Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Ibu kepada empat orang anak hanya mampu berbaring di katilnya selama enam bulan kerana buah dadanya yang terlalu besar.
Payudara Julia Manihuari mula membesar hingga ke saiz N selepas kelahiran anak lelaki ketiganya tujuh tahun yang lalu – menyebabkan dia tidak dapat bergerak bebas.

Wanita 29 tahun ini berkata: ”Ia sangat seksa. Jika saya cuba berdiri saya akan menjadi lemah dan terasa akan pitam kerana payudara saya sungguh berat.”


Isteri seorang petani yang tinggal di Peru utara, akhirnya mendapat bantuan apabila media tempatan membayar tambang untuk satu perjalanan bot selama tiga hari untuk ke bandar terdekat bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Doktor yang mendiagnosis Julia mendapati wanita malang ini mengalami penyakit 'Bilateral Gynecomastia', satu penyakit di mana kelenjar susunya terus membesar.

Mereka terpaksa membuang 15kg daripada daging payudara Julia kerana ia berkemungkinan boleh menghimpit paru-parunya yang boleh membawa kepada kematian.

Julia muncul semula dengan payudara bersaiz 34B selepas pembedahan selama enam jam.


“Sebelum pembedahan itu saya tidak dapat melakukan sebarang kerja, saya terpaksa hidup dengannya, ia menjadi begitu buruk sehinggakan payudara saya bersentuhan dengan kaki saya. ”Saya mempunyai susuk badan yang kecil dan ianya memberikan tekanan pada keseluruhan badan saya dan sangat menyeksakan.”

”Payudara saya semakin membesar dari hari ke hari. Saya tidak boleh bergerak kerana payudara saya dan perut sama besar. Buah dada saya menjadi sangat besar dan mula berkudis, malah saya turut mempunyai masalah untuk bernafas.”
Azza
Penyanyi dan pelakon Azza memberitahu setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. dia akan memperuntukkan sebanyak lebih kurang RM5000 sebagai persiapan untuk meraikan ketibaan dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia ini.
Menurut pemilik nama sebenar Azzarima Zawari Abdul Aziz, 35, bajet perbelanjaan itu termasuklah persiapan dia dan suami seperti baju raya, kuih muih dan kelengakapan rumah. Manakala sebanyak RM1000 daripada bejet tersebut telah di khaskan untuk duit raya buat sanak saudara.
“Setiap tahun, saya memang bajet dalam lebih kurang RM4000. Kuih raya biasa saya akan beli saja. Maklumlah, tambah-tambah sekarang ni dah ada dua rumah, rumah ibu saya dan mak mertua, jadi saya ada juga belikan apa-apa yang patut untuk kedua-dua keluarga. Barang-barang pun sekarang dah semakin mahal.
“Kalau untuk duit raya pula, saya peruntukkan dalam RM1000 “, kata anak kelahiran negeri Kedah ini ketika ditemui baru-baru ini.
Tahun ini Azza bakal pulang beraya di kampung suaminya, di Taiping, Perak. Kemudian baru dia akan pulang ke Sungai Petani dan Perlis.
“InsyaAllah, raya tahun ni saya balik Taiping, Perak. Selepas itu saya akan pulang ke Alor Setar dan Perlis. Selalunya kami akn bertolak balik kampung sehari awal”, katanya yang berkahwin seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada 1 April 2012.
Terdahulu, pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan bercerai pada pertengahan November 2004. Mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun
Perkembangan lain, Azza bakal muncul menerusi lakonan dalam drama Mana Kuali Opah? pada Hari Raya Kedua, jam 1.30 petang, di TV9. - Malaysian Digest
BANGI – Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit di sini hari ini.



Kejadian di bulan suci Ramadan Al Mubarak itu menggemparkan penduduk setempat
Sebelum ini kejadian seumpama itu hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata.
Pastinya inilah antara kematian yang dimimpikan kesemua umat Islam.
Apapun, semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya.
London: Seorang kanak-kanak terperangkap dalam mesin permainan di Thorpe Park selepas memanjat masuk ke dalamnya.
Dia memasuki mesin permainan itu untuk mengambil hadiah di dalamnya selepas gagal memperolehnya dari luar. 
Foto
Ibu bapa mangsa yang menyedari anak mereka terperangkap di dalam mesin itu panik tetapi kanak-kanak terbabit kelihatan tenang saja. 

Berikutan kejadian itu, pekerja di Thorpe Park, Surrey membuka pintu bersebelahan mesin itu sebelum membawa mangsa keluar.
Pengarah sebuah syarikat, Nicola Swift dari Hindhead berada di taman tema berkenaan bersama dua anaknya ketika kejadian.
“Kanak-kanak dalam mesin permainan itu langsung tidak bersuara tetapi bapanya kelihatan cemas. 

