Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Taipei – Pendakwa raya Taiwan mendakwa 18 pegawai tentera semalam berhubung kematian seorang pelatih muda yang menjadi subjek hukuman ‘kejam dan dera’, dalam satu insiden yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara.
Koperal Hung Chung-chiu meninggal dunia akibat strok haba 4 Julai lalu, hanya tiga hari sebelum menamatkan perkhidmatan tentera wajib selama setahun.
Senaman melampau
Keluarganya berkata, mangsa dipaksa melakukan senaman melampau sebagai hukuman kerana membawa telefon pintar ke dalam kem.
Ketua Pendakwa Raya Tentera Tsao Chin-sheng, berkata Hung, 24, mengalami strok haba selepas diarahkan ‘melakukan senaman tidak tertanggung, kejam dan mendera’ yang mengakibatkan kematiannya selepas mengalami kegagalan fungsi pelbagai organ.
“Saya memohon maaf jika kes itu mencetuskan kemarahan umum dan menggoyahkan keyakinan dalam tentera. Matlamat kami ialah mencari kebenaran, memberi orang awam satu jawaban dan berharap Chung-chiu dapat bersemadi dengan aman,” kata Tsao.
Antara yang didakwa, Chen Yi-hsun, yang mengawasi hukuman Hung ketika berada di dalam kurungan, didakwa kerana mendera sehingga menjurus kepada kematian pelatih dengan mengarahkan senaman melampau ke atas mangsa.
Didakwa secara bersama
Mejar Jeneral Shen Wei-chih, bekas komander Briged Hung, timbalan komander Ho Chiang-chung dan empat lain didakwa ‘secara bersama melaksanakan hukuman tidak sah ke atas orang bawahan’ dan kesalahan ke atas kebebasan peribadi.
Sepuluh lagi pegawai didakwa atas tuduhan membunuh secara sukarela kerana tidak menyedari bahawa kesihatan Hung semakin menurun dan tidak mengambil langkah perlu ketika tempohnya dalam kurungan bagi menghalang kematiannya.
Seorang pegawai didakwa kerana memindahkan Hung ke dalam kurungan tanpa kebenaran.
Pendakwa raya tidak menyatakan tempoh hukuman penjara yang diminta.
Pakar perundangan berkata hukuman paling teruk adalah penderaan menjurus kepada kematian, yang dihukum dengan penjara seumur hidup.
Keluarga Hung berkata mangsa sebelum itu memfailkan aduan mengenai penderaan lain yang dilakukan ke atasnya oleh pihak atasan. – AFP
[Wow] - Berita Dunia
Bahang Aidilfitri semakin dirasai apabila kurang daripada seminggu kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Penyampai-penyampai radio ERA fm turut tidak melepaskan peluang dalam berkongsi kegembiraan Aidilfitri mereka.
Jika anda selalu mendengar celoteh JoHaRa setiap pagi di ERA, sudah tentu anda tahu bagaimana otak ‘gila’ mereka.
Mereka telah merakam alih suara dalam video parodi berjudul Esok Raya Ke? dengan menggunakan visual filem Avengers.
Video parodi berdurasi 4:10 itu dibuat dengan penuh spontan dan bersahaja telah membuat ramai komentator di laman video Youtube ketawa tak kering gusi.
Kami tak nak komen banyak lagi, tonton video parodi alih suara yang pastinya membuatkan anda gelak terbahak-bahak. mynewshub
Video: ERA FM
[Wow] - Video
Johor Bahru: “Sejurus tersedar, saya lihat teman lelaki dan empat rakan lain tidak bergerak. Saya sendiri tak boleh berbuat apa-apa kerana tersepit di dalam kereta.
“Saya hanya mampu menangis kesakitan dan sedih mengenangkan nasib mereka,” kata Nor Syarifah Hazwani Bardaidi.
Gadis berusia 21 tahun itu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan meragut lima nyawa membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, MPV dinaiki mereka terbabas ke penghadang jalan sebelum merempuh pokok dan tiang lampu, menyebabkan kelima-lima mangsa maut di tempat kejadian.
