihindari bagi mengelakkan mereka membuang masa.
Mereka biasanya sangat sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk berbual kosong. Jadi untuk mengelakkan perkara begitu, mereka sendiri memohon pihak universiti melakukan sesuatu.
Bagi menyelesaikan masalah itu, pihak universiti menggantikan meja dan kerusi biasa dengan kerusi meja dipanggil bocchi seki atau “Kerusi Keseorangan”.
Menurut laporan akhbar Jepun, Asahi kerusi seperti itu kini popular dalam kalangan pelajar di Jepun kerana mereka boleh makan dengan tenang sebelum pergi menghadiri kelas kemudiannya.
Menurut seorang pelajar berusia 22 tahun, apabila sedang mengejar masa kerusi sebegitu banyak membantunya menjimatkan masa.
Bagaimanapun, meja makan seumpama itu hanya memastikan pelajar selamat dari berbual dengan orang di hadapan mereka tetapi tidak di sebelah mereka. – mynewshub.my
Sumber rujukan : Odditycentral
Pengarah filem tak kenang budi!! Itulah sahaja gelaran yang layak diberikan kepada Pengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang dahulunya merayu-rayu memohon dana untuk menerbitkan filem.
Pakai kot dan berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan rupa baik.



Selepas Alvin dan Vivian berjaya mendapat pengaruh daripada video murahan mereka, Chetz juga dapat bahagian juga, saya sudah menjangkakan si Wee Meng Chee atau Namewee ini akan membuka mulut.
Rabu lepas Namewee sudah pun menghasilkan video dengan menggunakan kata ganti diri kedua “kau” melabelkan para Menteri yang dahulu pernah membantunya. Namewee turut mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa Alvivi yang telah mencetuskan kontroversi dengan sup “Bak Kut Teh” mereka.
Namewee turut hendak merasakan juga jadi terkenal dek kerana populariti murahan.
Video selama 5 minit 23 saat itu penuh kata mengutuk kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam video berkenaan, tindakan polis menahan Alvivi juga dipersoalkan oleh Namewee tetapi dia mengambil contoh kes Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana yang katanya “murid bukan Islam disuruh makan di tandas”.
Jelas Namewee buat tuduhan melulu biarpun kes itu sudah selesai dan mereka bukan makan di tandas pun sebenarnya.
Dalam satu babak di video berkenaan pada 2:11 Namewee berkata “Gua tau bahagian puting kamu paling sensitif kan?” jelas menghina kerajaan terutamanya menteri yang terlibat secara langsung dengan penerbitan filem
Namewee turut memperlekehkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village atau Kampung Baru Cina seperti diumumkan oleh Dr Ahmad Zahid untuk dinilai semula oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
Siapa lagi yang disebut kau “kau” oleh Namewee kalau bukan kementerian itu. Kita harap Dr Ahmad Zahid sekali lagi tidak berdiam diri dengan isu ini kerana Namewee jelas tidak mengenang budi.
Sudahlah diberi dana dahulu RM500,000 untuk menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0, kini dia memperlekehkan para menteri ini dan mennyemai kebencian dengan mempersoalkan kerajaan seperti tidak menghargai undi dari kaum cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Semenjak dimuatnaik, video ini sudah ditonton oleh 159,298 kali dan ia jelas untuk disebarkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun Namewee berbahasa Mandarin tetapi sudah diletakkan sarikata dalam videonya. Lebih lagi ia boleh ditonton oleh sesiapa sahaja di laman YouTube.
Dalam video Namewee itu, dia sempat memberi amaran kepada Dr Ahmad Zahid dan Ahmad Shabery supaya tidak melewat-lewatkan atau menangguhkan tayangan filem baru arahannya.
Jika tidak dialog di dalam video Namewee “Nanti gua sembur kamu dengan kencing gua dan suruh kamu dakwa air kencing gua” katanya kasar dan menghina. Sombong betul lelaki ini.
Selain itu, sebelum akhir video ini Namewee memberikan satu lagu katanya ditujukan khas kepada mereka yang terlibat kerajaan lah kan. Lagu itu katanya dipetik dari lagu dalam filemnya yang bakal ditayangkan 1 Ogos iaitu semalam bertajuk Kara King
Dalam liriknya ada perkataan”Makan Tahi, Makan Tahi,” Saya pelik bagaimana lagu ini boleh terlepas dalam filem Namewee?? dan diluluskan tayangannya.
Lelaki seperti ini tidak perlu lagi diberikan peluang mengarahkan filem. Dahulu ada pengarah filem mencarut di dalam program siaran langsung televisyen terus digantung, tapi kali ini dia bebas mengarahkan filem lagi selepas menghina orang lain sebegitu rupa. – Mynewshub.my