“Terdapat ramai orang di keliling mesin itu untuk melihat apa yang terjadi tetapi saya rasa bapa mangsa tidak tahu bertutur bahasa Inggeris kerana dia tidak berkata apa-apa. 

“Dia nampak cemas dan menunjukkan reaksi untuk meminta bantuan. 

“Beberapa orang cuba mengeluarkan mangsa dari mesin itu tetapi tidak berjaya,” katanya. - Agensi
                                       Foto
Beijing: Seorang pemilik beca di utara China mengejutkan pengguna jalan raya apabila mengayuh kenderaan itu dengan membawa sebuah kereta di atasnya.
Kereta Honda Accord yang remuk dengan berat melebihi 1.5 tan diimbangkan dan diikat di bahagian penumpang.
Pembawa beca itu hanya mengayuh becanya untuk membawa kenderaan berkenaan di sepanjang jalan raya di Shijiazhuang, wilayah Hebei. - Agensi
Foto
London: Pengasas siri X Factor, Simon Cowell dilapor akan menjadi bapa kepada bayi isteri rakan baiknya, jutawan pemilik kasino, Andrew Silverman.
Silverman memfailkan tuntutan cerai daripada isterinya, Lauren awal bulan lalu, tetapi tidak diketahui sama ada dia melakukan demikian selepas mendapat tahu isterinya hamil dengan anak Cowell. 
Dia yang diwakili peguam keluarga Manhattan Cohen Goldstein memfailkan tuntutan cerai pada 24 Julai lalu. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Adam, 7, hasil daripada perkahwinan mereka.
Sebelum ini ada gambar menunjukkan aksi mesra Cowell, 53, bersama Lauren, 36, ketika bercuti di Caribbean pada Januari tahun lalu walaupun Silverman turut menyertai percutian itu dan berada tidak jauh dari mereka.
Sumber yang rapat dengan Cowell sebelum ini pernah berkata, mogul muzik itu tidak ingin mempunyai anak. 

Sumber itu juga berkata, kehamilan terbabit tidak dirancang dan Cowell benar-benar terkejut. Bagaimanapun Cowell dikatakan dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang bakal lahir itu adalah anaknya.

Lauren dikatakan hamil 10 bulan. Publisiti yang mengejutkan itu muncul hanya beberapa minggu sebelum bermulanya musim baru siri X Factor AS September depan. 
Cowell dan Lauren yang menyerupai wajah bekas tunangnya Mezhgan Hussainy dikatakan sudah berkawan lebih lima tahun.

Cowell kini dikatakan sibuk dengan kes hartanya bernilai £225 juta (RM1.1 bilion), yang pastinya cukup untuk menyara anak yang bakal lahir itu. - Agensi
Foto
Genetik ‘mat salih’ yang menebal dalam dirinya mengundang kekeliruan orang berhubung status aga­manya. Tambahan pula, nama sang pelantun terkenal dengan lagu Sayang itu sendiri ialah Sheryl Gething yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri nama gadis Indonesia khususnya orang Muslim.
Bagaimanapun, dalam satu pertemuan dengan RAP di Kuala Lumpur, baru-baru ini, kesudian penyanyi yang lebih dikenali dengan nama Shae memenuhi undangan fotografi bersama RAP sempena keluaran Aidilfitri, menjawab segala spekulasi.
“Saya dilahirkan sebagai se­orang Muslim walaupun latar belakang keluarga saya kacukan Australia-Riau. Mungkin wajah dan susuk tubuh saya yang lebih dominan kepada genetik ‘mat salih’ membuatkan ramai me­nyangkakan saya bukan Muslim.