Mereka teman lelaki Nor Syarifah Hazwani, Mohd Fadzli Mohd Fakri, 20, yang juga pemandu kenderaan itu, Hairul Adham Hamidan, 25, Nazierul Khalies Mohd Ashari, 19, Nor’ain Alias, 23, dan Siti Sabariah Mohd Noorddin, 24.
hMetro
[Wow] - Berita Tempatan
Semarang: Terdesak dibelenggu hutang dan sentiasa diganggu pemungut hutang seorang pemandu nekad menawarkan buah pinggangnya untuk dijual.
Penduduk Bongsari di Semarang Barat, Jawa Tengah, Ramski Oyong berkata dia buntu untuk mengatasi masalah berkenaan.
Mengaku dijerat hutang Rp100 juta (RM31,600) Ramski berharap dengan menjual satu buah pinggangnya dia dapat membebaskan diri daripada masalah yang merunsingkan fikirannya itu. “Saya terfikir untuk menjual buah pinggang pada awal tahun ini dengan harga Rp100 juta,” katanya.
Selain diganggu pemungut hutang Ramski juga rimas kerana berdepan desakan daripada mentuanya.
Sebelum ini, kata Ramski, surat hak milik rumah mentuanya disita seorang pegawai polis dan dia dituntut menyelesaikan masalah berkenaan.
“Saya berhutang Rp50 juta kepada pegawai polis itu dan surat hak milik tanah dan rumah mentua menjadi cagaran,” katanya. Kini, kata Ramski, dia cemas kerana masalah itu kian menghimpitnya.
“Hutang saya semakin bertambah dan tidak pernah cuba diatasi sehinggakan saya pernah ditahan selama tiga hari di penjara.
“Saya hanya dibebaskan selepas polis mengambil surat hak milik rumah mentua,” katanya. - Agensi
[Wow] - Kisah Hidup
Beijing: Pan Xianhang yang baru berusia lapan tahun tidak dapat tidur pada waktu malam.
Dikenali sebagai Budak Ikan di kalangan penduduk setempat di Wenling, seluruh tubuh Pan diselaputi ‘sisik’ tebal akibat penyakit kulit Ichthyosis sejak lahir.
Justeru sejak kecil hidup Pan sentiasa dibayangi kesakitan melampau.
Memetik ibu Pan, media tempatan melaporkan budak itu cuma mengimpikan dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain dan bebas daripada gangguan daripada penyakit kulitnya.
Penyakit itu juga menjejaskan pembentukan kelopak mata, hidung, mulut dan telinga Pan, selain mengehadkan pergerakan tangan dan kakinya.
Sebuah yayasan penyakit kulit berkata, setiap tahun dianggarkan lebih 16,000 bayi dilahirkan dengan masalah sama seperti dialami Pan. - Agensi
[Wow] - Kisah Hidup
Oslo: Banduan yang terbabit dalam kes pembunuhan beramai-ramai yang menggemparkan dunia pada 2011 dilaporkan memohon untuk melanjutkan pengajian dalam sains politik di Universiti Oslo, lapor media semalam.
Anders Behring Breivik yang kini menjalani hukuman penjara selama 21 tahun di Penjara Ila pernah membuat permohonan sama sebelum ini tetapi ditolak kerana membabitkan proses yang rumit.
Bagaimanapun pengarah penjara, Knut Bjarkeid berkata permohonan terbaru Breivik kemungkinan besar akan diluluskan.
Breivik, 34, didapati bersalah membunuh 77 orang dalam siri serangan terancang pada Julai 2011. Militan yang membenci Muslim itu sebelum ini mendakwa serangan berkenaan adalah cubaannya menghalang Islamisasi Norway dan mahu membentuk pertubuhan “fasis demokratik” untuk menguasai negara itu dari dalam penjara. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
London: Seramai 50 anggota polis dilatih untuk mengawal anak Putera William dan Kate Middleton sepanjang masa.