Kita semua tahu yang bisa ular adalah sangat berbahaya, tetapi melihat toksin beraksi adalah satu perkara yang lain.
Sekarang, terima kasih kepada pengguna YouTube fragrancemad, dunia boleh melihat apakah yang akan berlaku jika bisa ular bersatu dengan darah manusia dan kesannya agak menakutkan.

Secara asasnya, setitik bisa ular tedung dijatuhkan pada piring petri yang ditakungi darah dan hanya dalam masa beberapa saat darah bertukar menjadi beku seperti jeli.




Seorang kanak-kanak Amerika Syarikat (AS) muncul pengguna pertama robot interaktif digelar ‘Roboswot’, apabila kehadirannya ke kelas terpaksa diganti mesin tersebut berikutan masalah kesihatan.
Mesin berkenaan perlu menggantikan Devon Carrow-Sperduti, 7, ke sekolah, kerana dia menderita penyakit alergi yang boleh membahayakan nyawanya jika bercampur dengan kanak-kanak lain.

Bukan setakat itu, dia juga terpaksa menghabiskan kebanyakan masanya bersendirian dengan hanya dibenarkan makan epal, bijirin dan kentang.


Menerusi Roboswot yang bernilai AS$3,000 (RM9,000), murid tersebut mampu menghadiri semua kelasnya, menjawab soalan cikgu serta berbual dengan rakan-rakan sekelasnya walaupun hanya dengan berada di rumah.

Malah, robot ciptaan syarikat Vgo Communications Inc di New Hampshire berkenaan turut dilengkapi skrin yang memaparkan muka kanak-kanak itu, menggunakan teknologi kamera web yang dihubungkan dengan komputernya di rumah.


Carrow-Sperduti hanya perlu duduk di rumahnya di Buffalo dan menggunakan komputer untuk mengawal Robotswot yang membolehkan dia melihat cikgu, papan hitam dan keadaan sekeliling kelas.

Robot itu juga membolehkan Carrow-Sperduti ‘berjalan’ di sepanjang koridor sekolah dan menyertai rakan sekelasnya di taman permainan.

Ibu Carrow-Sperduti, Rene berkata, Roboswot boleh dianggap sebagai pengganti diri anaknya.


“Anak saya melakukan semua perkara dan kerja sekolah seperti kanak-kanak lain, yang membezakan mereka adalah Carrow-Sperduti tidak berada di dalam kelas," katanya.

Gurun Pasir Erg Chebbi yang berada di bahagian tenggara Maghribi terbentuk daripada pasir yang ditiup angin yang mempunyai ketinggian sehingga 500 kaki.

Daerah Merzouga, kira-kira 4 jam perjalanan dari Marrakech, Ibu Kota Maghribi, terletak di tepi bukit pasir. Pelawat boleh membina khemah di sini, menunggang unta dan menyaksikan matahari terbit dan tenggelam.


Menurut legenda, bukit pasir ini tercipta akibat hukuman Tuhan yang menimpa penduduk tempatan kerana telah mengusir seorang petualang.
Laut Mati yang terletak di lembah Jordan merupakan laut yang paling masin di dunia dan tanah paling rendah di bumi. Ianya terletak pada 423 meter dibawah paras laut dan mempunyai kedalaman 377 meter yang membuatkan Laut Mati menjadi laut masin paling dalam di dunia.