“Pun begitu, setiap kali ditanya mengenai soalan berkenaan baik menjawab pertanyaan teman-teman di Malaysia mahupun Indonesia, saya tidak pernah menafikan bahawa saya seorang Muslim,” katanya yang sempat menjawab soalan saat sedang sibuk beraksi di hadapan kamera.
Tidak henti memuji persalinan yang disediakan untuknya hasil rekaan Fizi Woo, serba sedikit maklumat mengenai gadis berusia 19 tahun itu, menerusi lagu Sayang namanya menjadi begitu popular di negara ini.
Hmetro
Taiyuddin berehat daripada aktiviti lakonan sepanjang bulan puasa.
PETALING JAYA: Pelakon Taiyuddin Bakar mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang aktiviti lakonan sepanjang bulan Ramadan kerana bimbang akan meninggalkan ibadah puasa.
Taiyuddin atau nama sebenarnya, Sallehuddin Abu Bakar, 30, berkata, atas dasar itu juga dia telah menyelesaikan semua kerja-kerjanya sebelum kedatangan bulan Ramadan supaya tidak menimbulkan masalah kepada pihak lain.
"Sejak dari awal tahun saya sudah merancang jadual dan aktiviti saya supaya apabila tiba bulan Ramadan saya tidak perlu bekerja agar membolehkan saya menumpukan kepada ibadah puasa.
"Jika saya tetap bekerja dan menjalani penggambaran, saya yakin saya akan 'ponteng' puasa kerana keletihan," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Taiyuddin berkata kesempatan ini juga dia gunakan untuk menghadiri majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim selain menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Akuinya, sebelum ini dia begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sehingga tiada masa untuk bersama mereka.
"Ini adalah masa untuk saya ganti balik masa saya bersama mereka dan dapat melakukan ibadah terawih bersama-sama keluarga dan aktiviti lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, Taiyuddin berkata, dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan selepas Aidilfitri dan akan terlibat dalam sebuah projek filem bersama pelakon Sofi Jikan.
Rohana menganggap kontroversi yang melanda anaknya sebagai perkara biasa dalam industri hiburan.
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menganggap kontroversi yang melanda anaknya iaitu Kilafairy sejak akhir-akhir ini sebagai asam garam buat seorang anak seni.
Rohana berkata, sebagai seorang artis yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan selama 30 tahun, dia tidak cepat melatah dengan pelbagai cerita mengenai anaknya tetapi tetap menasihati Kila agar bertenang dalam menghadapi sesebuah kontroversi.
"Sesuatu perkara yang diperkatakan orang adalah perkara biasa dalam bidang ini. Jika tiada gosip dan kontroversi bukanlah dunia artis namanya.
"Paling penting kena kena tenang dan jangan lari daripada tanggungjawab dan kena terima apa juga orang kata kerana tidak semua orang sukakan kita," jelasnya kepadamStar Online.
Selain hubungan Kila dengan seorang pelakon Indonesia iaitu Hardy Hartono hebat diperkatakan, penyanyi dan pelakon itu turut dikecam kerana dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan kerana memuat naik rakaman video di Instagram dengan memakai baju besar sehingga menampakkan pangkal paha.
Terbaharu Kila sekali lagi dikritik oleh peminatnya gara-gara berkongsi sekeping foto dengan simbol yang seolah-olah menyerupai tanda salib.
Nama Kilafairy melonjak sejak akhir-akhir ini kerana beberapa kontroversi.
Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan Kila dengan Hardy, Rohana berkata, dia tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadi anaknya itu malah mereka tidak pernah berbincang mengenainya.
Rohana bagaimanapun memberitahu keakraban anaknya dengan pemuda itu buat masa ini hanya sekadar sahabat.
"Saya tahu mereka berkawan tetapi bukannya bercinta. Pun begitu, walaupun saya ini ibunya tetapi saya tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadinya. Biarlah dia sendiri yang tentukan," katanya.
Namun Rohana memberitahu, dia berharap bakal menantunya itu nanti biarlah terdiri daripada individu yang tinggal di dalam negara dan bukan dari negara jiran.
"Senang kalau seseorang itu tinggal dekat-dekat ni dan kalau ikutkan hati, saya nak saja Kila kahwin dengan anak jiran... senang," ujarnya. mStar
'Si Dia' Belum Tahu Isi Hati Cinta Zizan
PELAKON Zizan Razak mengakui wanita yang begitu rapat dengannya sehingga membuatkan dia terpaut hati sejak beberapa bulan lalu masih lagi tidak tahu tentang isi hati selama ini.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, dia masih lagi belum bersedia untuk meluahkan perasaan terhadap wanita yang enggan didedahkan identitinya itu.
“Itulah, sehingga sekarang wanita itu tidak tahu perasaan cinta saya kepadanya. Saya tidak bersedia lagi, tetapi saya tetap akan beritahunya kelak,” katanya.
Pada April lalu, Zizan mendedahkan dia menyukai seorang wanita bukan daripada kalangan selebriti yang dikenalinya sejak lama dahulu.
Walaupun menjelaskan wanita tersebut bukan daripada kalangan selebriti, ramai yang membuat spekulasi mengaitkan Zizan dengan artis yang rapat dengannya seperti Emma Maembong dan Kaka Azraf.
Spekulasi itu sehingga kini masih menjadi teka teki dan Zizan sendiri berpendirian tidak mahu mendedahkan siapa wanita tersebut sehinggalah hubungan kedua-dua mereka lebih serius.