Siasatan media mendapati langkah itu diambil apabila pasukan keselamatan yang bertugas di kediaman keluarga diraja Britain itu di Sandringham tidak memiliki anggota bersenjata mencukupi untuk sepanjang masa. Justeru pihak yang berkenaan cuba mendapatkan pakar daripada pasukan keselamatan lain untuk mengawal putera diraja yang dilahirkan pada minggu lalu.
Pada masa sama, beberapa anggota polis sedia ada dilatih untuk memenuhi tugasan berkenaan.
Peningkatan ketara polis bersenjata itu diperlukan bagi mengawal kawasan kediaman seluas hampir 8,100 hektar di Norfolk pada setiap masa.
Rumah agam dengan 10 bilik tidur itu didakwa menjadi kediaman pasangan William dan Kate serta anak mereka, Putera George.
Khabar angin juga semakin kencang mengaitkan George akan menghabiskan kebanyakan masanya di Anmer Hall, bangunan abad ke-19 yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Sandringham House.
Tugas William sebagai juruterbang helikopter tentera di Wales bakal tamat September ini dan dia mungkin melaksanakan satu lagi tugasan lain. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
KISAH rumah tangga Ashraf Muslim yang heboh diperkatakan minggu lalu, turut menarik perhatian pengacara dan pelakon berbakat besar, Nor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa.
Menurut Neelofa, biarpun jodoh merupakan ketetapan ALLAH SWT, namun sebagai seorang wanita dia mengharapkan tidak akan hidup bermadu apabila berumah tangga kelak.
"Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.
"Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri," kata bekas juara Dewi Remaja 2010.
Bagaimanapun Neelofa berkata, kebanyakan wanita tidak suka hidup bermadu dan lebih rela bercerai supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
"Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah," kata Neelofa yang lebih selesa mendampingi lelaki seusianya.
Turut menyimpan hasrat untuk berumah tangga, ia bagaimanapun belum menjadi keutamaan buat pengacara Nona yang sedang digosipkan dengan aktor kacak, Hans Isaac. Ini kerana fokusnya kini lebih terhadap kerjaya seninya.
Nasi Lemak Kampung Santan
Berkongsi kerjayanya, Neelofa berkata, sepanjang Ramadan dia masih memenuhi tugasnya sebagai pengacara. Lebih bermakna, filem terbarunya, Nasi Lemak Kampung Santan di samping Hans, bakal menemui penonton pada Aidilfitri ini.
"Kemungkinan saya cuti raya tak lama sebab saya perlu menjayakan promosi filem ini. Tambahan pula saya akan turut serta dengan jelajah promosi di seluruh negara bermula 12 Ogos ini," kata bintang Azura ini.
Sementara itu, dua lagi filem lakonannya, Pilot Cafe dan Gangters Superstar bakal menemui penonton pawagam mulai tahun hadapan.
Ternyata rezeki yang diterima anak jati Pasir Mas, Kelantan ini semakin melimpah ruah apabila dia ditawarkan pula membintangi filem sekuel, Hantu Kapcai 2.
"Mungkin masyarakat lihat saya lebih banyak mengacara kerana sering keluar televisyen. Hakikatnya bidang lakonan tetap diteruskan kerana banyak tawaran yang diterima.
"Alhamdulillah... rezeki saya masih belum putus. Ada sahaja tawaran berlakon filem dan drama. Namun buat masa ini tumpuan saya lebih kepada filem kerana lebih senang untuk mengatur jadual kerja," kata Neelofa yang banyak berguru dengan Farah Fauzana dan Nabil untuk memantapkan diri dalam dunia pengacaraan.
Kali pertama beraya di Kedah
Menyentuh mengenai Aidilfitri yang bakal tiba, Neelofa berkata, tahun ini dia tidak dapat beraya di kampung kelahirannya kerana mengikuti bapanya beraya di Alor Setar, Kedah.
Jelas Neelofa, ia juga merupakan kali pertama dia beraya di sana.
"Hanya tinggal saya dan adik-adik yang masih bujang sahaja dapat ikut ibu bapa pulang ke sana.
"Tahun ini, ramai adik beradik saya tidak dapat pulang bersama kerana giliran beraya di kampung pasangan masing-masing.