Laut ini 8 kali lebih masin dari air laut lain di dunia. Ketumpatan garam yang tinggi di dalam laut ini telah menyebabkan terbentuknya formasi garam yang unik di laut tersebut. Jom kita saksikan.

Maut
Kota Kinabalu – Seorang suami meraung sekuat hati apabila melihat mayat isterinya tertiarap berlumuran darah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan pikap di persimpangan lampu isyarat Jalan Lintas-Kepayan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 6 petang, Raidah Lumamdai, 37, mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala suaminya, Harry Kudin, 38, hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Cybercity selepas menemani mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Luyang.
Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah pikap Isuzu D-Max yang mahu memasuki simpang tidak menyedari kehadiran motosikal ditunggangi pasangan terbabit lalu bertembung.
Kejadian itu menyebabkan mangsa terpelanting ke tengah jalan dan cedera parah di kepala. - HARIAN METRO
Iklan Raya Maxis
Kalau kita perhatikan, di mana-mana sahaja sekarang semua orang menggunakan telefon pintar sebagai salah satu alat komunikasi mereka.
Malah boleh dikatakan pada zaman serba moden dan canggih ini, telefon pintar atau ‘smart phone’ bagaikan menjadi satu keperluan buat sesetengah pihak.
Terbaru, bersempena dengan ketibaan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, syarikat telekomunikasi gergasi, Maxis tampil dengan iklan berunsur sindiran tetapi tetap menghiburkan sesiapa yang menontonnya.
Menerusi iklan berdurasi 1 minit 31 saat, seorang budak bandar pulang ke kampung dan perkara pertama yang ditanya ketika sampai di sana ialah sama ada rumah tersebut mempunyai kemudahan Wifi atau tidak.
Selepas kecewa tidak mempunyai kemudahan Wifi, barulah budak bandar itu mahu bergaul bersama sepupunya malah dia turut keluar bermain permainan yang sinonim dengan kanak-kanak zaman dahulu seperti bermain guli dan ceper.
Mesej yang ingin disampaikan di sini ialah kadang kala kita harus lupakan sejenak kemajuan teknologi untuk terus berhubung dengan individu di sekeliling anda.
Semoga anda terhibur dengan iklan raya Maxis ini ya! - Mynewshub

Pada 1951, Mary Hardy Reeser  atau juga dikenali sebagai ‘The Cinder Lady’, mengalami kebakaran secara tiba-tiba ketika sedang duduk di rumahnya.
Yang tinggal hanyalah kaki kirinya dengan kasut yang masih terpasang dan tengkoraknya yang kemudian menyusut. Penyebabnya kekal menjadi misteri hingga kini. 

Kejadian ini boleh dikatakan tidak masuk akal kerana mangsa yang terbakar hingga mati tidak pun terdedah dengan api atau bahan bakar yang merbahaya.

Dan tubuhnya tiba-tiba seperti meledak dari dalam hingga membakar seluruh tubuhnya.

Organisma yang paling tua di dunia didominasi spesies yang boleh membiak secara aseksual. Hal ini membantu mereka mengelakkan mutasi dan parasit. Tumbuhan ini memiliki umur yang sangat panjang yang tidak pernah dibayangkan oleh manusia!

Posidonia oceanica, rumput laut raksasa di Laut Mediteranian adalah tumbuhan berumur paling panjang kerana mampu hidup sehingga 200,000 tahun.



Gambar hiasan

Tubuh manusia sebenarnya mempunyai fungsi luarbiasa yang sebenarnya tidak kita sedari. Menghargai anugerah Tuhan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak memudaratkan adalah perkara terbaik yang boleh kita sebagai insan lemah lakukan.

Ini adalah fakta-fakta menarik tentang fungsi yang ada didalam tubuh kita.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.

Hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. 

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.