Ditanya adakah dia menyesal dengan tindakan meluahkan perasaannya tanpa pengetahuan si dia, Zizan berkata, wanita berkenaan tidak terasa apa-apa kerana apa yang dilakukannya sekadar ingin berkongsi kisah peribadinya kepada peminat.
“Saya tidak menyesal pun mendedahkan hal tersebut walaupun orang membuat pelbagai spekulasi siapakah wanita yang dimaksudkan itu.
“Apa yang saya nyatakan sekadar berkongsi sedikit hal peribadi kepada umum, bukannya cerita lebih mendalam pun. Bagi saya persoalan timbul kerana orang sayangkan saya dan mereka mahu tahu lebih tentang diri saya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul dengan sebuah filem terbaharu, KL Zombie yang bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos ini.
“Saya tidak sabar menantikan reaksi peminat terhadap lakonan saya dalam filem ini. Berdebar juga rasa sebab peminat mahu melihat pelakon kesayangan mereka menjadi lebih baik berbanding filem yang dilakonkan sebelum ini.
“Bagaimanapun, watak saya sebagai Nipis, lebih kurang dengan personaliti diri saya, jadi ia sedikit sebanyak membuatkan saya lebih menghayati watak tersebut,” tuturnya.
KL Zombie terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun segalanya menjadi huru-hara apabila sejenis wabak berbahaya yang menukar manusia menjadi zombie telah merebak ke Kuala Lumpur.
Selain Zizan, Siti Saleha, Zain Ruffedge dan Faezah Elai turut membintangi filem tersebut. – mStar
Soo Wincci Cari Cinta Selepas 2 Tahun Hidup Solo
PENYANYI dan pelakon Soo Wincci mengakui dia mula berasa sunyi apabila masih lagi belum mempunyai kekasih sejak dua tahun hidup menyendiri.
Wincci, 27, berkata, walaupun dia sanggup mengorbankan masa dan cinta demi mengukuhkan kerjaya seninya yang kian berkembang, jauh di sudut hati wanita itu, dia masih lagi mengharapkan akan ada seorang lelaki yang setia berada di sisi berkongsi rasa susah dan senang bersama.
“Sejak akhir-akhir ini, memang saya terlalu sibuk kerana memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni saya. Lebih-kebih lagi apabila pasaran peminat Melayu mula menerima saya menerusi single lagu terbaharu, Musim Cinta.
“Bagaimanapun, kesibukan itu membuatkan hati belum dimiliki sesiapa lagi dan diakui, saya teringin untuk bercinta semula selepas dua tahun tanpa kekasih.
“Tetapi rasanya lelaki sekarang pun takut nak dekatkan diri dengan saya yang sentiasa sibuk tak tentu masa,” katanya.
Wincci ditemui pada acara pemberian kasut raya kepada pihak media di kedai kasut jenama XES, Festival City, di sini, pada Khamis.
Tambah bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2008 itu, dia juga menyifatkan ia sebahagian daripada pengorbanan besarnya melupakan seketika keinginan hati bagi mengejar cita-citanya.
“Saya percaya, Tuhan tidak memberikan semua apa yang kita inginkan. Jika mahu kejar cita-cita, maka ada perkara lain yang kita inginkan seperti cinta misalnya, susah untuk kita dapatkan.
“Dan bayangkan pula apabila saya ada kekasih dan berkahwin satu hari nanti, tidak mungkin saya dapat mengejar impian seperti yang dimahukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Wincci yang berjaya menempa nama di Taiwan turut gembira apabila dia mula menjadi perhatian masyarakat di sana selepas pelancaran album sulungnya, Happiness di negara itu pada awal Januari lalu.
Malah, penyanyi itu dapat merasa kegembiraan yang berganda selepas lagu Musim Cinta kini sedang hangat dimainkan di semua stesen radio tempatan.
“Sudah lima tahun saya cuba kukuhkan nama dalam industri seni tempatan dan kini hasilnya sudah dapat saya lihat. Selepas kejayaan di Taiwan, masyarakat Malaysia terutamanya golongan Melayu turut menerima saya selepas kemunculan Musim Cinta.
“Bagaimanapun ini sebagai permulaan untuk saya melangkah lebih jauh selepas ini,” ujarnya.
Sementara itu, Wincci yang merupakan duta jenama kasut XES turut mempunyai rangkaian kasut wanita rekaannya sendiri iaitu Soo Wincci by XES Shoe Line.
Kasut-kasut itu dijual pada lingkungan harga RM109.90 hingga RM159.90 di semua cawangan XES dan pasar raya terpilih di seluruh negara. – mStar
Seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.

Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.

Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.

“Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood. Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu.

“Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk,” kata Mariko.

Menyedari ia berdepan dengan orang yang setanding dengannya, jerung berkenaan meninggalkan tempat itu, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang ke pantai.

Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya.

Sementara itu, Don berkata, mereka sungguh bernasib baik.

Bagaimanapun, pengalaman ngeri itu tidak akan menyebabkan dia berhenti berenang di laut.

“Saya sentiasa memberitahu anak saya, tidak ada alasan untuk takut kepada jerung kerana apa yang lebih menakutkan ialah barah payu dara. Satu daripada lapan orang menghidapnya.

“Tetapi hanya satu daripada empat juta pelancong ke Hawaii dibaham jerung. Kerana itu kita tidak perlu takut langsung,” kata Don.