"Agak sedih juga kerana raya tahun ini pastinya kurang meriah berbanding sebelum ini," ujarnya.
Amat menggemari juadah nasi dagang setiap pagi raya, Neelofa berkata, tahun ini dia terpaksa melupakan juadah kegemarannya itu.
"Nampaknya saya tidak berpeluang untuk menikmati nasi dagang di pagi raya. Tetapi saya berharap akan dapat menikmati juadah popular 'Orang Utara'," katanya yang turut menggemari biskut Almond London dan Cornflakes. Sinar Harian

[Wow] - Gosip Hiburan
PETALING JAYA: Pengacara Datuk Aznil Nawawi akan tetap memantau dan memberi idea dalam penerbitan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bermula pada September depan.
Aznil, 53, berkata, sebagai seorang pekerja Astro dan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan program berkenaan, beliau merasakan mempunyai hak untuk bersuara demi memastikan AF kali ini mempunyai kelainan.
"Walaupun penglibatan saya secara tidak langsung tetapi demi memastikan program itu mempunyai kelainan saya tetap akan bersuara dan memberikan pandangan," katanya kepada mStar Online.
Aznil sebelum ini pernah bertindak sebagai pengacara program berkenaan selain Datuk AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley.
Dalam perkembangan sama, Aznil berkata, AF masih relevan namun memerlukan kelainan bersesuaian dengan peredaran zaman selain melihat kepada persaingan program konsep sama di stesen televisyen lain.
Jelasnya, walaupun AF telah mempunyai jenamanya tersendiri tetapi formula baharu harus disuntik bagi memastikan ia tidak berada di takuk lama.
"Sudah 10 tahun AF bersiaran dan sudah pasti ia perlukan kelainan kerana penontonnya juga sudah berbeza dan tidak seperti dulu dan saya perlu memantau kerana tidak mahu pengulangan idea berlaku terhadap pengisiannya seperti mana pernah saya lakukan dulu," jelasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai peluang AF 2013 untuk kembali menarik minat penonton, Aznil berkata, beliau optimis program itu akan dapat menarik minat penonton kerana sejarahnya sebelum ini selain pembaharuan yang bakal dibuat pihak produksi.
mStar
[Wow] - Hiburan
PETALING JAYA: Pelakon dan penggiat teater Hafidzuddin Fadzil mengakui bidang pengalihan suara bukan semudah yang disangka dan memerlukan teknik yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik.
Hafizuddin yang telah berjinak-jinak dalam bidang tersebut sejak tahun 1998 berkata, tidak seperti lakonan biasa, pengalihan suara memerlukan pelakunya untuk melakonkan suara mereka supaya ia dapat memberi kesan kepada visual dipaparkan.
"Selain perlu berlakon dengan suara mereka, juru alih suara perlu memastikan pergerakan mulut selari dengan dialog dan ketepatan pengiraan masa.
"Ia bukan satu bidang mudah seperti difikirkan oleh sesetengah orang namun industri itu semakin berkembang dan di Malaysia sendiri mempunyai ramai juru alih suara berbakat," katanya kepada mStar Online.
Hafidzuddin bakal muncul dengan dua filem alih suara iaitu Madagascar 3: Europe's Most Wanted dan The Smurfs 2 versi bahasa Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Bercerita mengenai peranannya dalam The Smurfs 2, Hafidzuddin berkata, dia memegang watak sebagai Papa Smurfs dan mengambil masa selama 10 jam untuk melakukan proses pengalihan suara tersebut.
"Saya sebelum ini pernah terlibat dalam filem Smurfs yang pertama dan tiada masalah untuk membawakan watak tersebut cuma perlu menambah emosi dan karakter kepadanya," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Hafidzuddin yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2004 berkata, dia bagaimanapun tidak terlalu mengharapkan kepada bidang pengalihan suara sahaja sebaliknya turut bergiat aktif sebagai pelakon dan aktivis teater.
Jelasnya, dengan cara itu ia dapat memberikannya lebih kepuasan berbanding menumpukan kepada sesuatu bidang sahaja.
Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Hafidzuddin baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Pilot Cafe dan sebuah drama berjudul Menjinak Ombakarahan Along Kamaluddin.
[Wow] - Hiburan
PETALING JAYA: Pelawak AR Badul mengakui ramai yang menganggap dia memiliki lebih daripada seorang isteri sedangkan dia tidak pernah mengamalkan hidup berpoligami.
Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 63, berkata, walaupun agama Islam membenarkan untuk berbuat demikian namun dia tidak sanggup menerima cara hidup berpoligami kerana risau sekiranya tidak dapat berlaku adil.
"Memang ramai yang anggap saya ini ada ramai isteri. Memang betul, saya ada lima orang isteri. Tetapi sudah menjadi bekas isteri sahaja. Saya berkahwin, kemudian berpisah dan berkahwin lain.
"Dan yang hanya ada kini ialah seorang wanita dalam hidup saya di mana kami baharu mendirikan rumah tangga pada dua tahun lalu.
"Mungkin kerana kekeliruan itu membuatkan saya dilabel lelaki yang mengamalkan hidup berpoligami," selorohnya.
Bagaimanapun tambah Badul, dia tidak kisah dengan tanggapan orang ramai kerana mengakui ia berpunca daripadanya yang tidak terlalu mendedahkan hal peribadinya kepada umum.
"Salah saya juga kerana tidak berkongsi hal peribadi saya, tetapi tidak mengapa, bukan salah mereka untuk menganggap saya begitu (berpoligami)," ujarnya.
Sementara itu, Badul memberitahu, dia kini mula beralih ke bidang produksi animasi pula sejak tawaran lakonannya semakin berkurangan.
Animasi yang dihasilkan itu diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri iaitu Makmur Megah Sdn Bhd.
"Sekarang ini saya sibuk dengan kerja-kerja produksi animasi. Alhamdulillah, beralih sedikit ke bidang ini memberi kepuasan yang berlain pula.
"Maklumlah tawaran lakonan dah semakin tidak ada. Jadi saya perlu memikirkan sesuatu untuk terus hidup dalam dunia seni ini," ujarnya.
Ditanya adakah dia kecewa dengan situasi industri seni yang semakin melupakannya, Badul berkata, dia akur dengan perkara tersebut kerana sudah lama bersiap sedia untuk kemungkinan itu.
"Dahulu saya selalu jadi hero, kemudian jadi bapa dan lama-lama hilang terus. Saya rasa itu satu perkara yang normal dalam industri seni kita.
"Bukan di negara ini sahaja, bahkan di Indonesia mengalami situasi yang sama lebih-lebih lagi terlalu ramai pendatang baharu yang ingin bergelar pelakon.
"Jadi rasanya, tidak perlulah untuk kita berasa kecewa kerana tidak dipanggil berlakon. Saya anggap ia adalah sebahagian proses kehidupan sebagai pelakon," tuturnya.
mStar
[Wow] - Gosip Hiburan
KUALA LUMPUR – Seorang mangsa culik diselamat sementara lima lelaki yang dipercayai menculiknya ditahan di sebuah kondominium di Jalan Tiong Nam di sini lewat malam Selasa.
Mangsa berumur 43 tahun yang merupakan warga Bangladesh sementara suspek yang berumur antara 21 hingga 43 tahun juga merupakan rakyat Bangladesh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa yang juga seorang peniaga diculik dua hari lepas di Jalan Putra di sini dan para penculik meminta wang tebusan bernilai RM40,000 daripada keluarga mangsa di Bangladesh.
Beliau berkata pihak polis menerima laporan daripada keluarga mangsa yang memaklumkan mangsa telah diculik dan mereka diminta membayar sejumlah wang sebagai tebusan.
“Suspek turut didakwa meminta RM60,000 selepas menerima wang sebanyak RM40,000 daripada keluarga mangsa yang dipercayai dibayar melalui bank.
“Hasil siasatan mendapati, sebelum menculik mangsa, suspek mengetahui bahawa mangsa adalah orang kaya,” kata Ku pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur di sini, Rabu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961. BERNAMA
[Wow] - Jenayah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments